Showing posts with label ............... Show all posts
Showing posts with label ............... Show all posts

Friday, October 09, 2009

.............

1.

kau tau aku mahukan apa sekarang?

aku mahukan kehidupan + di"acknowledge" sebagai manusia.

aku mahukan mak + abah tak malu aku jadi anak mereka.

aku mahukan keluarga sebab keluarga lah aku mahu hidup. dan ada komitment untuk hidup.

aku mahukan anak. walaupun bukan anak sendiri. kerana anak-anak buat aku mahu hidup dan melihat keajaiban Tuhan.

aku mahukan disayangi oleh orang yang aku sayang kerana perasaan itu tidak boleh di jual beli. sangat mahal dan berharga.

aku mahukan kehidupan, kesusahan, kesenangan dan segala apa yang aku ada dikongsi bersama orang yang aku sayang dan aku berharap dia akan lakukan yang sama juga.

aku mahukan didengari kerana aku mahu dihargai sebagai wanita dan pasti aku akan menghargainya kembali dengan cara aku sendiri. pasti!

dan aku juga cuba memahami mengapa aku perlu tulis begini sedangkan itu adalah asas kehidupan yang mudah. budak-budak pun tau.. tapi kenapa bila semakin dewasa ianya menjadi semakin sukar difahami?

..

.

.

.

2.

sampai sini saja..

aku pilih berhenti. walaupun hati tak mahu. tapi aku terlalu kasihan melihat hati sendiri yang sudah compang-camping. miskin. kehidupan apa entah yang telah aku lalui. sampai kini tak ada tujuan. tanpa destinasi. untuk apa diteruskan?

aku tidak mahu menjadi barang. disimpan, disorok. tidak diketahui. akhirnya luput dan dilupai orang.

aku takut.

...

....

kerana aku sudah penat. juga kerana aku semakin takut menjadi luput dan dilupai.. jadi aku pilih berhenti. sekarang.

Thursday, May 14, 2009

Dokter cakap..

sekarang ni kat ofis tengah ada health and safety campaign. pagi tadi pergi buat fitness test. bila sebut fitness mesti dalam fikiran kita ni.. kena pakai baju sukan rite?! tapi bila tanye dengan seketeri semalam, dia kata pakai baju keje macam biasa. ha, hasilnya... 'poor & need to improve' ditulis dalam borang hasil ujian tu. cis~ walaupun dorang gelak-gelakkan aku sebab aku keep komplen yg result tu kerana baju tak sesuai.. tapi tak kira.. memang salah baju tu jugak.. walaupun diri sendiri yang tak fit. hehe.

aku suspect baju aka uniform pink aku ni macam da shrink sikit so bila lurus tangan ke depan macam hantu cina tu kan..terasa ketat sangat dan hujung tangan jadi pendek. err.. tak payah lurus pun, angkat sikit pun da terasa. cis~

ooo selain fitness test, ada medical test jugak. aku buat bone scan dgn blood test. aku tak terfikir pun nak buat blood test tapi bila di ofer secara PERCUMA, why not?

disebabkan aku ni ada sejarah silam dgn blood test.. makanya tadi beria-ia aku melayan orang berborak semata-mata nak mengalih perhatian. dan yes!! memang tak sedar langsung.. tau-tau je orang yang ambik darah tu kata, "ok.. sudah" cakap smpai dua kali pulak tu. hehe. nampak sangat leka berborak.

then pegi buat bone scan. sister tu kata, 'no need to do this. it is only for women age 40 and above..' but again.. free maaa.. why so lokek! tak kira, aku beratur gak. ada dua tiga orang manager yg bising-bising. katanya, "korang muda.. belum kawin. tak beranak lagi. tak payah laa..". helloo.. prevention is better than cure ok. lgpun aku rasa diri aku tak sesihat dulu. esp lepas sakit tulang belakang. diri kita, we know ourselves better kan. mebi sebab korang da tua.. sbb tu rasa kitorang muda tapi kitorang pun rasa kitorang da tua sebab ada lagi orang yg lagi muda.. ha~ berbelit lidah ;p

ok sambung cerita. masa nak sampai turn tu, nurse tu senyum sambil sebut nama aku kuat-kuat. "ulfaaa.." kawan aku gelak kuat-kuat jugak. "nampak sangat selalu pergi klinik sampai nurse in-house pun tak lupa nama kau". cis~

"ur still young, should b ok la no problem..", nurse tu cakap. beberapa saat lepas dapat result, berubah muka dia. "bagi form.." entah apa dia tulis ntah then bg kat sister. "owh~ masuk jumpa doctor ye.."

aduh~ cuak ni. masa tolak pintu klinik, semua mata memandang serentak. ofismate aku duduk kerusi hujunggg sekali bersuara, "macamana2?" aiseh.. malu la nak cakap.

pelan-pelan bagitau, "kena jumpa doctor. osteopenia -1.4". "eh, sama dengan makcik la..", tiba-tiba makcik kat sebelah aku menambah. semua orang pandang aku dengan pandangan yang, 'biar benar kau ni'. aku pun dah malu tahap tak tau nak kata. tapi selamba aku cover, "err.. saya memang ada sakit tulang pun..". semua orang macam, 'ooo..' dan sambung borak sama diorang. huhu. i am 28 and makcik tu 52 okeh.. dan result tulang aku sama dengan dia!! omg..

ni baru first time aku tau yang osteopenia ni refers to bone mineral density lower than normal but not low enuf to classify as osteoporosis. so lepas sesi borak-borak dgn doctor, he suggested to drink anelene yg michelle yeoh minom tu.. [cis.. nenek michelle tu lagi kuat tulang dia drpd aku..] dan pegi farmasi beli calcium caltrate +D 600mg. huh~ dah dua doctor suruh aku cari benda yang sama ni. yelaa..yelaa.. nanti saya cari hu~

so i'm still waiting for my blood test result. for diabetes esp.. owh~ as i'm nearly 30's and my mom has it so my chances to have it is very very high. dah lah pemakanan tak jaga. main belasah aje. risau.. risau.. batinku nangis risau.. hoho~

.

