Monday, March 20, 2006

Cerita Spaghetti dan Cerita Lara

Last friday, aku balik awal. Seawal 5.15pm aku da scan card dan trus balik ke rumah. Di pertengahan jalan aku terfikir sesuatu dan aku singgah di mini market berhampiran ofis. Sampai je kat rumah, tengok abah tido kat ruang tamu. suka beno orang tua tu tido kat tiles.. jengok bilik tengok mak pun tgh lepak kat bilik baca buku. Aku angkat tudung saji tengok lauk, mm,.. ada lauk lagi. Takpela, buat je. Tanpa sempat tukar pakaian, aku capai apron dan mula mengeluarkan barang2 yg aku beli tadi. Daging ayam cincang, capsicum, tomato dan cheese. Cuba teka apa yg aku nk masak??

Spaghetti!!

2 weeks before, aku diberitau yang aku kena masak spaghetti utk picnic farewell gm aku. Kebetulan aku amik buku2 kat mph giant shah alam so aku pun beli la sekali spaghetti mi, cendawan button dan tomato puree dkt dalam giant. cheese pun aku de beli tp adik aku da makan separuh.

Masa aku mula potong2 bawang aku tengok jam da pukul 6.20pm. Masa tengah leka2 tu tetiba ada satu perasaan yg menjalar kat hati aku. ooo.. macam nilah agaknya perasaan wanita yg berkeluarga dan bekerjaya. Penat2 kerja, balik rumah tak sempat tukar baju da kena masak utk family pulak. Almaklumla, selalunya aku balik dr ofis, matahari da takde.. balik da penat, mandi dan terus berehat. Aku tak makan dan aku tak berfikir tentang orang lain pun.

Hasilnya, makanan pada hari itu dimasak dengan sepenuh hati dan keikhlasan. Jarum jam hampir ke pukul 7, aku da siap memasak. Aku nampak mak masuk ke dapur. Dia jeling. Aku pura2 tak nampak.., sibuk mengacau sos yg da siap dimasak. Tak lama, abah pulak lalu. Jeling lagi. Aku buat2 tak nampak,... sibuk mengetos spaghetti mi.

Tepat jam 7.15, aku da duduk bersila depan tv sambil rancak memusing2 garpu. Tak lama lepas tu, aku tengok adik aku pun join. Semasa suapan terakhir, aku tengok mak aku lalu sambil menatang sepinggan spaghetti dan air oren. Maka, acara memusing garpu petang tu berlarutan sampai la ke adik aku yg lagi sorang...

Perasaan aku masa tu, hmmm.. rasa seronok sebab org seronok makan makanan yg kita masak. Hilang rasa penat. Agaknya,... tu la yg orang lain rasa. Aku salute wanita2 yg bekerjaya tapi tetap berjaya melaksanakan tanggungjawab dorang sebagai tukang masak tetap keluarga. Tahniah!

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Aku called Mona pagi tadi. Saja nak tanya khabar. Suddenly dia bgtau aku yg dia akan bertunang bulan Mei ni nanti. Aku ok lagi. Aku siap nak tolong sponsor kek lagi. Petang td, dia called aku balik. Dia kata lupa nak bagitau, abang sepupu dia tak jadi bertunang.

Mona : wei, lupa nak bagitau. abg imran tak jd bertunang bulan 6 nanti.

Aku : tak jadi ke postpone?

Mona : tak jadi terus!

Aku : haaa!

Aku dengan Mona memang da kenal lama. Rasanya da lebih sedekad. Masa sekolah dulu aku selalu balik rumah dia. Masa tu arwah abah dia ada lagi.. bila cuti sekolah ikut dia balik kampung so tak heran la aku kenal sumer sedara mara dia. Sepupu-sepapat dia memang ramai! Generasi pertama masa tu tgh stadi kat overseas so aku tak dapat jumpa. Generasi kedua, lebih kurang sebaya aku je dan generasi ketiga adik2 yg baru bertatih. Sekarang ni, generasi yg pertama sumer da balik ke Malaysia dan most of them samada dah berkahwin atau on-d-way. . Tp abang Imran ni tak kawin2 lagi.. dari dulu asik on-d-way!! Mona ni pun da nak kawin sedangkan dia generasi kedua.

