Showing posts with label Special. Show all posts
Showing posts with label Special. Show all posts

Tuesday, August 28, 2007

Sayonara fren~

Encik 13 May, this is my 201 entri okeh. Puas ati?!.. Lepas ni for sure dia nak tanye mana entri 202 pulak. Hu~ Sebenarnya tak plan langsung nak buat entri ke 201 harini. Tapi sesuatu telah berlaku dan aku memilih untuk menceritakan di sini.

Selang sejam tadi, seorang kawan meminta sesuatu. Contoh surat berhenti kerja. Nekad. Katanya dia dapat kerja di Batu Pahat. Dekat dengan keluarga. Dekat dengan bf. Gaji nampaknya menjadi perkara terkemudian walaupun dia ada ijazah. Aku terkesima sebentar. Dan sekarang aku betul-betul rasa kehilangan. Aku hampir nak menangis menaip perkataan ini. Jarang sungguh aku berkeadaan begini. Especially kepada seseorang yang baru aku kenali.

Bagi aku, walaupun ramai teman tapi tak semua boleh memahami, merasai yang sama. Dia memahami kerana kami sama-sama 'mangsa'. Dia dan aku, sama-sama tempat meluah rasa apa saja.. amarah, gembira, geram.. Nampaknya tinggal aku sorang sajalah tumpuan pemangsa selepas ini. Hmm.. dengan siapalah aku nak mengadu.. ;(

Aku juga hilang teman bergosip mungkin.. haha! Tapi yang terpaling penting.. dia antara kawan yang berdiri di situ menghulur tangan tatkala aku memerlukan.

Nampaknya aku kehilangan kawan seorang demi seorang. Seorang menarik diri baru-baru ini. Kawan yang aku kenali lebih 13tahun dulu.. Aku tidak pasti kenapa dia mengundurkan diri.. tapi aku percaya kerana ego. Saat aku sedang bahagia, takdirnya dia dilanda musibah. Ditinggal kekasih tanpa sebab. Dia tak dapat terima kenyataan itu. Dia memilih untuk membawa diri.. Dan sejak itu jugalah kami tidak berjumpa lagi. Ah, dia terlalu keras! Dia meninggalkan 'dunia' untuk mencari ketenangan melalui kerja.

Aku rasa kehilangan..

Untuk Norul,

Terima kasih sebab tumpangkan saya hari-hari ke ofis masa kereta rosak dulu. Dan juga kerana sudi hantar saya ke stesen bas entah berapa kali saya pun tak ingat. Terima kasih sebab selalu bagi saya habiskan makan cocoa crunch awak tu. Terima kasih sebab selalu bagi telinga awak untuk mendengar luahan hati saya especially pasal kerja. Terima kasih untuk masa-masa gembira. Terima kasih atas segalanya. Saya harap awak perolehi apa yang awak inginkan. Sayonara~

Wednesday, July 11, 2007

Entri Khas

Sangat tidak sabar untuk post entri ni. Sungguh teruja.. Huhu!

Today's entry specially dedicate to my friend, Zeaty yang melangsungkan perkahwinannya pada 1 Julai lalu. Tahniah Zeaty..... :) Maaf aku tak sempat datang..

She's the one la yang introduce me to the world of blogging. Dulu dia aktif blog but since bercinta-cintun.. terus senyap. Dia kata, malu si dia baca.. Aduh..

She's my school mate masa sekolah rendah dulu. Tak rapat sangat, biasa-biasa. Bila dah masuk sekolah menengah, masing-masing entah ke mana. Kemudian belajar di universiti yang sama tapi tak pernah jumpa! Lepas masing-masing mula bekerja barulah berjumpa. Itupun bila ada kenduri kawin. Dia ni selalu jadi peneman kawan-kawan yang nak kawin pergi hantar kad jemputan. Memandangkan ramai kawan-kawan kawin tak henti-henti, siap ambik nombor lagi tu.. hehe so kitorang keep in touch jelah.

Teringat semasa dia jadi pengapit kawin Della, 2 tahun lepas. Sibuk dia mengadu tak de bf. Risau tak kawin. Tak lama lepas tu, tengok-tengok.. hmm, jodoh tak ke mana Zeaty. Depan mata hang rupanya jodoh hang.. Siap potong aku kat corner lagi tu.. Haha!

Apa-apa pun.. aku doakan semoga bahagia hingga ke akhir hayat. Semoga dapat anak-anak yang comel. Jangan lupa aku ya!

Zet, aku takkan lupa siapa 'aku' harini adalah disebabkan hang. Kalau hang tak suruh aku tengok blog hang.. for sure sampai la ni aku tatau pebenda tu blog.. mesti aku takde kawan-kawan macam hari ni.. dan mesti aku tak terbuka hati nak ada blog sendiri tempat meluah rasa.

Hu~ aku emo neh... Huhuk!

* ** * * photo fm adhadi fotopages :) tenkiu

Hello, once again~

Bismillahirrahmanirrahim.. Helooo from Anne di tahun 2025!!! Subhanallah... dah bulan 9 ye. 3 bulan saja lagi sebelum kita nak menjengah ke ...