.

.

tak sabar nak jumaat. tak sabar nk cuti.. semuanya tak sabar la. hehe~

Friday, May 08, 2009

Itu Yang Terbaik Untukmu

ketika aku bersemangat hendak pulang.. hasrat ku dimatikan dengan suatu 'perkhabaran'. disaat aku 'membaca perkhabaran' itu, berkumandang pula lagu 'izinkan ku pergi' by kaer. demm!!! muzik latar tu betul-betul menghancur-remukkan hatiku.

tiba-tiba saja jadi lemah. kalau kau tolak aku ketika ini.. aku pasti tak mampu bangun semula.

sukar utk dijelaskan dgn kata-kata apa yg aku rasai ketika ini. sesukar utk aku beritahu apa yg telah berlaku.

aku tak tahu mengapa ada rasa yang pelik ini.. aku sepatutnya rasa gembira. tapi sebaliknya aku menangis. mengapa??

yg pasti, inilah akhirnya... satu pencarian yg telah ketemui jawapannya.

.

.

terima kasih kerana mengingatkan aku yg aku masih punya satu hati yg harus dijaga.. disayangi.. dan yg penting sekali, dia menyayangi aku setulus hati.

.

.

dgn ini.. aku izinkan kau pergi.

Monday, May 04, 2009

Sebenarnya...

... aku rasa tak besh. badan di sini. fikiran entah di mana. melayang-layang rasanya. nasib baik juga tak ada banyak benda urgent harini. bole relax-relax sambil menaip di sini. hehe.

teringat cerita pagi td. masa aku tgh siok tido, mak masuk bilik. dia buka lampu. "tak keje ke?", dia tanye. aku buka mata sebelah, tgk baru jam 6. tak cakap apa, terus pejam balik. aku da set alarm 6.15. rugi wooo 15mins tu.. hahahahaha~

so ms otw gi ofis tadi, terpikir-pikir juga kenapa mak tanye. tp sekarang aku rs aku da tau kenapa.. kalau aku kata, 'tak keje' tadi.. konfem dia ajak aku balik kg time tu jugek!! hehe.

sebenarnya... hari ni genap hari ke 7 pak lang aku kembali kerahmatullah. al-fatihah utk arwah. dia meninggal di hospital kota tinggi. so 2 hari aku EL minggu lepas, ke sana la. arwah asalnya bukan tinggal kat kota tinggi. tapi kat kg asal, sabak bernam. semenjak arwah sakit teruk beberapa bulan lepas, mak andak ambil dia tinggal sama-sama di kota tinggi. at least ada org tengok kan.

kebetulan pulak minggu lepas baru ni, majlis bertunang abg. mak andak, mak ngah dgn 2 anak dia pun datang jugak. dan baru semalam pagi-pagi gerak balik kg. arwah pak lang sebenarnya tak berkahwin. jadi dia sorang-sorang la yg menjaga rumah pusaka kat kg nun. aku masih ingat waktu kecik dulu, bila balik kg.. kami pergi rumah sedara hujung kg dulu. jadi bila melintas depan rumah mesti kepala masing-masing terteleng-teleng menengok kalau-kalau ada basikal pak lang kat bawah rumah. kalau ada, ertinya, adalah dia kat rumah. kalau tak ada, kami pusing pekan dulu, cari dia dan beritahu kami da balik. :) hm.. kenangan...

so kalau tak silap, mungkin tahlil malam ni di sana la kot. dats y makcik-makcik aku gerak awal. rombongan mengemas rumah kenalah pegi awal sikit kan :)

dari semalam lagi aku da tau mak memang nak pegi. yela.. abg dia kan. unfortunately kete makcik aku tu tak mampu nak muatkan beliau di dalam itu. hehe. memasing debak~ hoho. dan dia pun masih letih dengan kepah kenduri semalamnya. so memang tak ikut la sudahnya semalam tu. tapi dia ada gak hint kat aku. masalahnye cuti aku da tahap kritikal. so cepat-cepat aku tukar topik lain. hehe. erm.. tak sampai hati la nak kata tidak.. ;( haish.. bila la aku nak dapat cuti penuh ni..

.

.

sudah 2 hari tak kedengaran lagu 'Pianka'. selain rasa sepi yg memenuhi ruang, aku tak tahu nak describe apa lg yg aku rasa.

aku ini cuma mentimun. bergolek luka, digelek pun luka.

Wednesday, April 22, 2009

short break~

aku sakit kepala hari ni. nak buat keje pun takde mood. godek punya godek terjumpa gambar lama. 2003 kalau tak silap. atau mungkin 2004. entah tak pasti.

kiri sekali dalam gambar ; diana-anak sorang, eda-da kawin, ms X-unknown, mona-anak sorang, leen-majlis kawin bulan depan. motif apdet status??? hoho~

aku masih ingat tema hari itu, black n white. wajib!

niat mahu memadam detik hitam dalam hati dan ingatan. sekaligus membuka lembaran baru. yg putih bersih.

seolah hidup baru bermula.

aku tak berapa ingat sangat perkara-perkara yg berlaku sebelum sesi 'pembersihan' ni. mungkin sbb da lama sangat. atau perkara tu tak penting. atau memang aku dah buang terus dari ingatan. mungkin.

Wednesday, April 01, 2009

Still Standing & Finish Strong

less than 12 hours before event. tiring-face. stayback @ hotel till late nite.

