Yeah! Sedar tak sedar dah yang ke 200 rupanya. Entah apalah yang aku merepek kat sini sepanjang setahun setengah ni agaknya.. sampai beratus entri! Haha! Ok, meh aku sambung repekan untuk siaran kali ini. :D
Weekend aku biasa-biasa aja. Jumaat petang tu bergegas balik rumah. Gegas ke?.. mm, taklah sangat. Balik as usual stucked dalam jam so arrived home almost 6.40pm. Then singgah pasaraya beli barang-barang nak masak esok. Sampai rumah, tengok takde sape pun.. Tgk tv, angkat kain (jemuran la..) Around 8pm abah & mak balik. Then lepas mandi.. aku continue tengok tv lagi dan lagi dan lagi.. Hajat hati sebenarnya nak kemas bilik since makcik aku balik kampung so operasi 5s lebih mudah tanpa gangguan. Habuk pun macam da tebal dah aku tengok. Tak rupa bilik anak dara langsung. Huhu~
Tapi malam tu tahap kemalasan menyelubungi diriku.. *alasan.. ;p* Maka aku mengabadikan diri di depan tv sajalah. Beralas dan berselimutkan comforter, aku menonton Harry Potter untuk yang ke entah berapa ribu kali. Hehe. Malangnya dipertengahan cerita aku telah ketiduran.. Aduh! Potong betullah..
Sedar-sedar aku terasa ada benda sejuk di kaki. Telinga menangkap bunyi-bunyi kuat dari tv. Gosok-gosok mata tengok mak rupanya.. Menumpang comforter aku. Menyelit. Adik aku baring beralas siku melintang atas kepala aku. Hu~ tengok tv rupanya dorang ni.. Dah pukul 2.30am. Citer apa ntah yang dorang tengok aku pun tak ingat. Yang aku ingat.. aku cuba lelapkan mata lepas tu tapi tak berjaya. Makanya aku berSMS dengan wan. Dia pun belum tido lagi. Stadi katanya. Isnin (harini..) dia ada test. Tak lama lepas tu aku terlena semula. Itupun selepas tv dimatikan.
Jam 6 am aku tersedar lagi bila mak kejutkan adik aku yang rupanya turut mempamerkan aksi tido dalam comforter di sebelah aku. *Sibuk jer tiru orang.. hu~ Aku celik sebentar, menyambung kemudian. Jam 9am baru aku sedar sepenuhnya. Bangun.. masak air. Cuci muka dan gosok gigi *tp tak mandi <-- ha, jujur tak aku ngeh ngeh.. * Kemudian keluar ke kedai. Lupa beli mushroom. Balik.. mula memasak. Itulah sarapan, makan tengahari dan makan malam aku untuk hari tu. Hahaha!
Malam Ahad tu, kejadian sama berulang. Waktu tidur dan waktu terjaga pun sama. Bila terjaga je kul 2am, cepat2 aku bangun masuk bilik sambil SMS wan. Dia called dan sembang-sembang ngantuk for about 5 to 10 mins kot.. After babai2 and muah2 *;p aku terus je tido lena sampai pagi. Huu~ kan dah kata dah ;D
Siang Ahad tu barulah aku bertungkus lumus meng'5s'kan bilikku itu. Sekejap je.. Lap-lap abuk sket.. alih-alih barang sket.. *Sket mende.. aku alih lemari beb! Huhu~ Sambil tu ternampaklah boxes yang wan beria-ia nak tolong angkat satu ketika dulu.. Alahaii.. Kenangan tu :D Kak Masy, meh nyanyi sket lagu 4U2C tu.. LOL. Sebelum ni pic wan aku letak belah dalam-dalam sket tapi semalam.. nah, aku letak kat depannnnn skalik! :) Ah, lindu ah pulak ah.. *awat gediks lak neh..hahahaha!
Malam tadi masa mak masuk bilik nak antar baju, lama aku tengok dia berhenti sebelum menutup daun pintu. Tatau la kenapa... Mungkin kerana terkesima dengan kehebatan anakandanya mengemas.. muahahaha! Atau mungkin kerana foto-foto ajaib itu??. Sila SMS kan jawapan anda ke balai polis yang berhampiran! ;D
Adeh~ penat dah merapu. For sure korang lagi penat baca repekan ku inneh.. Haha~ Dah.. dah.. gi sambung buat keje kawan-kawan :D