lOnElY No MoRe
oPtImIsM ~ pEoPlE wHo AtTeMpT tHe DiFfIcUlT oFtEn AtTaIn ThE iMpOsSiBlE
Tuesday, February 09, 2010
Monday, February 08, 2010
i Luv February~

my sincere aplogize to dear blog, lupa sgt nk wish. happy 4th bfday ya!! - 2 Feb 2010. hopefully kita akan terus bersama to celebrate ur 40th bfday ye.
esok will be d blog's owner bfday pulak. tahun terakhir nak pakai pangkal '2' kat umur tu. hehe.
n the following day, will receive my bfday present from him - a bandung trip! yeayy!!! ~
lpas balik from bandung, terus cont cuti until 21 Feb.
wowweee~
that is y i luv February! v(*v*)-
Friday, February 05, 2010
Thursday, January 28, 2010
Monday, January 25, 2010
Because am worth it
just received some gud news. alhamdulillah. syukur sgt2. Tuhan dah lorongkan jalan, tinggal aku utk pilih yg terbaik utk diri sendiri & family. thanks to all for ur support.. :) appreciate dat.
aku perasan lately ramai yg jatuh sakit. bosses bergilir-gilir ambik mc. aku, sedaya upaya nak mantain sihat. sejarah awal tahun lepas, tak memihak pada aku. asik jatuh sakit. tahun ni nak cuba bertahan. ada bnyk perancangan utk menyihatkn badan. kena susun satu2 ni.
sedar tak sedar, ni dah hujung bulan satu. serius aku tak perasan. kurang 2 minggu dari sekarang aku akan ke bandung utk kali kedua. actually ada satu lagi perkara penting bulan dua ni. tapi hal bandung mcm dah overshadow sampai aku lupa hal yg satu lagi tu. nampaknya aku lebih sibuk kan nk ke bandung compared to celebrate bfday :) silap2 bole lupa ni nnti. hmmm..
.
.
sedang pertimbangkan utk move on. utk masa depan. dan utk diri sendiri. aku dah terlalu banyak mensia-siakan waktu muda dgn menunggu dan membuang masa. totally not worth it. maaf. aku juga punyai impian. bukan kau saja.
Thursday, January 14, 2010
Entri Pertama 2010
2009 dah lama melabuhkan tirai. 2010 pun dah hampir separuh bulan menjengah. baru ni aku mengapdet. tak ada apa yang penting. cuma cerita tentang aku.
tahun ni aku lalui dengan hati yang terbuka.. berhadapan dengan kedewasaan dan semakin menikmati kematangan.. walaupun ramai yang kata aku matang sebelum usia, aku percaya masih ada seorang ini yang tak pernah mengakuinya. terpulang.. harapan aku, semua yang positif. semoga perbezaan pendapat dapat merapatkan jurang. hopefully.
itu adalah harapan. dah namanya pun harapan.. belum tentu kita dapat. apa yang aku inginkan.. sangat berbeza dengan apa yang aku rasai. tahun ni permulaan tahun yang paling teruk pernah aku lalui. cakap saja mengenai apa. kerjaya, kewangan, family, relation semuanya yang paling corot aku pernah lalui. cuma satu yang aku bole rely on. persahabatan. itu satu-satunya perkara yang buat aku gembira.
persahabatan itu konsisten. bukan hanya masa bila kau perlu aku, kau ada. bila aku perlu kau, kau hilang. persahabatan itu 'bermuka tebal'. walaupun aku bad mood sepanjang hari, dia tak pernah pergi. sentiasa ada di sebelah. kerana sahabat tau.. aku bukan manusia pemarah tapi yang berselindung disebalik amarah adalah rasa kecewa dan kesedihan yang mendalam. persahabatan itu mendengar, merasai, memahami.. menyokong.
hmmm... jangan tanya berapa kali aku menangis tahun ini.. haha! terlalu murah harga airmata. mungkin kebahagian masih belum berpihak kepada aku. masa masih panjang.. 2010 pun baru bermula. sabar. sabar. sabar. itu yang aku terus pegang supaya tak tergelincir.
..
"people may doubt what u say, but they will believe what u do"
Tuesday, December 15, 2009
Wednesday, December 09, 2009
aku sedang susah hati dengan hal famili. susah hati sgt. sehingga aku tak tahu mana satu realiti mana satu keinginan. aku tak pasti apa lagi yang aku boleh buat.. selain mengharapkan rahmat turun dari langit. aku mahukan kebahagiaan datang memelukku erat-erat. untuk sekali ini.. tolong jangan lepaskan.. kerana aku mungkin tak akan kembali.