.

.

salam.

i was away for quite some time. last week stucked wif internal events. sgt banyak dan berderet-deret. these past few days dgn external event lagi. so ehem.. mish me hu? huhu~

as u may not know,.. yela i did not tell anyone pun.. ;p yesterday was the ceo & brand awards event for the co at the hotel. as usual la.. my name is a MUST. dah nama pun group public affairs & events so it's gonna b totally akward la if datang lenggang kangkung as invitees kan..

speaking on the event, well it was ok but i don't feel like sharing the stori mori now. dis is the first event yg sampai nak diadakan post mortem. sounds fishy huh. i know..

wateva it is.. i did my very best. wpun i have not been brief on my job.. no big deal. kenalah professional. so again.. i did my very best. period.

few events coming up. at my place. no hotel-hotel. as far as i concern la. so i am gonna b bz like bees. but i it won't b long. mana bole tinggal lama-lama blog ni. mau depress nanti.. huhu~

okla, group from police selangor contingent are coming in. cont later ya. ciao~

Tuesday, March 10, 2009

My Cuti-cuti ~ Kesahnya...

will apdet later :)

***da apdet.

alhamdulillah akhirnya dapat jugak aku bercuti-cuti kali ni. destinasinya bandung!

atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, malam sebelum bertolak baru dapat tukar duit. plus minus lebih kurang rm3.20 bagi setiap 10ribu rp. tiba-tiba jadi millionaire la pulak ye ;D dan sebelum tu aku dah siapkan pocket guide macam yang sis rasp buat tu. tq sis.. memang sgt berguna. kami panggil buku ajaib! hehe.

flight kami pagi. seawal jam 3.45am dah bangun. tgk kak masy enak tido lagi. eh, bukan kata nk bangun 3.30 ke? karang outstation ke mana, dia kemana.. huhu. lebih kurang 4.35am aku dah ada dalam kereta. rasa berdebar-debar jugaklah. sebab sunyi kan. lagipun tak pernah keluar rumah seawal ni sorang-sorang. huhu.

ikut plan asal, kena menjemput orang jam 5.30am. dek kerana rasa macam dah lambat, makanya jadi pelumba jalanan lah aku. tapi sekejap je. sebab lepas tu aku perasan meter temperature cam dah tengah-tengah! ha.. gile overheat pulak karang. deber gwe di subuh hari. huhu. terus insaf. bawak slow je.. 90km/h. hehehe. lgpun orang tu bitau, jam 6am pun ok. so ilek-ilek ar... tak lari kapal tebang dikejar. huhu.

otw fm seremban ke serdang pun ada cerita yg mendebarkan jugek. masa elok-elok membelok turun dari fly over, mata ni tertangkap la sorang lelaki ni. tertangkap bukan sebab mata ni menggatal tau.. tapi sebab pelik. hari dah la masih gelap, tiba-tiba pulak ada org berjalan kaki kat highway, ko tak pelik ke?

yg lagi pelik bila orang tu tak semena-mena dengan sepenuh tenaganya menghayun seketul batu besar dan baling sekuat hati kat kete depan aku. degegang bunyinya! kuat. kalu kete tu takde depan aku... konfem kete aku la yg kena. huhu. aku suspect orang tu tak betul. random attack. lepas tu aku nampak kete yang kena baling batu tu berenti. tp sampai situ jelah aku tgk. sebab jantung aku rasa macam dah terkeluar. terkejut beb! terus sakit perut memulas. pening cam nk muntah bagai. debar punya pasal. hahahahahah..

sampai ke sudah rasa berdebar-debar je. nasib baik bila da sampai airport rasa semangat sikit. huhu. flight pun full. first time naik 737. rasa dan nampak kecik sikit banding airbus. ah tak kisah la janji sampai kan :)

dalam booking confirmation tu bitau depart 0955 arrive 1100. so dalam hati masing-masing kata, 'oh.. sekejap je. sejam.' tapi bila jam da kul 11 lebih, tak sampai-sampai.. masing-masing da pelik. rupanya, arrival time tu ikut waktu indonesia. sana sejam lambat dari sini. hehe.

kat bandara atau airport sana.. kastam depa ketat sikit. siap bukak bagasi bagai. lepas tu kena tunggu panggil satu-satu. orang tu la yang kesian, abis beg baru dia calar balar kena seret. huhu. spoil betul.

tu satu!.. ada lagi.. sampai hotel, dorang kata aku booking satu mlm je. aduh~ pulak tu the next day nyer fully booked! ah~ tak kira. aku dah bitau awal-awal aku nak dua malam. jangan nak ngade-ngade. carik jugek sampai dapat. tapi aku ckp leklok la. takdenye nak marah-marah. huhu. pastu datang la bos dia ni. speaking indonesia la.. tp harem aku tak paham. so aku pun speaking london la, dgn harapan dia pun speaking london so aku leh paham maksud dia tu... tp dia tetap nk speaking negeri dia. da mcm itik ngan ayam da jadinya. hehe. ah lantak la. tak pedulik. janji dapat tempat tido. huhu.

senang cerita, cuti-cuti ni tak smooth sgt la. baru nak hepi sikit, mesti ada benda yg potong mood. serius. tapi tatau la orang lain. aku je kot yg rasa camtu. but i dont blame anybody even myself pun.. i just had a bad day. lgpun first timer kan. acceptable la.

so day 1 cuma pergi 3 tempat. pasar baru. masuk kedai pertama terus kena tipu! hahahaha. kat pasar tu aku cuma dapat 3 pasang kain. sebab takde orang layan.. cantik ke idak, sesuai ke idak. kalau ada yg melayan, maunya 5,6 pasang. hehehe!

