Showing posts with label stori. Show all posts
Showing posts with label stori. Show all posts

Wednesday, April 23, 2008

Cuti~cuti Cameron Part 2

Tapau Makan Malam - Tanah Rata

Malam tu kitorang kuar kononnye nak ke pasar malam. Tapi crowded sgt. Tambah lagi ujan tak berhenti2. Sebelum tu dahlah tersangkut dekat 5 mins lbh gak lah sebab JKR tengah bersihkan tanah runtuh tak jauh dari apartment. Tak jauh lepas tu.. ada accident pulak. Ish.. kalut sungguh la depa. Macam2 hal.

At last nd suggested gi Tanah Rata. Area situ banyak jugak gerai2 makanan melayu. Sate.. Yong to fu. Entah apa sebabnya malam tu, mungkin jugak sebab sejuk.. aku order nasi goreng cendawan, kerang rebus & yong to fu!! Haa.. melantak tak hengat.. ;p Tapi tak abis.. hehe.

Suhu malam tu toksah kata laa.. memang paras beku la [yo yo oo je ;p].. tapi aku berjaya mandi jugak. Woohoo~ Tak sanggup aku tak mandi weii.. Yang bestnye, lepas mandi terus tak rasa sejuk beku lagi dah. Rasa sejuk biasa je. Alaa2 picisan laa.. Hehe. Sambil tengok konsert af, sambil makan. Pastu main UNO pulak. Yang paling best main buaya-biawak! Saya menang buayaaa!! ;D Tapi nd, permainan 'bantal' tu sangat kelakar ok.. Next time kalau ada team building harus diadakan permainan tu.

Hampir jam 1 kot baru la masuk tido. Kena recharge tenaga untuk esok. Aku tido sorang kat tilam bawah. Ayu & Mas share katil. Dorang ajak jugak share sama tapi takpelah.. Takut masing2 tak selesa. Lagipun bilik tu besar. Tak lama letak kepala, aku dah tertido..

Pasar Tani/Pagi - Brinchang

Pagi esoknya bersiap2 ke Brinchang. Breakfast dulu. Kemudian baru ke Pasar Tani/Pagi. Cuaca baik. Tak hujan. Dan tak beku sangat. Aku cuma pakai t-shirt je [tapi 2 lapis.. hehe].

Aku tak beli banyak pun kat pasar tu. Cuma lama kat satu gerai ni. Memang kaya la auntie n. Kitorang je dah beli berbekas2 kat dia. Tapi sebelum beli tu mestilah...

... kena rasa dulu! Ahaks.. Gerai auntie ni rasanya d only gerai yang bagi kitorang rasa strawberi. Tempat lain.. jangan harap. Eksen tau!

Bila da puas melantak sorang sebijik.. dok pandang2 jeling2 lagi strawberi tu. Sambil cuba mengayat lagi auntie tu..

Kitorang : auntie manis ke yang ni.. nanti tak manis macamana mau pulang balik??...

auntie : semua manis2. oklah.. oklah.. u tak percaya, kasi try satu biji sama u aa.. aiyaa u manyak pandai aa..

Yeaayyyyy!!... Dapat lagi satu freeeee..! ;D

Auntie : Manyak untung la u.. *bla.. bla.. bla..*

Hahaha!!! Haritu bukan takat dapat makan 2 biji free tapi 4 okeh!! ;D

Tapi ok la tuu.. Marketing strategi kena ada. Takde sample mana orang mau beli kan?

Kea Farm

Acara shopping sayuran pulak. Aku tak beli banyak sangat. Aku pun bukan makan sayur. Beli beberapa jenis untuk mak. Antaranya asparagus.. brocolli.. kailan.. <--- semuanya aku tak makan ;p

Butterfly Farm

Next destination, kat sini! Aku ingat lagi dulu aku pernah gi sini sekali. Time tu adik bongsu aku kecik lagi.. boleh dipangku2. Sekarang nak pangku? Patah 18 tulang aku karang!!! Dah beso gajah. 3x beso daripada aku.. huh~

Dulu mungkin lagi cantik. La ni dah takde pe sangat. Tapi bunga2 tetap cantik!