Ku selalu memikirkan tentang kita
Apa pun yang harapan yang dikejar
Kerna aku masih penuh rasa ragu
Melihat kau seperti tak bersungguh
Jika kau mencinta
Berikanlah ku rasa
Diriku dah berikan yang terbaik
Dan bukannya nak mengungkit
Siapa benar siapa salah
Siapa menang siapa kalah
Dah berikan yang terbaik
Memaksa hati merisik
Mungkin kau bukan teman hidup
Yang terbaik untukku
Memang benar ku amat mencintai mu
Dan harapkan di sana pun begitu
Tetapi kau tak luahkan perasaan
Apa lagi memberikan ku kasih.
.
.
~yang terbaik ~
Wednesday, December 02, 2009
bicara di kala hujan ;p
shawl dari india. ai loike purple! bos ku yang pergi recce baru-baru ni yang bagi. nampak tak 'mata' bulat belakang atas tu, kamera cctv yang setia memerhati aktiviti ku~ adeh.. dats y aku rajen ;p
.
.
bulan ni banyak cuti tapi kerja tak surut pun. sabar jelaa.. apa-apa pun so far semua da place in order, manageable la orang kata. kurang la sikit kacau-bilau dalam kepala otak ni. nothing much to worry.
setakat ni aku belum dengar lagi cerita pasal azam. biasanya da hujung tahun ni selalu kecoh sikit dengan kes azam baru & azam lapuk ;p hmm.. as for now, aku rasa azam tak perlu tunggu tahun baru la. cuma mungkin kebetulan, banyak perkara macam bayar nak study loan, wed thingy, parent thingy, savings - asb & tabung haji, bil astro.. most of it aku set up baru-baru ni so automatically acara memotong gaji secara besar-besaran shall start next year.
frankly speaking, memang terasa la bebannya bagi orang yang bergaji rendah macam aku ni tapi terpaksalaa.. adat berhutang, dah pinjam.. bayar lah. selebihnya saving untuk masa depan yang tatau lah cerah ke gelap.. huhu.
biar la tak ada duit nak shoppin pun.. daripada tido tak lena, asik ingat hutang. daripada dok teringat kalau aku takde, macamana hidup mak abah.. huishhh. sangat mencabar minda okeh. tak apa lah.. aku percaya aku takkan sampai mati kering sebab tak makan. hehe. insyaAllah.. rezeki itu ada :)
cara aku cakap, nak bayar itu nak bayar ini, macam orang bakal dapat banyak increament je hujung tahun ni ye.. hahahhaha! sok sek sok sek.. memang macam-macam. tapi wallahualam. tinggi gunung kinabalu, tinggi lagi harapan aku.. cewahh ;p~ ah tak kisah la. malas nak fikir. huhu.
ciao~
Tuesday, December 01, 2009
Kadang-kadang bersinis lebih mudah nak buat org faham :)
tadi my f&b manager cakap tentang 'bagaimana orang lelaki berbahasa kepada orang yang dah berbudi' esp melibatkan berlainan jantina.. dan dengan tiba-tiba je hati aku ni macam terdetik. rasa macam nak tau sangat pasal sesuatu ni. cumanya.. aku benci nk mulakannya semula. satu, sebab aku pasti soalan aku akan dipandang secara negatif. seolah aku lah manusia yang paling buruk perangai dalam dunia ni. tapi bukan ke orang yang takut nak beritahu kebenaran ni biasanya menyembunyikan sesuatu. hmmm..
dua, sebab aku tak mahu dikata asik mencari pasal. dituduh merosakkan suasana yang kelihatan agak harmoni lately. jadi aku buang keinginan untuk tahu itu jauh-jauh ke dasar hati. dan memujuk hati bahawa yang dah lepas, biarkan lepas. walau tak tahu duduk letak hal ini yang sebenar, lebih baik aku beri kemaafan awal-awal. maafkan saja. itu yang aku termampu.
haihhhh~
cerita lain.
orang tu viewed aku lagi. apa lagi la kali ni.. kau baca blog aku ni kan?! tolong beritahu aku, dulu bukan kau ke yang beria nak pergi sekarang buat apa cari aku lagiii eh?? aku ada hutang kau eh? bak la acc no.
