Showing posts with label ........... Show all posts
Showing posts with label ........... Show all posts

Monday, June 29, 2009

Nak Sihat?

pagi tadi chef unjuk majalah rapi. ada muka dia dalam tu. tapi maleh ar nak citer pasal dia. hehehehe.

puas belek dari kulit ke kulit, nampaknya rapi edisi bulan july ni banyak fokus kat kepentingan memakan sayuran hijau la.

well.. i loike green kaler! rasa jelita je pakai baju/eyeshadow/kasut kaler tu walaupun hakikatnya macammmm tu jelah pun.. muahahaha.

tapi kalau bab nak kena makan sayur hijau.. errr~.. tak seleraaa laaa! *ek giler* ;p dah memang dari kekanak lagi.. tak lalu nak makan yang hijau-hijau ni.

so lepas dok baca tadi, timbul sedikit kesedaran.. secoet jelaa tapi ;p

ah tak kisah laa.. yang penting,

kerjasama?? err, bukan... hehehe..

yang penting, kesedaran untuk mengubah tabiat pemakanan yang sihat. orang kata, sementara masih muda ni.. ehem,.. aku muda lagik tau.. ;D

kalau da tuwe.. tak dapek den nolong da.

nak mulakan sesuatu yang berlawanan dengan benda yang da jadi tabiat memang satu masalah. dengan malas mendewa-dewa.. dengan lemau. huii.. bukan mudah tu.

tapi once da biasa nanti mesti ok punye laaa.. tadok hal la minom air sayur ke klorofil tu semua.. sebelah mata jelaa.. *statement sedapkan hati sendiri.. hehehe*

so..

langkah pertama..

kena tukar corak pemakanan..

no more dis... *demm*

change to dis.. small plate tu dah ok dah cuma kalau bole lagi rimbun salad tu lagi baik. tapi takpe.. ni baru percubaan pertama. esok-esok cuba lagi.. :)

pakar kesihatan kata kalau hari-hari makan macamni.. salad dgn buah-buahan..tambah sikit protein, nescaya akan berseri-seri ala-ala 'glowing in d dark' la wajah anda lepas ni. hoho.

alaa yang itu bonus.. yang penting, nak sihat. betul tak?

so lepas ni kalau nak belanja makan, takmo fast food la.. tapi kalau steambot ok jeee :p *demanddddd tu..*

.

.

.

**cakap jela malas joging ;p

Monday, June 01, 2009

Majlis perkahwinan Haslinda & Tengku Fazli Shah

kelmarin aku ke suk meraikan majlis perkahwinan belah pihak lelaki, family tengku fazli. sebelah leen aku tak sempat datang. atau buat-buat tak sempat. hahaha. pilih aje yang mana satu, semuanya betul. hehe.

so di hari kejadian aku sampai di suk hampir jam 8pm. berpusing-pusing mencari jalan masuk. nampak sangat tak pernah masuk ;p tapi bukan aku yang drive pun.. so bukan salah aku la ye ;)

dah berjaya parking, lokasi dewan tu pulak kurang pasti di mana.. kebetulan ada sorang pakcik ni lalu. ikut je la pakcik tu. kalau dia masuk ofis, kitorg pun masuk ofis gak laa.. hoho. tapi nasib baik pakcik tu bawak kitorang ke jalan yang lurus. huhu.

sampai dekat entrance semuanya nampak asing sangat. tapi bukanlah muka dorang kat situ macam makhluk asing tu pulak.. hoho. cuma takde rupa yang ku kenali. semuanya macam mak datin yuuuu.. ;p

tiba-tiba ternampak mak sedara leen. aku pun apa lagi, dari kejauhan dah melambai ala-ala miss universe. lepas salam-salam, aku beritahu dia yang aku tak tahu nak kemana. "ha, tunggu auntie.. kita naik sama-sama.." fuh.. lega. ada geng~

melangkah masuk je, lepas salam mak engku, bonda mertua leen.. telinga ni dah menangkap bunyi-bunyi gamelan. atenye orang istana.. protokol.. protokol.. family fazli ni kerabat negeri sembilan + selangor + perlis. so awal-awal lagi leen da sound suruh aku datang, katanya.. "mana la tau..", sambil gelak-gelak. ewah-ewah.. takde maknenyeeeeee.. tak kuasa aku layan protokol bagai ;p

aku & zalina. dapat tempat duduk je, terus snap2. ambik mood~ huhu.

so sementara nak tunggu ydp sampai, sembang-sembang la dgn adik leen, ejam & ayin yang kebetulan duduk betul-betul belakang aku.. lama betul tak jumpa dorang ni. dulu masa sekolah, aku, leen & ejam aktif join perkhemahan pbsm. leen big bos time tu. aku ketua kumpulan & ejam penolong aku. tp itu dulu la.. masa tu depa tinggi bahu aku je.. sekarang, nah!! menggalah...

ha tengok jelah tinggi dan membesar bagai johan memasing! aku ngan zalina terasa kerdil tetiba.. pesal kita tak membesar & meninggi macam dorang eh.. tambah mengembang adalah! huhu.

finally dalam kul 9, ydp & tetamu kehormat sampai dan pengantin pun berarak masuk tak lama pastu.

sama kecik sama cantik. yang penting, warna hijau baju dia tu sangattt santekkkk... ;D

lepas tu macam biasalah.. acara makan. eh silap! bukan makan, santap.. ;p bersama ydp & isteri.

almost 11pm baru selesai acara.

amik gambar dgn pengantin adalah wajib. so kenalah tunggu. amik nombor orang kata.

akhirnya selesai sudah majlis yang ditunggu-tunggu tahun ni. o, btw.. baju yang aku pakai tu, kainnya beli kat bandung masa cuti-cuti bandung haritu. kata pengantin, "nasib baek ko tak jd pengapit aku.. glamer giler baju!" hahahahahaha~ sabar jeee la.. ;p

to both of u, semoga berbahagia ke akhir hayat. selamat pengantin baru.

p/s: hadiah bila mau kutip?? saje takmo bagi haritu nnti takde alasan nak lepak kedai tepi tasik lagi.. hurm~

Tuesday, May 12, 2009

Bertunang Suda.... Kahwin, Tunggguuuuu...

alkisahnya... dua minggu lepas, abang ku telah selamat melangsungkan majlis pertunangan. mak awal-awal lagi dah bagi amaran, "balik awal! jangan sabtu baru nak balik!". itu pun hari jumaat malam baru aku balik. otw balik, abang sms suruh aku singgah destinasi fav dulu. rumah mak ijah. makcik-makcik aku tengah siapkan hantaran. sampai 15 dulang! perghh~ memang beria-ia makcik-makcik ku memasing.

halwa betik ni kata mak andak, buah sulung dari pokok betik kat depan rumahnya.

coklat ni, sepupu yang buat. bakulnya tu pastry. bole makan kalau nak. hehe.

