Showing posts with label .......... Show all posts
Showing posts with label .......... Show all posts

Monday, October 12, 2009

......... II

tiada sebarang kepastian. apa saja bisa berlaku.

aku hanya tidak mahu hati terus runsing.. jadi aku pilih untuk diam.

dan senyum.

ikhlas atau tidak? aku tak ada jawapan untuk itu.

.

.

.

.

thanks k.masy sbb tlg edit gambar yg asalnya gelap gulita atas tu =)

Wednesday, July 08, 2009

Take advantage of the mood i'm in

pagi ni aku bangun dengan rasa sihat berbanding hari-hari sebelum ni. dan aku rasa hepi! betul hepi ni :) mmm, mungkin hasil acara makan ini..

juga minum ini..

dan sedikit retail therapy semalam. huhu.. atau mungkin fikiran ku dah tenang so bole fikir kewajarannya. tak kisah la, mana-mana aje.

tentang hal yang aku cerita dalam entri-entri lepas.... sebenarnya kan, bila aku ketepikan hal aku.. and put myself in his shoes.. ye, aku faham dia mesti rasa serba salah. aku nk datang and at the same time kena pegi training yang he can't say no.. tau jelaa reputation thingy. lgpun, da lama sangat dia tunggu nak pegi training tu. after completed ground course and ntah apa-apa lagi since may.. and now da july dok menunggu aje, finally.. baru dapat. maka amat wajarlah aku mengalah dan dok diam-diam kat sini konon supportive laa :) walaupun kekata ni ada unsur bodek.. huhu.. tapi aku percaya dia tak baca blog ni dalam seminggu dua ni. so takde effect pape pun. lalalala.. hehe.

sementara mood aku ok ni, aku ambik kesempatan untuk setelkan hal m*x*s yang aku tak sanggup nak setelkan hari-hari dan minggu-minggu yang lepas. bukan apa.. aku takut aku ter-amok kat customer service tu. aku pulak yang takut eh.. hehe.

alkisahnya bulan lepas bil aku tiba-tiba jadi 3x penggunaan biasa. pelik betul. bila online bil sampai, bole pulak takde details semua padahal aku da request lama da. camane aku nak cek?? bila mintak, dia kata aku tak register. aku suruh dia tengok balik betul-betul. then baru dia kata dia akan pos. bila da dapat, tengok-tengok yang bulan sebelum tu punye. apadaa..

aku call kali ke 2, dia kata nak emel sekarang. tapi sekarang tu sejak 2 minggu yang lepas, sampai sekarang yang harini.. apa pun tadok!

so tadi aku call untuk kali ke 3. aku tak marah pun.. cuma mungkin sebab aku batuk so sore aku korang leh agak la cane kan.. garau-garau gitu hehe. pastu dok tekan kat situ, "dis is my 3rd time asking for d same thing u know... don't pray pray hoh" err.. yang last tu aku saje tambah. baru nampak dramatik sikit. huhu. then barulah nampak ada unsur-unsur gelabah sikit sampai nak kurier terus. bagus. kita tunggu jelah nanti hasilnya.

.

.

#ubat batok apa yang ok nak kasi batuk kahak baik cepat?

Friday, June 26, 2009

Quick Update

haritu plan nak tengok cerita ni kat kk. due to some condition, most probably tgk kat sini je kot.. wanna join me? but need to wait another week. sekarang ni memanjang sold out. memang laris. not so sure because of benda alah autobots tu or sebab other hot stuff. dari haritu asyik dengar suara sumbangsih, "perghh.." "wooo.." atau apa-apa je reaction yang sewaktu dengannya bila homo-sapien yang hot itu beraksi or just standing pretty.

wah~ macam jeles pulak statement tu ye.. hehe. but i kno myself well. farrrrrrrrrrrr fm hot... cuma hati jela.. selalu hot. kwang kwang kwang ;p

selain daripada tu, a must watch movie.. the ice age 3! sangat kelakar. tengok trailer haritu memang enjoy la. mungkin nak tengok yang ini dulu kot sebelum transformers. cepatlaaaa 1st july.... tak sabar ni!!! tapi kalau bole nak tengok yang lewat-lewat malam. bukan apa.. selalu kalau cerita macamni, ramai budak-budak. kecoh sikit. hilang konsentrasi ku yang sedia lemau ni.. hiihi.

.

.

okla.. have a great weekend. tata~

Tuesday, June 09, 2009

ceritera bergambar~

ada satu pagi tu aku tido jam 3 lepas tgk i robot. esok paginya jam 8.30 dah terjaga.. terus teringat yang harini adalah 31hb = 31% baskin robin(br)!! bergegas bangun dan zasss terus ke shah alam mall. janji dgn kak masy mau breakfast dulu. kiosk br tu betul-betul depan entrance. so haruslah mata ni jeling-jeling ke situ terus. ada lah segerombolan manusia kat situ. takpe.. takpe.. awal lagi. takkan lari br dikejar! huhu.

pekena nasi lemak. atenye perut orang melayu.. mintak nasik dulu. takpun dapat bau-bau kari ke.. jadilaaa.

lepas tu barulah tertunai hajat.. 1 pain sekerem jamoca didakapanku~ huhu. sampai rumah makan senyap-senyap dalam bilik. hahahahahaha~ memang keji la perangai ;p tapi sesungguhnya kami ter-paksa.. nak wat cenggane.. hmm.

ok ni cerita lain.

haritu balik rumah. tengah tengok tv tetiba terdengar suara baby kucen. aik! kitam sudah beranak ka?

rupa-rupanya memang pun.. beliau sudah memberanakkan 4 ekor sekaligus. tapi gambar takde. lupe. hehe. tengah dok belek-belek anak kitam, abah tiba-tiba tanye,

"ha kau bila lagiii??"

aku cam terpinga-pinga. ha, aku? beranak?? alamak.. sejak bila abah dah pandai tanye hal kawin beranak ni.. aiseh! first time kena soal nii.. apa nak jawab ni....

bila aku pusing belakang tengok abah tengah pegang yaya. laaaa.. rupanya abah tanye dia la, bukan aku.. huhu. sib baek tak menjawab. maluuu jek ;p

.

.

.

mak kata pil perancang yaya da abis. adeh~ cam maless je nak beli... huhu. o btw, yaya adalah seekor kucen kacuk obesi + tempatan yg bulunya kaler oren. memang cun ar.. tgk jela diana denial.. diana usop. oopss~huhu.

Monday, February 23, 2009

U are my darling!

kita ada baby baru! nama dia belum ada lagi. baru berapa hari je tapi gundunya mak aih... sebab gundu sangat so bila dia berjalan macam berenang kuak kupu-kupu je. hehe.

perut dia besar tapi kaki kecik.. ha itulah akibatnya kalau kuat makan[menyusu]. huhu~ lepas tu kuat tido jugak macam wan. muahahahhahaha~ taklah.. taklah.. macam saya la ;P

ni masa mula-mula nak panjat kotak file abang bil.

tak lama pastu elok je...

.

.

.

.

.

.

tgk tu, tido terus! atas file abang bil pun jadi ye.. cian dia..