then terus ke favourite place, rumah mode. kagum giler!! deco nya cantik-cantik. lepas tu baju pun elok kualitinya. memang rambang mata! tapi silap sikit masa ni tak beli banyak. masih belum pandai nak kira duit. nampak semua benda mahal-mahal belaka. atenye ribu-riban. huhu. apapun, tempat tu mmg klass. wajib pegi! o, dan satu petua.. kalau berkenan tu rembat je terus. jangan tunggu-tunggu. nanti melepas. macam aku. hehe.

so kitorang shopping kat sini sampai dah nak tutup. takde gambar nak share sebab kamera terperap kat dalam beg aje. sibuk shopping. lagipun hujan.

dah letih shopping, dinner kat sini. sari sunda.

ha da relax sikit.. bole snap-snap. ah golap pun golap lah! janji bergambar hehe..

nasi timbel dia ceeedaaapppp cangattt! ada nasi yg dibungkus dgn daun pisang. ayam kampung yg yummy.. huhu. then ada begedil dgn tempe. pastu air avokado. ha amik ko, rasa shampo. kehkehkeh..

tempat pun menariks la ;) cam cozy skit.

balik hotel, keluarkan baju-baju semua. sambil menyesal, terkilan semua ada la. hahahaha. pastu tido dgn sangat lena. letih. lgpun esok kena bangun awal-awal!

nnti sambung. pic tak dapat lg.

Friday, February 20, 2009

w0h0h0~

pagi tadi kan aku letak status 'vodo vetul' kat ym. petang2 ni orang tanye apa pasai.. bole pulak aku da tak ingat. huhu.

.

.

kita kan selalu kalau dgn kwn2 kadang2 share makanan.. minuman.. tapi dgn yg rapat, yg dah biasa jelah kan. macam aku ni agak selektif. bukan kedekut cuma mungkin sebab background famili aku tak macamtu. semua sendiri-sendiri. jadi tak biasa sangat la.

kalau share makanan pun skrg ni.. mcm dgn kak masy ke. memang ada la. itupun bukanlah makan lebihan suapan masing-masing. pelik ar tu kan. karang kata skandal pulak. ai tak releee uuu.. hahahahahaha~

tapi kan ada sorang umat manusia ni, dia memang sukeeeeeeeee makan lebihan makanan aku [mungkin orang lain punye pun tatau ler..] contoh haritu la.. aku makan satu biskut tu. dah gigit & telan separuh tetiba rasa tak sedap pulak. ingat nk buang la baki tu tapi orang tu mintak pulekkk.. aku macam pelik la. "err.. tapi aku da gigit??!!" dia jawab, "tak pe ar.. pesal ko tak gosok gigi ke?!!" dengar jawapan poyo dia tu aku bagi jelah. dengan sekali ngap je dia telan biskut tu. hu. dah tu aku pun baru perasan kalau aku tak abis makan, memang konfem beliau jelerrrr yg tukang perabihkan. takde muka lain. hu.

ada hari lain pulak, dia datang makan kuih kat tempat aku lepas tu selamba habiskan air suam aku yg tinggal separuh gelas tu. aku ni jenis yg mesti ada air suam segelas kat sebelah pc. minum sikit-sikit. bole pulak dia habiskan sampai licin kering kontang air dlm gelas. baki setitik pun takde. muka dia selamba jee.. takde pulak cam geli ke apa ke.

pelik betul la. err.. tatau la kalau orang lain rasa biasa. kalau aku, memang luar biasa tuuu. lain la aku dgn wan ke takpe la kan. kitorang kan gitu-gituan.. haruslah mengamalkan konsep sharing is caring.. ek ek ek.

tapi berdasarkan perhatian aku, kesimpulan yang boleh disimpulkan agar tak bersimpul-simpul macam ayat ni ;p, huhu. ni kes anak manja laa.. mungkin pada dia aku ni macam keibu-ibuan kot. muahahahahhaha~ lantak ko la. jangan malam2 ko mimpi aku sudah. kuang kuang kuang..

Thursday, February 12, 2009

i lurve my gurlfrens~

semalam kak masy, kak minnie & i went to secret recipe. dalam hati tu dah terdetik, mesti nak belanja ni. ahaks~ so makan kenyang-kenyang dulu kat ofis. hehe. bukan apa... segan la orang belanja-belanja ni. siap hadiah bagai. erm segan.. tapi tak tolak. segan-segan-suka la orang kata. hahaha!

ni dari kakak baby *sebab bg hadiah br kita panggil kakak baby okeh ;p*

ni dari kakak ila minnie. huhu. besaq! lg besaq dari orangnye. eceh~ =)..

a cute t-shirt fm kak masy [nasib baik size betul.. hehe] and a mr don't-have-name-yet from kak ila. ha ni gambar penuh! memang penuh skrin. hehe. to both of u.. thank u soooooooooooooo much.

hopefully orang tak salah tafsir pasal my bfday entri aritu. kot nampak macam desperate nak hadiah sangat. because i am not. it was something else. owh, lets change the subject. it's killing me.. seriously

kepada yg bertanya soalan tentang bfday present, fyi ini yg PERTAMA [dan mungkin terakhir] utk tahun ni la. ada la jugak ye tak.. at least tak la rasa macam sebatang kara kat dunia ni!!!

apa-apa pun.. i really appreciate it. esp for the tea break cum dinner tu. wpun share-share.. takpe, sharing is caring ait!

.

.

