
Harini cuba nak selesaikan 1 tag dari Ceera 21 THINGS I WANT IN A LOVER ;p Actually aku pernah ditag dengan tag yang hampir serupa dulu. 'Jawab tag lagi.. dan cerita baru baik demam - 20 June 2006' ~ So aku ingat aku continue je :) Aci eh.. Mula-mula macam tak nak jawab tag ni sebab takut-takut berbaur komplen. Tapi jawab jelah kan.. i'm pretty sure that most of it wan da tau. Ok, here goes
9. Nak dia sentiasa 'ada'. Tapi dia selalu salah faham. Bukan nak 24-7 tapi bila diperlukan dia sentiasa ada. At d moment sbb distance so aku taklah jumpa setiap masa .. alternatif, call je. If dia kat sekolah then aku tak kisah tapi bila tak fly, tak gi sekolah tapi still tak jawab call makanya aku akan sangat kuciwa dan berasa terpinggir. I want him to be the first person to know everthing tapi bila call tak dapat.. dan aku pulak jenis yang cepat hilang mood to repeat the stori again and again. Selalunya orang lain lah yang bertuah dapat share berita terhangat atau lebih malang.. tolong selesaikan masalah. So sape bf and sape frens sebenarnya ni?.. Not because of tak bole berdikari.. tapi kalau asyik terlepas perkara penting dalam hidup aku.. macamana tu.. This is the biggest issue especially masa suku pertama dulu.. tapi ianya dah bertambah baik sekarang. Harap yang baik berterusan..
10. Tak mengubah aku menjadi orang lain sebaliknya terima yang seadanya. Tapi aku akan amat berterima kasih jika dia mengingatkan aku untuk mengubah sesuatu yang tidak baik kepada yang baik. Yelah.. aku sendiri pun tak sempurna.. tetap ada kekurangan.
11. Tak jelous membabi buta.
12. Aku selalu nak kena dengar suara dia sebelum aku tido. Dia selalu gelakkan aku.. kata aku tetap akan tido lena berdengkur wpun dia tak call tapi ketahuilah bahawasanya hari esoknya akan jadi hari yang serba tak kena buat aku. Manja la kunun.. ;p
13. Aku suka bila dia happy dan alhamdulillah most of the time dia memang jenis happy go lucky je. Sebab bila dia happy aku pun akan happy jugak! Dan bila aku unhappy dia berusaha buat aku happy semula. Dan dia selalu berjaya dalam bab ni :D
14. Aku tak kisah kalau dia tak puji aku cantik tapi janganlah pulak puji perempuan lain. Taklah sampai tahap marah.. cuma tak suka. Aku penah la jugak merajuk sebab dia dok ulang cakap Jessica Alba hot. Because i know la which part yang hot. LOL. Eleh.. lelaki ;p Dia jawab alah cakap je, bukan betul-betul nak pun. If he seriously wanted dat kind of woman i mean phsically camtu then i'm totally out. Seriously i'm stepped out ok. Go n find ur self pompuan camtu. Takde makne nyer aku nak gi buat implan here n there semata kerana u wanted to. Oh~ plz..
15. Aku tak suka dengar cerita tentang ex dia. And so far memang jarang-jarang la dia citer. Bagus.
16. Aku suka dia tau bila nak 'tune' attitude dia bila berjumpa orang tua, sedara mara ke.. jumpa kawan-kawan ke.. orang kata, gi mana- mana bole masuk lah..
17. Aku suka dia nyanyi untuk aku. Hahahaha... Eventhou sora dia totally pitchng lari ke.. nevamind janji nyanyi. Kalau aku marah atau merajuk, dia selalu nyanyi tapi dengan lirik dia sendiri. Selalunya memang aku terpujuk la.. :D Hahaha..
18. Aku nak dan harap bila aku sakit dia ada dengan aku. As some people know, bila sakit demam aku gi klinik sendiri. Nangis-nangis drive gi klinik. Dulu masa operate mata pun aku drive gi hospital sendiri. Sedangkan masa sakitlah kita nak manja-manja sket kan.. So sebab dah terbiasa kena buat sendiri.. aku sangat terharu bila wan suapkan aku madu lebah asli yang abang dia belikan sebab ubat demam aku dah abis tapi sakit tak baik-baik. Mujarab gak la madu tu.. mahal kan.. tambah lagi suapan kasih sayang tu lagi la cepat sembuh. Ahaks ;p
19. Aku suka lelaki yang rajin. So far wan memang bole diharaplah.. wpun dia anak bongsu. Kadang-kadang dia kata aku buli dia sebab tiap kali balik melaka aku tumpang baju suh dia basuh sekali heheheh... Alaa.. bukan berus tangan pun.. guna mesin jek!
20. Aku suka kalau dia pakai uniform or smart casual. Entah nape ntah suka sangat.. time tu baru terperasan bf sendiri ala-ala hensem sket. Muahahahaha..
21. Aku jenis yang akan cuba memahami apa yang dia minat macam sukan contohnya. Aku tak pernah berminat dengan tenis tapi sebab dia pemain tenis maka aku belajar memahami permainan itu. Aku tau dia kadang-kadang minat memancing so aku beli 1 t-shirt tulis 'vote for fishing' ala.. yang dia tak bagi pakai tu lah.. ;p So aku harap dia pun memahami minat aku and at the same time join sama-sama. Barulah supportive! :D
Dah abis~
Apa-apa pun aku tidak mahu menjadi terlalu meminta-minta. Aku bersyukur dan bahagia dengan apa yang aku miliki sekarang. Terima kasih kerana membuat diri ini bahagia~