Showing posts with label Cerita basi. Show all posts
Showing posts with label Cerita basi. Show all posts

Wednesday, November 07, 2007

Dinner @ Istana Hotel

Arini ada mood sket nak apdet. So apa kata aku post gambar dinner Mercy kat sini. Ekceli ni kira gambar 'basi' gak laa.. berzaman da ni tapi baru semalam dapat.. tu pun sebahagian je. Malas nak tunggu lagi. So ni je yg ada.

Kitorang ingat special guests dok meja lain. Sekali tengok HR director dok semeja. Kenmain behave memasing ;p.. FYI, sebenarnya kitorang ni tak involved pun dalam kerja Mercy tu... ;D Tau2 je company suruh attend dinner. Compulsory pulek tu! Reasons, nak kitorang the Public Affairs Div familiarise dengan event cenggitu. Dan jugak sebab kitorang as 1-stop-info of the company. Katanya laa.. Huh~ Tak kisah laa..

As usual la dinner cenggini for sure ada artis kan. Mmm.. adalah beberapa orang. Datuk Yusni Hamid, Harith Iskandar dengan lawak CSI nye tu [ better than d show yg kita tengok dalam tv tu ], pastu CT datang dengan DK, dia pun kena nyanyi gak. But we're expected Raja Zara datang tapi tadek pun. PIL je as penaung Mercy. Biasala.. time tu dia tengah popular.. ramai yang nak tengok secara live, tinggi ke.. kurus ke.. cantik ke.. ;p huhu~ Ok, enuf said.

Btw, menarik jugak if nak join Mercy. Satisfaction as a human being. If that what u'r looking for laa. Speak for myself, I must say.. insaf woo tengok klip Mercy tu. Tu baru tengok.. Hanya orang yang betul2 kuat mental & physical bole go thru dis kinda 'job'.

.

# cuti aritu ok la.. cuma sekejap sangat. sedih tau.. next entri la baru stori ohkey ;)

~~ *err.. b, leh citer tak ni?*

Wednesday, September 05, 2007

My 15th trip to Melaka!! my last trip thou~

Salam..

Yeahhh!!!! I am a free man. Huhu~ Minggu yang penat akhirnya berlalu. Legaaa.. Entri ni entri tertangguh sebenarnya.. aritu upload gambar tapi tak sempat nak publish. Nak cerita pun macam da basi jek ;p

Mungkin ada yang perasan aku menghilangkan diri since Khamis 2 minggu sudah. Sehari sebelum cuti merdeka. Sebenarnya... Khamis tu aku dah selamat berada di Melaka. Hehe.. Saja mencutikan diri. Aku dan wan bercadang nak pusing-pusing melaka sementelah dia tinggal seminggu je lagi kat situ. Atau dalam erti kata lain, ni trip terakhir aku ke Melaka. Lagipun wan kata sepanjang 2 tahun kat sana, tak pernah pun pegi taman buaya, taman mini dll. Kesiannnnnnnnn....

Tempat pertama yang kitorang pegi, tempat makan lah. Entah ceruk mana ntah dia bawak tapi nasib baiklah sedap nasi beriani tu. Dia kata, antara yang famous kat Melaka. Hmm..

Malam merdeka aku kat JJ. Ada midnite sale! Tapi tak best sangat pun. Dengan q panjang.. maleh ar. Kuar dari JJ sedar-sedar dah lepas jam 12. Alah.. tak dapek tgk bunga api.. Pegi minum kat kedai air buah. Dulu masa 1st time datang Melaka, dia pernah bawak aku sekali. Tapi lepas insiden aku hampir jatuh kerusi sebab terkejut tengok 'jerry' besar meluru ke arah aku.. terus dia tak bawak lagi dah.. ;p Malam tu pun, bersila aku atas kerusi. Muahaha. Kiranya, dulu pembuka dan sekarang penutup la.

Hari Sabtu petang kitorang berkesempatan ke Taman Mini. Banyak kali gak aku pegi tempat ni. Rombongan sekolah, rombongan keluarga, ha macam-macam lah. Tapi banyak dah berubah atau dalam kata lain, macam tak terjaga je tempat tu. Kepada yang belum pernah masuk, sila jangan terkejut sebab entrance fee nya RM10 ok! Wan pandang muka aku. Aku faham dia maksudkan mahal. Aku dengan tegasnya kata, "takpelah.. kita dah sampai pun." Sambil terus bayar cepat-cepat. Banyak sangat fikir nanti menyesal pulak.

Haritu tak ramai sangat orang. Elok jugak.. kalau tak, sesak. Cuaca pun sedang-sedang elok je. Ha bagus sangatlah.

Bergaya ala-ala macho depan signage Taman Mini.. ;p

Rumah apa ntah lupa dah.. hehe

My fav pic! Macam 'empat ta~on la!'

Dia suruh aku delete pic ni sebab dia kata dia nampak 'gelap' sangat.. Mmg dah gelap nk buat lagu mana.. ahahaha.

Suruh je dia buat gaya apa pun.. suka je dia!

Kandid! Sangat jahat.........

Kandid lagi! Err.. sila abaikan paha yang besar itu.. Huhu~

Tengok tangga dah tau rumah negeri mana..