cerita lain lagi.
aku paham masalah kau. kau kata aku penting tapi fikiran kau semak. ye aku paham. tapi kalau dah 365 hari asik semak dengan hal sendiri, korang rasa dia bole ke jumpa 'aku' dalam semak samun kepala otak berjambul dia tu?? payah la kan.. asik pikir hal sendiri je.. so sori laa. aku bosan ok. titik.
cerita abis.. ;p
daa~
Tuesday, November 24, 2009
Family day yang tak berfamily~ hu
2 minggu ni memang sibuk sikit. haritu dgn dinner. ahad pulak family day. walaupun sibuk tapi ok laa.. gembira, letih, penat, sunburn hehe.. semua ada!
overall event tu agak enjoy walaupun pada awalnya aku ingat aku mesti boring.. orang lain dgn family, awk sorang terkulat-kulat. huhu.. sob sob. tapi tak sangka sebaliknya yg berlaku. memang enjoy sampai tak sedar dah tengahari. kulit memerah kena sunburn pun tak perasan. huhu.
okla.. enjoy d piccas~

baru sampai. mata bengkak. malam tu tido jam 2 lbh.
masuk 1 aktiviti ni. ala-ala treasure hunt. tak menang pon. huhu.
aku, izwan & jaja tgh pening nk jawab soalan..
dah abis pening sesi cam whore pulak.
dan lagi..
lagi..
dapat free coupon amik pic by canon's photographer. pastu printing terus. so action!~

... some of them aku pun tak kenal sgt. tapi sebab bergambar punye pasal, pose sajaaaa.. kata freeee.. ;p hahhaha~

... broadway stailaa~ poyo ;p
so petang tu aku pulang dgn setin biskut hasil kemenangan main dart serta voucher lucky draw jusco rm50. itu sajor.. oh~ dan sunburn, FREE! ;p
next event.. tunggu~
Thursday, November 19, 2009
Mercy Fundraising Dinner 2009
last friday, dapat invitation to Mercy Fundraising Dinner @ Hilton KL. sangat last minute sampai tak sempat nak cari baju yang sesuai. nasib baik masyita's boutique sponsor! ahaks.. =) tq ya..

2 ladies yg tengah jengok apa ntah. hehe. mel & i. baru nak gerak from ofis. tunggu maryam. she's d driver.
sepanjang perjalanan ke sana memang menguji betul la. mula-mula hampir dilanggar, lepas tu sangkut dlm trafik jam dgn petrol da empty tank.. then masa dah nak sampai, ada road bully yg telah dgn sengaja menyebabkan kami stucked di tengah-tengah persimpangan trafic light. still teringat maryam opened her car window & shouted, "u ass****!!" dekat orang tu sekuat-kuat hati. ooh, can't imagine laa.. serius hari yg gilaaa~
wateva it is, we manage to reach hilton on time. saing dgn kereta besar raja perak. o btw, security kat sana serius ketat semacam. siap ada alat macam bom tracker. rasa macam kat indonesia pulak. hu.
masuk ballroom da ramai dalam tu. pusing-pusing tak jumpa meja. haha! dari kejauhan nampak bos lambai. owh~ sangat dekat dgn vip. tak bole la nak kecoh-kecoh ni. hehe.
bosses sampai awal sebab dorang keluar awal. aku duduk sebelah manager aku. takmo la duduk sebelah big bos. karang tersipu sipah lak aku makan... ;p.
the event started quiet late. so everybody took a chance snap sana sini. cam whoring la memasing. hehe.

maryam, myself & bos.

wif maryam.
event kali ni so so je. cuma mc jela yg obvious. suara sedap tp macam nak tido. serius! macam nak suruh maryam je tk over. mungkin pada orang lain biasa je tp org yg kejenya organize events ni mmg peka sket. sambil masing-masing dok kata, "if we organize event mcmni.. sure kena jeling dgn SM pastu mesti dia bagi kaw-kaw punye..hehe..". mmg konfem la. but wateva it is.. niat mengadakan event ni saja kita count ya. niat murni tu penting :)
sejak sampai perut aku da berkeroncong sakan. asik-asik tengok menu. hehe. macam biasala chinese style. course by course. yg paling dinanti adalah yg didalam pic atas ni. unfortunately.. tak 'in' dgn tekak aku. rugi-rugi..
dah namanya dinner so sambil makan sambil dihiburkan. 1st performance drpd penyanyi indonesia. andien namanya. tak kenal la sape. kemudian ada ferhad. lps nyanyi satu lagu dia dgn leeya jd mc acara lelong. pastu sape lagi eh.. o ye, jaclyn victor & last but not least.. ning.