**dear blog, i'm in pain.. help!

Friday, January 09, 2009

...............

salam. i was on mc. tuesday & thursday. wednesday & today, aku gagahkan diri untuk datang ke ofis. ada bnyk event bulan ni. dan bnyk plan yg belum setel.

kadang-kadang rasa mcm nk demam. tapi tak jugak demam! antibodi aku kuat kot. yg tak kuat cuma tulang aku. aku sakit. lower back bone. mencucuk-cucuk. duduk sakit, berdiri pun sakit. kadang kebas sampai peha belah kanan. doc kata most probably slip disc.

aku tak ingat aku ada angkat benda berat. kecuali tolak troli yg konfem berat tu sekali. beli stok ofis. can drinks & mineral water. wat do u xpect, mmg berat. tapi ms tu tak terus sakit. tuesday morning br aku xperienced sakit mencucuk tu. pain killer 50mg tak rs apa. up 90mg pun mcmtu jugak. cuma ubat relief muscle tu membantu sikit. tapi telan 2 biji terus tido. mengantuk ubat tu.

so doc da buat surat. gred aku hanya melayakkan aku utk jumpa pakar ortopedic kerajaan. pathetic. bkn tak suka, cuma terlalu ramai. entah bila nk sampai giliran aku. tak pe la, next week mungkin aku pergi. doakan semuanya ok. tak perlu buat mri semua tu. aku dah ditakut-takutkan oleh ofismet aku. katanya, kalau tulang aku 'bermasalah'... so aku tak bole mengandung & beranak!

;(.. owh aku takmo sedih-sedih. doc kata blood pressure aku da border. hurm~~

Wednesday, December 31, 2008

last chapter

31 dec 2008. time flies by and finally it comes to the end. pretty fast huh. and tomorrow will be a new chapter of life. my life. just like previous years.. no celebration. no hang out for countdown.. no stranded in traffic jam at 3 in the morning.. it's totally a copy-paste story. every year samaaa je. u shall say i'm a conservative or katak bawah tempurung ke.. technically i am not. hahaha! but emotionally.. well ya =p.

if u've got plan for countdown tonite, do take care ok. i'm pretty sure i'll be nicely in bed before countdown =) and wake up the next morning dgn bersemangat =D ehem, hopefully ada sebab yg bagus utk rasa bersemangat tu :P

wpun tak ada new resolution but i have decided on something. for my own sake. mungkin i'll be more secretive to 'secretive person' too. it's a win-win situation la kan! ;) what u gv u get back.. hahahahahahhahaahaha *gelak jahat* ok..ok, jgn ada resolusi tak baik ye.

what else ye.. ermm.. oh! i always wanted to loose more weight. ye... ye.. i kno i already kurus enuf. and i'm happy i can wear size 26! but still i need to workout and get shape.. not a ply-wood. kehkehkeh! again, it's a gurlz thingy. hence it's for career-wise. to be more self-assured. bla bla bla.. so, first thing first. should start wif gym next week. here i come... :)

b sila jgn kutuk okeh.. i'll make sure akan berjaya dis time. chaiyo'! =D

let's say gudbye to 2008, and welcome 2009!

*****

2 Jan. the day i met u. cicakman. remember??

Wednesday, December 24, 2008

aku letih hari ni..

haaa... buat apa tu???

tadi telefon mak. 3x. sekali, mintak dia bgtau abg psl motor. dua kali, return panggilan dia. mak kata abg da slow talk dgn cina tu. kali ketiga, aku saja nk bersembang sebab masa panggilan kedua tu aku terpaksa letak tiba-tiba sebab ada org mintak aku dailkan nombor supplier. tp panggilan kali last tu mak macam tak layan aku je... huhu.

biasala tu.. aku rasa mesti sebab mak ingat aku marahkan dia. tu pasal dia marahkan aku blk. kehkeh. aku tak marah pun. cuma mungkin diluar kawalan, suara aku kedengaran macam nak marah. sori la mak.. weekend kita pegi makan kfc ok! =p

.....

esok cuti. ada banyak agenda. tp tak pasti yg mana satu nak buat dulu. yg pasti aku malas nk balik rumah. hu.. but i mish my yaya. hurm~

.....

jumaat aku tak cuti. tp boz semua cuti. ya-beda-beduuu~~~ =p

Tuesday, November 25, 2008

yea.. i'm thinking of my blog. huhu~~

fuh~ baru dapat mengadap blog. hehe. td masing-masing dok tegur muka aku yg dah macam udang bakar masa aku sampai ofis. bukan apa.. lebih 2 jam duduk menunggu. aircond kuat pulak tu. menggigil-gigil kesejukan.. grrgrr.. bila kuar kat parking, matahari tgh elok terpacak. abis pori-pori kulit terbuka sampai memerah kulit. tu yg macam kena bakar tu. nasib tak rentung. hehe.

o, btw tadi aku kuar nak uruskan something yg super penting! hehe.. lepas abis meeting jam 10am td, aku terus pegi sini..

jabatan imigresen.. finally!! haa.. atenye nk jalan-jalan naik belon. br hegeh-hegeh setelkan hal paspot ni. huhu. tak sabar la nk gi jenjalan. dis time for real okeh. ehem, org tu kalau bnyk hal.. itu ini tak bole, tinggallah awk ye.. kehkehkeh~ balas balik ni. mentang-mentang paspot da ok! =p

so ingat nanti nak jengok adik kat singapore tu jugak. jumpa sepupu-sepupu.. sedara-mara.. kawan-kawan.. wah! tengok.. panjang list ni! kekekeke. abis la..konfem panjang langkah aku ni nanti.. =D

aku tatau apa masalah gambar paspot yg aku guna tu. pelik kot. sebab 2 kaunter yg aku pegi, dua-dua dok cerita psl gambar tu. kaunter yg first tu komplen gambar aku tu senyum terpaksa. hehe. 2nd kaunter pulak tanye bila aku amik gambar tu. aku cakap jela semalam padahal da sebulan lbh but still baru la kan.. hurm. aku andaikan dorang tu practise customer service je la kan..