.

.

Monday, February 16, 2009

harini boring sikit. kenapa ye?

rasa sungguh tidak kerajinan la today. datang kerja tak la malas.. cuma dah sampai tempat kerja je rasa macam lemau-lemau sikit. call supplier, apdet itu ini, dah.. terus rasa voring. camana ni. huhu.

malam tadi tido lambat jugak la. 12.30 baru tutup tv. gara-gara tengok toll gate girl. suka tengok cerita yg ada amy mastura. lagi pulak tertunggu-tunggu part iwan hj dasri. mungkin tak ramai yg kenal siapa dia. tapi saya suka dia. dia kelakar & comel. err.. dulu la. sekarang ehem laa lagi comel. muahahahaha~ ayat cover tak hengat =p

kelakar pulak rasanya bila diingat-ingat. satu waktu dulu pernah lah suka seseorang yg iras-iras dia. hanya suka. tapi dah tak ingat sangat tentang dia. cuma satu je. teringat mata dia bersinar-sinar. tu je.. suara ke apa ke tak ingat dah.

pengalaman masa tu memang mendewasakan. suka pada org lain. org yg lain pula suka pada kita. akhirnya org yg cuma memandang dr jauh yg dapat bersama kini! life is so unexpected kan.

ok ni cerita lain.

i've a fren yg jadi rakan kongsi cerita tentang hati. tentang hidup. it's gud to have someone who can talk about anything. dan yang penting, faham. tapi sekadar u cerita, i cerita, u faham, i faham and that is all. no further.

latest pasal dia, he's in luv. but he not sure wether the gurl feels the same way. so he asked me if it is too much bg bunga kat orang tu. wooooo~ romantik kan =D tetiba teringat myself, errm.. berapa kali eh dapat bunga? tak sure sangat tapi.. from mr santa itself, ada 2x! woo~ bila nak bg lagi?? haha. joking ok ;p. hehe..

benda ni subjektif jugak but i feel ok je if org bg bunga. lurveeeee suprises :) walaupun sedikit membazir tapi.. biasalah masa nak memikat ni effort kena lebih, prestasi kena bagus. betul tak encik azwan?? hahahahahhahahhahahhaa~. so my fren, wish u gud luck. hope to hear some gud news. oh ya, i'll email consultation bill soon ya. kehkehkeh..

cerita lain.

ada satu haritu mimpi 'ngeri'. the day before pun mimpi tak best. ;( tak nak fikir tapi kadang-kadang teringat jugek. setelah berturut-turut mimpi tak indah, petang semalam mimpi yg suam-suam indah. kekekkekeke. buruk betul tido siang ;p.

bukan la mimpi indah mana pun.. sebenarnya mimpikan kawan-kawan rapat masa kat u. rindu kat dorang.. maklumlah, masing-masing dah kawin ada anak semua. nak sembang memang tak dan la. baru-baru ni je dapat link dorang. as usual, orang da kawin ni tak lepas cerita tentang anak kan. tentang hidup dgn husband & FIL. totally different daripada masa bujang. dulu tak tentu hala sikit.. hehe. sebenarnya aku kagum. sangat.

ni cerita lain lagi.

jikalau yg tadi cerita kawan lelaki yg sedang mencari cinta, kawan perempuan yg baru kawin lain pulak ceritanya.

11:40:33 eda_emonda: ble ko nak kawen ni?

11:41:00 eda_emonda: meh aku ckp ngan wan!

11:41:08 eda_emonda: suke lmbt2 la laki ni!

11:41:20 eda_emonda: geram lak aku

11:41:24 eda_emonda: die tak tau ke satu kerugian kawen ngan ko lmbt2..

11:41:28 eda_emonda: ko dah la pndai masak..

11:41:48 eda_emonda: ko tau tak aritu aku try nak wat cakoi..

11:42:08 eda_emonda: tapi aku tak tau la ape yg lebih n kurang

11:42:16 eda_emonda: doh aku tu lembik je..

11:42:35 eda_emonda: pastu aku tmbh tepung..

11:42:37 arianna_adrizal: ;))

11:42:45 eda_emonda: dah jadik cekodok lak!

11:43:07 eda_emonda: tapi yg beshnyer laki aku makan smpai abis!

11:45:03 eda_emonda: apsal doh jdk lembik ek?

11:50:12 eda_emonda: aku ingt nk wat spaget lak a..

11:50:20 arianna_adrizal: try la

11:50:24 arianna_adrizal: snng je

11:50:35 eda_emonda: yap..

11:50:42 eda_emonda: ko yg ajar

11:50:44 eda_emonda: :D

ha pastu berlarutan la berbagai cerita masakan. ehem, yg ini pun nk kena bil ni. consultation fee. kekekekkee. lepas ni saya ingat nak buat part time jadi consultant je la ;p

next!

Thursday, January 22, 2009

borak-borak kali ke 4oo

This is my Kitam. Sangat tak cantik. Ketidakcantikannya sampai kadang-kadang orang boleh ingatkan dia alas kaki! Kesian kucing aku ni. Huhu.

Seminggu lebih tak jumpa, dia eksen sikit. Panggil -panggil tak mau mai. Tapi bila mak panggil, bukan mainnn lagi dia! Menyelit-nyelit bawah ketiak mak. Ini bole mendatangkan jelesss =p.. Bila aku dok bentang alas nak berbaring depan tv, barulah datang dekat. Memang muka tak malu tuuu.. hehe.

Tengoklah.. baring siap beralas lengan lagi tu. Memang mengada-ngada. Huhu.

.

.

**bz sket lately.

Monday, November 24, 2008

Kalaulah Kau Dapat Lihat Sepertimana Aku Melihatnya.. Mungkin Kau Akan Mengerti

masa kat umah makcik semalam, sepupu aku menegur. "eh.. bukan rambut o*** lurus ke?" aku gelak-gelak smbil pegang rambut kembang yg berliuk lentuk sana sini. tak sangka org perasan. malu malu. "oo, ni sebab tak sikat rambut.. haha!!" gile dasat aku kuar umah tak sikat rambut. muahahhaha.. aku bila balik rumah mak aku, itulah.. jangan kata berbedak.. sikat rambut pun idak =p aku pun tak tau nape. kusut.

cerita pasal kusut.. mmg hujung minggu yg kusut la. sabtu petang shah alam hujan lebat. sebab da janji dgn mak harus sampai ke tpg jam 5pm so nak tak nak, aku redah je hujan. setapak dua ok lagi.. masuk tapak seterusnya hujan menderu selebat-lebatnya! payung aku dah terhuyung-hayang. parking pulak jauh nun. aduhai.. habis kuyup dari hujung rambut hingga hujung kaki. bedak kat muka pun dah disapu dek air hujan. rambut penyek macam baru lepas mandi. hehe.

sampai tpg, panas terik. 5 mins duduk kat luar, baju kering. rambut pun kering, kembang. nyaris jadi afro =p.

