will apdet later :)
***da apdet.
alhamdulillah akhirnya dapat jugak aku bercuti-cuti kali ni. destinasinya bandung!
atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, malam sebelum bertolak baru dapat tukar duit. plus minus lebih kurang rm3.20 bagi setiap 10ribu rp. tiba-tiba jadi millionaire la pulak ye ;D dan sebelum tu aku dah siapkan pocket guide macam yang sis rasp buat tu. tq sis.. memang sgt berguna. kami panggil buku ajaib! hehe.
flight kami pagi. seawal jam 3.45am dah bangun. tgk kak masy enak tido lagi. eh, bukan kata nk bangun 3.30 ke? karang outstation ke mana, dia kemana.. huhu. lebih kurang 4.35am aku dah ada dalam kereta. rasa berdebar-debar jugaklah. sebab sunyi kan. lagipun tak pernah keluar rumah seawal ni sorang-sorang. huhu.
ikut plan asal, kena menjemput orang jam 5.30am. dek kerana rasa macam dah lambat, makanya jadi pelumba jalanan lah aku. tapi sekejap je. sebab lepas tu aku perasan meter temperature cam dah tengah-tengah! ha.. gile overheat pulak karang. deber gwe di subuh hari. huhu. terus insaf. bawak slow je.. 90km/h. hehehe. lgpun orang tu bitau, jam 6am pun ok. so ilek-ilek ar... tak lari kapal tebang dikejar. huhu.
otw fm seremban ke serdang pun ada cerita yg mendebarkan jugek. masa elok-elok membelok turun dari fly over, mata ni tertangkap la sorang lelaki ni. tertangkap bukan sebab mata ni menggatal tau.. tapi sebab pelik. hari dah la masih gelap, tiba-tiba pulak ada org berjalan kaki kat highway, ko tak pelik ke?
yg lagi pelik bila orang tu tak semena-mena dengan sepenuh tenaganya menghayun seketul batu besar dan baling sekuat hati kat kete depan aku. degegang bunyinya! kuat. kalu kete tu takde depan aku... konfem kete aku la yg kena. huhu. aku suspect orang tu tak betul. random attack. lepas tu aku nampak kete yang kena baling batu tu berenti. tp sampai situ jelah aku tgk. sebab jantung aku rasa macam dah terkeluar. terkejut beb! terus sakit perut memulas. pening cam nk muntah bagai. debar punya pasal. hahahahahah..
sampai ke sudah rasa berdebar-debar je. nasib baik bila da sampai airport rasa semangat sikit. huhu. flight pun full. first time naik 737. rasa dan nampak kecik sikit banding airbus. ah tak kisah la janji sampai kan :)
dalam booking confirmation tu bitau depart 0955 arrive 1100. so dalam hati masing-masing kata, 'oh.. sekejap je. sejam.' tapi bila jam da kul 11 lebih, tak sampai-sampai.. masing-masing da pelik. rupanya, arrival time tu ikut waktu indonesia. sana sejam lambat dari sini. hehe.
kat bandara atau airport sana.. kastam depa ketat sikit. siap bukak bagasi bagai. lepas tu kena tunggu panggil satu-satu. orang tu la yang kesian, abis beg baru dia calar balar kena seret. huhu. spoil betul.
tu satu!.. ada lagi.. sampai hotel, dorang kata aku booking satu mlm je. aduh~ pulak tu the next day nyer fully booked! ah~ tak kira. aku dah bitau awal-awal aku nak dua malam. jangan nak ngade-ngade. carik jugek sampai dapat. tapi aku ckp leklok la. takdenye nak marah-marah. huhu. pastu datang la bos dia ni. speaking indonesia la.. tp harem aku tak paham. so aku pun speaking london la, dgn harapan dia pun speaking london so aku leh paham maksud dia tu... tp dia tetap nk speaking negeri dia. da mcm itik ngan ayam da jadinya. hehe. ah lantak la. tak pedulik. janji dapat tempat tido. huhu.