.

.

malam tadi aku betul-betul susah hati. lebih-lebih lagi bila dia buat keputusan tanpa berbincang. aku tau dia nak mudahkan aku.. tp berbincanglah dulu.. abg aku ni satu perangai dia *yg aku tau menurun daripada sape.. haha!* mmg selalu buat suprise yg in the end yg resultnya akan suprisekan dia blk! haish.. mls aku nk fikir.. pusinggg kapala la!

luckily i've someone who always know how to make me smile again =) thankss..

Monday, November 17, 2008

repekan pepetang ni

note fm secret admire yg hampir dimakan anai-anai.. hahahaha~

ni zaman dolu2.. la ni tadok da kot peminat.. ke ada? =p

dak yg bg ni, dia best trainee masa kat machang dulu. masa tu aku jadi trainer nak naik pangkat. dlm ramai2 tu.. alkisahnya aku sorang je trainer yg berpangkat rendah dapat peluang bg command. so dorg assume aku bekas 'best trainee' laa.. padahal tak pun. huahuahua~ thanks to abg farizal sbb bg aku peluang tu. kalau tak, sampai la ni aku tatau aku berkemampuan utk bg command kat beratus2 orang. toce~ toce~

back to d stori mori, aku time stadi dulu gemok.. betul gemok. chubby. pastu itam sbb asik berjemur kat padang kawad. so agak teruja + tak sangka = konfius bila ada secret admire. alaaa..tak ramai pun.. yg aku tau dua org je pun. memang aku tak fofular langsung. hehe. zaman stadi aku agak malap.

tak silap dulu, secret admire yg firsssttt sekali masa sem kedua. memang tak tersangka. kalu jln bergandingan.. terus rasa macam fiona dlm citer shrek! ~hehe. i look like a giant sb dia terlalu kecik & comel. hehe. but he's nice person.. too nice kot. tak sure la da kawin ke belum. tp rasanya da la kot. sebelum ni rumah dia dgn rumah sewa aku dekat aje tp dah Tuhan kata memang xde jodoh.. terserempak pun tak pernah. biarin aja.. sbb kalau jumpa pun tak pasti aku akan tegur pun. ah, aku dah lupakan semua. life goes on.. kena moving forward *mcm iklan toyota pulak* hehe.

tp kan, dalam tak fofular tu sebenarnya aku agak fofular dikalangan pompuan! adik, kakak angkat toksah cakap ar.. lebih sedozen rasanya. tu pun nyaris kak masy nak amik aku jadi adik angkat dia.. hahahhaa! =p dlm kelas pulak, wpun aku pendiam tapi dari first sem dok kena pilih jadi class rep tp sbb aku aku low self esteem, aku tolak. project masa sem 4 pun dorang pilih aku but again.. u know me. makin lama aku makin kurang exposure. menyesal pun ada. tp takpe la. benda da lepas. usah dikenang. huhu~

ah, menyimpang lagi.. hehe. org yg aku admire ada jugak! sorang.. tp dia da ada gf so aku low profile jela. plus..penyakit low self esteem aku tu kan.. so nothing happened between us wpun org sekeliling da cuba adjust. kehkehkeh. mebi sbb aku cuma minat gitu2 aje kot. mebi laa..

o, org yg admire aku tanpa rahsia ada sorang! dia kwn wan. sbb dia juga aku jumpa wan. wpun ms mula2 jumpa wan dulu takde sparks! eh, kuar cerita wan pulak. hehe. off record! =p anyway, aku dgn org tu remain as a fren je.. tu pun kalau dia masih anggap aku kawan. since dia nmpk mcm marah je aku dgn wan. mcm2.

teringat sorang pelakon ni, alvin wong, bila ditanya lelaki mcmana jadi pilihan pompuan. dia kata, "lelaki tu mesti sgt2 hensem atau sangat2 kelakar!!" aku gelak sampai sakit perut. ironi. sebab benda ni pernah dibincangkan. mmg ada betulnya.. here n there wpun tak semua.. tu pendapat subjektif.

kalau aku.. pun harap lelaki dalam hidup aku dapat buat aku ketawa selalu.. tp bukan 24-7 la. penat la pulak.. huhu~

aku tak pasti motif cerita ni. aku hanya nk bercerita..

.

.

o, lupa nk bitau.. trainee yg bg note, 'i'm the best' tu pompuan.. =p kan aku da kata aku selalu diminati oleh org pompuan! dulu2 tak rasa apa.. tp zman skrg ni kalau ramai sgt peminat pompuan, lain mcm pulak rasanya.. kecut perut beb! kehkehkeh...

okla. nk blk da. penat merapu. adios~

Thursday, November 06, 2008

great day!!

pagi tadi aku bangun dgn satu perasaan aneh. aku rs kosong. aku sedar lately aku tak rs hepi. so hari ini aku nekad utk 'mencari' hepi =)

jom berhepi2!