bersama mak & geng2nya bergerak ke destinasi. anak kawan mak, err merangkap kwn sekolah rendah aku dulu.. baru pindah rumah so buat kenduri sket. ikutkan hati aku, malas nak bawak mak pergi. sebabnya.... aku pasti akan dibandingkan secara sengaja atau tidak sengaja. aku diam je bila hampir tak berhenti mulut makcik-makcik tu mengkagumi kemewahan kehidupan tuan rumah. punya itu, punya ini.

aku.. memang rasa terlalu terlalu terlalu kecil. hey, aku manusia biasa kan.. punya perasaan malu dan sedih bila itu berlaku. tapi alhamdulillah aku berjaya yakinkan diri, aku bukan malang. tak mengapalah.. rezeki Tuhan yg beri. itu bahagian dia. aku cuma risaukan apa agaknya yg emak fikir tentang aku. hurm~ maaf kerana org tak mampu jadi macamtu..

lately aku ada sedikit konflik dgn abg. sesuatu yg aku dah jangka. jadi hari cuti haritu aku mengelak-mengelak daripada dia. jika dia di ruang tv, pasti aku di dapur. begitu sebaliknya. aku seboleh-bolehnya mahu jadi anak, juga adik yg saling membantu waktu susah senang. siapa tak mahu jadi begitu kan? tapi aku mengaku aku trauma dgn benda yg susah sampai menyakitkan kepala. jadi aku mengelak daripada terbeban olehnya. masalahnya bila org disekeliling aku suka mencabar diri untuk berhadapan dgn benda yg susah-susah ini sekaligus aku terheret sama. aku jadi tertekan!

akhirnya semalam tiba-tiba dia bertanyakan pada aku tentang itu. s**t! aku pandang mak. dia sengih. rupanya mak da cerita kat abg luahan hati amaroh aku haritu. aku telan air liur je. "nanti la org cek berapa.." itu kata putus aku. wgr akan ku pulangkan.

susah jadi manusia yg terlalu berhati manusia. marah-marah aku.. tetap tak sampai hati. air mata aku pun dah bergenang ni. haish.. hati..

abg, kalo ko baca blog ni.. aku minta maaf tau. aku bukan jahat.. aku bukan berkira cuma kita masing-masing ada masa depan, ada komitmen. ah kita sama-sama da dewasa. ko faham la. ok i'm done.

.

.

aku nak pegi cari pisang. this is because bananas contain tryptophan, a type of protein that the body converts into serotonin, known to make you relax, improve your mood and generally make you feel happier! =) dat must be the reason monkeys are so happy all the time! muahahahha~

have a great day people.. & thanks for viewing. appreciate it.

Tuesday, October 07, 2008

tak rajin nak keje bole?

letih laaa.. i need a break. aih.. padahal br pas cuti raya.. apadaa~ =p

kalau korang perasan bln ni & 12 tawon ni dgn 1 & 2 tawon dpn.. err.. aku rs korang tak pasan kot.. aku je pasan. bistu da patploh juta kali belek kalendar. huhu. ada banyak public holiday yg cun-cun jatuh hari isnin. leh cuti panjang tu. so aku harappppppppp sgt dpt gi cecuti. bln 2 nanti la kalau bole. mmg lama lg.. tp aku suka rancang holiday aku. paling tak suka yg last mins. buat hangin satu badan je. huh~

so far aku xplan nk gi in group. aku ingat nk redah je. ala~ala 'backpack', takyah cun~cun bagai. aku ingat nk gi kuching miaw-miaw. bole ganti blk pasu kucing mak yg aku patahkan dulu. hehe. or mebi kk.. lagi! kekeke.. but dis time aku nak gi pulau manukan! tiga kali pegi tapi sekali pun tak penah singgah. malu je.. pastu nak jumpa kwn-kwn yg berselerakan kat sinun tu. seronottttnyeeee!! meh-meh wat appointment =D

kalau org lain mesti sibok nak gi jauh-jauh sket.. overseas la. tapi nape ntah aku tak rs nak pegi pun.. at the moment laa. plg-plg pun.. tingin gi bandung je. tu nk shopping la tujuan utama. kekeke. tapi aku tak berani nk gi sorang. cam tak blk je nanti. hu.

okla. mlm ni nk plan molek-molek.. ehem.. brangan! hehe. pastu mimpi sekali. pakej! hehehehehe. kali ni pasti jadi! chaiyo'!!

Thursday, September 04, 2008

so all lefthanded are polar bears too.. gitu? kekekekekeke~ joking.

.

.

somebody has broke his words. hangit-hangit taik ayam tau! huh~ so better i share with someone else. share ngan korang jelah eh.. *majuk ni* huh~

1. recently aku selalu dapat ingat apa yg aku mimpi. hehe. maknanya tak nyanyuk la tu. huhu.

ada satu mimpi tu, panjang. tapi dipendekkan... dat gurl yg dalam mimpi aku tu muka dia cam natasha hudson [atau mmg natasha hudson]. i am no big fan of her ok. so, takde maknanyeee nk mimpi-mimpikan beliau.. ;p

dlm mimpi tu, rupa-rupanya dia tu gf kepada bf gwe. bole gitu?!! tapi aku saje je bermanja-manjaan di depan beliau. huhu! pastu... mak dah kejut. suruh bangun sahur. so mimpi pun sampai situ je.. ;p

tgh amik lauk nak sahur, suddenly mak ckp dia nk makan kat depan. nak tgk cerita cermin. eh jap! bukan cermin tu natasha hudson belakon ke?? aku makan cepat2, then pegi depan. yeah.. tu dia.. terpampang jelas muka pompuan tu. berdebar-debar gwe tau.. hu, motif mimpi tu???!!

2. petang semalam mak dah ckp dia nak masak nasi ayam. so pesan suruh balik. otw balik petang tu, saje singgah pasar ramadhan. capik ckp yong tofu kat situ sedap. dah puasa 3 hari ni baru first time nk pegi ni. jalan punya jalan punya jalan.. sekali tu terbeli la nasi kerabu.. dah beli baru teringat dah ada nasi ayam kat umah! haish.. pastu beli yong tofu jugak.

malam lepas buka, call ehem ehem tanye dia buka makan apa. dia kata, yong tofu dgn nasi kerabu! e'eh.. ;D seeeee.......

moral of the stori mori.. hurm.. psikik aku tu da datang blk kot.. ha, jaga-jaga 'cik salmah'.... hahahaha!

apa-apa ajalah.

.

.

selamat berbuka petang nanti ;D

Friday, August 29, 2008

People... u've been awarded & tagged!!!

today's update.

first of all i would like to thank sis rasp. dia bg aiii 2 awards!!. ok, here we goes

Brilliant Weblog is a prize given to sites and blogs that are smart and brilliant both in their content and their design. The purpose of the prize is to promote as many blogs as possible in the blogsphere.

Here are the rules to follow:

1) Put the logo on your blog.

2) Add a link to the person who awarded you.

3) Nominate at least 7 other blogs.

4) Add links to those blogs on yours.

5) Leave a message for your nominees on their blogs.

Hurm~ untuk meneruskan tradisi dan misi, i would like to pass along this award to

1. chuppy

2. nurmala

3. sastri

4. ad3ck

5. kak mya

.

