Setiap kali raya pasti ada coretan sejarahnya tersendiri. Antaranya.. pertama kali drive balik kampung.. selalunya jadi penumpang je. Pertama kali beraya cukup sekeluarga selepas 3 tahun berturut-turut abang tak cuti raya.. Mm.. macam-macam la lagi.
Cuti raya tahun ni pun cukup syarat je. Sempatlah beraya ke rumah saudara raya pertama dan balik kampung mak raya ke dua. Beraya tetap beraya tapi hati tu tak terasa nak beraya sangat. Hard to explain y but i have my own issues. Ada tak ada.. adalah satu perkara yang seronok raya ni. Cuba teka?!! Dapat duit raya daaa... :D Sila jelesss..
Inilah famili aku. Exclusive ok :) Raya tahun ni tak sedondon. Colourful! Adik aku yang berbaju merah tu beli baju last minute. Puas aku kejut pagi sebelum raya suruh beli baju raya. Abang aku lagi la ngelat.. abah bagi duit 'ber-rat-rat'.. dia beli baju mydin je. Hampeh.. tapi material cantik la. Yang paling bergaya, adik bongsu aku ni lah.. baju melayu brand 'orlando' yang harganya boleh dapat 3 pasang baju kurung aku. Dah tu pakainya sekejap je.. setengah hari dah tukar. Hmm...
Raya pertama as usual sepupu terdekat datang beraya. Riuh rendah sekejap. Memang family dorang ni riuh sket tak macam family kitorang.. senyap jek. Lagipun barulah cukup korum.. ada geng pompuan!
Raya kedua balik Sabak Bernam. Adik yang sorang tu tak nak ikut, dia nak beraya rumah mak angkat dia so selamat aku.. naik 1 kereta je.. takyah drive. Huhu~ Penat woo drive balik sana.. balik hari pulak tu.
Tambahan abah jenis yang suka singgah makan sana-sini. Tengahari tu kami berhenti makan tengahari di Bukit Melawati. Pekena mee hailam.. syok wooo~ Abang aku neh suka bebenor buat muka serius cam cikgu disiplin.. ;p
Rumah kampung. Ucu dengan anak-anaknya berlawan bakar mercun roket dengan jiran nun seberang kampung. Maklumlah.. duduk bandar.. mana nak dihalakan mercun tu.. depan rumah, tepi rumah, belakang rumah.
Otw balik singgah minum kat Kuala Selangor. Kedai mamak. Aku ni bukan type yang cerewet. Contohlah kan.. aku ni walaupun tak suka sayur tapi selalunya aku oder macam biasa pastu pandai-pandailah asingkan sayur. Tak pernah la pulak aku suruh si penghantar air tunggu aku merasa dulu air tu cukup manis ke, cukup gula ke.. Selalunya orang letak, aku minum je. Mengarah orang.. aku rasa itu bukan kepandaian aku la. Tapi kalau tiba-tiba je aku jadi cerewet, haaa... luar biasa la tu.
Malam tu aku mintak air teh o suam je. Tunggu punya la lama, dia siap tanya 2 kali air yang aku nak minum. Bila sampai, bukan suam tapi panas menggelegak.. dah tu tawar hambaq. Aku sabar lagi. Dok kacau-kacau bagi lekas sejuk. Tapi sebab gelas kaca, kacau punya kacau still tak sejuk. Sampai lah abah dah abis makan, da bangun masuk kereta.. air aku baru luak tak sampai suku! Panas lagi. Melecur mulut. Mak suruh aku bawak gelas gi kitchen suruh orang tu bungkus. Aku diam je. Dah start hangin la tu. Emak bingkas bangun bawak gelas aku tu. Mak suruh orang tu tambah gula pastu buh dalam plastik. Boleh tak si tukang buat air tu pandang je.. Aku rasa dia tak paham apa yang mak aku cakap. Last2, emak yang bubuh sendiri gula, sendiri bungkus! Aku.. jangan cakap la.. rasa nak telan je orang tu. Tapi tau tak sedap.. tak kuasa aku.
Sampai rumah, continue tido.. Letih beb. Esok paginya tak kemana-mana. Lepak rumah je. Badan pun lenguh-lenguh macam orang tua. LOL.