Monday, November 03, 2008

how's weekend?? mine ok. in fact cuti ni asik mkn je kejenye. huhu. last time berat aku turun mendadak kan.. skrg ni rasanya da naik blk. mmg mcm yoyo la.

sabtu aritu went to ida's house. mama masak nasi ayam! mcm tau2 je pg tu aku ngidam nk mkn ciken rice shop.. huhu. borak2 smbil mkn. family ida da mcm family aku. sekali abah tanye, "bila lg nad?" usual me, gelak jelah. "jgn lama sgt.. kami ni org tua.. tatau bila umoq kami. kalau dia taknak, cari org lain.." ha hambek! abah kasi sedas. mkn ati punya statement =p hehe. nasib la tu abah org lain, kalau la abah aku yg ckp mcmtu, mesti aku da serba salah da. aku ni kan sgt mendengar ckp abah. hehe.

then gi tesco jap teman ida. after that we met our frens, baby. this time gi makan lg. abis licin aku bedal kuetiow kantonis tu. siap sengetkn pinggan bg licin kuah. hehe~ so kitorg bnyk bincang psl career wise je. takde gusip2. 3 of us are now in pr line so interesting la nk sembang2.

back to ida's house, dia nak tunjukkan brg2 hantaran dia. kenduri kawin dia dis coming dec. so aku merangkap tukang design hantaran dia kenalah tgk apa yg bole dibuat.. ekceli aku bukan la terer sgt menggubah.. ni sume sbb janji2 zaman sekolah dulu punya hal lah. dulu mmg makanan aku ni.. tp skrg, skil aku da karat beb!! hahaha~ skrg ni tgh perah pale otak nk wat design apa dgn kain dan sejadah tu ha. any idea? sumbang sket pls.. hehe.

.

.

mlm td jam 2 br lelap. tdo bila da keletihan sgt. melayan hati fragile. harini pasti letih. wen things 're not went well, i blame myself.

Tuesday, September 16, 2008

haluuuu~

lamanya tak apdet.. =p

aku tak kemana-mana. kebizian sedikit. tapi harini sangat laaapaaaaaaang tau =D

lately ni kan aku perasan la aku banyak tukar itu ini. tapi bf tak tukar tau =p. aku tukar benda2 yg termampu jelah...

macam baru2 ni aku tukar pendrive baru. 4G! bapak besar kan :D sebelum ni aku ada satu tapi kalau org tanye, aku kata takde je. sebabnya selain daripada full.. benda tu 256MB je. macam zaman jepon tau. hehe. serupa tadek. hehe.

cute tak??

erm~ lain2 yg aku tukar.. jap pk jap.. hurm~ owh, batteri kereta. wuarghh~~~ finally but i was so lucky dapat beli almost half price daripada harga kat kedai2 s.alam ni. alhamdulillah.. abah tolong topup 1/5 daripada cost. the rest, sayeeee bayarrr =D. hehe okla tu kan.. :)

tadi pulak aku baru je pegi pennzoil carnival. aku cuma beli minyak hitam berharga rm36 dan dapat bnyk free gift termasuk kfc voucher! huhu. next week hantar kedai jelah suruh tukar minyak hitam. settle!

apa lg eh aku tukar.. hurm~

ha yang ni.. kalau korang perasan la kan.. setelah sekian lama akhirnya aku tukar juga gambar kat profile aku neh. hehe. ubuh gambo lama yg berjaya digodam. hehe. mekasih qas.. :) rindu nk rambut panjang blk. haish...

.

.

mood : majuk neh~

Wednesday, September 10, 2008

Tagged again!

i've been tagged. tny, ni i jawab ok :)

What were you doing 5 years ago?

just finished studies.. my first job was a teacher in primary school =) & heartbroken ;(.. lost weight, almost 10kg! kesimpulannya 2003 bkn tahun yg gemilang for me. hu.

What were the 5 things on your to do list today?

#1) prepare my LPO.. cheque must b ready on 22nd so nk kena faster! faster!

#2) same as tny, working and staring at the monitor screen, reading blogs =) Yeahuu..

#3) call someone.. er, expecting call actually hehe

#4) get something to eat. i'm starving now. huhu.

#5) iron bj malam nanti sebelum tido supaya tak lambat macam pagi td. hehe.

What are 5 snacks that you enjoy?

#1) chocolate bar!! yummy.........

#2) chocolate cookies! nyum2...

#3) sundae chocolate..

#4) cocoa crunch..

#5) keropok ikan pedas manis terengganu maiii... adeh.. terliuq!

What are 5 jobs you've had?

#1) Started as cikgi.. =)

#2) Then Celcom regional office, KJ.

#3) Forex trainer.. so sape2 rasa nk melabur, i can gv few tips =) interesting but tooooo risky.

#4) Dapat ofer fm dis Oleochemicals company near to hometown. so back to normal office work ;)

#5) After 3 years, amik keputusan to quit fm dat boring routine. gi jalan-jalan M'sia for about a month then baru hegeh2 cari keje and now i am working in public affairs for UMW corporation. dah setahun 2 bulan :)

5 People i want to tag?

#1) anne

#2) miszue

#3)sastri

#4) kak alin :)

#5) nikli

these 5 people yg i tagged kan, i really want to know their stories. aku suka nak dgr cerita orang.. pengalaman orang.. seronok tau! so buat jgn tak buat. gud luck to all :D

Monday, September 08, 2008

ma fav man in uniform [wpun dalam prison. saje dengki hahaha!]. without uniform pun suka jugak. ha ha.. don't get me wrong, without means here pakaian lain laa. huhu.

aku kan suka tgk org pakai uniform. especially uniform navy yang putih tu.. antara impian zaman kanak-kanak aku, nak pakai uniform tu. tapi tinggal impian je kot. walaupun haritu aku cam tergerak-gerak sket nak mintak keje dengan tentera laut. tapi takmo la jadi selfish. apa yg ada harini pun da menggembirakan. hurm~~ ayat pujuk ati tu. hehe.

back to the stori- mori pasal navy tu.. so pagi td aku mengantuk sgt sebenarnya masa bangun sahur. tetiba mata terus jadi bulat bila tertengok manusia beruniform dalam rancangan macam-macam aznil. siap sempat gelak-gelak tengok dorang joget-joget. nampak macam minat je.. =p

alaa.. suka tengok je. bukan bole buat apa pun kan.. kan.. kan.. =D lagipun student upnm. budak-budak belaka.. [kepada yg berkenaan, sila jgn jeles ok. =p itulah.. i nak tgk u dgn uniform, u tak kasi.. haaa... ] huhu.