senang cerita, cuti-cuti ni tak smooth sgt la. baru nak hepi sikit, mesti ada benda yg potong mood. serius. tapi tatau la orang lain. aku je kot yg rasa camtu. but i dont blame anybody even myself pun.. i just had a bad day. lgpun first timer kan. acceptable la.
so day 1 cuma pergi 3 tempat. pasar baru. masuk kedai pertama terus kena tipu! hahahaha. kat pasar tu aku cuma dapat 3 pasang kain. sebab takde orang layan.. cantik ke idak, sesuai ke idak. kalau ada yg melayan, maunya 5,6 pasang. hehehe!
then terus ke favourite place, rumah mode. kagum giler!! deco nya cantik-cantik. lepas tu baju pun elok kualitinya. memang rambang mata! tapi silap sikit masa ni tak beli banyak. masih belum pandai nak kira duit. nampak semua benda mahal-mahal belaka. atenye ribu-riban. huhu. apapun, tempat tu mmg klass. wajib pegi! o, dan satu petua.. kalau berkenan tu rembat je terus. jangan tunggu-tunggu. nanti melepas. macam aku. hehe.
so kitorang shopping kat sini sampai dah nak tutup. takde gambar nak share sebab kamera terperap kat dalam beg aje. sibuk shopping. lagipun hujan.
dah letih shopping, dinner kat sini. sari sunda.
ha da relax sikit.. bole snap-snap. ah golap pun golap lah! janji bergambar hehe..
nasi timbel dia ceeedaaapppp cangattt! ada nasi yg dibungkus dgn daun pisang. ayam kampung yg yummy.. huhu. then ada begedil dgn tempe. pastu air avokado. ha amik ko, rasa shampo. kehkehkeh..
tempat pun menariks la ;) cam cozy skit.
balik hotel, keluarkan baju-baju semua. sambil menyesal, terkilan semua ada la. hahahaha. pastu tido dgn sangat lena. letih. lgpun esok kena bangun awal-awal!
nnti sambung. pic tak dapat lg.
20 comments:
wah wah wah. bestnyer.. mesti byk shopping ni..
dyla,
hahahahhaa~ kalu kira pengeluaran duit tu mcm bnyk! hehe
aku dah agak dah mesti ko gi indonesia.
zet,
mana lg yg dokek..huhu.
aduh...ngapa ramai betul org pi bandung skrg yer.. baru2 ni 2 org kawan saya ke bandung, pastu kakak ipar saya pun ke bandung gak..
ratna,
tmpt tu mmg tgh hot skrg!
so amacam? tak sabar nak dengar stori morri the morning glory...byk hasil rembatan ;D
sis,
hahahhahahahaha!!
sabar ya. bawa bertenang ;)
wuaaa....
naper gambar ni jer..
nurmala,
sila bertenang..;p
jap2 gi sy tepek la yg lain2
hehe.
tak sabar nak tgk gambo percutian
ni mesti sopping giler2 ni...
ena,
tak banyak.. jgn hi expectation. sibok bershoping saja. tak sempat nk snap2.
sis nonie,
tak berapa nk giler.. hehe. masih waras lg.
huu..jeles..aku harapkn company trip je jln2..uhuhuhu
anul,
ok aper. co trip takyah bayo. dpt gi obesi lg. aku yg patut jeles. hu
bandung memang heaven nak beli-belah... selain tu, tempatnya sejuk... dulu sas p, tak sempat nak jalan-jalan sangat sebab itinerary packed... kalau ada rezeki nanti, nak p lagi tapi nak p jalan-jalan tengok tempatnya laa... :p
u..
i jeles.. camne u leh g holiday x ajak I neh... hahahaha =P~
sambung part 2 cepatttttt!!
sas,
mmg heaven :) jom pegi lg jom heheheh.
iyra,
hahahahhahaha~
da sambung da! cepat bc cepatt!! ;p
hi,can we exchange our banner,if u done have banner i still can post yur link,please let me know after it done.thnak
Post a Comment