Mona: abg imran tu aku pun tak tau apa yg dia nak. org yg macamana yg dia nak..

Aku : ko tanye apa ngan dia pasal tak jadi tunang tu?

Mona : aku tanye la napa,.. dia kata, ntah tak bole. da cuba tapi tak rasa itu orangnya.

Aku : uiks.... asik kata bukan aje.. takut org yg sepatutnya da terlepas.

Mona : Haa.. tulah. Bole memilih tp jgnla terlalu memilih.

Aku : takut aku dengar.. hehe

Mona : tau takper.. mak dia marah betul. tulah ko, aku suruh ngorat abg imran tu tak nak!

Aku : hahahahaha! hoi, aku pulak..

Mona terus meluahkan perasaannya tentang perangai abang sepupu nya tu. Aku hanya mendengar tapi fikiran aku melayang ke tempat lain..

Mona: hoi, berangan!!

Aku : hehehe..

Aku diam bukan sebab apa tp sebab aku rasa aku pun sedang melalui apa yg abg imran rasa sekarang ni.

Mona : ko ni da mcm abg imran tau.. terlalu susah nak memenuhi kriteria yg kau nak. kau tau kan, tak semua benda yg kita nak kita bole dapat...

Aku : tau tp tak mustahil bole dapat. tgk kak jaja, tgk org lain.. aku tak nak menerima saja keadaan skrg tanpa berusaha.. kalau aku berusaha mungkin aku bole..

Mona : kak jaja mmg org yg bertuah.. tak dinafikan. abg zaidi tu 1 dlm 1000. tp ko tgk pulak kak didi. pada aku dia cantik sgt tp abg syed tu average.. dan dia terima.

Aku : i don't expact to get klon abg zaidi, tp sipi2 pun takpe.. haha. dan kalau org mcmtu 1 dalam 1000, aku harap aku bole kenal 1000 org dengan harapan 'dia' berada dlm kelompok tu.

Mona : so ko nyer kriteria skrg da semakin tinggi..

Aku : tp tak salah kalau kita mengharapkan kehidupan kita lebih terjamin. duit tetap penting walaupun ia bukan segala2nya.

Mona : daripada dulu ko da set mind ko yg org tu mesti eng*****.. tp yg tu aku bole terima dan aku sokong sangat. aku faham cita2 ko yg tak kesampaian nak jd eng*****.. dan kalau 'dia' sorg eng***** umpama menyambung cita2 ko kan.. tp kenapa sampai perkara remeh-temeh lain tu, psl family la.. pun kau nak ambik pot?.. tu yg aku tak paham. kenapa tak kau terima ajer apa yg ada?..

Aku : Kalau aku terima apa saja yg ada hari ni tanpa berusaha.. then one day apa yg aku nak suddenly lalu dalam hidup aku bagaimana?? aku da tak bole berpatah balik kan. jangan lupa mona, pengalaman la yg menjadikan aku manusia yg begini..

Mona: Aku risau kan ko...

Aku : Alah, kan aku da cakap banyak kali kalau aku...,

Mona :... ko tak nak kawin kan!

Aku : hahahaha.. hmm.

Mona : aku harap aku bole cuci balik kepala ko tu..

Aku : silakan.. kepala aku pun da mcm gatal2 da nih. hehehe

Mona : hahaaa... ko ni. takpelah.. nnti aku call ko lagi ek.. nak pegi wat kueh laa. bye. take care tau. next week aku akan cakap kat abg zaidi, kak jaja, kaka didi sumer suruh dorang cari sorg engineer yg memenuhi kriteria ko tu.

Aku hanya mampu senyum tp senyuman yg tawar. Salah ke aku utk mengharapkan yang terbaik utk diri aku sendiri? Sedangkan aku pun tak tahu apa yg terbaik utk diri aku ketika ini... hmmmmmmm..

46 comments:

Anonymous said...

aisey.. member saya yang engineer sumer dah kawen arr.. kalo tak boleh le kenalkan.. ahakssss

arianna adrizal said...

sham,
terima kasih atas keprihatinan anda. tp kalau ada pun lupakan jelaa.. citer tu gurauan semata2. hahaha!!