itulah antara hasil sentuhan orang kuat aka makcik-makcik aku. sorang tokei kek, sorang tokei gubahan andaman. perfecto! awal-awal lagi mak andak kata, "o*** nanti mak andak buat kaler pink pulak.." aku, tak kisah.. org nak sponsor.. jgn ditolak. hoho~

kul 2 pagi baru gerak balik ke rumah. mandi dan terus tido depan tv. bilik aku telah di-konker oleh makcik aku dan anak-anaknya. tau-tau jelah tido depan tv ni mana la lena pun.. aku tersedar jam 8 pagi tengok da riuh suara orang lalu lalang. angkat bantal dgn alas, pindah masuk bilik pulak! hahaha~ setengah jam lepas tu lagi kuat suara orang siap gelak ketawa bagai. tak boleh jadi ni.. terpisat-pisat bangun. tiba-tiba dengar abah kata, "tolong angkat hantaran dlm kete uncle mat!" haa.. terus kena buat keje ke. hmm..

lepas angkat barang, susun itu ini, alih itu ini, snap itu ini, makan itu ini... baru sedar tak mandi lagi. hohohohoho~ busuk la ini olang ;p cecepat mandi, pakai baju pink yg telah diiron oleh sepupu ku. huhu~ mekasih eh.. org memain jek. tapi kalau nk iron satu lemari pun bole jugek ;p

o btw, sebelum gerak tengahari tu.. ada kenduri doa selamat sikit. tapi aku tak nampak macam sikit sebab penuh sesak rumah plus makanan.. makaih.. ko sebut aje. hampir semua jenis ada!! jangan mintak western food udah ler.. atenye kenduri umah melayu. lain ler umah melanau ke.. mungkin aderla ulat sagu sekali. huhu. tapi memang mewah betul la makanan. ada nada kejelesan di situ.. well~ abang kan cucu & anak buah sulung sebelah abah yg melangkah ke alam gitu-gitu.. so meriah la kiranya. takpe..tunggu ar aku nanti. ah~ jeles lagi di situ. huhu.

aku kira ada lebih kurang 9 biji kereta yang ikut menghantar. aku malas nak drive. just duduk belakang sambil pegang hantaran. kira mem 2nd class la tu.. hehe. sepanjang perjalanan ke nilai yg sepatutnya mengambil masa cuma 30mins tu da jadi sejam lebih sebab ada yg terlajak ke kl. sabooo jelaaa..

mak malu-malu nak sarungkan cincin.. macam dia pulak nak bertunang. hehe~

urusan pertunangan tu kejap aje pun. lepas pantun-pantun.. madah-madah bagai, setel la. wakil tuan umah siap tersasul cakap nogori. yeee.. harap maklum, tunang abang aku adalah orang nogori. masak lomak cili api kau.. pastu sambal cili api tumis ikan kering.. ha berapi mulut. macam iklan megi kari berapi tuu.. huhu.

aku rasa family aku je dah penuh satu khemah. macam sesi berkumpul bersama keluarga pulak. gelak bersuka ria memasing. dengan tunang abang aku tu, just ambik gambar and wat else.. erm, that's all kot. hehe. mak andak aku jelah yang rajin melayan. aku still tak biasa. tak reti la nak gedik-gedik tanye itu ini.

sebagai adik, mestilah aku gembira abang aku dah bertemu jodoh! walaupun aku ingat aku yang dulu. hahaha. cuma secara peribadi, aku kurang setuju bila dapat tahu pihak perempuan tetapkan 10k untuk hantaran juga set serba satu. which costs about 20k! bagi aku ianya agak membebankan bagi abang aku yang kerjanya biasa-biasa. secara jujur, aku sendiri tak pernah menetapkan berapa hantaran yang aku nak. asal tak terlalu sedikit hingga menimbulkan cakap-cakap orang sudahlah..

nowadays orang selalu kata, if lagi tinggi pendidikan wanita yang ingin dikahwini, lagi tinggi hantarannya. ataupun kahwin artis, anak dato' tan sri ke.. harap maklum la ye.. tak kurang 20, 30k! so orang biasa yang cuma ada qualification dr universiti tempatan macam aku.. dan juga yang cuma habis sekolah menengah macam dia.. bagi aku ,agak keterlaluan untuk meminta-minta. bukan tak boleh!! boleh.. kalau pasangan korang tu orang kaya~ faktor lain, mungkin family dia masih kuat mengamalkan adat minang.. kan orang nogori.

apapun aku tetap respect sikap abang aku. aku sangat-sangat menghormati kesungguhan lelaki yang sanggup melakukan seperti itu untuk wanita yang dicintai. berusaha keras untuk membuktikan kesungguhan. kesungguhan adalah sesuatu yang paling mahal bagi aku. kalau aku jadi wanita itu, lepas kahwin mungkin aku pulangkan semula duit dia, separuh mungkin. yela, aku bukan nak duit sangat, aku nak bukti kesungguhan..kan?! lepas kahwin pun dapat duit belanja jugak kan.. so buat apa tamak. tak baek tauu.. ;p

cakap banyak pun tak guna. bukan aku yang nak kahwin pun..hoho. apatah lg mak abah macam tak kisah je, siapalah aku untuk tiba-tiba bersuara pulak kan?? doa yang baik-baik jelah. moga dia bole jaga mak aku nanti dengan baik.

sekadar nak beringat-ingat. untuk diri sendiri jugek ;D kadang-kadang kita lupa.. alpa.

apapun, tahniah untuk abangku.. semoga berbahagia ;)

Wednesday, May 06, 2009

malas aku nak layan!

aku mengaku aku da put on weight. walaupun org kata, "alaaa tak gemuk pun". iye mmg.. cuma put on weight aje.. BELUM gemuk.

tapi aku kurang gemar betul bila budak sorang ni asik la dok tegur, "eee keluar lemak", "ha ngko.. belemak!" diikuti dgn statement, "tgk sy takde pun"..

mula2 aku tak kisah sgt.. sbb ye.. ye.. aku tau aku da put on weight.. * ha berapa kali aku da bgtau ni haa..* jd tak mustahil la muncul lelemak di sana sini. cumanya yg aku tak fhm kalau satu hari 2,3 kali ko nk ckp benda yg sama, motiffffffff????!! pastu jumpa org sana sini ckp benda yg sama kat diorg.. motiffffffffffffffffffffffffffff????????!!

balik semalam cecepat aku tgk kat cermin. bergaya-gaya aku depan cermin nak tgk spot yg dia kata belemak la sgt tu.. yeke sampai terkeluar-keluar?!! puas pusing-pusing.. angkat tangan, kuak tangan.. tak ada pun yg keterlaluan bagai dikata. rs bengang pulak. kenapa nk kecoh2. aku guna duit ko tambah lemak??? duit ko abis ke aku belemak???? huh~ annoying

Friday, February 13, 2009

wo cny aktiviti..

as usual cuti raya cina mesti lama. this time 9 hari! sila jeles.. tapi padan muka sendiri sebab tu semua force leave. tidakla sampai 9 hari.. cuma 3 hari. tapi tetap owh~ abis cuti tau..

so kak dyana from secretarial dept ajak ikut dorang picnic-bbq. macam malas je.. laut more preferable la. tak suka sejuk-sejuk ni. grrrgrr.. there were 9 of us. meeting point at d ofis then konvoi ke hulu langat. 2 kereta je.

reza giant tunggu kat ampang. dia ajak sorang naik kereta dia since dia sorang je. tapi sorang pun tak nak. masing-masing malas nak keluar dari kereta. kekekeke.. padan muka =p

sampai-sampai dalam jam 10 macam tu. nampak tu, hutan simpan hulu langat.