ha, cerita lain pulak.

aku rasa ramadhan tahun ni antara yang paling jimat sejak aku dah bekerja. so far, baru sekali je aku beli juadah berbuka kat bazaar ramadhan. selebihnya.. mak masak kat rumah, berbuka di rumah anak yatim atau makan free. hurm, sedikit sebanyak dapat cover kat petrol yg tak-berapa nak murah tu.. huhu.

harini aku balik berbuka kat rumah lagi. hurm.. da genap seminggu nampaknye. cadangan mak supaya aku duduk kat rumah semula pun kedengaran macam bernas je akhir-akhir ni. tengokla nanti mcamana. hmm..

okeh ni cerita lain.

korang mesti tension kan kalau nak cari barang tapi tak jumpa. padahal kadang-kadang depan mata je.. terselit je. macam-macam la kalau nak dijadikan pasal. huhu. macam aku tadi la.. my manager bitau esok konfem org audit akan mai menge'cek'. so ada satu dua benda yg dari haritu aku tak jumpa. cari punya cari tapi tak jumpa. ni dah nak hangin ni dah.. tetiba aku terkuis rak kecik atas meja. habis jatuh berterabur semua dokumen. aduh.. cobaan betul. dok la mengutip satu.. satu.., sekali terjumpa la dokumen yg dicari-cari tu.. alhamdulillah!!!!.. hehe.

.

.

last friday masa gi yayasan al-jenderami tu konon-knon nak amik la barang 2, 3 gambar. sekali picit-picit kamera, takleh.. lor, bateri abih dah. huhu. so dengan ini, takdelah gambar. hehe.

Thursday, August 14, 2008

1.

haritu bila ai stori psl mimpi tu.. ewah ewah.. banyak yg suka nk twist stori ha. *cubitttt dia* aper, ingat mimpi mcmtu kena kawen jela ek?! =p kita takleh mcmtu.. must think out of the box! =D

ada org kata.. kalau mimpi mcmtu, maknanya org tu akan dapat sesuatu yg baik! hmm.. dulu pernah sekali mimpi yg sama. tak ingat la dapat apa2 ke tak. lupa daaa.. takpe la, anggap segalanya baik jelah kan :)

dan alhamdulillah, aku memang dapat sesuatu yg baik ler sesangatnye!!.. durian runtuh. mungkin kebetulan. ni bukan psl interview tu.. ni lain. tak leh cerita dulu selagi takde black & white =)

sebelum puasa ni, aku nak gi holiday!! since encik khairol azwan tak bg aii gi kk so now kena buat alternative plan gi tempat lain.. yang penting, aku tgh belek kalender ni... sambil browse internet nak tgk tmpt2 best untuk bercuti!!.................

2.

ada org komen dlm frenster.

"Hurmm i think u have no problem find a man hehehe since u r so pretty.."

yelaaa tu. to find a man yeah.. no big deal but to find the real man.. tu yg payah.

stori psl ni kan.. teringat aritu aku teman mak gi kedai emas. she bought one nice bracelet which cost my 2 months salary. dalam hati aku, membazir.. membazir.. tapi lantak ler, duit dia. suddenly aku teringat aku ada satu cincin emas. aku ingat nak jual cincin tu. boleh tolak sikit harga gelang mak. maklumlaa nak belikan mak segedabak gelang tu memang la tak mampu, at least ader share 10% pun jadilaaa.. hehe. lepas tolak tambah bahagi, nearly 200 ringgit jugak laa harga cincin tu. pastu my mum bole pulak pay me half. laa.. org nak belanja dia. ah, xpela.. ok la tu.. rezeki jgn di tolak. huhu.

kenapa aku nak jual cincin tu, well... cincin tu bukan aku beli but someone gv me. satu2nya lelaki dlm hidup aku yg pernah berkata nk kawin dgn aku.. dan terus bagi cincin. haha!! dia bukan lelaki pilihan aku. we're just frens. aku da bagi blk cincin tu tapi dia kata dia tamau. nak tak nak aku simpan jelah. pakai? pernah la sekali dua.. tapi rimas la. mcm sesuatu. hahahhhaha!!

so jahat tak aku gi jual tu? =p

3.

semalam ofismet buat keje giler. dia kata nak kenalkan aku dgn seseorang. selamba je kata, "kalo ko nk cepat sket kawen,...!"

sampai situ je tiba2 je aku teringat seseorg pernah ckp ayat yg mcmtu kat aku. ooooo, xbf aku. ms tu aku keje part time dgn ex bos aku. celcom br buat vss. bos aku tu, he's young. ms tu br masuk 30s. bergaya la. and u know what my bf tu kata, "kalau u rasa u nak cepat kawen, ha pegilah keje dgn dia tu". ye.. dan aku tak keje pun dgn org tu lagi. malah gaji pun aku tak ambik. puas hati kau?!

dejavu.

4.

aku mesti rs cam nak sakit jantung kejap bila org asik laa dok bagi keratan iklan.. sent emel iklan psl job kat AA. huh~

aku takmo la memalukan diri aku gi mintak keje kat situ.. aku sedar diri la weii.. huhuks~ unless kalo korg yg dok bagi tu dr HR tmpat tu sendrii ke.. bos ke... and u really want me to be part of ur team.. ha, tu lain laa.

Hello, once again~

Bismillahirrahmanirrahim.. Helooo from Anne di tahun 2025!!! Subhanallah... dah bulan 9 ye. 3 bulan saja lagi sebelum kita nak menjengah ke ...