Masy said...

takmo pikir...takmo cari..tapi kawen mo lah..hehe

let it go wif d flow...

*pepagi dah wat org tacing aaa entry neh. sabooo jela

arianna adrizal said...

masy,
oopps! sowi... tak bermaksud pun nk wat awk tacing.

o, pk taknak, cr pun taknak tp kawiin nak! apadaaa... hahahaha!!

Anonymous said...

arianna.. ahakss.. yo la tu.. tapi kalo ader nak le jugak kan? hahahaha.... kawan2 saya sumer engineer yang berjaya tau.. tapi sayang diorang sumer kawen awal.... kalau tak, saya leh line up.. awak leh pilih jer.. nak yang mana... chemical engine ke, electrical ke, awam ke, bahan ke, pembuatan ke... bak kata pelbagai bidang la....hahahaha

masy.... juai mahai.. hahahaha

arianna adrizal said...

sham,
'awk pilih laa..'. kalau awk de 'sebatalion' pun sham, i don't think it would work out sbb sy bukan org yg suka atau pandai memilih.. i would prefer u pilih for me then kenalkan dgn i rather than i yg pilih then i pulak yg kena pegi kat lelaki tu.

jd pmpuan is not dat easy sham.. u can't go n grab watever u want mcm ms kecik2 dulu berebut mainan. kalau ada pun yg sy suka, sy cuma akan pandang dr jauh. dgn harapan dia akan perasan kehadiran sy dkt situ. kalau dia perasan, alhamdulillah, tegur la dgn baik or not, just walk away.. i don't approach people.. not me.

Anonymous said...

yeah.. not just you but most of malaysian women... sebab kita msih berpegang dengan ungkapan "apa orang kata nanti" or "perigi cari timba".. tapi kan arianna, women must try jugak, if u like somebody, try to approach him.. make sure he notice you.... do it delicately.. jangan sampai nampak terhegeh-hegeh plak...
actually, what i'm trying to say here, not wrong for women to approach men....

Masy said...

ahahaha..den penah pe approach lelaki (lelaki itu je la), dpt lak tu! ehehehhe.. tp tu lah.. bila smpi satu tahap yg mana kita lebih sygkan dia berbanding dia sygkan kita, masa tu kite yg pompuan ni kene siap sedia laa..mental n emotion utk ditinggalkan..

x salah approach lelaki dgn cara yg berhemah laa..n x salah pon approach, cuma kene sedia, utk penolakan, ataupun diterima tp dibuang jg akhirnya..

sob..sob...siannya aku..

Anonymous said...

ha.. tu kan ada contoh dan teladan... ahakssss

sama la mcm lelaki... perlu bersedia menerima penolakan atau bahasa sedap sket.. kena reject.. hahahaha(adey pedihnyer hatiku ini)sambung gelak.. hahahahahahah

arianna adrizal said...

sham,
yeah, u r rite. kita hidup dilingkupi adat. krajaan pun smlm baru je rasmi kempen budi bahasa.. :) pernah ada sorg lelaki yg kononnya nk kenal dgn sy tp suruh sy yg call dia. tp sy ckp, klau nk kenal sy,.. cari la no sy. sbb kitorg kje satu company, same building cuma lain floor je..., mesti x susahkan. nk tau dia ckp pe?,..
'awk ingat awk tu cantik sgt. sy da tau org mcm awk ni jenis apa!.'
hussh, tergezut makcik!!!
padahal sy cuma nk tengok sejauh mana kesungguhan dia, alih2 kena nista pulak. nmpk sgt dia x ikhlas.
so, sbb tu sy prefer org approach dulu dan tgk sejauh mana keikhlasan dia nk kenal dgn kita.
tak salahkan??... *wink*
v(@,@)v

Anonymous said...

hahaha... dasat tu.. mamat tu saja nak pekena awak kot.. so, kalau saya nak dapatkan no phone awak, kena cari sendiri le ek? mak ai, seksa tu.. awak keje mana pon tak tau.. hahahaha

arianna adrizal said...

masy,
precisely!! perasaan mcm tu la yg sy takmo.. rs takut2, insecured..
sbb da azali lelaki bole menerima wanita tanpa perasaan syg (sori to say la sham)..tp bila smpai satu ms, dia da jumpa apa yg dia inginkan.. ditinggalkannya kita..

then kalo kite yg cari, kalo jd pape,.. dorg simply2 bole ckp, kita yg cr dia at d first place!

sbb tu la sy prefer, 'sy yg dicari' berbanding 'sy yg mencari'...