ning tengah nak salam aku. hehe.
malam tu ada lucky draw jugak! grand prize adalah tiket for 2 to istanbul. pastu ada blacberry storm.. woaaaa~ meleleh ayaq liuq. kalau la dapat.. pergh~ tapi aku cuma dapat spa voucher worth rm200. bole laa.. wakil utk meja kitorg.
almost 12am gak la baru gerak balik. jem teruk. letih tapi masih senyum :) kita tunggu tahun depan pulak la ye.
Friday, November 13, 2009
Tuesday, November 10, 2009
H.E.L.P
baca komen entri semalam buat airmata jadi murah. rasa dihargai. terima kasih.
aku tak reti ayat lurus. jadi kalau kau pernah jumpa aku diluar, sila beritahu aku ini orang yg bagaimana? peramah? pendiam? leka dalam dunia sendiri? sombong? apa saja. tolong komen. soalan kedua. when someone i luv is not in a gud health, having problems ke.. i tend to call them.. say something sweet ke.. or even cuma jadi patung cendana just to b wif them. sbb tak semua benda kita bole tolong selesaikan but at least aku nak bersama-sama mereka menghadapi kesusahan itu. so tell me, where am doing wrong??
am tryin to appreciate my life. and i need help. pls drop ur comments. tq in adv.. mmuah~
Monday, November 09, 2009
kalau aku bisa pilih..
harini hari ke 3 aku hilang selera makan. tak tau kenapa. petang td lepas discussion, aku rasa down. sgt. kalau betul apa yg mel ckp tu.. aku tak tau nk kata apa. samaada terus jadi bodoh atau perjudikan nasib. pilihan di tangan aku.
saat-saat begini aku harap ada 'tangan' yg boleh mendakap aku erat-erat. supaya aku rasa selamat. tapi...... tiada 'tangan' yg dihulur. salah lagikah pilihan aku?
Friday, November 06, 2009
my fb stories~
isnin haritu aku apdet status kat fb. "58 days~". esok paginya, ex ofismet kat uk nun.. tiba-tiba ym. soalan beliau telah mencetuskan gelak tawa sampai senak perut.
ez : i notice something kat wall fb u. tick tock tick tock. kalau betul yg i pikir nih...
.. belum sempat dia habiskan, aku sampuk.
aku : i nk pegi kk je la u... ni nak pk lain la ni. hahahah..
ez : alaa potong stim betul la u nih. hahahaha.. dah tu cara cakap tu.., mcm something. cis.
aku, gelak je..
ez : len kali jgn main2 ba.. suka ba main2 sama aku..
aku : buli ba kalau kau.. hahahaha~
dear fren, kalau aku nak kawin... aku mesti bagitau awal-awal. jangan takut. aku mesti bgtau punyeee... sebab nk mintak korang sponsor! ahahahhaa~ ;p
tu cerita haritu.. cerita semalam.
kelopak mata kiri bergerak-gerak. banyak kali. tatau kenapa. ramai yang komen, nak jumpa orang jauh. ada yang kata orang rindu. as far as i concern la kan.. orang jauh & yang rindu-rindu tu.. hehe, tak balik kot dalam masa terdekat ni. hmmm...
melalui fb jugak bolehkan aku jumpa balik kawan-kawan kat itm. kawan-kawan sekolah. bila sorang jumpa aku, berderet-deret yang lain add jugak. masing-masing da dewasa, ada gambar dengan anak so lambat jugak nak ingat si polan si polan. secara tak langsung membawa aku ke sekolah lama. convent. kawan sekelas, junior-junior yang aku kenal semuanya dah kawin. semua dokong anak. semua dah tak sama. lebih sepuluh tahun kan :)
bohonglah kalau aku tak rasa apa-apa. ye.. rasa ketinggalan. nun jauhhh terkebelakang. tapi bila tengok kawan yang dulu kurus kering sekarang 3x ganda membesar, hmm.. tak apalah. sekurang-kurangnya aku ada kelebihan kat situ. hehehehehehe~ tak sedia lagi nak mengembang. nanti abislah baju semua tak bole pakai ;p haha.