lepas dapat port teruskan acara memanggang. masing-masing pun da kebuluq.. kalau tengok makanan, mesti terkejut sebab macam untuk 20 orang makan! reza dgn 30 ketul ayam butter dia.. kak dyana dgn daging herbs buatan abg ipar dia.. belum campur sosej, burger, sandwich juga jelly lagi. memang banyak..

muka masing-masing yg kebuluran. sebelum api hidup lagi da pegang pinggan! hahaha.. sikit punya lama da.. nak hidupkan api je tu. siap fire starter bagai.. lambat gak. lapau ni.

first round, memang ayam tu rupa arang je laa.. hitam sana sini.. hehe! tp tetap licin =p itu reza, bainun & ehem, myself punya keje la tu.. hehe. 2nd round da tukar shift baru molek sikit rupanya.. dah tinggal bara je mana taknye.

dah puas makan.. apa lagi, acara badak berendam la pulek =D yahooo~ siap terjun tiruk lg tu.. err.. tp ikan dalam air tu jelah berani buat. kami ni kalau nak bertiruk jugak, jawabnye.. kepala terbenam dalam pasir laaa... hehehe~

airnya jernih........ bole nampak ikan-ikan berkeliaran. rasanya gambar ni lepas kali berapa makan ntah. bila sejuk sangat.. naik, makan! pastu berendam balik. macamtu lah 3, 4 kali. sampai abis licin semua makanan la senang cerita. anak kak ina yang kecik tu pun bole makan 3 ketul ayam! dasattt...

da licin semua, lepas zohor camtu.. siap-siap kemas nak balik. masing-masing dah letih tahap tatau nak kata dah.

sebelum balik kena amik pic dulu. bukti ni! hehe.

us. menjahanamkan boot kete reza. mari duduk beramai-ramai.. huhu.

kesimpulannya ok la jugak hari tu. at least ada la aktivit masa cuti daripada duduk kat rumah je.

so next trip, jom!

Monday, January 19, 2009

The day u see me smiling back at you..

alahaii.. baru perasan yang dah lama sangattt tak menjengok blog orang. apatah lagi nak bloghopping. haremmmmm.. =p sori eh... kadang-kadang kan, rasa macam tak berseri je hidup ni. plain. macam plain water yg aku minum bergelas-gelas hari-hari. err.. tapi ada bagusnya juga plain water kan! so sama jugaklah hidup yg plain ni kot. ada bagusnya barangkali.. cuma aku je tak perasan atau belum ada sebab untuk perasan =p ah, pandai je nak sedapkan hati sendiri aku ni. hehe.

kat ofis ni pun takde apa yang menarik sangat. rasa macam lama sangat tak buat & involve dalam event besar-besar. lately sibuk dan menyibuk dgn event-planner. tapi in-house event je la macam training, workshop, briefing & luncheon. yang gah-gah siap ada artis tu.. so far tadok lg. so tadok la pic i yg berposing-posing bertepek kat sini. hehe.

event yg selain daripada ofis pulak.. erm.. ada. tapi tak banyak jugek. sampai ke hari ni rasanya ada sekali je kot yang besh. ikut kak masy & kat tipah vouge-gitu gi tengok tayangan ala perdana 'sifu & tongga'. mekasih kak tip! ai lap u la =D malangnya begitu kemalasan nk snappy-snappy. so takdelah gambo ye. hehe. aktiviti yg lain-lain sekadar event kosong buang karen banyak ler. contoh macam aritu pergi kl sentral semata makan secret recipe pastu balik. huhu. sadis.

kena plan something ni. bagi berkaler sikit hidup ni.

owh~ dah nak hampir bulan february ni. saspens! huhu. dek sibuk dengan planner, dengan sakit,.. langsung tak ber'mood' nak sambut february. bulan feveret :) silap-silap nanti bole lupaaa macam tu je. haish. tapi takpe kot kalau lupa pun. nothing to celebrate. dah tua. eh! terbgtau pulak ye.. hehe. abaikan jelah... =p

yok sambung kerja!

Friday, December 19, 2008

sesuatu & bonus!

something yg 'sesuatu' happened to me today. mcm flashback, mcm dejavu, mcm2 rasa!!.. i went for interview dis morning. tnb. d interview was ok.. hey, berapa kali aku pegi interview tahun ni kan, at least konfiden lebih sikit la kali ni. tp my preparation mmg zero. main belasah je =p. dapat tak dapat, belakang kira.

shall i get dis job, my working environment will totally changed! balik macam kerja pertama aku dulu-dulu. tau jela, operational division.. ramai technicians & engineers. here & there technical-man. susah nk cari technical-woman ni. rs mcm dunia ni tiba-tiba dipenuhi lelaki la mcmtu. huhu. macam tu la masa kat celcom dulu. exactly the same. kisah zaman remaja aku. nakal. hehe. but i believe, i'm a different person now. campaklah ke mana pun, i know where i'm standing and what i'm holding on. yg penting, ada kerjaya yg baik dan gaji yg best. dats enuf for me. lain-lain tolak tepi.

harini sana sini orang bercerita pasal bonus kat ofis ni. my colleague tegur, "eh u nmpk relax je.. hepi la dgn ur bonus ye.." hahaha. sebenarnya i don't bother pun. yg penting for me now, increament and adjustment je. bonus tu kekal as a 'bonus'! lebih atau kurang, tetap bonus kan. err.. tp kalau aku tiba-tiba dapat 10 bulan bonus mcm sorang staff dept aku tu, hurm.. konfem buat aksi cheer leader! hahahahahaha~

udah ler tu. hepi wiken fwens =)

Thursday, December 18, 2008

my 384

i'm back.

sepanjang MIA ni macam-macam benda terjadi. blended wif gud and also not so gud things la. truly colorful life! mcm my company's logo je. haha. so nak cerita yg not so gud thing first la,

i've plan for my bonus~es. believe me, i've a very looonnnggg listttt... but most of it bayar hutang hehe. unfortunately, blm sempat merasa bonus lagi ni.. something happened to my long-service hp. finally is now rosak. i can't read sms, can't adjust the timing, even worst can't open phonebook! really toutoring.. yg nasib baik part, at least i can make or receive calls. but only if i know the no.s. so.. mohon jasa baik anda, pls leave ur hp no at my email box or ym pun muleh. thank you =)

tapi kan, dalam masa yg sama aku masih lucky!

hari jumaat ptg, aku ke ole-ole shah alam. i've bn selected top 5 to receive lucky draws. grand price mmg grand tau.. a flat screen tv plasma, 32 inch toshiba regza brand. gila ha.. masa org tu kol bagitau psl top 5 tu.. i've no idea ms bila la pulak aku masuk peraduan tu... hehe. recall punya recall br teringat ada satu hari tu, aku beli baju kat 1 of the shop lot dalam shopping mall tu then dpt 1 kupon for lucky draw. saje isi dan alhamdulillah.. berjaya terpilih antara ribuan tu.

wpun tak dapat tv, dapat hadiah ke-3 pun da rezeki. alhamdulillah..

malam tu pulak final bowling tournament for this yr. awal-awal reza da kata nak bersaing dgn aku. kebetulan lane sebelah-menyebelah. memang kitorg betul-betul fight la. 3 frame, 2 aku menang. tapi sebab 1st tu score aku tak banyak macam dia so dia berjaya potong aku, sipi.

individual score, aku 2nd runner up. no satu as usual abg lan, followed by reza.

group dapat no 2! huhu~ dapat kalahkan reza finally. =p

for group, dapat hamper lg.. hehe. tapi si reza tu telah mengoyakkan hamper aku. dah macam kedai runcit dah kete aku tu. penuhhhhh dgn makanan. alhamdulillah.. kenyang selalu =)

sekian cerita bab gud & not so gud things.

