Showing posts with label ....................... Show all posts
Showing posts with label ....................... Show all posts

Friday, June 05, 2009

Siapa lagi lepas ni??

dalam entri lepas aku ada bgtau, 'siapa insan terpilih dari masa silam yang bakal muncul' kan??! nak dijadikan cerita, memang ada seseorang yang muncul. hahaha!! nak kata tergezut tu.. erm, ntah la. perasaan tak dapat dikesan. haha.

she used to be my housemate. apparently she and i was in the same class masa kat itm dulu. masa tu dia close dgn ana, aku dgn k. ana dgn k adalah dari sekolah yang sama dulu. dan memang rapat. so bila kitorg berempat dapat masuk same class, terus empat orang ni jadi satu klik secara tak langsungnya.

to be honest, dia ada one kind of attitude dat time which kinda annoying la kalau orang tak kenal dia betul-betul. selama beberapa sem tu aku ok je. setahu aku, aku jenis tak cari gaduh. cuma bila dah nak sem yang akhir-akhir tu, ada banyak perkara yang berlaku. hormon tengah naik kot.. asik buat kerja gila. aku bukanlah baik sangat pun.. tapi yang kali itu memang kerja gila kuasa dua!! lepas-lepas tu aku pujuk kawan-kawan lain supaya tak ikut sama. selain fikirkan rasional, one of the reasons masa tu mungkin sebab aku dah ada bf. aku seorang yang setia okeh. huhu.. sebenarnya.. aku kena marah dan bergaduh besar bila aku bgtau kejadian tu kat bf ;p so aku terus insof.. hehe.

sejak perkara tu terjadilah satu perkara lain yang aku pun tak tau dan tak ingat sebab musababnya. cuma kali ini melibatkan aku dan dia. aku sangat pasti ianya antara aku dan dia je. sebab aku sorang je dia tak tegur. kawan-kawan lain tegur macam biasa. masa tu aku kesian kat kawan-kawan la.. dorang serba salah. sana kawan sini pun kawan. dorang tau aku tak bersalah.. tapi bak kata ana, "ko tau jela kepala batu dia camane.. cakap dengan dia pun tak guna. ko buat tatau je nad.. karang dia nak apa-apa, ha pandai-pandai la dia cari ko.."

hmm, itu cerita lama. i haven't get in touch with her since abis stadi. cuma dia pernah hantar satu e-mel lebih kurang 4-5 tahun lepas bila dia dapat tahu my ex-bf dah kawin. meaning dia stil amik tau perkembangan aku daripada kawan-kawan yang lain. dan semalam dia ym aku. 'ulfaaaaaaaaaaaaaaa nadiaaaaaaaaaaaaa.. :) ' ha, macam tula intro dia.

aku hampir nak tergelak. dia ym aku pun lepas k bagitau dorang tgh chat. so aku tak fikir benda lain. aku cuma fikir dia stil kawan aku so aku bagitau k suruh dia add aku jugak. rasanya kalau aku tak suruh, sampai bila-bila pun dia buat. dia memang tak berubah. sekeras-keras kepala aku ni, keras lagi kepala dia. setebal-tebal ego aku ni, tebal lagi ego dia. aku rasa dia memang tunggu-tunggu je bilaaaaaa la aku nak tegur dia. sebab dalam masa 15 mins tu, dia telahpun mengapdet aku tentang banyakkkk perkara. aku pulak terkial-kial tak tau nak cerita apa.. hahahaha!!

wateva it is.. yang dah lepas, biarlah lepas. bukan segalanya tak baik tentang dia. ada je momen-momen yang gembira.. sikap dia yang baik. manusia kan, macam-macam perangai. kata dia semalam, dia dah beli rumah dgn bf baru dia. bagus la.. cepat-cepat kawin ye :)

.

.

tapi cerita dia psl dia beli rumah tu ekceli aku agak terkesima la jugak sebab sama dengan reason cuti aku next month - 'saya nak cuti sebab saya dgn bf saya plan nak beli rumah kat sana..' <--- sila jangan tanye pasal ni. kalau takleh tahan nak tau jugak, sila pm ye.. sangat confidential ini hehehe.