Masy said...

chaeiittt..laki mcm tu mmg ade laa adekku. cam lahanat je kan bile kene? dia yg nk kenal kita, pandai2 laa approach leklok. ini ckp dahlah xde alas2 ke, pehtu nk kutuk2 lak.

dulu penah gak ade org ckp cenggitu, sy bls balik "da tau kite x cantik, jahat lak tu, nk mintak nomo tpon kite nk watpe?! awk tu kan mulia, hensem segala, g la carik pompuan lelawa!"...hoh, dasar jantan kaberet..!

errr..ada laki kat sini ek?jgn mara aaa sham..hohoohohhohoho

Anonymous said...

Biasala arianna, idup ni umpama satu perjudian.... walaupun perjudian tu haram, tapi kita tak dapat lari daripada melakukan pertaruhan... Lagi tinggi pertaruhan, kalau berjaya, lagi tinggi la habuan, tapi kalau tak berjaya.. lagi teruk la kita kena.... Kalau kita play safe... memang risikonya rendah, tapi untuk mendapat hasil yang diinginkan, kenala bersabar....
*apa aku merapu ni*

Anonymous said...

Masy.. ahakssss... sib awak ler.. tapi awak tak nafikan... ader yang approach cara elok2 kan? kuikuikui....

Masy said...

ahahaahhaa..ada laa gak.. itu standard..wakakaakakaaka..

stakat ni, approach yg paling best adelah..haaa...nk cite ke?hohohohohoh

arianna adrizal said...

hahahahhahaakakaka! hadoi terbatuk2 den ketawo ni haa..

sham,

'kalau saya nak dapatkan no phone awak, kena cari sendiri le ek? mak ai, seksa tu..'

Tgk,.. blum pape lg da seksa.. org kan kalau da suka, suddenly je jd panjang akal! awk ni pulak tetiba je jd pendek akal.. kalo tak, ade je akal dia nk mengenakan kita.
da tau x kenal, cari la org yg kenal.. kawan sy ke, adik sy ker, omak den ko..*pehal tetiba je tukar loghat nogori pulak*

mm, nmpak sgt tak ikhlasss..

masy,
hadoii kak oii.. semput den golak baco eh.. kalau dia ckp dpn2 dgn sy tu mmg sy jawab gak tp dia ckp thru org lain.
mmg kabaret kott.. hikhikhikhik!

arianna adrizal said...

masy,
citer laa.. citer laaaa..

sham,
tatau sy keje mane?? laa, hang tak tanya, mana nak tau!! apadaaa ;P

Masy said...

approach yg best adalah dtg dr org yg den approach secara berhemah itu laa.. so rasanya smpi skrg (ala..dia kan da kawen) dia x tau sbnrnya kite yg suke dia dulu, bkn dia yg suka kite dulu..

huehehehhehhee..

tp kan, masa dia approach tu kite pikir2 gak, x lah gelojoh kata 'nak!nak!'. pikir bkn sbb kontrol ek, itu pikir utk hal2 jangkamasa panjang..

huehehhehehhehehe

Anonymous said...

masy.... citer la sapa? hahahaha

arianna.... mana awak tau kalau ini bukan satu tactic untuk saya mendapatkan no phone awak? hahahaha.. takan saya nak mintak directly kan..

arianna adrizal said...

masy,
oooooooo... mcm lebeh kurang jek. sy ajak adik dia tgk hoki. pastu dgn muka kesian ckp,
'tak tau la bole dpt bas ke tak blk nnti..'
terus dia ckp,
'xpe, book extra tiket. abg pegi skali.'
Huhu.. taktik berjaya!! pastu kitorg pun slalu kuar sesama. memula 3 org, lelama 2 org jek..
mmm, memoriesss...

arianna adrizal said...

sham,
tak nak mintak directly.. mintaklah directory. hahahahaha!!