Penat dah.. Hu~

Aku balik Shah Alam hari Isnin petang. Masuk kerja hari Selasa tapi terus ikut induction training for 3 days sampai Khamis. Tu pasal lah aku tak sempat apdet.. :D

Benda yang paling aku suka masa induction adalah time jawab soklan. Haha! Dan sememangnya aku macam gila kuasa sket. Tetiap hari soklan, aku yg jawab.. Dah orang lain takmo jawab. Baik aku jawab, dapat hadiah! Huhu~ Well, aku kat Public Affairs Div kalo aku tatau jawab.. malulah beb! Lagi pulak, aku selalu berurusan dengan management.. takat nama directors tu.. for sure lah aku lebih tau. Tu pun aku tolong kawan. Suruh dia angkat tangan, then aku bagi jawapan. Baik tak diriku innehhh... ;p

Jumaat, macam lipas kudung lah aku.. Banyak betul menda nak kena setelkan. Claims itu ini. Big boz pulak nak gi umrah. 3 hari ni pulak schedule penuh! Start pose ni, Hallmark, Open Lounge tutup maka aku kena naik ofis. Tatau lagi nak kena buat apa. Tapi confirm ada keje! Hu~ Not happy with dat ok :(

Argh! Baik fikir perkara menggembirakan. Yeayyyy!! Esok wan nak ambik aku kat ofis. Hmm.. skarang turn dia pulak turun sini. Muahahaha.. Esok dia ada medical check up kat Klang then gi Putrajaya untuk buat license. Sukernye! Sukernye!! Orang ofis, sila jangan mengendap ohkey ;p

Tuesday, June 19, 2007

Bubuh je tajuk pape...

Entah apa nak jadi dengan manusia yang seorang ini.. datang dan pergi sesuka hati dia. Ada je caranya untuk masuk kembali dalam hidup aku. Dulu call dan sms, kemudian sms jugak tapi guna nombor overseas and now.. emel pulak! And the best part everrr, my instinct selalu tepat!! Gunalah cara dan nama apa pun.. aku sentiasa dapat tahu 'itu' adalah dia! Cam bole buat bisnes je instinct ku neh.. Kekekeke.. ;p

2, 3 hari ni dia dah tak hantar sebarang emel lagi. Pasti dia terasa dengan ayat yang satu itu. Kejam ke ayat aku tu? Mm.. Jika nak banding apa yang telah dilakukannya dulu.. alah, sebesar hama saja kata-kataku itu! Takkan terasa kot.. Tapi kalau terasa pun, bagus.. infact it is part of ur learning process ye dear. Remember what goes around will come around ;)

Mesti orang nak kata, 'ish.. pendendamnya budak neh!'

Tak kot.. If 'budak' neh berdendam, for sure dah kena kaw-kaw nyer mamat tu. 'Budak' ni bagi sketttt je.. Ciput. Cinonit. Satu ayat ja.. Tu pun tak bagi on d spot. Apa saja yang dia tanya, 'budak' ni jawab baek-baek je.. Dah dekat hujung-hujung baru kasi ayat power *err.. tak power pun sebenarnya.. ;p*. Ayat tu pun bukan nak balas pape. Just to let him know yang dia tak kenal siapa diri aku sebenarnya. Ni part of our conversation. Ayat ku yang tak terjawab dek dia;

".. most important u must know how to drive urself and be AWARE.."

Aku jawab, "aware of wut? ha ha.. tak sangka u still have dat kinda prespective lagi. grow up.. " Lepas tu dia tak balas sampai laa ni.

I still do remember eventhou da hampir 5 tahun perkara tu berlaku.. Mesmerizing! Aku masih ingat bagaimana begitu tak sukanya dia dengan kerjaya aku sebagai secretary masa di Celcom dulu. Katanya, kerja yang aku buat tak bagus. Mentaliti rendah. Banyak skandal. Chances untuk curang selepas kawin sangat besar, katanya. Dan aku juga masih ingat lepas berlakunya argument yang paling besar itu, aku telah cuba menukar kerjaya sebagai guru.

Ha ha ha.. Dulu aku menangis bila bercerita tentang ini tapi harini aku tersenyum dan tertawa. Aku dah cukup dewasa untuk faham erti kehidupan. Aku rasa dia terlalu pandang rendah pada aku. Terlalu rendah hingga sanggup menggadai harga diri mungkin. Gila.. Aku bukan bodoh!

*

*

**Untuk sekian kalinya aku minta.. pergilah jauh-jauh dari hidupku. Jangan kau muncul dan membuat onar dalam hidupku lagi.

***Harini boz mat saleh itu tegur masa dalam lif, "u dressed like flight attendant! feels like on plane.. " Ish..ish.. tak sangka naik lif dengan aku pun boleh rasa macam naik kapal terbang. Ha, moh sapa nak rasa naik plane leh naik lif dengan aku. Kihkih...

****Harini orang tu ada test. Re-test actually.. Harap-harap pass dis time. Tak pasal-pasal aku yang kecut perut neh.. hahaha!!

**** Rojak betul perasaan ku sekarang neh... hmm.

Hello, once again~

Bismillahirrahmanirrahim.. Helooo from Anne di tahun 2025!!! Subhanallah... dah bulan 9 ye. 3 bulan saja lagi sebelum kita nak menjengah ke ...