Background : Equatorial Hotel.

Then terus balik apartment, kemas2 barang. Sambil tu sempat aku ngan Ezwan melantak sebungkus strawberi cicah choc! Fuh~~ layannn..

Last pose kat apartment sebelum balik.

Otw balik, singgah beli teh Cameron Valley (Bharat). Posing lagi.. Bila mau balik dahh.. asik pose sana sini. Huhu~ ;p

Balik ikut jalan Tapah. So agak berbelit sket. Pilot nyaris nak muntah. Nasib baik co pilot maintainnn.. Ahaks ;p. Singgah makan kat RnR skejap. Sepanjang jalan balik hujan lebat gilerrrr.

Aku selamat sampai Shah Alam lebih kurang jam 5 petang. Transfer barang ke kereta aku, pas barang seket untuk kak masy & housemate then shoot balik TPG.

The next day, aku MC ;p

Hahaha! The end~

O! Btw, untuk pengetahuan korang.. trip ni hanya melibatkan klik2 muda-mudi [;p]kat ofis. Kiranya semua staf UMW jelah. Asalnya dari nd dengan persetujuan semua orang la. Mula2 ada lebih kurang 12 to 15 pax tapi kerana ada masalah yang tak dapat dielakkan.. tinggallah 6 je.

So Dosh, sebab tu wan tak ikut sekali [walaupun memang da ajak dia pun..] At the same time, dia pun kena balik Seremban. Masa aku bitau aku nak pergi tu kan... wan kata, ok. Kira bagi pergi la kan. Tapi bila d time aku bitau aku gi kan.. malam sebelum nak pergi tu.. *jap, gelak dulu.. ;p* dia cam tak bagi pulak! Nampak sangat reaksi terkejut bila aku bitau aku gi. Ekspresi muka dia antara bagi tapi macam tak bagi. Ish.. tak faham la. Nampak sangat mulut kata ok tapi hati kata tak ok.. kan.. kan.. kan.. Hu~ ayat manis la tuu.. ;p Hahahaha!! Tapi sebab aku da kata ya plus sebab dorang sanggup tunggu aku confirmed walaupun disaat2 akhir.. so aku proceed je.

Untuk 2 entri tentang Cameron ni, kredit to nd sebab 90% pics yang aku tepek kat sini ni.. dia yang amik. Nak tengok yang lain, sila la jengah ke blog beliau.. irwandy.com. Thanks nd! ;)

So begitulah ceritanya.. The end [ni baru betul abis ;p]

Monday, April 21, 2008

Cuti~cuti Cameron Part 1

Oklah.. mood aku agak stabil gak la harini. Maka seperti yang diberitahu minggu lepas, ni nak apdet stori cuti-cuti cameron. Ok, lets jom!

Cameron Highland.. dah tak terkira berapa kali aku ke sana. Banyak. 4,5 kali je dengan family. Selebihnya, wakil U laa.. wakil co laa.. macam2. Dis time aku pergi dengan ofis colleagues. Tu pun aku last minutes confirmed. Dalam ramai-ramai tu tak sangka la pulak half of them tak pernah sampai ke sana. First time lah ni.. ;D

Pagi2 around 7am ezwan fetch kat rumah. Walaupun salah jalan eh.. haha! Akhirnya sampai juga ke rumah guwe. Meeting point kat Shell, ada 1 lagi kereta tunggu kat situ. Gerak sama2 & bfast dekat RnR. Traffic pagi tu ok, cuaca pun ok. Sampai pun just nice je. Hampir tengahari.

Lepas letak barang kat apartment.. Ha nilah pemandangan dari apartment kitorang. Desa Anthurium [err nd betul ke eja ni??] So, mula gerak ke destinasi pertama.

Teh Boh Centre.

Tengok jelah aksi budak2 yang baru sampai ke ladang teh ni ha.. Kesian.. tau la Kl tadek eh.. ;p

Get ready guys... 1.. 2..

3!! Yeahuuuuuu....