ok, cont kerja. have a great weekend ya :)
Wednesday, October 28, 2009
the neverending stori..
ye aku lahir hari isnin. attractive ke tak.. hardworking ke tak.. entah la. but am sure of one thing. tak ada dalam list. sensitif. mungkin sebab dorang fikir sensitif adalah sesuatu yang negatif kot. well it's depending on how u c it.
cakap pasal sensentip ni... aritulaa.. mak bagitau, "balik awal sikit jumaat ke.. befdei aed. mak da mintak mak ijah buatkan kek.."
aku diam. sedikit sentap. ha, mula nak kata aku sensitif bukan-bukan la kan~ sila jangan assume aku begitu, begini sebelum dengar sampai abis stori aku okeh.
since kecik - bila aku dah bole ingat lah kan.. befdei aku tidak pernah diselebret. serius. reason mak, tengah bulan. befdei aku 9 hb feb. adik aku hampir setiap tahun selebret. befdei dia 30 hb oct. reason mak, 30 hb baru gaji.. ada duit. aku diam aje. tak ada la merajuk 3 hari 3 malam atau sampai lari dari rumah. takmo la nanti masuk suatkabo muka depan, "REMAJA LARI DARI RUMAH KERANA HARIJADINYA TIDAK DIRAI OLEH KELUARGA"... hoho. giler.
ok, balik pada cerita tadi.. dulu ms darjah 6 pernah la buat befdei party kecil-kecilan. konon-konon majlis perpisahan nak ke form one la. kenmain.. =p tapi.... pinjam duit mak. ulang semula, pinjam. why all dis happening? aku andaikan kerana aku bukan anak kesayangan mak. dan aku tak berani mintak-mintak dengan abah. end of story.
so befdei yang lepas-lepas tu, kalau ada duit.. sendiri beli kek.. cari kawan.. dan selebret sesama.
intan zurainee, ko ingat tak kita beli kasut same brand, same design, same price, diff color pastu hadiah kat sesama sendiri dulu?
tapi bila makin dewasa makin sukar nak kekalkan keadaan yang sama. kawan-kawan sibuk dengan family sendiri. so no celebration - maka dikutuk dek reza. loser katanya. heh.
so.. i shall say, sensitif adalah bersebab. setiap tahun aku pujuk diri sendiri. aku ingatkan diri sendiri, tak apalah.. mungkin Tuhan akan berikan aku' seseorang' yang akan menggantikan apa yang aku tidak pernah dapat.. apa yang aku terlepas. jadi mungkin kerana aku sudah terlalu lama memujuk diri aku dengan kata-kata itu, secara tidak sedar aku dah set satu standard di situ - orang yang akan jadi 'seseorang dalam hidup aku' tu harus gembirakan aku setiap kali harijadi aku.
.
.
i hope..
tak kisah la kalau tak faham. sbb tak semua orang laluinya. itu lumrah. ini bahagian aku.
Saturday, October 24, 2009
aku sedang susah hati ni.. ;( aku da cuba gembirakan diri. aku bergelak ketawa dgn kak ila, kak masy. kemudian ikuti terapi 'cinta' - dgr suara si dia. tapi.. lepas tu aku kembali susah hati. susah hati di dalam hati..
tatau nk cakap macamana.
lepas dapat 1 sms petang semalam aku terus jadi macamni.
aku takut. aku takut aku akan sedih.
aku risau. aku risau akan hakikat sebenar.
aku kesal. aku kesal semua ini berlaku dan aku hanya dpt dengar.
aku kecewa. aku kecewa aku tak mampu membantu.
i can't take it anymore.. aku sgt stresssssssss niiiiiiiiiiiii.. helppp!
Thursday, October 22, 2009
mish u sooooooooo much!
pagi tadi masa kat parking ofis, ayat pertama yang kuar dari mulut aku.. "tomei tomei nak gi mana tuuu.."
well.. bukan ditujukan pada bf.. no no. baby?.. no no. ofismet? lagi la a big NO > apa kejadahnye :P
tapi kan... pada kucen yang melintas kat tepi kereta pastu bole pulak berenti tiba-tiba semata-mata nak pandang aku yang keluar dari kereta. so sweetttt..
terus rindu kat yaya. aishhhh....
da berapa minggu tak jumpa yaya.. hurm..
babies pun mesti da besar.. hurm..
.
.
** bz + blur + mantok = complete! =)