.

2nd award ni i received from sis rasp jugek!

cantekk keee??? ensem ke?? hebat ke?? kureng pasti la yg mana. huhu. neway thanksss alottt.. *hugs*

sebab i tak nampak sgt rules & regulation award ni nk kena bg kat berapa org, so i would like to present this award to few bloggers..

kak alin

nd

anne

ceera

kak masy

anul

precious sharihana

achik

bp

lindosh

mamaranggie

nikli

qas

.

yang ini pulak, tag from sis rasp jugek!! heheheehe...

personally, i loike dis idea. sambutan bulan kemerdekaan tahun ni tak terasa langsung. so i must say dis effort umpama kempen kecil-kecilan untuk kita, anak malaysia.

*begin copy*

1-Add your site(s) to the list if you're a proud Malaysian Blogger!

2-Pass this tag to as many Malaysian Blogger as you know, or if you're interested but nobody tags you, just include yourself volunteerly. Show some patriotism!

3-Once you've done posting this tag, leave a comment HERE! and you will be visited by a Malaysian local fruit, Mangosteen by the name of Mango! and added to the Master List.

4-Update list regularly to ensure every Malaysian Blogger gets equal link benefit. I am a proud Malaysian blogger

1. mangosteenskin - Saya anak Malaysia!

2. Life is too short to be ordinary - Malaysia Tanahair ku!

3. Sha's Love & Passion - Aku Anak Merdeka

4. A room of crazy scrapper - Merdeka!Merdeka! Merdeka?

5. Fliffy - Aku Patriotik, Sayang Malaysia !

6. Rizal-Malaysia Ohh Tanahairku!!l

7. haniz - Merdeka Forever!

8. Prozak Nation

9. CarolPinky - Proud Malaysian!

10. Mariuca - I heart Malaysia!

11. Emila’s Illustrated Blog - Saya Anak Malaysia juga

12. Simple Life - Sam - Saya Anak Malaysia

13. Shemah's My Sweet Escape - Live, Enjoy and Love.. MALAYSIA!

14. Mariuca's Perfume Gallery - Made in Malaysia!

15. Yani-Tennitodoku-Proud to be a Malaysian-MERDEKA!!

16-Me,HubbyNKids-Hidup Malaysia !!

17- In Person..Zahiela Online- M.E.R.D.E.K.A!!!

18-sweet life of ladyell -Selamatkn keMERDEKAan Malaysia..AllahuAkbar!

19.~ripples of rasp ~ - Here In My Home, Malaysia.

20.lOnElY No MoRe - Malaysia, we love u!

dengan sukacitanya, i nak tag SEMUA orang dalam list yang rasa bangga menjadi anak Malaysia. kita bg support kempen bulan kemerdekaan ni ye.. :)

.

.

and last but nver be the least, award from sis mya. kena bg ucapan berangan eh.. ok,

"first and foremost i would like to thank cik myasefia for gving me the opportunity to say few words. it such a beautiful award. and believe it or not, i never ever dream to received this. to everyone, thanks for noticing my existance,.. thanks for hearing my deep voice,.. thanks for being there when i need someone to share with,.. thanks to u and u and u and u.. thanks for the compliments. i really do appreciate it. luv u all, memuah!! " ;P - so amacam, sangat verangan tak?? hehe.

It has been done according to the following rules:

1. The winner may put the logo on his/her blog.

2. Put the link to the person you got the award from.

3. Nominate 5 blogs.

eedany

nano

rasp

si riben merah

miszue

4. Put the link to the blog.

5. Leave a message for your nominess.

.

.

fuh~~ finally.. abis utang eh. hehehehe.

oh ye! minggu depan insyAllah kita start puasa kan.. so slamat berpuasa kepada semua umat Islam. dan salam kemaafan jika ada terlanjur bicara dan perbuatan. semoga kita dapat keberkatan Ramadhan bersama. Amin..

jumpa lepas cuti ya! take care everyone ;)

Friday, August 15, 2008

letih la arini. mentang-mentang jumaat. lemau je..hu. petang ni ada mini tournament bowling kat summit. alahaii.. ikut hati macam malas nak pergi. tapi dept aku 2 org je yg participate. si reza dah "jomlah..jomlah.. aper la ko ni.." ntah berapa kali, baru aku kata ok. itu pun, "oklah.. oklah..." hu. memang tak bersemangat kesukanan langsung aku ni. nape ntah aku dah mula rasakan kepudaran minat kat bowling. haish..

isnin ni pulak aku ada csr launch program kat mandarin oriental. so takut la kalau injured nanti.. konfirm aku takleh pakai heels. kalau pakai jugak karang jalan semacam. pakai cun-cun tapi jalan macam tercacat sikit.. haish, jatuhlah saham aiiiii!! huhu~

smlm buat pertama kalinya aku tak dgr bunyi-bunyian dr hp ku. aku ni jenis kalau da tido pun mesti terjaga kalau dgr bunyi hp. tapi semalam pukul 4am baru perasan ada sms dgn miscalled. yelah.. malam tadi lepas org tu komplen telinga dia sakit [lagi sakit bila dgr sore aku ni kot..] aku jadi panas jap.. teruih campak hp dalam toto. tu yang tak dgr langsung lps tu. hu. sorilah.. aku tau dia tak sihat tapi aku tetap nak terkecik ati jugak.. =p sbb aku bole je rasa sihat bila dgr sore dia, tp dia pulak dgr je sore aku neh.. makin sakit. mencik tau.. hu~

haish..pale aku serabut ni. seserabut rambut aku sekarang. gilerlah!! rasa nak potong rambut la. kasi nampak stylo sket. dan ehemm.. muda sikit =p lgpun... mana la tau kot-kot bole hilangkan serabut pale otak ni ha.. orang kata kalo potong rambut pendek nanti kepala rasa ringan. ha, psikologi je. padahal sebenarnya.. selesaikan masalah dulu, baru la betul ringan. escapism. huhu.

.

.

sblm puasa ingat nak gi holiday. ada tak sesape yg sudi menerima diri ini..? bawalah daku pusing2 tempat korang.. huhu.

Monday, August 11, 2008

i need someone to talk to...

someone who can listen wif their heart and open mind.

.

.

.

org : kat mana makan yg sedap?

me :ntah la.. tak pasti.

org : selalu gi dating katne?

me : *diam.

org : awk yg gi sana?

me : *senyum.

me : sekali sy pegi.. sekali dia balik sini.

org : kesiannya hidup awk...

ye, hidup aku memang kesian.