****

hujung minggu pulak sibuk dgn kenduri ida. kawin sudah kawan aku sorang ni. hehe. teringat-ingat pulak aku sama-sama nangis dgn dia masa dia frust dulu. kenangan, org kata mendewasakan. :)

kesempatan ni dapatlah jumpa kawan-kawan baik yg payah nk dikumpulkan. maklumlaa.. bila da kawin dan beranak pinak, mmg payah sikit nak berkumpul macam dulu. rugi la aku yg lambat kawin ni... sbb konfem takde kawan yg nak tolong aku itu ini. huhu.

walaupun ida beria kata dia akan tolong dan akan sama-sama masa aku kawin nanti, aku tak ambil serius sangat. org kata, tak mengharap la. dunia kita dah tak sama lagi.

bila sorang-sorang kawan sampai, lupa pengantin sekejap. borak-borak sambil makan lagi seronok. aku baru perasan haritu aku je yg datang single. masing-masing dgn partner. nampak sangat. hahaha. hey aku ok la. sambil lap hingus.. =p

oh, hari tu aku dipaksa jadi pengapit. ada org kata jgn jadi pengapit nanti lambat kawin. nak buat macamana, aku dipaksa dan terpaksa. again, inilah padahnya kalau kawan-kawan lain da kawin tinggal kau sorang saja. no choice! haha.

kenduri kawan yg sorang lagi tu insyaallah june next yr. awal-awal da booking khidmat aku. "ramai vip, kerabat-kerabat.. mana tau jumpa jodoh! tolong laaaaaaaaa jd pengapit aku..."

ada pulak.. mana aci mintak tolong gaya gini.. lain macam! suka aku pinjam kata-kata kawan aku, "kita ni bukan desperate sgt nak berlaki.." ha dengar tu. aku rasa aku tak kecoh sgt nak kawin. cuma yelah, kalau kau jadi aku.. org asik tanye, ada ke? bila? kau memang tak boleh jawab. nak kata ada, mana dia? nak kata tak ada, nanti jd doa. plus ramai je nk jadi match maker nanti. sudahnya senyum saja la. sambil mintak doa yg baik-baik.

ah cerita apa ni. tukar.. tukar!

ha ni kawan-kawan baik aku. kiri tu mak org yg kawin tahun lepas. ada cerita kenduri dia dlm blog ni. sebelah dia tu, nak je jadi mak org tapi apakan daya tak kawin lagi. hehehe~ sebelah dia baju kuning tu yg nak kawin kerabat tahun depan. yg last sekali melintang macam mermaid tu, erm~ succesful career woman. lecturer uitm. tahun depan kalau dia konfem buat phd, tinggal aku sorang jelah. hurm.

esok ada hal. terpaksa mencutikan diri. so jumpa minggu depan insyaAllah. tatatititutu~

Friday, November 21, 2008

Lepas tulis entri ni aku nak pegi timbang berat =p

saje letak pic lama ni. i mish those days la. them (yg kat pic tu) aku tak berapa nk mish la. kehkekhe~ pls don't gusip-gusip. all taken oredi. hehe. abg yg muka serius + poyo tu.. (matilah aku kalau dia baca ni..kikikiki) nk kawin tawon depan. ha, jgn lupa bg kad no.. =) yg monster nk cekik aii tu pun sama. ada bau-bau nasi minyak ni.. huhu. jgn lupa kwn-kwn jln2 cari makan sampai ke cameron ni. yg dok meredah kabus dan ladang teh bagai. hehe.

hurm~ cerita pasal makan, atenye semalam nak diet kan.. poci ilek! aku singgah mcd sebelum balik. hehe. beli mcshaker fries dgn banana pie. ni gara-gara asyik dgr cerita treasure hunt yg kena makan 10 biji pisang dlm 10mins tu la kot. terasa-rasa lak tekak ni nk makan pisang.. :)

pisang baguih.. leh kasi ilang stress! plus bole kurus. hehe. aku tak pernah perasan yg aku ni suka makan pisang sampailah kena tegur ms kat umah ida haritu. "patutlah kurus..." one of ida's fren kuar statement. baru perasan diam tak diam, dalam kenyang-kenyang lps makan nasi ayam tu.. 5 biji pisang aku da ngap slow-slow~ hehehe.

.

.

i- aku tgh ada selera terhadap makanan. sape mao belanja sila amik nomo.. =p

ii- oh, aku mimpi beranak lagi semalam. kalau dikumpul semua, rasanya da ramai anak aku!! kehkeh~ hurm...

Monday, November 10, 2008

nothing much to say. headache. again.. urgh~

sepanjang mlm td, betul2 rs mcm on drugs. nk kata mimpi, aku dgr & sedar segala pergerakan kuar masuk dlm rumah tu. @ the same time rs mcm berbicara dgn diri sendiri.. in fact bnyk monolog2 tu ttg idea mcmana nk jwb intvw nanti. wpun mata pejam tp otak running actively! smpai bgn pg tak log off lgsg! dats y mcm weng sket pg ni..

hurm~ tired la mcmni.

..

a pic of mine ms launching haritu.. mana la tau kot2 ada yg rindu.. ewah~ =p

daa~

Monday, October 06, 2008

what say u?

aku dah mula keje harini. macamana raya korang? well.. raya aku so~so je. cerita raya banyak yg ala~ala. kalau nak diikutkan hati, memang raya kali ni tak gembira. ah, cerita banyak karang jadi drama airmata pulak. huhu.

dipendekkan cerita, the day before raya awal pg lagi aku da terpacak kat sini! watpe? mcmni...

pagi tu, aku da janji nak gi ambik org tu kat airport. dia blk cuti raya! flight org tu smpai dlm kul 9am tetiba 8lbh dia call kata da smpai airport. hurm, apa lagi.. pecut ala-ala f1 driver la lebih kurang hehe. tp org tu kena tunggu gak la dkt setengah jam =p. takpe kan.. kan.. lps tu terus ke destinasi yg nak dituju. seperti gambaq di atas, lokasinya di putrajaya. dia nak gi renew license kat situ. so gf yg baek hati lagi berdedikasi ni.. muahahaha~ gi la tolong bawak dia ke situ.

lengang giler tempat tu. maklumlaa.. org gomen rata-rata da start cuti raya. lebih kurang stgh jam setel semua. next destination, yg ni tak plan.. gi mines. org tu la, nak melawat tmpt dating dia dolu2.. huh~ pusing.. pusing gi survey hp.. ha ni pun tak plan.

