Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Wednesday, October 17, 2007

Raya aku.. Raya korang?

Setiap kali raya pasti ada coretan sejarahnya tersendiri. Antaranya.. pertama kali drive balik kampung.. selalunya jadi penumpang je. Pertama kali beraya cukup sekeluarga selepas 3 tahun berturut-turut abang tak cuti raya.. Mm.. macam-macam la lagi.

Cuti raya tahun ni pun cukup syarat je. Sempatlah beraya ke rumah saudara raya pertama dan balik kampung mak raya ke dua. Beraya tetap beraya tapi hati tu tak terasa nak beraya sangat. Hard to explain y but i have my own issues. Ada tak ada.. adalah satu perkara yang seronok raya ni. Cuba teka?!! Dapat duit raya daaa... :D Sila jelesss..

Inilah famili aku. Exclusive ok :) Raya tahun ni tak sedondon. Colourful! Adik aku yang berbaju merah tu beli baju last minute. Puas aku kejut pagi sebelum raya suruh beli baju raya. Abang aku lagi la ngelat.. abah bagi duit 'ber-rat-rat'.. dia beli baju mydin je. Hampeh.. tapi material cantik la. Yang paling bergaya, adik bongsu aku ni lah.. baju melayu brand 'orlando' yang harganya boleh dapat 3 pasang baju kurung aku. Dah tu pakainya sekejap je.. setengah hari dah tukar. Hmm...

Raya pertama as usual sepupu terdekat datang beraya. Riuh rendah sekejap. Memang family dorang ni riuh sket tak macam family kitorang.. senyap jek. Lagipun barulah cukup korum.. ada geng pompuan!

Raya kedua balik Sabak Bernam. Adik yang sorang tu tak nak ikut, dia nak beraya rumah mak angkat dia so selamat aku.. naik 1 kereta je.. takyah drive. Huhu~ Penat woo drive balik sana.. balik hari pulak tu.

Tambahan abah jenis yang suka singgah makan sana-sini. Tengahari tu kami berhenti makan tengahari di Bukit Melawati. Pekena mee hailam.. syok wooo~ Abang aku neh suka bebenor buat muka serius cam cikgu disiplin.. ;p

Rumah kampung. Ucu dengan anak-anaknya berlawan bakar mercun roket dengan jiran nun seberang kampung. Maklumlah.. duduk bandar.. mana nak dihalakan mercun tu.. depan rumah, tepi rumah, belakang rumah.

Otw balik singgah minum kat Kuala Selangor. Kedai mamak. Aku ni bukan type yang cerewet. Contohlah kan.. aku ni walaupun tak suka sayur tapi selalunya aku oder macam biasa pastu pandai-pandailah asingkan sayur. Tak pernah la pulak aku suruh si penghantar air tunggu aku merasa dulu air tu cukup manis ke, cukup gula ke.. Selalunya orang letak, aku minum je. Mengarah orang.. aku rasa itu bukan kepandaian aku la. Tapi kalau tiba-tiba je aku jadi cerewet, haaa... luar biasa la tu.

Malam tu aku mintak air teh o suam je. Tunggu punya la lama, dia siap tanya 2 kali air yang aku nak minum. Bila sampai, bukan suam tapi panas menggelegak.. dah tu tawar hambaq. Aku sabar lagi. Dok kacau-kacau bagi lekas sejuk. Tapi sebab gelas kaca, kacau punya kacau still tak sejuk. Sampai lah abah dah abis makan, da bangun masuk kereta.. air aku baru luak tak sampai suku! Panas lagi. Melecur mulut. Mak suruh aku bawak gelas gi kitchen suruh orang tu bungkus. Aku diam je. Dah start hangin la tu. Emak bingkas bangun bawak gelas aku tu. Mak suruh orang tu tambah gula pastu buh dalam plastik. Boleh tak si tukang buat air tu pandang je.. Aku rasa dia tak paham apa yang mak aku cakap. Last2, emak yang bubuh sendiri gula, sendiri bungkus! Aku.. jangan cakap la.. rasa nak telan je orang tu. Tapi tau tak sedap.. tak kuasa aku.

Sampai rumah, continue tido.. Letih beb. Esok paginya tak kemana-mana. Lepak rumah je. Badan pun lenguh-lenguh macam orang tua. LOL.

Semalam pun tak kemana. Cadang nak keluar beraya tapi tak cukup korum. Tahun ni paling terasa. 2 orang kawan karib dah kawin. Tentu susah nak ikut rombongan beraya lagi dah.. Tinggallah aku dan 2,3 orang lagi. Tapi masing-masing dah kerja. Akhirnya tak kemana lah aku semalam.. Pakai baju raya cantik-cantik *cantik ke....* pastu gi kedai makan. Tu je ;p

Boring kan raya aku?!!

Thursday, October 11, 2007

Salam Lebaran

Salam.

Dah nak raya rupanyaaa... ish.. ish.. tak sangka sekejapan je rasanya. Belum puas nak bermanja-manja dengan Ramadhan. Bermanja-manja la sangat.. hu~

Harini last day kerja before cuti raya *yang tak lama*. Rabu dah mula kerja balik. Event banyak gilerrr lepas raya ni. Matilah aku... Tapi walaubagaimanapun aku rasa ok lah jugak since aku dah dapat balik tempat aku semula dan yang penting internet connection aku semulaaaa... muahahahahaha.

Saja nak tunjuk korang inilah 'gua' tempat sementara aku haritu. Dek kerana dihantar ke sinilah aku tak dapat nak bermesra-mesra dengan korang semua ;) Takpa.. takpa.. janji aku da dapat balik tempat lama. Fuhh! Legaaa..

Oklah.. aku ambik kesempatan ni *amboii suke jer amik kesempatan ;P* untuk ucapkan kepada korang semua selamat menyambut aidilfitri. maaf atas keterlanjuran bicara dan juga perbuatan. Sesungguhnya yang baik itu dari Nya, yang buruk itu datangnya dari saya *eceh.. saya pulek* sendiri. Sambutlah raya dengan kegembiraan.. bukan tangisan jadi, berhati-hati di jalan raya.

Oh ya.. siapa yang berhajat datang beraya ke rumah.. dipersilakan.. calling2 okek :D

Hello, once again~

Bismillahirrahmanirrahim.. Helooo from Anne di tahun 2025!!! Subhanallah... dah bulan 9 ye. 3 bulan saja lagi sebelum kita nak menjengah ke ...