Wednesday, June 25, 2008

salam.. aku da selamat balik ke semenanjung. sampai airport petang semalam n sampai rumah almost 9pm. rasa macam lemau sikit nak kerja harini walaupun jam 6.20am mata da celik. da terbiasa 3,4 hari ni.. di kk matahari terbit awal. so tetiap hari aku terjaga awal sebab bilik dah cerah terang-benderang wpun jam baru kul 6am.

petang jumaat aritu masa di ofis, ujan turun mencurah2. lebat sgt. aku dah resah. takut lambat. dgn takde payungnya.. aku redah je. sampai rumah basah kuyup. tiba2 kwn aku sms kata da sampai kat bwh. apalagi, menggelabah la. terus tukar baju dan berkejar2 turun.

smpai airport hampir jam 5pm. well.. dah lebih setahun aku tak ke situ. cuba mengingat apa yang perlu dibuat. berdebar2 jugak. ni first time travel sendirian. jadi semuanya sendiri. bila da lepas final checked-in semua.. baru rasa lega. penuh jugak flight petang tu. kebetulan same flight dgn zahnita.

smpai airport kk agak awal. 8.40 pm. tak sampai 2jam setengah. cuaca kat sana tak baik. hujan. landed agak terok. terhuyung-hayang dibuatnya. aku cuma bawa hand luggage so senang sket. tak payah tunggu. dan oleh sebab masih awal lagi sebelum 10.30pm [dia keje. so hanya bole jemput aku lps balik keje..] so lebih baik melunaskan hajat nak makan kat tempat yang aku penah pegi dulu. tapi da tutup pulak. alaa.. tukar plan ke kfc la pulak. telan je apa yg ada. janji tak lapar. makan perlahan2.. sambil tgk jam. penat & beku tunggu kat situ, aku turun ke bawah. jengok2 apa yang ada. tapi semua kedai & booth da tutup. hm.. tunggu kat luar jelah. tak sejuk sangat.

oh ya! waktu aku sampai, masa aku masuk tandas mmg takde orang.. bila keluar.. terkejut aku bila tiba2 sorang budak perempuan beruniform tegur, "kitak mau ke mana?". dek kaget tu..agak lambat baru aku jawab, "baru sampai dari kl..". "balik kg?". eeh.. banyak tanya pulak.. =p "taklah. orang kl. macam orang sini ya?" dia mengangguk. aku senyum. sebenarnya tu kali keempat dalam masa kurang dari 30 mins orang ingat aku orang local. kk.

frankly.. aku agak takut jugaklah. sebab sebelum ni aku banyak dimomokkan tentang keadaan kk waktu malam. berhati2. ramai org jahat kata dorang. setiap org yg tanya, aku beri jwpn standard. "tunggu husband". terus dorang tak ganggu aku lagi. jadi bila banyak mata2 memandang.. bertanya itu ini.. tipulah kalau kata aku kewl. dalam hati berdoa sangat2 dia cepat sampai. dan bila dia called beritau da nak gerak jemput aku.. rasa cam nk nangis pun ada. hahhahaha! penakottt.. =p tapi elokla berhati2 kan.

hmm.. lbh kurang jam 10.30pm baru dia sampai dengan kete ikannya tu. leganyaa.. bila dia kuar dari kete, mata aku bling2 jap tgk dia dengan uniformnya. huuu~ ai loikeee ..

to frenz.. sori tau. trip kali ni..aku tak amik gambar pun. satu pun takde. ala2 private vacation gitu. tak banyak benda nak cerita pun. tambah lagi aku tak sempat nak singgah ke tempat2 yang sesuai nak amik gambar. yelah.. macam pegi shopping complex, tgk movie, takdenye nak amik gambar. then tak shopping.. so xde souvenir. hehe. next time ok =) cuma.. ni pengalaman pertama aku travel sendirian. gud for me. aku gembira aku masih bole berdikari.

Friday, May 02, 2008

Himpunan Hikayat 3 Malam ;p

Salam hari jumaat. At last.. berjaya jugak. Puas aku edit sumer pics aku. Berat sangat agaknye.

Okla.. Lets do the stori mori.

JAWAB TAG

Nak start dengan jawab tag dari Aleeya. My fav magazine. Actually nowadays aku tak banyak membeli mag. Sekali dalam 3 bulan ader la kot. Budget ;p So terpaksalaaa balik ke rumah parent untuk amik pic mags lama..

Antara koleksi Rapi. Sila abaikan tikar buruk yang koyak ittew ya ;p

Aku suka baca Rapi. Kat tempat aku susah nak cari tambahan pulak dia keluar 2x sebulan. Lagi la cepat sold out. Tapi nasib la aku ada kawan yang keje kat MPH so aku mintak dia simpakan setiap keluaran. Sekali collect sampai 3,4 mags sekali. Ha, baca sampai lebam ;p Kenapa aku suka Rapi? Haa yang ni menarik nak habaq :) Untuk korang yang tak pernah baca mag ni, suka aku maklumkan Rapi ni mag kesihatan. Daripada cerita diet, pemakanan, pemakaian, gaya, senaman.. almost everthing cerita yang sihat-sihat je la. Konon2kan aku ni nak jaga kesihatan. Nak diet bagai. Hihi...

Masa stadi dulu pulak, aku suka baca mag ni. CLEO. Biasalaa... remaja :) Penuh bilik aku ngan mag ni. Dah la tebal gler. Itu pun separuh abang aku dah buang. Dia tu memang pantang sket bab mengemas, laju je membuang barang orang. Huh~

Ada jugak sekali sekala aku beli mag DARA. Sekali dua je kot. Latest mag yang aku beli, INTREND.

Sekarang ni aku tengah dok baca mag MALAYSIA TATLER. Tapi tak beli laa... ofis ni punya. Tu yang bagusnya tempat aku ni. Tetiap bulan mesti beli mag yang memacam jenis. Aku ler yang tukang baca nye.. :)

Ok, dah jawab dah! Hope u loike it :) Or u want any petua psl kesihatan... nanti i bukak mag tu balik la carik ;p

GATHERING ~ MID VALLEY

Aku hampir tak pergi atas faktor kesihatan. Accident. Jatuh tangga. * Gelak laaa.. aku tak kisah..* Kepala aku sakit. Tinga kiri aku berdarah sikit.. pipi kiri aku lebam sikit.. tangan kiri aku takleh gerak, bole gerak sikit-sikit je.. ibu jari kiri aku lebam.. lutut & paha kiri konpom la tukar kaler favourite, biru kepepelan! ;p Tapi aku manage untuk pergi jugak sampai wan pun kata, "ish2.. sakit2 pun sempat pergi jugak.." Entah laa... nak kata sakit, memang sakit.. tapi masih under control. Mungkin sebab aku penah rasa yang sakit lagi daripada ini kot..

Ok, back to d stori.. aku terjebak ngan program yang kenkononnya dipanggil 'make over' by satu produk shampoo ni. Padahal ku memang da siap make up da.. dorang 'touch up' je. Hasilnya.. aku hanya suka tang mata je. Tang rambut memang hampeh. Cam nyonya. Elok lagi rambut asal ku [macam dalam gambar atas]. Aku siap gi basuh rambut pastu. Sebab tak tahan bau spray rambut yang kuat. Loya aku. Hu~

Disebabkan aku sibuk membasuh rambut so aku dah ketinggalan sessi awal dengan bloggers lain. Terus2 je menerjah wayang. Ceritanya memang tak bole blah. Aku takut2 je aku akan nanges tengok citer tu. Err.. bukan citer sedih pun.... tapi citer horror! Aku kan penakut. *Fine.. gelak la lagi...* Dorang dah beli tiket awal2.. baru Kurzz nak gi tengok citer lain, dorang da sampai ngan tiket Tatooist yang berjela-jela. Maklumla.. 10 orang. Aduh laa...