pastu redah jusco pulak. ni baru first time smpai kat area serdang ni =) belek tu, belek ni. tapi kan... end up with nothing. aku betul takde mood membeli.. wpun di ofer belanja pun tetap takde mood jugak.. kagum tak?! ke pelik?? hehe.. =D

one of d reasons mungkin sbb excited jumpa org tu melebih la kot.. smpai rasa nak shopping tu ilek.. =p tapi mungkin lebih kepada rasa kacau bilau sebenarnya.. sbb pe? kan esoknya nak raya.. biasanya haritu la nak masak bagai. dah tu aku kuar pagi tu tak bitau mak pulak. so rs cam antara risau ngn tak sampai ati laa.. risau kena leter hehe.. dan tak sampai ati kalu dia masak sorg2. tapi smpai aku blk, dia tak call pun. rupanya belum masak lg. fuh~ maka rajin tahap super la aku pastu. amik ati balek~ penting tu.. muahahaha.

acara amik ati tu berlarutan sampai ke malamnya. selalu kueh raya, pagi raya baru letak dalam bekas. tapi haritu lepas bebuka da siap! hebat dak... ;P *tepuk..tepuk!*

ni kueh 'tunjuk'.. beli la tu.. =p kueh pun ikut tema tuan rumah tau. pepel gitu! sambil pegang kueh, berdiri la kat tepi langsir. fuh~ konfem sedondon gitu!! kekekeke.

sekut arab. beli 3 jenis dapat seplastik kueh raya free!! rasanya kalau kita 'ayat' lbh sket aritu mesti dpt satu bekas kan kak masy =p kekekeke..

yg ni mak beli. smpai la ni tatau rasa dia lg. suka tgk je. hehe.

pagi raya, aku bangun awal. bkan sebab semangat nak raya.. err ada la sket tapi sebab sakit perut. belum raya lagi da meragam perut ni. huh. so semua org gi semayang raya tinggal aku sorang kat umah.

blk je mak, meletop-meletop je sorenye ni.. alahaiii ada la yg tak kena tu. rupa-rupanya my dadi leh lupe lak my mami naik dgn dia gi masjid tadi. elok je dia blah gi tempat lain dgn org lain. tinggal la org tua tu terkulat-kulat nunggu. aku nk je jwb, "dah mmg selalu nau abah gi semayang raya sorang2 tu dia lupe tu. tak biasa". tapi kat ujung tekak jela.. tak berani ckp. karang hangus rentung aku kena leter! pagi raya ni kan.. bagi can la. huhu.

me, suka nau posing camtu.. tema kaler pepel. matching gitu dgn gelang. dgn langsir [bkn yg belakang tu]. dgn baju org tu jugak. kan..kan. =D tp kain ni tatau la sape yg pilih + beli. da tak ingat..

mana taknye..ni bergantungan baju raya. belum campur 2,3 pasang dalam almari yg tak iron lg. raya sakan! huhu. tapi baru pakai 3 pasang je.

eh, bila da cerita-cerita ni baru rasa cam meriah je kan..

mestilah sbb aku editor yg best! stori yg besttt je leh kuar kat sini. kekeke.. ceh~ benda ni sebenarnya kena ikut mood. mood aku agak baik arini. tapi nnti aku nak jugak cerita part yg tak hepi tu. pengajaran. nnti la cerita lagi.

selamat beraya la ye pada yg cuti lg tu :)

Friday, September 05, 2008

kat celah mana gigi dia tu agaknye.. huh~

.

.

salam jumaat.

sedar tak sedar dah hari kelima kita berpuasa. cepat jugak rasanya.

today aku takmo cerita pasal psikik & six sense tu lagi la. karang ada org yg takot pulek. hehe. meh cerita psl semalam.

semalam aku, mak & abah berbuka kat nilai spring golf country club. abang keje kat sana. so ada promotion buka puasa kot.., tu dia ajak kitorg sekali.

makanan kat situ, oklaaa.. expect less then u'll be fine. hehe. at the same time rupanyaa beliau nak kenalkan gf beliau. huhu. bole tak gf beliau salam siap cium tangan gwe. terbalik suda! hehe. yela.. yela.. mesti sebab dia tau aku lg 'dewasa' dari dia tu kot. huhu.

turn aku nanti, ntah le. fuh~

o, btw petang ni aku ada program meraikan anak yatim yayasan al jenderami. nanti ada persembahan qasidah.. lawatan kat area kompleks yayasan tu. if possible i'll upload pics ok.

ha ni nak setel utang tag. dis time kena tag-ed by chuppy .. so here it is....

Two names you go by..

1. nadia

2. anne i've alot btw.. ;D

Two things you are wearing right now

1. baju kurung cream color

2. and ma fav shoe – currently laa..

Two things you want very badly at the moment

alaa.. I couldn't find a thing la.. hurm, belasah jelah apa2 eh..

1. get promoted. Dat’s my azam before dis yr ended. Hehe.

2. it would be nice if I can get AL sebulan for the holy month Ramadhan. Hehe.. Sukati je eh.. :P

Two things you did last night just before bed

1. answered call fm him..

2. reading books.. nancy drew series lg tu. Hahaha! Miss my childhood la..

Two things you ate today

1. u mean for sahur la kan.. urm, setengah senduk nasi with lauk.

2. coco crunch! hehe

Two people you just spoke with

1. my manager

2. the f&b manager

Two things you are doing tomorrow

1. i'm going home tonite so might hv long-hr nap la kot. hehe.

2. fasting & break fasting.

Two longest car rides

1. klang – jb kot..

2. hometown – banding – kuala terengganu - hometown

Two favourite beverages

1. air kosong

2. juices

2+1 persons who are chosen to do this tag

1. dakjaat

2.ms precious

3. rasp

.

.

selamat berbuka petang nanti ya :)

have a gud weekend people........ daa~

Wednesday, September 03, 2008

my 2nd update

baru jap tadi aku naik gi 3rd floor. ingat nak bayo duit bowling haritu kat abg lan. tapi dia cuti pulek. hu. ponek je den naik. suddenly mel tegur,

"y u look so kurus?? baru 3 hari ni fasting.."

me, "o kurus eh.. hehe"

yeay yeay!! da kurus.. huhu~

eh yapeda.. kurus muka je. part lain tak kurus lagi neh. aduh! change topic plssss.. haish.

.

.

ok, haritu aku ada terbaca satu artikel ni. interesting tau. meh share.

Nyanyuk bukan fitrah penuaan

Oleh: SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN

HIPOKAMPUS, bahagian otak yang terlibat di dalam proses memori yang terjejas di kalangan pesakit nyanyuk. Pakar Perunding Geriatrik, Pusat Perubatan Pantai, Kuala Lumpur, Dr. Rajbans Singh berkata, nyanyuk merupakan sejenis gangguan neurologikal yang menjejaskan dua atau lebih fungsi otak yang normal, seperti memori dan bahasa.

“Sebaik sahaja usia kita mencecah 20 tahun, proses kematian sel-sel di dalam otak mula berlaku dan menyebabkan otak mengecut. Kemusnahan sel-sel otak secara berterusan menyebabkan kualiti daya ingatan semakin berkurangan.

“Dementia merujuk kepada sekumpulan gejala yang berkaitan dengan hilang ingatan, berlaku secara perlahan-lahan tanpa disedari tetapi akhirnya boleh menjadi bertambah teruk,’’ ujar beliau.