Semalam pun tak kemana. Cadang nak keluar beraya tapi tak cukup korum. Tahun ni paling terasa. 2 orang kawan karib dah kawin. Tentu susah nak ikut rombongan beraya lagi dah.. Tinggallah aku dan 2,3 orang lagi. Tapi masing-masing dah kerja. Akhirnya tak kemana lah aku semalam.. Pakai baju raya cantik-cantik *cantik ke....* pastu gi kedai makan. Tu je ;p
Boring kan raya aku?!!
23 comments:
wah,meriah meriah.
selamat hari raya untuk kamu.
kim salam family.hehehe
comelnya dia pakai tudunggggggggggg
open house bila??
eeeeee...comelnya ahkak pakai tudunggg...ahaksss..hahahahahh.. :Þ
waa..sah balik keja ke ni org kampung..hehe..sabak tak hujan sangat..yeaaa
butaseni,
meriah ke?
tak sampai la rasa tu :)
w'salam...
lin,
heheh.. mekasih.
anul,
sejak smlm da bertapa kat ofis ni haaa.. hari yg sy balik tu hujan gak skjp. mak da takut smcm. takut lintah. hahah!
blk sekejap je..tak habis pusing rumah sedara pun. spintas pun tak pegi.
ahbang nd,
comel je ker?? duit raya takdek???
huhu~
zet,
nk dtg ke?
insyaallah.. ada rezeki lbh sket nnti aku bitau k.
selamat hari raya anne.. maaf zahir batin.. :)
hai anne..
selamat hari raya...
sama lah ngan kita taun ni raya xbest cox tak dapat cuti.. hari selasa dah kejer..
abg kak anne tu nk jd cikgu disiplin kot dlu,kekeke.
ps: kak anne, nk no pon, xde geng le nak berpoya2 kt kl tuh..kot leh join kak anne berpoya2,hahaha :p
baju melayu orlando? mahal gile.. haritu de gak nengok kat supermarket tu.. nengok2.. dok pk hish ade ke org nak beli neh? org lelaki neh kan pakai kekejap je.. tapi takpe ade klass ahahha
Biar boring janji raya! He he! Kan Na kan?
achik,
samalah kita... meh la beraya :)
alycia,
selamat hari rya. tulah pasal.. tk puas beraya lg. tkpe.. tahun dpn kita pulun cuti ohkek :D
dayah,
ada gak dulu cecite gitu tp abah tk bg green lite.
berpoya2? amboiii.. meh la kita beremel-emelan.. :)
lin,
alaa.. budak2 takyah nk klass2.. rugi jek.. ~senornya dengki pun ada gak sket..hehehehe
azzam,
selamat hari raya.. Na tu sape eh?
uiks sakan. cantik la tu, dari yang tak berbaju muehehehee
salam kakak...
sihat? seronok tengok akak raye le...
sy makin tak best le...
jemputlah datang beraya ke taman paroi jaya ye?
but, msg me first...takut2 keje mase tu eh?
selamat hari raya maaf zahir batin
comeyy aa gambar anne duk bersimpuh tu..:)
ada lagi baju 'cantik'2 yang blom dipakai... mai la beraya kat KK ni :) Selamat ber'open house' plak lepas ni
comel je rupanya.. anne ni ikut muka mak ye.. ada chinese cblood ke..
king,
ahahaha.. lain jd nnti!
dee,
bole laa.. insyaAllah kalau terpegi sban tu nnti akak calling2 la eh..
skidg8,
mekasih.. ;p
selamat hari raya utk awk jugek!
kak lyn,
mana daaaa.. abih da pakai sumer. bape pasang je.
mmg tingin sgt nk g kk ni. ada rezeki ada la kot..
flush,
mekasih. susah2 je puji. tau nk suh ckp dia pun comel kan.. kan.. kan! ahaha. samalah kita ni..
muka mak kamu semirip kamu anne..raya kedua juga aku balik ke sabak bernam..kg mak ayah aku..
chot,
aah.. muka fotostat! ;D
oyeke?! sabak bahagian mana?? silap2 sedara ni.. haha
salam...hehehe 'first time' tgok org tu bertudung...tomey sungguh ;D..innocent uper..hehe but ok ape...erm yup tahun semakin tahun..kemeriahan raya dh semakin kurang n kadang2 xterase pun...huhu..semakin tue kn sya nih(bukn kite ye)..
p/s: tpi kkdg2 rase jiwa nih cm mude tran tang2 lagi muhehe..;p
ewah!
ni la family eh?
haha.
absolutely same :)
slamat hari raya in advance. gaga
advance gila!
Post a Comment