Masy said...

ala..klu ckp sape pon, bknnya kenal..hoho

sila rujuk entry kite bulan 9..itulah orgnye..

Anonymous said...

arianna.. boleh saya dapatkan directory department awak? hahahahaha

masy.. tau tu.. dah baca..

arianna adrizal said...

haaa.. mula la tu nk mengenakan org!

Anonymous said...

laaa... betoi la... mula2 mintak directory department awak.. kat directory tu kan ada nama awak.... kan dah dapat no extension awak... ish.. takan tak paham kot.... ishhh ler dia ni

Masy said...

aloooo sham..!klu nak,pekata ckp cenggini:

arianna, boley saye mintak nomo tipon awak?no opis ke, klu henpon lg best!

kan senang :D

Anonymous said...

hahaha.. direct sangat tu.. malu arr.. ahakssss

arianna adrizal said...

huahaha.. padan muka!
kak gv me 5!!

Masy said...

tamo ckp direct, tp mo org paham, ape kes..lalalalallaa

nah arianna, i give u 10! hohohoho

Anonymous said...

5 jer.. napa tak lebih lagi? tak cukup arr 5 jer

arianna adrizal said...

masy da kasi 10. ok la tuu..

Anonymous said...

masy... i still remember the last time when i'm direct with someone.... :(

Masy said...

aikk..apsal?mintak nomo tpon pon kene reject kah? yau betul sham..

kekadang direct tu kene take time gak sham..

Anonymous said...

bukan pasal no tiponla... pasal bab direct tu....

ahaksss..... yo la tu..

Anonymous said...

err.. arianna... ada email la dalam yahoo inbox awak.. cuba awak check... ahaksssss

arianna adrizal said...

oyeke..ok.

Anonymous said...

thanks ekkk

arianna adrizal said...

no sweat!

Anonymous said...

memangla takde sweat... bukan suruh pi jogging pon.. ahakss.......
kehkehkeh

arianna adrizal said...

sham,
ckp omputih ni kalo ditranslate ckp melayu, mmg burok bunyinyee..

Anonymous said...

hehehe.... ala tuan putri... gurau je kk... jangan arr serius... takut arr

Masy said...

arianna..sowi ekk mlm td mcm x brape layan je awk kol..hehhee..tgh tgk tv time tu.jgn mara aaaa..neway thanks 4 calling..

*pasni nk panggey kite 'akak' pon bole laa...jgn memalu.sile..sile...hehe

Anonymous said...

Akak Masy... akak masy apakhabar? ahaksssss

arianna adrizal said...

ooo.. tapee. sokey. no sweat laa. lgpun waktu tu da time tido kann. wokey la!

*hehe.. ok kak masy.

9w2yvf - VF @ Yusairi said...

hi ariannaku,
hmm, walaupun dah lama kisah ni namun ianya menarik perhatian saya. saya agak tertarik dengan promotion/method/penjelasan yg sham berikan. apapun, jangan terlalu JUDGE lelaki ni. try give them an oppurtinity. Kdg2 lelaki sukar nak buat keputusan kerana ia memang sukar. SERIUS, ia memang sukar, macam2 cabaran yang perlu dia lakukan. kalau PEREMPUAN nak tunggu ditinggalkan, itu bukanlah caranya, just be cool dan accept takdir yang menimpa, mungkin tiada jodoh dgn lelaki ni, maybe akan ada jodoh lain yang akan menjelma. Insya Allah. apapun, ladied n girls, don't try this at home. just kiddin'. ariannaku kena byk2 bersabar-sabar dgn pelbagai rintangan yang hadir. you'll be the special woman in someone's life in this world.

Hello, once again~

Bismillahirrahmanirrahim.. Helooo from Anne di tahun 2025!!! Subhanallah... dah bulan 9 ye. 3 bulan saja lagi sebelum kita nak menjengah ke ...