Menurutnya, walaupun nyanyuk sinonim dengan peningkatan usia seseorang, namun ia bukanlah sebahagian daripada proses penuaan yang fitrah tetapi merupakan sejenis penyakit kronik.

Mengulas lanjut, walaupun nyanyuk lazimnya dialami oleh golongan yang lebih tua (60 tahun ke atas) namun, ia juga boleh terjadi di kalangan individu yang lebih muda hatta kanak-kanak (4 hingga 45 tahun).

tetiba aku rasa serem-serem je baca part ni. doktor tu kata, kemurungan bole menjadi penyumbang kepada penyakit ni. aiseh.. haruslah elakkan daripada murung dak gitu.

pagi tadi je aku sudah kemurungan tapi aku ambik inisiatif. iaitu gi tido! hehe. dalam 30mins camtu. celik mata je, aku teringat apa tau.. teringat perasaan aku masa nak gi kk aritu. masa travel sendiri.. masa naik flight sendiri.. masa da nak sampai. memang merangsang endralin betul! so here i am. menaip lagi. dah tak murung dah. hehehehe..

thanks to kak cherry. ha, ni sy da apdet yg sungguh-sungguh punya. hehe.

.

oh ye, bowling haritu aku dapat 1st prize! yeahuuu.. tu pun sebab aku satu team dgn puan ni. tererr giler beb puan ni!! 1 game je dia punyer score 200++.. tapi kan sbb score aku 100++ so taklah huduh sgt.. takdela malu nak share prize tu. huhu.

lepas tu dapat lucky draw jugek. bole la share sket-sket dgn anak-anak jiran. hehe. mak dia tolong tekan lif utk aku, so anak la dapat habuan dak gitu? ;D beria-ia budak tu melambai aku. budak-budak kan, dapat coklat.. dapat biskut, hepi je. rindu nk jadi budak-budak. bole gitu? hehe

.

.

.. when u lost respect to me, then i am nobody to u.

Thursday, July 31, 2008

mari merinduuuu ~ =p

windu la kat kucen kite.. yaya, tatak mish u huhu~

baru hari khamis tapi aku rasa mcm da seminggu keje. huhu. today, aku akan cuba sedaya upaya utk balik awal. chaiyo2!! nak tgk tv, nak golek2 dpn tv.. nak tdo dpn tv.. nak sexy2 dpn tv.. kehehehehehe ;)

haritu kan.. wan ada bagitau dia nk balik semenanjung early aug, next week la tu. unfortunately ada mslh sket.. so cuti cuma 2 hari je.. [sehari penuh, separuh hari lg da blk kk].

kalau bole mmg la nk jmpa dia.. sape tak rindu bf kan.. dah la jauh, lama tak jmpa.. hurmmmm... memememememe..

tapi da cuti sekejap mcmtu biarla dia blk umah family dia. hal aku later2 la. bole gitu :) nantila.. aku simpan duit dulu, bole gi kk lagi.

dia : tulah.. sape suruh u cari bf yg keje jauh2..

me : aah la. hmm mcmtu i nk cari bf yg keje dkt la!

dia : hu, pantang bg peluang.. lajuuuu je *kunun marah la tu..*

me : abis tu.... *gelak2*

.

.

mantok lg ni..

Monday, July 28, 2008

Entri ini akan terhapus dlm masa 2 hari

sabtu ni aku akan ke ipoh to attend my ofismet wedding. another wedding on sunday at klang. ofismet jugak.

something intersting ttg bakal pengantin ni,.. 2 different person, 2 different characters but sharing same thought. i guess la. aku tak pasti if u heard or even had same situation.

person no. 1, she mentioned something that makes me 'what?!!', dia kata dia tak sedia nak kawin lagi! her family & her husband to be ok. cuma dia. dia nak keluar & tgk dunia lagi. memang ku dah agak daripada gaya dia yang macam tak nak kawin tu..

person no. 2 pulak pernah kata, dia tak pasti betul2 nak kawin ke tidak. dia cuma nak rasa keseronokan & kemeriahan kenduri tu.. pakai cantik2.. yang lain2 tu dia tak ready lagi. and yet she's only 23.

me, speechless!

tak ada rumusan tentang itu. perkara tu umpama reflection ke atas aku.

.........

.. sesuatu yang terpaling kita inginkan, mmg payah nak dapat. biarlah aku terus berpura2 yang aku tak inginkannya.. :)

.

finally aku jadi wakil tunggal wanita bujang di kawasan aku. tahniah anne! :)

semalam rakan sebaya ku, selamat bertunang sudah.. seingat aku la, pada tarikh ini tahun lepas,.. dia masih membebel takde bf. sekarang dia da mendahului. takdir kan.. aku biasa2 aje, cuma rasa kurang enak sbb cerita tu datang dari mulut emak. hmm..

tapi aku tau ramai lagi yang punya isu seperti aku ini. jadi apa sangatlah cerita ni. picisan kan.. tapi jujurnya, rasa mcm tercucuk jarum bukan?! :)

.

escapism, tu cara yg terbaik buat masa ini. dan aku selesa dgnnya.. at least for the time being. kerana memikirkan kenyataannya akan buat aku rasa terhina ;(

.

kerana itu.. kali terakhir aku membalas jemputan ke wedding kawan2.. bulan feb haritu. ke segamat bersama wan menghadiri kenduri julia. selepas tu.. aku mengelak untuk ke kenduri kawin. bukan tak ada jemputan.. malah banyak! antara sebab.. kawan2 lain da berkeluarga atau berpasangan. aku,.. aku tak betah ke kenduri orang sendirian. makan sendiri. senyum sendiri. pulang sendiri.. balik rumah termenung sendiri..

aku minta maaf kerana tak hadir ke majlis mereka2 yang terbabit.

mungkin kita bole jumpa kemudian.. di mana2.

.

.

sabtu. seharian aku tak dapat hubungi dia. katanya, maxis line out. tapi aku tetap cuba. aku percaya lbh 50x miscalled. sabarlah hati.. lebih2 lagi bila teringat, "tau la nnti i nk wat camane.. cari public phone ke.. jgn risau.." dan.. hati ini jadi aman kembali. tapi sehingga ke detik lebih 24 jam, tiada sebarang panggilan.

jadi beritahu aku, wajar atau tidak untuk aku rasa kecewa???

betullah kata seorang lelaki yg ku kenal.., lelaki punya penyakit M dalam relation. penyakit yg jadi punca bercambah rasa ragu.

tiba2 teringat cerita mowgli dgn serigala. suka mempermainkn org.. kesudahannya org tak percayakan dia lg. nasihat ikhlas,.. jgn salahkan i kalau i tak percaya u lagi..

nekad.

.

.

