Showing posts with label apalah aku neh... Show all posts
Showing posts with label apalah aku neh... Show all posts

Wednesday, September 12, 2007

Big gurls d0nt cry t@u...

Entri semalam sebenarnya terhasil apabila aku memaksa diri untuk ingati semula memori yang indah-indah.. Mengenang memori seperti itu mengundang rasa syukur, rasa disayangi. Segalanya bermula bila semalam wan beritahu dia tak dapat jumpa aku kerana banyak sangat hal lain yang perlu diselesaikan. Ya aku tau urusan di Putrajaya tu penting.. lebih penting daripada aku yang kerdil ini. Aku rasa down sangat semalam. So aku memilih untuk imbas semula waktu-waktu gembira kami.

Sebagai lelaki tipikal dan manusia umumnya.. aku sedia maklum bila tertekan atau dalam keadaan di luar kawalan.. butang stres akan menyala di tahap 'danger'. Api kemarahan bole menyala tiba-tiba tanpa 'warning' jika tidak berhati-hati. Maka aku memilih berdiam diri. Memaksa dia menurut kata kita, atau lebih tepat memaksa dia menunaikan janji dia (padahal dia yang beria-ia kata nak datang jumpa aku.. aku tak suruh pun) hanya akan menjadikan keadaan semakin keruh.

Frust? Nak menangis? Pastinya. Tapi aku cuba menerima kenyataan bahawasanya dia dalam keadaan tertekan dan terdesak untuk selesaikan urusan mendapat lesennya dengan kadar sesegera yang mungkin. Atau mungkin dia akan tersadai berbulan-bulan tanpa pekerjaan. Itu lagi haru. Akhirnya aku memilih membelakangkan keinginan aku. Aku beritahu diri sendiri biar dia selesaikan segala yang penting dulu, tak perlu rushing semata kerana aku. Ada rezeki kita jumpa lain kali (walaupun aku pasti tak dapat jumpanya sehingga raya nanti).

Dan mungkin kerana ayat ambik berat aku tu atau memang segala urusan berjalan lancar dan nasib menyebelahi, tiba-tiba petang itu wan called dan beritahu dia dah otw ke Shah Alam. Suaranya ceria.. tak seperti pagi tadi, keras dan beremosi. Mudahnya dia 'tuned' balik... Tapi sesiapa pun bila dah selesai sesuatu yang penting atau terlepas dari masalah pasti rasa lega! Baru boleh senyum lebar. Tapi akulah yang terkulat-kulat.. Tadi dah 'redha'.. so nak 'tuned' balik rasa tu macam susah je. Tak rasa excited pun dia nak datang. Sehinggalah kereta dia terpacak depan ofis barulah aku dapat rasa tu semula perlahan-lahan.

Seperti yang dijanji, semalam dia jemput aku dari ofis dan awal pagi tadi hantar aku ke ofis. Aku ada juga buat 'onar' sikit semalam (balas dendam kot.. ;p) tapi dia sabar je dan pujuk aku balik. Huhu~ Gembirakah aku?!

Hmmm...

Harini rasanya akulah orang yang paling murah senyum kot. Hehe. Aku gembira. Lebih gembira sebab esok nak puasa. Hmmm... Selamat berpuasa lah kat korang semua ye :)

Hello, once again~

Bismillahirrahmanirrahim.. Helooo from Anne di tahun 2025!!! Subhanallah... dah bulan 9 ye. 3 bulan saja lagi sebelum kita nak menjengah ke ...