;p

Actually ni second time aku sampai ke ladang boh ni. Tapi masa tu masih under construction. Hanya ada kilang boh. Tak smpai 2 tahun, dah cantik dah.. Macam2 ada..

Ni suasana kat cafe boh. Cakap je nak teh apa, songket pun adaa.. Tu, ezwan tengah dok baek punya tuang teh songket dia tu. Hehe..

Cuba teka tangan sape yg domok tuu... hahahahaha!! ;p

Jom pekena teh!! Buat iklan teh kejap... Hehe..

Sempat pusing2 kilang teh.

Kebetulan haritu hujan. Tapi hujan main2. Kejap hujan, kejap panas. Kalau tak.. mesti lagi sejuk. Tengok jelah aksi2 kitorang sementara nak tunggu hujan reda.

Tiba2 je serius.

Aksi frens.

Aku paling takut kat sini. Dibuatnya 'krak' kayu tu.. Niaya je! Bawah tu curam tau. Huhu~

Gunung Brinchang.

Lepas tu gerak ke gunung brinchang. Aku tak penah sampai situ lagi. Agak teruja la jugak. Haha.. Jalan ke puncak bagi aku agak mencabar gak laa..Walaupun aku bukan driver ;p tapi aku tetap rasa mencabar giler! Jalan sempit, betul2 di lereng bukit. Tiap kali lalu di kawasan yang curam dan lurahnya jauh ke bawah.. aku tarik nafas panjang2. Kecut perut weii. Ye.. ye.. aku memang penakut. Fine.

Tapi bila da sampai puncak lagi mengecutkan perut dan jugak segala isi perut aku. Sebab....... kena panjat pondok peninjau kalau nak nampak sekitar kawasan cameron. Kalau tak, tak nampak apa. Kawasan sekeliling penuh kabus dan pokok2. Bila awan lalu kan, dapat rasa macam ada rembesan air. Macam belon sabun yang tiba2 meletup. Pop! Pastu rasa sejuk. Hmmm.. indahnye ;)

Ok, back to the stori. Nak tak nak.. aku gagahkan diri panjat jugak. Rugilah da sampai tapi tak dapat tgk kan..

Tapi ketaq dan cuak tu... memang tak bole nak sorok laaa... Hahahaha! Senyum pun nampak tak ikhlas je kan.. ;D

Walaupun takut2.. tambah dengan sejuknya.. tapi pemandangan belakang memang best sangattttt! Awan putih macam kapas. Langit biru cantik. Bukit sekeliling hijau tenang. Jauh nun nampak Equatorial hotel cinonittt je..

Lama2 dah tak takut. Sebaliknya jadi lebih teruja berposing2.. Huhu~..

Ladang Teh.

Dah puas posing2 di puncak.. masa untuk turun dan berposing dekat ladang teh pulak. Kali ni dengan lebih dekat. Dekat macamana?

Dekat macamni! Cak!!

Haha~ Nampak cantik je pic ni semua. Tenkiu nd!!! Tapi orang tatau kat bawah tu.. tanah lembut.. abis tumit kasut terlekat bagai.. Kesian ezwan abis kotor keter dia bertanah. Hahahahahaha..

Nd gilo nk makan daun teh ;p

Aksi bergelimpangan.. Haha! Pastu masing2 gatal satu badan.. Muahahahahaha... padan muko ;p

All of us! Nd, ezwan, me, ayu, mas & abg azahar.

Dekat jam 4 lebih rasanya baru kitorang turun ke pekan Brinchang, makan tengahari [petang dah tu.. ;p].. Lapar + penat tak hengat dunia.. Sampai apartment, masing2 terus zzzz... walaupun dalam kesejukan. Nd je yang tak tidur. Asyik mendodoikan katak. Patutlah lebat giler hujan petang tu. Sampai terpaksa kensel plan ke pasar malam. Hehe..

to be cont..

Hello, once again~

Bismillahirrahmanirrahim.. Helooo from Anne di tahun 2025!!! Subhanallah... dah bulan 9 ye. 3 bulan saja lagi sebelum kita nak menjengah ke ...