***i tau u akan marah bila baca tentang ni. marahla.. kalau itu yg u rs..

updated :

kwn yg sama bgtau.. "kalau gf aku, mmg kena maki hamun merajuk bagai.."

seeeee.. at least i tak marah2, tak merajuk pun, wpun dalam hati memberontak nak merajuk. tapi cuma termampu buat luahan kat sini jek.. ;(

Friday, July 25, 2008

jkgkfhjfhglgpohk!!

thanks kak luna for ur adv. tak berniat nak kata hari tu yg malang.. sy je yg malang :)

apa2 pun haritu sebenarnya tak seteruk & stress macam harini. yang kesudahannya aku nanges masa cakap kat phone dgn wan td.

ok, first thing first. aku sakit kaki. smlm masa aku kuar dari toilet, kak masy jerit, "anne tefon..." maka aku pun berlari gi amik hp kat luar tu. dan dgn gaya akrobat aku capai hp and there u go.. aku terasa sakit sgt kat paha. tak pasti muscle ke urat ke.. tapi sakit.

pastu mlm tadi sblm tido aku sms dia, asked for something but no reply. this morning around 10am aku call, still the same. no answer. lepas blk dari setelkan hal rumah, call again and again.. no respon. geram ok!!

dan hal yg satu lagi ni.. haish, aku nyaris hadiahkan kesan 5 jari comel aku kat muka budak pompuan tu. macam2 yg aku tanye, kebanyakkan jawapan dia, "tu saya tak tau.." bodoh sgt!

pagi2 tadi, org seofis called. "u punya claims & forms ader kat sini ye. kat meja belakang tu bla bla bla.." rasa terbakar jap. bukan ke claim tu da seminggu lbh aku hantar??!! tapi tak balik2 kat aku. selalu kalau da sign dorang akan call balik.. sbb aku ni tercampak kat tempat lain. mana aku nak tau da siap ke blm. mati2 laa aku ingat dorang da hantarkn kat acc dept. bengangnyeee.. ni da berapa hb, konfom hujung bulan depan baru dapat. so, aku akan jadi super sengkek bulan ni. sila jgn ajak aku ke mana-mana.

wan called tadi dan aku nyaris tak mahu angkat. bila aku jawab dia kata aku garang & like others, men esp...love to use dis kinda 'exemption' statement, "period la ni.." wat a statement.. helloooooooo...

pastu tinggi suara kat aku. kata aku diam je bila dia tanye. padahal aku dah jawab. dia yg tak dgr! bertambah la lagi rasa nak marah ni! da berapa kali aku bitau hp dia ada problem. asik tak dgr sampai aku kena jerit2. lepas tu kata aku garang pulak. ha, pi mai pi mai tang tu la...

ingatkan ckp dgn bf sendiri bole calm tapi makin sakit hati. urghhh... bagila aku berita gembira boleeeeeeeeeeeeeeeeeeee...........

kaki makin sakit. duduk pun tak selesa. aku memang akan marah sesapa je yg tambah sakit aku skrg ni. so better shut up!!

Monday, July 07, 2008

tadaima!

lebih kurang jam 10, selamat sampai dari penang.

letih...

lepas reza hantar balik, baring2 sambil tgk tv dgn kak masy.. tak lama pastu terus tertido. around 11 something, wan called tp aku tak dgr. lena sgt. 12 something br terjaga. tengok ada missed call, sms. tak larat nak bc sms, call je wan. sore dia semacam je. lg layu dari aku. hmm.. da tido la tu. malas nk ckp. since msg2 da xlarat nak ckp sgt. tido lg berfaedah. huhu.

awal2 pagi aku dah terjaga. lupa nak tukar timing alarm tu... maklumlaa masa team building aritu memang tetiap hari kena bangun awal. hu. tapi takpe.. sebab harini aku kena gi ofis jalan kaki. keter tadek. sblm gi jerejak aritu da antar keter blk tpg. so kuar rumah 7.30am. jalan2... smpai ofis 15mins je. siap singgah canteen beli bfast lagi tu! bagus2. pasni rasanya nak jalan kaki jelah. leh kurus sket. huhu~

sampai ofis.. ala2 ngantoks sket. err.. sket ke.. banyak gak la. pastu datangla 2 orang cina ni. sorang lelaki sorang pompuan. yang lelaki tu dok tanye pasal branding & casting, nak jumpa sape ntah.. tiba2 yang pompuan tu macam terjerit sket sambil beria2 hai kat aku. eh.. aku kenal dia ke? konfius jap.

pompuan tu : i know u.. i c ur picture..

excited gler dia cakap ms ni.

aku : who.. me? (sambil muka ala2 cuak laa.. tp control2 sket.. muahahaha)

pastu tetiba teringat sesuatu.

aku : oooo must b from the casting list i guess..

pompuan tu : ya.. ya.. and fm the email too. ur now famous in Shanghai..

lelaki : dia dari kita punya shanghai ofis. dia kata u famous dekat sana.

aiseh.. bole lak dia translate kan utk aku mcm la pompuan tu ckp cino.... huhu

aku : o really.. hahahahaha.. (gelak cover2 je. huhu.)

sebelum blah, pompuan tu beria2 babai kat aku. aiseh... buat aku rasa cam diva pulak. muahahahhahaa~ tadek laaa... tadek maknenyer diva viva pun. tapi kalau bole buat pilihan, aku hanya nak jadi diva kat hati seseorang tu aje.. :) aku tau aku pernah jadi diva di hatinya satu waktu dulu.. tak pasti la sekarang dan seterusnya.

.

.

* stori jerejak esok2 la eh.. :)

Tuesday, May 27, 2008

Tak ada apa..

Letih.

Kecewa.

Tak gembira.

Tak ada kesudahan.

Buntu.

Sunyi.

Takut.

Kesabaran sudah berada dilapisan terakhir.

Kekuatan cuma tinggal saki baki.

Letih.