Friday, November 21, 2008

terkejut aku post dua entri harini?

sila jangan.. =p

ada sesuatu menyebabkan aku rasa tekanan dan macam nak marah. mungkin sebab harini aku tak makan pisang so enzim gembira aku di level kritikal. barangkali la..

aku tekanan bukan sebab bergaduh dgn bf. harap maklum tu. sebab org selalu point bila aku tekanan je mesti sebab gaduh dgn dia. bila aku wat statement emo je org kata dia yg jadi punca. kesian dia tak pasal-pasal terbabit. nanti dia kecil hati ha br aku tau!!.. huhu. psstt, biasa la org badan besar memang selalu hati kecil.. tak macam aii yg badan kecil tapi berhati besarrrr.. kekekekekeke =p jangan maraaaa ye yang.. ahaks~

so aku nk mengembalikan emosi di level yg sepatutnya adalah dgn buat benda yg aku suka. ko tau apa yg aku suka? banyak!

antaranya aku suka bergambar.

gambar perasan.. tu dah tentu =p. lepas tu selamba badak paste kat blog. dgn cr tu bole build gud self esteem.

it's fine if some people say nk cari glamer.. tadok hal. but do remember dis is my teritory anyway.. hehe. biaq pi la letak apa janji hati tuan punya gembira kan.. =p

kalau tak pun, aku pilih utk log off fikiran jap.

errr.. dlm bahasa mudah, tido la tu. hehe.

mebi sebab 2 kaedah yg aku amalkan ni la reza kata aku tak bercampur masyarakat. alaa bila emosi aku da stabil aku kuar la berjumpa rakyat jelata.. bukan la setahun 365 hari aku emo. dia pun... haish. =p

okla.. aku da rs ok da ni. ada sikit suam-suam kuku kaki. huhu~

i wanna go home la. o, before dat... i nak dedicate dis to my luvly one,

"Boy I hear you in my dreams.. I feel your whisper across the sea..I keep you with me in my heart..You make it easier when life gets hard.. I’m lucky I’m in love with my best friend.. Lucky to have been where I have been..Lucky to be coming home again.."

:: i luv ya ~ =)

.

.

hehe. tata~

. .