Cite tu okla.. tapi bila part2 yang aku tak nak tengok tu.. aku tengok kak Masy. Ahahahahaha~

Lepas abis movie, ader la orang tu mem'para-para-sakura'kan diri beliau. Hebattt!!

Then, dorang menurut je kehendak tekak aku yang dambakan laksa kat dalam Jusco tu. Huhu~ Credit to Anul for d great pics.. :)

Sebelum balik, singgah Big Apple. Hajat hati nak berposing dengan buah naga giant tu [cam dalam blog kak masy tu..] tapi tak jumpa kamera. Puas geledah beg gumuk ku. Time tu da cuak gak sket. Sebab memang ingat sangat aku dah masukkan kamera dlm beg. Bila sampai lam kete, upenye... ader elok je kamera tu kat tempat alas kaki. Sib baek laaa...

So terpaksa la mem'posing'kan diri gak. Nak wat camane kan.. ehehe!

ACARA MAKAN-MAKAN SEMPENA MOM'S BUFDAY

Sampai Shah Alam pun dah hampir Magrib. Belasah Duren2 dulu baru blah. Masa kat Mid V omak den dah membebel suh balik dah. Sampai2 je terus letak barang kat bilik. Tengok adik aku tergolek tengah2 bilik. Penuh dengan keter mainan yang besar gedabak. Aiii.. ni bilik aku ke tempat pameran keter????! Ni yang aku malas niii..

Argh.. malas nak kecoh2. Terus gi dapor. Makcik2 aku semua [mak ijah + mak andak] da ada. Anak dorang tengah mengipas ayam bakar. Bagus! Aritu aku.. la ni korang punye turn la. So bole la aku duduk dengan tenang sambil makan laksam. Memememe.. Cedapnye. Tapi tau jelah.. umah aku kan, makanya semua benda itu ini semuanya tanye aku. Aiseh.. Last2 aku pun kena turun bakar ayam gak. Mentor la katakan ;p

Tengokla tu.. spupu aku jadi mangsa suruhan potong buah mangga. Dia potong kulit je pastu suh aku sambung. Ceh! Nyesal aku lalu kat situ ;p Aku try gak.. tapi tangan aku kan sakit.. makanya memang cam aper je aku memotong.. terkial2. Last2 makcik ku yang potongkan.. Hehe!

Gambar : Ni baru 1st round. Lepas tu abah kuarkan sumer. Ha amik ko~

Lepastu, masing2 dah mengadap tv. Nak tunggu konsert. Tiba2 abah balik dengan penuh plastik tangan kiri kanan. Rupa2nya dia beli butter prawn dengan ikan masak sweet sour!! Banyakkk giler.. Kitorang ni dah ala2 full gitu. So hanya udang tu jelah yang berjaya di'ngap'.. Yelah.. ayam kepak bakar ku dah ngap 3 ketol! Dengan laksam lagi. Sirap laici je dah bergelas2. Huuu~ Itupun aku dah jadi ular sawa lepas tu. Baring2 kat tengah bilik sambil tengok AF. Memang penat + full gler2!! Terus tertido dengan baju bau asap bagai tu. Aku hanya terjaga bila dengar dorang riuh menjerit hepi {?} bila Rina(AF) kuar. Tapi pastu tido balik. Jam 2am baru aku jaga betul2. Baru la gi mandi ;p . Lepas mandi & borak ngan wan baru cont tido proper sikit. Tdo kat katil la. Sakit badan aku baring kat lantai.

This Sunday, emak nak buat kenduri lagi. Itulah mak aku. Memang suka wat makan2. Pastu panggil askar2 [sepupu aku la] suh bergotong royong wat itu ini. Sib baek dorang sporting. Aku je yang tak sporting ;p.. Alaa.. aku sorang je pompuan kan.. tak syiok ar. Konpom aku je yang kena wat sume. Huhu~

Sabau jelaa...

Monday, March 31, 2008

Good Morning!!

*Huarghh..* Ngantuk sangat ni. 2,3 hari lepas jadual tido aku da jadi kelam-kabut. Elok2 time tido sebelum kul 12 dah jadi awal pagi atau dah nak pagi. Bangun tu paham2 jelah.. konpom kul 12! hehehehe.

So pagi ni back to normal. Sebab keje. Tapi kantuknyaa... Tak terkatalah. Menguap dah 2,3 kali neh. Mata pun dah memerah. Huhu~ Tapi dalam kantuk2 tu aku masih rasa bahagia. Sempat lagi nak berjiwangs ni.. ;p Hehe!

Hmm, i oredi missin u la!!! Nak nanges bole tak.. ;( Tatau la macamana 3 tahun nanti. 3 minggu pun dah rasa teruk je. Entahlah.. Tolon~~~

Monday, March 24, 2008

Aisehhh...

Ada samting yang berlegar2 dalam kotak fikiran aku ni. Sejak semalam lagi mintak diterjemahkan.. [ayat cam besh jee!]. Baru2 ni macam ada flashback kat dalam 'kotak bergerak' ni. Zass.. zass..zass. Satu2 babak muncul. Adehh..

Mula2 aku agak ragu sket akan kewajaran bercerita tentang ini di sini. Aku tak mahu ehem ehem fikir aku masih menaruh rasa atau menanti sesuatu. . Atau apa saja yang negatif kerana hakikatnya bukan begitu. Tapi lepas tolak campur darab bagi.. plus jari aku ni mengeletek nak menaip jugak, maka aku memilih untuk bersikap jujur. Aku rasa tak salah aku meluahkan. Ha.. bedal ajela.

Citernya bermula begini.. Ada satu pagi tu, aku follow kak Masy gi satu stesen minyak dekat ngan umah kitorang. Alkisahnya aku follow sebab aku tak tau kewujudan setesen tu kat area tu. Senornya bukan tak tau tapi tak perasan. Bila ternampak 7E tu baru perasan. Plus nampak kedai mamak yg tandoori masyuk punya tu. Laa sini ke..*dalam ati* Dan petang tu aku balik lalu jalan yang sama. Tak ikut kebiasaan. Motif?? Aku terkenangkan beberapa perkara. Satu, pakcik aku used to live there. Masa kecik2 aku suker ber'kamera' kat umah dia. Sekarang dia da pindah S8 dokek ngan umah tumpangan aku sekarang. Dua, abah used to b d headmaster kat sekolah tu. Betul depan jalan umah pakcik aku. Tiga, seseorang tinggal di belakang umah pakcik aku tu. Seseorang itu yang rupanya hampir serupa gambar di bawah.

Aku kenal dia secara yang entah.. Sesuatu yang tak terjangka. Ada sedikit persamaan dengan perkenalan aku dengan ehem ehem dulu.