Kecewa.

~~~~~

Wednesday, May 21, 2008

W0w w33~~

Pagi ni mood aku ala2 best gitu.. ;) Mlm tadi bersembang dengan ehem ehem. Gelak2 bagai.. mcm time mula2 bercinta dulu ;p Aku sukeeeeer mcmtu! Ahaks.. Harus diamalkn selalu neh.. hehe.

Malam tadi, entah pukul berapa.. tgh syok2 tido bole pulak aku terjaga sebab terdengar bunyi anjing menyalak. Mula2 menyalak biasa pastu baru yang nyaring tu.. Aiseh.. aku da seremmmm.. Selubung sampai kepala. Sib baek ada akak sorang tu teman aku tido. Huhu~ Lama dah tak dengar macam tu. Last dulu kalau tak silap masa kat Melaka. Ah orang len mesti tak perasan, aku jek.. Hu.

Tapi takpe. Pagi ni aku ok jek. Tak ngantok. Plus maybe sebab mood yang best kan.. so aku tak rasa pape pun bila ex ofismet aku bitau something yang ala2 nak menjatuhkan maruah aku la kononnyaa.. Cam kebal la. hehe. Aku selamba je jawab, "takpelah kak. org tu saje nak mensensasikan benda yang takde apa pun.. :)"

Puncanya, gambar dinner aku haritu telah diforwardkan oleh orang yang tak berhak malah tak berkaitan dalam hidup aku pun kat dorang. [Aku kenal orang tu..] Siap ubuh note kat situ, JANGAN BAGI ORANG LAIN, TAK BAIK. Motifff letak note tu?? Gambar aku tengah buat jahat ka?? Dah tu kalau tau tak baik, yang diri sendiri pi sent kat orang tu apakah ertinya?? Motifff lagi?? Aiseh.. very d confusing laa.. ;p

Akak tu siap cakap, "akak ingat gambar apa.. kot gambar tak pakai baju ke.. hihihi.. alih2 tgk, laa gambar biasa je.. gambar glam2 je la kot iye pun.." Hamboiii hamboiiii bab tak pakai baju tu lajuuu je kan! Hahaha!! Itulah.. dah kata dah.. orang tu cuma nak sensasikan benda yang takde apa. Saje nak create cerita. Or mungkin dia nak tunjuk je kot. Tak kisah la apa pun. Tapi kalau ada niat nak cari kesalahan orang.. silap orang laa... aku tak mudah melatah ok! Takat melatah, 'oo mak kau' tu biasalaaa.. blame gen melayu ku ini ;p Huhu~

Hurm lapar la.. nak g am am dulu la. Petang ni nak start jog!! JOm ;D

Friday, May 09, 2008

Epi Wikennn Ebibadi!! :)

Todaykan i'm purposely pakai dress n eye shadow yang sama color. Hijau. Selalunya i pilih natural color je. Tak kiralah baju tu color apa. Mesti natural color or even worst tak tenyeh apapun kat mata ni ;p. Well... since kejadian yg diceritakan dlm entri yang terpaksa 'dilenyapkan' tu.. everyday aku melawa je ke ofis. Wpun hakikatnya takde la rasa lawa pun but thanks to them yang noticed. Puji2 bagai. Siap tanye brand lagi tuu ;D So peristiwa tu letak tepi. Look at the bright side jela.. :)

Malam tadi ok je. Around 7 something dapat sms wan, 'i baru sampai. flight delayed'. Lor.. kesian. Around 9 i called him. Tengah dinner wif Hafiz, his cousin [aku pernah mentioned bout dis guy masa aku gi KK dulu, read : Sabah again! dated Jan 31 2007] so wan promised to call me once reached hotel.

Kebetulan sejak 2 hari lepas kat umah cuma ada aku & sorang lg housemate. Kak masy outstation. So kul 9 lagi aku da tutup lampu sambil tengok tv. Housemate aku awal2 lagi dah siap berbungkus atas katil dia. Ngantuk sangat la tu. Boring tinggal sorang2 ni. Tengok tv jap pastu tertido jap. Then jaga sebab tingat wan nak call. So cont tengok tv lagi.. then tertido balik. Macam tulah sampai kul 11 lebih. Bangun tido bangun tido. Sampai sakit kepala dan kesudahannya tak boleh tido. Huhu~

Almost midnite wan tak call pun. So biar aku je yang call. Tapi xjwb. Hati sudah panas ni. Mesti dia da tertido. Huh~ Sia2 je aku tunggu.. So aku paksa2 diri untuk tido. Dan aku tido lena sampai pagi.....

Tipuuuuuuu!!! Aku takleh tido la. Aku nanges2 sikit sebab geram. Hahahha~ Pastu tetiba dia call! Argh~ mencik tauuuuu... Selalu macam tu. Dah puas aku sedih2, marah2, nangis2... baru nak muncul. Dia pergi bilik kawan dia tadi bla bla bla.. well satu perangai dia ni kalau dengan kawan2 memang tak akan jwb sms or call aku. Unless kalau benda urgent. Sangat tak suka tau! Buat aku fikir bukan2 je. Macam tatau aku ni negative thinker.

Sebab tengah geram kan,.. [geram tp syg mcmtulah ;p..] so aku banyak.. ah, uh, em aje. Kalau orang dengar perbualan kitorang tu, mesti dorang rasa wan yang tulis entri2 lepas kat blog ni. Bukan aku!!. Sebab tak kuar pun kata2 rindu2an.. aku buat dek je. Sebaliknya dia pulak yang cakap macamtu kat aku. Tau aku marah la tuu.. Hu~ Alaa.. marah rajuk aku ni aperla sangat.. Arini da ok da. Poyo je~ ;p

Eh panjang pulak cerita aku niiii... Huhu~ Niat asal nak jawab tag cik riben merah :) Hehe.. Ok2. Nak jawab ni.

LIST OUT TOP 5 PRESENTS U WISH FOR [.... presents from sesapa pun tak kisahh.. tapi kalau dia rasa diri dia tu yang terkena.. jangan wat tatau pulek ;p]

1. A handphone plssss.... wif 3G kalau bole ;D

2. A new car. I loike black color. Elegant.

3. Flight ticket. Destination, let me decide bole ;D

4. Dress macamni.. color ni!

5. A ring.. yang simple je. Tak payah batu berlian gedabak. Err.. kalau rasa macam ada maksud disebaliknya tuu.. pun muleh jugek ;p

LIST OUT THE REASONS FOR YOUR CHOICES

1. Kali terakhir beli hp adalah pada tahun ke-2 kat u bersamaa tahun 2001. Lepas tu aku tak penah beli hp sampai laaa ni. Tapi first year keje, tahun 2004 aku dapat hp free. Lucky draw. Nokia model apa dah tak ingat. Next year pastu dapat lagi hp. Lucky draw jugak. Samsung SGH E638. Dan hp tu masih hidup bersama aku dari tahun 2005 sampai la ni. So rasa2nya korang sedia maklum laa bahawasanya ia perlu diupgrade~ wpun orang selalu ingat ni hp baru sebab jarang2 tengok orang pakai ;p

2. Aku dah ada kereta yang asalnya adalah kepunyaan abang aku. So senang cerita, aku nak kereta yang aku pilih sendiri laa.

3. Sebab aku suka!

4. Aku suka jalan2. Aku harap aku dapat jejak jaki kat Korea, Jpn, Rome, Egypt, Paris dan macam2 lagi. Oleh yang demikian alangkah bahagianya jikalau dapat present flight ticket! ... berserta duit poket sekali. muahahaha~ mekasih yang!!! ;p

5. Aku suka cincin. Tapi aku tak pakai barang emas. Kalau ada pun aku cuma pakai suasa. Aku lebih suka emas putih. Tapi kalau nak bagi platinum pun takpe.. lagi suka! ;D

THE PERSON WHO TAGGED YOU IS

Cik Iyra siriben merah :)

5 IMPRESSIONS OF HER/HIM

1. Apa eh? emememme.. pompuan neh memang suka bergaya! ;p

2. Ada lesung pipit. Jelesss aiii... hahaha!!

3. Anak manja neh! I can tell..

4. Dalam banyak hal.. dia neh dalam kategori reasonable la jugak.

5. Konfiden which is gud for her..

MOST MEMORABLE THING SHE/HE HAS DONE FOR U

Errr.. she's one of them yang selalu comfort me.. ayat kasi cheer up la. ceewah~ *cepat kasik pesen org da up dia dah ni ;p*

MOST LOVED INVENTION [aik.. pesal soklan cam tak kena mengena je..]

Friendship cards.. books.. Ntah. Macam2 lagi. I'm kinda creative jugak laa.. dulu! kata arkitek-tak-jadi kan.. ;p

WHAT DO U DESPISE THE MOST

I just hate it when i hate it.

6 PEOPLE U WANNA TAG. If u all da buat, then ignore jelah..

1. tny

2. flush

3. anul

4. ad3ck

5. aleeya

6. anne

Oklah tu. Selamat berhujung minggu sumer :)

Hello, once again~

Bismillahirrahmanirrahim.. Helooo from Anne di tahun 2025!!! Subhanallah... dah bulan 9 ye. 3 bulan saja lagi sebelum kita nak menjengah ke ...