Friday, January 11, 2008

~~~

Huhu~ begitu bermood sekali nak stori-mori ni tapi esok2 ar.. Kekekekeke...

Bila bekerja dengan ramai orang, barulah tau yang orang ni macam2 'pe-el'.. Mana yang ok, tu oklah. Mana yang tak ok tu.. nasib malang la. Hehe.. Sejak 2,3 hari lepas aku kena jwb call rsvp untuk external launch rebranding company. Biasalah.. kalau melayu sama melayu [yg jenis ok..] biasanya dia akan rojak2 la bahasa dia. Kalau bukan melayu, ada yang suka nak cakap melayu.. it's fine wif me. sonang sket kijo den. Ada satu receipient tu, chinese la tak silap.. siap cakap gini lagi, "hello, siapa kau?" Kekekeke... Nak aje aku tak jawab gini, "ha, ni aku anne. ngkau ni nak datang ke tak?" Kekekekeke... Tu dalam hati je. Aku jawab elok2 la dengan dia jugak. ;p

Kalau foreigner pulak.. adehh... kena bagi 250% attention kalau dorang bercakap! Pagi tadi je ada sorang ni fm france ambassador nak confirm attendance.. speaking ber'ghak'2 bunyinya.. tau jelah ckp omputih loghat france. Tertekan je kena mendengar sebiji2. Pastu masuk panggilan kedua dari jepun pulak.. Ha, ni yang aku kelakar sket. Mula2 tu faham gak la. Sekali pastu ntah apa yang dia cakap ntah. Sebaris ayat yang dia cakap tu, rasa2nya aku cuma berjaya tangkap 3,4 perkataan so aku agak2 je maksud dia tu. Sekali silap daaa... "no, no.. i carrot atterend your parety.." <--- [cakap slanga jepun] Oo.. tak bole datang.. cakap le cenggitu kan senang.. ini kenmain panjang jawab. Berbelit-belit pulek tu. Hu~

Tu belum kes yang nak bawak anak bini lagi tu. Jenuh nak bagi penjelasan. Tak taulah dorang ni tak faham ke dis is a corporate event.. majlis esklusif mana bole bawak family! Tapi aku tau sebab apa orang sibuk nak bawak family.. Sebab dalam tentative tu dok hitelite pasal performance fm france tu, cirque du soleil. First time ever in Malaysia. So semua orang dok ingat kita panggil circus mai Klcc... huhu~ It's acrobatic show actually.. not really circus punya show. Aku pun tarak faham apasal ada show ala-ala circus tu time launching nanti. Hehe.. sukati korang la.

Friday, December 28, 2007

biarkan jemari ini memberitahu isi hati...

entri ini aku tulis dikala hati sungguh kacau. sambil ditemani 'imran ajmain' dengan lagu 'seribu tahun'nya yang tak henti2 berputar. aku berkeputusan utk luahkan di sini tanpa niat melukakan hati sesiapa. aku perlukan 'seseorang' untuk mendengar rasa hati aku yang fragile.

akhir2 ini sms dan kata2 yang dia kirimkan kurasa kosong. kalau ditimbang pun, tak berinjak jarum penimbang pastinya. ada berbaur rasa rindu dan sayang.. namun pengisiannya tak cecah ke dasar hati ini. tak berupaya menyentuh hati kecilku. puas ku pujuk hati tapi aku tak mampu menepis rasa kecewa yang bersarang. seolah kehilangan sesuatu.

tadi aku baca kembali sms2 lama yang tersimpan rapi. aku menangis lagi. kali ini bukan saja kecewa tapi rindukan saat2 itu. terlalu rindu. ucapan2nya sarat dengan pengertian. dan terpaling penting, kata2nya tepat menyentuh hatiku. terlalu istimewa. jauh berbeza dengan apa yang aku terima sekarang. kemanakah menghilangnya semua itu?? aku rindukan dia yang prihatin. lembut. dan menggembirakan. adakah cinta itu semakin pudar?? dan yang tinggal kini hanya keterpaksaan?? aku dan dia.. semakin jauh.

tak mustahil sejarah berulang. apa yang dia tunjuk harini semakin menyerupai apa yang pernah aku lalui satu masa dulu. bilamana hati aku dirobek dengan kata2 yang hanya tuhan bisa memaafkan. sekali, aku mungkin memaafkannya tapi sukar bagiku melupakan. argh! itu cerita dulu. tapi aku tak menyangka ianya berulang.

satu bentuk tuduhan halus yang mematikan bicaraku. hampir terhenti nafasku. aku diam membatu. perlahan2 aku cuba bernafas kembali dan memujuk hati supaya memaafkan kan dia. aku usir segala rajuk di hati. aku cuba senyum dan memberi reaksi yang paling manis aku cuba. tapi ucapan yang aku terima hari ini mematahkan semangatku. hancur luluh hatiku.

ya, terima kasih kerana menyedarkan di mana letak duduk aku dalam kehidupanmu. aku memang tak penting. aku bukan sesiapa dalam hidupmu. yes, u are rite. i am absolutely not permanently yours. aku mengaku aku silap. aku silap kerana aku terlalu mengambil berat tentang dirimu. sedangkan tiada sebarang ikatan yang memberikan aku hak untuk mengambil tahu hal berkaitan hidupmu. aku silap kerana bergantung harap yang kamu adalah segalanya. aku silap kerana menjadikan diri aku kecil kerana mahu melihat dirimu sebagai yang terbaik. tapi adalah tidak adil jika kamu menghukum aku kerana aku itulah cara aku meluahkan rasa sayang.. arghh.. aku pasti kau tak fahami.. kerna kau tak mahu kan?

penat aku dengar kata maaf itu tapi nampaknya itu cuma satu ucapan yang tak beerti. kita semakin tiada persefahaman. apa yang aku paling inginkan, itu yang paling dia tidak dapat lakukan. apa yang paling dia sukakan, itulah sebenarnya yang paling aku keberatan sekali. aku bukan tidak memahami keterbatasan dirinya tapi.. tanyalah seribu wanita pun.. pasti mereka bersetuju dengan aku. kerana hakikatnya begitu. biarlah jauh di mata, lakukanlah sesuatu supaya aku sentiasa merasai nya dekat di hati. seolah2 ada. sepertimana aku cuba memahami kemahuannya dan aku ikuti segalanya walau aku tak begitu sukakannya. mengapa tidak dia memahami aku pula? mengapa?

aku takut untuk memikirkan kehidupan aku jika semua ini gagal. aku mungkin akan jadi manusia yang takut menghadapi masa depan. aku takut aku tak kuat melangkah melepasi halangan. aku takut aku bakal punya persepsi tidak enak pada kamu, lelaki. aku takut aku tidak akan percaya akan cinta lagi selepas ini. jika aku berjaya melalui ini semua pun, aku masih takut. aku takut jika ianya berulang kembali. aku takut. aku ingin pergi jauh dari tempat yang menyakitkan ini. kalau ada. aku cuma mahu disayangi..

Hello, once again~

Bismillahirrahmanirrahim.. Helooo from Anne di tahun 2025!!! Subhanallah... dah bulan 9 ye. 3 bulan saja lagi sebelum kita nak menjengah ke ...