Masa tu aku sem 2 lagi. Tengah kaya ok ;p. Maka ex classmet aku ajak g vacation. So sebelum tu kenalah buat survey dulu kan. Plan time tu nak ke Genting makanya aku selaku 'Cik Puan Bendahari' set satu committe bersama 'class rep'. So masa tu kitorang 4 orang ni g sewa kereta dan membelah kabus menuju ke Genting.. [ceeewah!] Hasil surveyan kami menemui jalan buntu. Mahai nau! Awal petang kami da terpacak kat S.alam. Tapi sebab da sewa keta sehari maka adalah amat rugi jikalau kitorang biarkan kereta tu begitu saja kan kan kan.. ;p So kak Sha merangkap driver kitorang bawakla g jalan2 kat uptown. FYI tu lah first taim aku jejak kaki kat sana. Maklumlaa.. budak kampung. Pingitan gitu. Huhu~

Sebelum tu kak Sha tu kata ada kawan2 dia yang akan join sekali. Aku da lupa kitorang jumpa katne tapi aku macam terpandang gakla umat2 yang kat dalam kete satu lg tu. Macam ramai lelaki jek.. Aku dah alamak2 dalam ati. Kata pingitan kan.. Muahahaha. Ok2.. kejadian lepas tu agak kabur sket. Tapi yang paling aku ingat, dalam group tu ada sorang ni yang kalau berdiri mungkin ketinggiannya cuma paras cuping aku, ha dia ni peramah. Suka sembang. Nama jangan tanye laa.. aku mmg tak ingat dah.. *nampak sgt tak penting kan..* Dengan yang lain2 tu aku segan. Alaaa dorang pun segan ngan aku gak tu. Huhu~ Tapi dalam segan2 tu, aku tak tersengaja mengenakan mamat sorang lain ni. Dia duduk depan belah kanan aku. Aku dah tak ingat flow citer tu tapi sesuatu berkaitan chopstick! So aku panggil dia mamat chopstick la. And.. because of d lawak bengong of mine tu.. terjadinya kesinambungan cerita.

Ahaa.. yang ni kelakau! Next day aku gi kelas, kak Sha bitau ada orang kirim salam. Aiseh.. Dorang pedajal aku ke ni.. Korek punye korek akhirnya rahsia hampir bocor. Katanya salah sorang dalam group tu laa. Nak tau sape, klunya bunyi camni.. "Sha, ko rasa aku nampak pendek tak kalau berdiri sebelah dia.." Maka dengan itu aku terus dapat tangkap siapa. Laa.. takkan la dia kot. Cakap depan2 selamba, ni kirim salam belakang2 pulak. Pastu kak Sha cakap petang karang dorang nak fetch kita balik kelas. Aku, well..

Masa yang ditunggu2 pun sampai. Ok, ada 2 wajah yang aku kenal. Sorang mamat rendah tu dengan mamat chopstick! G minum2, sembang2 biasa.. pastu hantar kitorang balik kolej. Perasaan aku masa tu biasa je. Aku belum reti nak berfeeling2.. tapi if ada orang minat kat kita tu.. aku rs berterima kasih sangatlah. Sekurang2nya aku dihargai kan. Cuma rasa tak percaya tu tebal giler.. Biar benar ada orang minat kat aku. Wehhh.. betul.. Dah la time tu aku cam chubby. Tak reti bergaya. Gaya ala tomboy. Selekeh. Serius..

Ok, back to d stori. The next day kak Sha tanye, "camane??" Aku macam biasa angkat bahu je. Kak sha senyum dan bitau after magrib tu orang tu nak jumpa aku. Kali ni dia kata nak amik aku kat kolej. Aku tak kisah. Sampai waktu yang dijanjikan, aku pun tunggu kat bawah tu. Then aku nampak satu kete masuk. Aku nampak dia. Tapi bukan dia yang aku tunggu.. Orang lain. Mamat chopstick tu!!

Laaa.. alkisahnya selama ni aku salah orang la rupanya. Mati2 aku ingat mamat pendek tu yang dok berkirim salam. Rupanya orang lain daa. Hahaha!! Sebab kasi klu pasal 'tak tinggi' tu so aku teruih dok ingat mamat rendah tu.. Nasib baek aku tak cakap pape kat dia. Huhu~ Lepas2 tu baru aku perasan mamat chopstick pun tak tinggi sebenarnya. Kalau aku pakai tumit 2" pun da nampak ketara. Dia tak nampak pendek sebab dia kurus. Dan aku terasa sangat gemuk ok! Tak soka~

Then kitorang kawan cam biasa. Tak ada sebarang ayat2 declaration. Close frens je. Pernah tengok movie sama2 tapi sekali aje. Sebab aku pemalu nak mampos kalau tengok movie dengan lelaki ok~ Sila percaya. Tak tipu ok.

Punca kitorang jadi tak close hurm.. walaupun dia tak cakap tapi aku tau berpunca daripada aku. Aku ingat lagi bila masuk sem baru, aku tak dapat klik yang sama. Kak Sha ke kelas yang lain. Jadi aku built klik yang baru. Yang agresif sket. So mamat chopstick ni pernah bitau kat aku yang dia kurang berkenan dengan mereka2 yang aku kawan time tu. Aku masih ingat lagi, "kenapa awak dah tak kawan dengan kawan2 awak yang selalu tu?" Aku tau dia maksudkan Jue, Kak Sha.. Bukan tak kawan.. Masalahnya kitorang dah berlainan kelas, berlainan kolej. Semua lain. Physically, kalau nak wat comparison dengan klik yang lama tu.. memang lain. Dulu tu kira klik2 yang ala2 lemah gemalai.. ayu2 persis dara pingitan gitu. Berbanding klik baru yng nampak agresif. Mana2 kat school mesti akan nampak kitorang [ala2 Charlie's angel huhu~ femes woo..]selalu ketawa gembira, pun begitu masih tak lupa dunia ok..

Kitorang mmg suka jalan2 tp kitorang jalan2 dengan kitorang jelaa.. Takdelah sibuk berkepit ke apa ke. Sebab time tu pun all of us memang single. Ops.. ada sorang 'double' tapi jenis yang available memanjang sebab bf dia jauh & she itself memang jenis belasah je... And i do remember ada satu malam tu aku menelaah buku PR dalam kete kat depan MC D Jalan Bangsar ok! Sebab esok pagi ada test. Tapi mana dia percaya. Yelah.. orang pegi tempat mcmtu sebab nak bersuka ria ye tak. So time tu aku tau orang tak suka. Aku biarkan aje.. Time tu berharga sangat sebab banyak kenal karenah manusia. Making frens! Tu yang paling aku suka time tu. And one of them, my ehem ehem sekarang ni laa.. ;D

So kisah mamat chopstick tu.. aku bole katakan ianya da berakhir lama dulu.. masa aku gi praktikal kat Celcom. Malam tadi tiba2 memori tu muncul. Aku teringat masa tu aku, fifi & abang. Abang tengah drive, fifi kat depan & aku kat seat belakang. Tiba2 hp bunyi. Tertera nama dia. Mamat chopstick. Aku jawab.. tapi dengan hendak tak hendak. Reason? Sebab abang tu adalah bf aku time tu & dia tak bagi aku ada contact dengan lelaki lain. Itulah kali terakhir dia menghubungi aku.

