Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

Monday, October 29, 2007

Cerita Raya + Kerja

Hari minggu pertama selepas raya haritu aku terpaksa kerja. Duty kat rumah CEO. Ada open house. Pagi tu macam liat je nak bangun sebab hujan. Tau-tau jelah kalau hujan ni lagi sedap tarik selimut kan.. ;) Dalam keterpaksaan tu aku bangun jugek laa.. karang bos aku tepon pulak. Setengah jam sampai ofis, saing manager aku. Angkut apa barang yang patut dan bergegas ke rumah Dato'.

Siang tu sebenarnya aku pakai baju kurung kaler purple tapi tak jumpa pulak gambar curik. Yang ada ni jelah.. shift malam je. Dah tukar uniform da. Bila tengok gambar ni teringat aku satu cerita. Dek kerana terpaksa kerja di hari cuti makanya kitorang mencuba bakat dalam acara 'membodek' bos ;p Yang hadoinya.. tak sempat aku nak bodek bos, bos bodek aku dulu! " cantik u harini.." Aduh!! Apakah ertinya itu???!! Adakah akan ketiadaan bonus? Adakah? Adakah?? Terus terbantut niat aku nak membodek. Ceitt!

Kakak yang sorang tu beritahu, "bos hepi lah tu.. orang ingat dia datin. asyik salah panggil dia datin je dari tadi.." OOOooo... Hehehe..

Malam tu dapat jugak aku tengok dari dekat Sorayah Dean. Selalu tengok dekat tv je. Walaupun da anak sorang, maintain jek!!

Walaupun headache mai tiba-tiba malam tu.. tapi aku still maintain kiut! huhu~ Taklah.. maintain senyum je.. Usher, kenalah tenyuuum.. :) Sempat lagi bergurau dengan ofismet sorang ni. Macam pakat pakai black & white. Haha..

Sampai rumah, tak tunggu lama. Lepas buat apa yang patut.. terus zzzz! Tersangat lah letihnyaa.. hu~

Monday, August 20, 2007

Merdeka Hunt 2007

Last Saturday, satu hari bz with Merdeka Hunt 2007. Tak rajin nak cerita tentang Merdeka Hunt pun. Boring sebab kitorang tak dapat masuk. Huahuahua.. Hari yang so enjoyful la tapi penat sampai melepek. Wake up as early as 6am saturday morning tu.. Supposed kena ada before 7am. But i reached ofis dah 7.09am. Nasiblah.. since i pun don't have anything to with registration. My task for sure banyak dekat Hotel tu je nanti.

After registration session dan kete pun selamat berlepas 1 by 1.. kitorang pun load barang, gerak fm ofis to this hotel name Palm Garden Hotel IOI Resort kat Putrajaya.

Us. Pagi sebelum bertolak ke Hotel. Saja tampal sticker tu.. Maklumlah.. committee takleh join treasure hunt tu. So masing-masing lepas geram tampal kat kete sendiri dan berlakon buat treasure sendirik :)

Ikut plan asal, supposed i kena drive tapi sebab ada kete lain yang kosong so tumpang jelah. Giler kelakar when boz tiba-tiba tanye, "u ols naik kereta siapa ni?" and 4 of us buat-buat sibuk, tiba-tiba je rajin. Nak tak nak our manager yang layan. But end up takde sape yang naik kete dengan bos pun. Hahahaha.. Sangat kejam. Maklumlah masing-masing nak enjoy.. tak mau dengar ceramah boz.

Sampai Hotel around 10 something.. terus load barang, buat apa yang patut. Patut mean is 'standing there waiting ur name been called'. Giler hampeh.. camane lah dorang invite aku jadi comm tapi takde keje. Funny huh~ Tapi aku takmo ar tensi-tensikan diri. Alang-alang dah berjalan jauh baik menghepikan diri. Apalagi, stress therapy lah. Sesi posing~ :P

Sangatlah giler & poyos kitorang memposingkan diri. Huhu~

Wif colleagues. Yang giler-giler juger :)

Lukis gambar pirates atas belon. Macam acara kanak-kanak daa...

Lepak-lepak sambil tengok view kat hotel...

Oh ya! this is the treasure.. konon lah. Full of choc!!! Giler sedap choc tu.. Half of it kitorang put it on tables tapi lepas event abis most of it still ada esp kat meja vip.. yalah what do u expect takkan lah bosses heran kat choc tu kan. Makanya diriku dan kawan-kawan kutip bawak balik. Muhahahah... All the way gi Alamanda dok mengunyah cekelat.. Hihi..

All the prizes. Giler banyak!! No 1 to 5 semuanya flight ticket to local and 'unlocal'. Tapi takat Jakarta, Vietnam jela.. *statement jeles* ;p Yang lain-lain barang electrical je.. *lagi statement kejelesan.. ;p* They picked me to be the-lady-gift-presenter tapi hadiah berat-berat.. Makanya.. adalah satu kejadian bila hadiah 'tergulik dok'.. aku pandang kakak tu, dia pandang aku.. harap-harap tak berderailah benda tu. Tapi orang lain tak nampak sebab kejadian berlaku kat tepi stage yang tersorok dek rostrum. Selamat.. selamat.. ;p

Alamanda. Yeah.. Bergambar bersama orang yang baru 1st time sampai tempat tu. ;p

Pose~ pose~~~

Posing-posing again and again and again.....

Lepak kat taman sementara tunggu sorang kakak tu shoppin. Then masuk Alamanda semata-mata nak beli ice-cream McD. Pastu keluar duduk kat tempat sama n watched live band. Best! Tak lama pun, half an hour je pastu balik. Bawak bini orang mana bole lewat sangat. Tapi yang tak best... bile balik jammed! Lupa pulak yang aritu ada pertandingan bunga api kat Putrajaya. Jalan tutup sana sini. Dekat sejam baru berjaya keluar dari situ. Nasib baik ku bukan driver. Lehtih woo...

Sampai ofis, around 11pm drive balik rumah macam ular kena palu sket.. sorilah. Mengantok dan letih tahap maksima! Balik terus koma, tak sedarkan diri. Subuh makcik kejut mintak hantarkan ke stesen bas. Letihnya.. tapi dah janji dengan dia aritu. Balik continue tido. Then tengahari kawan-kawan called ajak gi kenduri pulak. Letihnyaa... Balik dari kenduri dengan berbaju kurung lagi ni.. tengok tv la mula-mula pastu tv pulak yang tengok diriku. Huhu~ Pastu mak pulak kejut suruh antar abang gi klang. Dia nak balik Jasin malam tu. Aduh.. letihnyaaa..

Sekian hari minggu ku yang letih.

*

*

*pic mercy masil blm dapat.. :(

Hello, once again~

Bismillahirrahmanirrahim.. Helooo from Anne di tahun 2025!!! Subhanallah... dah bulan 9 ye. 3 bulan saja lagi sebelum kita nak menjengah ke ...