Aku sangat x 4juta takde mud untuk apdet. Kepala otak aku sangat tepu. Tapi atas dasar tanggungjawab [poyos ;p] ni apdet la jugek. huhu~
Hari kedua di Melaka, sebelum subuh mata dah celik. Satu, sebab abang aku keluar ntah ke mana ntah pagi-pagi buta jam 4 baru balik. Called aku suruh buka pintu. Ceit. Rugi tidor aku. Cont tidor dalam sejam macamtu, then emak pulak kejut suruh bersiap. Jam 7 kitorang dah keluar dari hotel.
Kali ni takde arguments lagi dah. Jalan kali ni abang yang lead. Err.. lead tu macam bagus nau la... ala bagi instructions la senang cerita. Aku diam je. Takde sibuk-sibuk lagi da. Bagi can laa.. Huhu~ Tapi sebenarnya aku ingat-ingat lupa jalan tu. Hehe... Rasanya wan pernah bawak lalu situ dulu. Lagi dekat. Tak payah lalu town. 20mins je dah sampai Seri Negeri.
Kitorang sampai, abang terus gi register. Yela.. semalam kan tak register.. Karang tak pasal-pasal gi sana for nothing. Pastu abang bagi coupon untuk mak & abah masuk. Aku dah tau aku tak dapat masuk. Alih-alih abah suruh aku ngan mak masuk. Dia kata nanti sampai tengahari. Takkan aku nak duduk luar sorang. Aku tak kisah pun. Walaupun aku tau aku mesti boring, tapi entah laa.. Aku dapat rasakan keboringan acara macamni. Tapi nak tak nak aku masuk jugak. Punyalah berjam2 baru majlis mula. Haku dah hanginnn da. Dah la tak breakfast lagi. Hu~
Tup tap tup tap.. setel gak majlis tu tepat jam 1pm. Perut dah masuk angin. Tak lalu nak makan. Mak nak berposing dengan abang. Tapi dia tu.. eeee.. nasib baik ko abang, kalau adik.. huh~ Sibuk dengan kawan-kawan dia. Suruh kitorang pergi makan dulu.
Tapi tengoklaa, bole tak dia terus pulang jubah dulu sebelum posing ngn mak?!! Tak menyempat. Tu pun lepas je snap, teruih dia ke mana ntah. Macam vip. Tahape ntah.. Jadilah macam aku dulu. 'Berduyun-duyun' gambar ngan mak abah. Time ni dorang nak bangga kan.. kasi la up sikit. Hu~
Aku malas nak posing dengan dia. Baik posing dengan munger. Huhu~ Btw, nilah dia baju yang aku beli sebelum tu. Pakai baju baru.. Huhu~
Ada satu kejadian kat sini. Masa tu mak tengah makan kat tempat lain. Aku pulak tunggu abang kat kerusi belakang tu. Aku tunggu dia kat situ sebab dia la suruh kitorg tunggu pun. Dalam tunggu punya tunggu, sekali ada sorang ni.. confirm adik laa.. ;p Aku terpandang dia. Biasalah.. pandang je, bukan apa. Lagipun aku bukan sengih-sengih ke apa ke.. pandang biasa. Oklah.. aku ngaku.. aku pandang sebab dia putih gilerrrr... comel laa gitu. Ala2 gebu sket. Ahahahaha! B, sila jangan jeles ok. Tapi bila pastu dah puas pandang, aku biasa jelah. Takde jatuh cintan ka apa ka.. Hatiku telah dimiliki ok! Muahhahaaha.. [stetmen tak hengat...] Tapi budak tu pulak asik pandang aku lepas tu. Cara pandang tu macam, dia pandang aku.. tapi aku buat tak nampak. Tapi dia pandang lagi.. bila aku pandang balik, dia lawan balik. Bertentangan gitu. Errk! Sebelum dia approach ke apa ke, aku blah dulu. Cari mak aku.. Hahahaha~
Lepas selesai semuanya, mak ajak singgah jom heboh. Ikut hati malas nak singgah. Tapi memandangkan tak ramai lagi orang + kesian kat mak aku tuuu.. maka aku pun support la beria-ia. At last.. singgah jugak. Atau lebih tepat lagi, tinggalkan kitorang [tulah.. bising lagi] kat situ. Diorang gi tempat lain, makan. Hmm, kalau nak ikutkan ni kali ketiga aku gi jom heboh. Dah lama dulu. Time 'sure' heboh lagi... belum jadi 'jom'. Masa first time buat kat Stadium dulu.. aku gi ngan my x. Tapi tak sempat jumpa booth TV3 pun. 2nd time masa dengan kawan sekolah aku dulu. Ni lagi kelakar.. petang tu majlis dia bertunang, lepas habis je majlis terus cabut, gi sure heboh. Masa ni aku kenal seseorang. Accidently. Tapi takpe.. tak banyak kenangan manis.. Pahit belaka ;p
So nilah dia antara barang-barang yang sempat dibeli. Selama ni aku ingat dorang dapat free bags ni semua. Haha~ Tak berapa nak shopping pun.. Beli sikit je. Tapi sempat kena interview masa kat booth A1. "ha, mari kita tanya saudari yang manis berbaju putih ni.." Amboiiii nak suruh aku beli produk ko la tu eh. Taktik lamaaa... Haha! Otw balik, again.. mak ajak singgah Nilai Square. Shoppin time! Abah kata, " ha pilih la.. setengah jam je.." Woooweee~ Jangan kata setengah jam, 5 mins je aku dah pilih 2 pasang kain. Haha! Tak tau nak pilih mana. "Ambik je dua2!", kata abah. Apa lagiiii.. sampai ke telinga laa senyum. Muahahaha. Sori takde gambar kain. Mak dah ambik. Hantar ke tailor.
Sampai rumah lebih kurang jam 6 petang. Nampak adik tengah mencuci motor. Wah2.. rajin semacam je. Tiba-tiba ternampak tayar keter aku cam basah je. "Ko bawak mana keter angah?!" Adik, sengih je. Heii budak ni. Pantang! "Basuh keter aku sekali!" Wahhahaha.. Padan muka ;p
Malam tu cousins aku datang dan meramaikan malam konsert af aritu. Dan hari-hari aku kembali seperti biasa selepas tu.