Err tapi kan, aku mengaku la pernah contact dia balik. Tak malu kan... ;p tapi ikhlas sebab aku fikirkan kebaikan dia & dasar persahabatan.. Antara sebab aku berani contact dia, masa tu aku dah takde bf lagi dah. Tapi bukan nak menggatal balik laa.. cuma cuba nak mintak maaf. So setelah bermaaf2an lepas tu masing2 sepi. Dan kali terakhir aku berhubung dengan dia masa tengah rancak AF2. Just bcause of dis mamat name Kaer!! I bet ya he's 90% look similar wif dat guy!! Dan hati aku pagi ni menggelodak nak buat entri ni sebab semalam aku tengok Kring2 si Aznil tu. Pasal Kaer laa.. pasal dia nak menetap kat Jakarta selamanya tu. Bole tak aku sentap kejap?!! Honestly aku tak penah sentap pasal Kaer sebelum ni. Tak kisah pun. Eventho dengar lagu dia pun aku rasa biasa je. Tapi tulah.. Asal eh aku sentap.. Sebabnya sebelum tu aku ada terfikir pasal mamat chopstick! So macam kena panah petir la. Tingat kat lelaki lain. Ha, tulah.. Cuak aku woo.. ;p Tapi kejap je. Sape kata aku dah tak sayang ngan wan?? Huiii very d tak sayang muluttt... Huhu~ Aku okla.. Bila wan sms.. aku baca. Terus senyum. Aku rasa berbunga2 je. Pastu bila dia call pulak, aku rasa berdebar2 je. Hahahahaha!! Aku amat pasti aku memang tak ada apa2. Aku masih di alam percintaan! Muahahaha~ Lega rasanya tau.

Benda2 remeh ni kan, muncul disebabkan perasaan ingin tahu yang tiba2. Rumah aku kan kat S8. Seberang jalan tu pulak S6. Pada yang tau, Shah Alam [sebelah kediaman] ni bukan besar sangat pun. Kebarangkali untuk terserempak dengan seseorang agak tinggi la jugak. Ex ofismet aku sendiri pun kata da 3x dia terserempak aku dijalanan. Dok ngekor kete aku. Aku je yang tak pasan.. Haha, aku memang macam tu. Huhu~ So persoalannya kenapa aku tak pernah terserempak dengan dia eh?? Atau pernah sebenarnya. Hanya aku yang tak perasan. Hmm.. tgk lah tu. Penyakit semulajadi. Sindiri tanye, sindiri jawab. Huhu~ Takpelah.

Coretan tentang mamat chopstick ni aku biarkan berakhir dan berlalu... Tutup buku. Aku masih sedar apa yang aku paling sayang, aku paling inginkan. Aku takkan sia2kan apa yang aku ada, yang aku miliki harini. Hanya kerana kisah lalu.

Saturday, February 23, 2008

i really need u..

Aku kat ofis arini. Keje aku baru setel. Btw bukan keje aku pun.. aku cuma tolong cari opsyen untuk selesaikan keje yang sepatutnya orang lain buat. Dok tendang2 sana sini.. last2 aku yang kutip. Aku bole je buat tatau. Tendang balik kat orang tu.. tapi kenapa aku kutip?? Sbb aku manusia paling sensitif kat muka bumi ni kot. Aku tau aku takkan terus naik pangkat pun bila aku take over keje last minute ni. Dan boz pun takkan tatang aku macam anak raja. Atau kagum sambil tepuk tangan, 'wah! hebatnya awak.. saya naikkan gaji 100%!!' Sila terus bermimpi..

Aku akan terus jadi aku. Duduk di kerusi yang sama. Tapi aku puas hati sebab aku yang kuli ni bole wat lebih dari sepatutnya. So kat sini la aku.. wat keje dengan stres2 sambil nanges2 sket. Hahaha~

Aku nanges bukan apa.. aku stress bila semua benda jadi bermasalah. Walaupun da buat dengan cara yang betul tapi masih sangkut. Tambah lagi bila kena berurusan dengan orang bersikap kurang ajar. Aku ni hati sensitif.

Aku,"if i can't speak to **** then who else can assist me?" "i tak tau. i just answering ur call.."

Bila aku sebut nama2 lain, dekat dept lain, dia kata dorang semua meeting. "all got meeting aa?" "of couse la, we all here are very hardworkin!!!"

Cara dia jawab, intonasi dia.. i tell ya kerek macam s*** je. Aku siap terbayang muka dia [wpun tak kenal pun..], mengejek2. Rasa nak lempang aje! Ooo macam aku ni tak hardworking la?? Kena datang ofis walaupun time cuti, gitu?? Hello bro, gwa da marked nama u aa.. Lepas aku bitau it's urgent n aku dari mana, baru dia cakap leklok n pas kat orang lain. Macam c****!!

Huh~ banyak tol aku maki arini. Dis is really not me laa.. i need a rest. I need a 'comforter'!!!! ;p Bukan nak tido. Aku cuma nak nanges puas2.. n orang comfort aku. Serius.

*

*

** sometimes i may not need any advice.. what i need the most is just ur understanding. hold me tight so i will stay strong. dat is me.

Friday, December 21, 2007

lalalalaala~

Sekarang pukul 10pm dan aku stil kat ofis. Huh~ Boringnyeeeeeeeeeeeeee......

Saturday, December 15, 2007

Aku keje arini woo~

Arini Sabtu. *wink2* Aku yang baek hati ini datang ofis tolong secretary key-in gueslists contact data untuk external launch dis coming Jan. Huhu~

Aritu kakak dorm-mate masa kat kolej dulu, add aku kat frenster. Dia kata, belek punya belek baru kenal itu aku. Laaa.. Ada la sket kata2 pujian [tak payah ar bitau kot.. ;p ] Dan semalam pulak, dia tinggalkan komen kat gambar baru aku, 'Ya Allah.. nape kurus sgt ni?!'

Err.. cane nak cakap ek.. Yes, i'm losing weight tp aku taklah berdiet+ berlapar.. Selalu je makan esp kat ofis sbb kat sini tetiap hari ada training dan acara makan2. Tapi makan gitu-gitu jelah.. tak la mcm makan kat rumah, berlauk bagai. Yang penting makan supaya tak lapar. Tu je. So agak susah untuk aku bg tips or petua cane nak kurus. Sori eh.... ;p

Tapi rasanya aku taklah kurus sangat sekarang ni. Mungkin sebab dulu masa kitorang dok sesama, aku agak chubby sket, bulat dan berkarat! ahahahaha~ Aku kan komander dulu. Lepas abis stadi pernah kurus sampai 43 tapi sekarang 47 so stil ok lg kot. Sedang-sedang je kata orang ;p

Oklah nk blk dulu.. Lapar~ Daa everyone. Have a nice weekend!

Hello, once again~

Bismillahirrahmanirrahim.. Helooo from Anne di tahun 2025!!! Subhanallah... dah bulan 9 ye. 3 bulan saja lagi sebelum kita nak menjengah ke ...