Monday, April 07, 2008

Melaka Day 1

Jumaat, almost tengahari baru gerak. Sampai sana [Seri Negeri] lepas sembahyang jumaat. Kaunter registration dah tutup so esok pagi-pagi la baru daftar. So next destination, cari tempat tido. Abah kata nak try stay kat Paradise.. tapi bila da sampai dan tengok tempat tu macam buruk, terus tak jadi. Hehe. Aku prefer kat area town sebab malam nanti bole la jalan-jalan sambil mengimbau kenangan. Huhu~ Tapi abang pulak potong! Suggest gi Klebang. And abah pun ok je.. Biasala abah. Macam aku, never say no. Hu~

20mins from town, kitorang stay kat Everly Resort previously known as Rivera [kalau tak silap]. Petang tu lepas check in, boring je.. tatau nak buat pe. Puas golek2.. Tu ha, berserabai tu sempa lagi bergambar ;p Tak lama pastu mak ajak turun jalan-jalan. Tapi apa ada kat situ pun. Boring je. Boleh je nak pergi town tapi aku tak reti drive keter abah ok. ;p Nasib baik abah pun terus bersiap jugak. Hmm.. Otw tu singgah beli benda-wajib-kalau-singgah-melaka, apa lagi. Ni haa.. belacan & cencaluk! Pilih-pilih...

Pastu terus gi town. Yang kelakarnya... aku ngan abang aku, bley tak kitorg argue nak ikut jalan mana?! Bukan la sampai gaduh-gaduh.. tapi aku bagi direction kanan dia pulak suruh gi kiri. Mesti dalam hati dia dok kutuk aku, yelah.. dia 3 tahun dok sana.. aku pulak yang lagi tau. Tulah.. dia tak tau adik dia ni 6 bulan berulang alik Melaka. Ha, sikit-sikit tu bole la nak cilok-cilok jalan Melaka. Huhu~ Mak ngan abah diam je dengan 'ketereran' aku jalan kat situ. Ala, depa konpom tau la yang anak dia yang sorang ni memang kuat berjalan.. ;p Hu~

Aku suruh abah park kat sebelah food court tu, betul-betul diantara Mahkota Parade dan seberang jalan tu Dataran Pahlawan. Hu tempat berdetingans aiii ;D Tu McD belakang tu.. jadi saksi saat-saat kita berdeting awal-awal dulu kan encik khairol. Ahaks~ Milk Shake & french fries, remember?? ;D Dan dekat sini jugak kita err.. i actually [;p] sedang berkonfrotasi sampai kita err.. i [again] macam tercakap dengan kuat sampai orang sebelah-sebelah dengar kot. Hmmm.. *background music~ love song* ;p

Ok, bila dah jejak Dataran Pahlawan tu haruslah singgah ke Heritage Gallery [rasanye la nama dia camni.. tanye org melaka pun depa tatau ;p]. Abah beli dodol pulek. Aku beli kerepek. Mak beli beg [asik2 beli beg hu~]. Abang muka dah boring. Tau ar orang lelaki tak suka ikut shopping. Lagi pulak dia kata dah bosan pergi situ. Dek kesiankan tengok muka orang yang lemau tu maka aku pun ngajak lah mak kuar dari situ. Tapi half way je sebab pastu aku dah tersangkut kat satu booth ni. Jual baju tadek brand.. ala cap ayam je tapi comel. Aku suka. Yang lagi aku suka sebab harganya RM10 je! Wooo~

Lepas tangkap satu baju, aku berjaya kejar dorang balik. Tapi.. ter'lalu' kat Padini pulak. Ekceli sebelum masuk tadi aku dah terperasan tag kat situ tulis RM9. Aku dah jeling-jeling dah tadi.. Hehe. So balik tu buat-buat la lalu sebab nak tengok apa yang RM9 tu. Rupanya t-shirt.. Ok la.. material dia ok. Simple & worth it. Tengah aku belek tu abang aku pun ternampak jugak. "eh, 9 ringgit je?!!", dengan muka terkejut! Muahahaha.. mari beli... Aku pulak meracun. Hasilnya beli satu sorang untuk adik-adik dan tak lupa untuk wan. Boleh tak aku terlupa nak beli untuk diri sendiri?!! Rugi2... Pastu abah tanye nak makan kat mana, sini kedai cina. Sambil unjuk kat food court sebelah tu. "Kat belah belakang tu melayu bah..", cewahhh.. aku ler tu yang menjawab. Tunjuk terer ar tu. ;p Tapi sebenarnya aku rindu nak pergi situ. Aku pernah order milo cincau kat situ. Tak jual tapi sebab aku nak sangat sampai buat muka kesian [kot ;p] orang tu pun buat jugak.. And i can't never forget, once.. wan pernah buat satu posture sampai orang kat situ curi pandang. Haha!

So sebelum sampai kat food court tu, sempat bergambar dengan beca ni ha. Digi punya kot sebab kaler kuning pastu banyak poster Digi. Tengah bergambar tu sekali dengar bunyi meletup. Kuat! Rupanya orang tengah tembak gagak. Aik, dah macam Klang pulak dah. Sepanjang 6 bulan dulu, sekali pun aku tak pernah dengar orang menembak gagak kat situ. First time lah ni. Cepat-cepat masuk food court. Takut aku dengar bunyi meletup tu. Dah masuk kat situ, tak membuka selera la pulak makanannya. Aiseh.. Tiba-tiba teringat asam pedas kat tempat wan selalu bawak tu. Tapi takpe, abah oder baek punya.. Ni ikan kerapu bakar portugese style. Ada macam rasa asam pedas sket. Yummy.. Mak kata macam rasa lumut sikit-sikit.. tapi gwa bedal je. Huhu. Ni sebelum..

Dan ni selepas dibedal.. Huhu~

Lepas makan, masuk Mahkota Parade kejap. Nak cari berus gigi. So sangat tak sempat nak berjiwangs kat situ pun.. Semuanya nak cepat. Nak kejar Maghrib.

Balik ke hotel. Tengok tv sekejap. Jam 10.30pm aku dah berselimut. Tapi tak boleh tido lagi. Jalan-jalan kat balkoni, snap pic sana-sini. Ni view dari bilik. Tingkat 5. Laut gelap. Boleh nampak kawasan kolam renang je. Cantik lanskap dia. Nak turun berposing takde geng pulak.. Hehe..

Lepas wan called, sembang-sembang sekejap [tak boleh sembang lama.. dia tgh stadi] baru aku tido. Hmm.. JOm titon.. Esok nak bangun awal..

Sambung nanti bila rajen.. ;D

30 comments:

Masy said...

hah klu tmpt belacan kat gmbr tu taulah. umah mak sedara akak kat bakang tu je hehehe

arianna adrizal said...

oyeke.. pakcik jual belacan tu sekampung ngn kitorg rupenye. tp tadok diskaun pung. hu~ len kali beli kat mak sedara akak jelah eh. ;p

flush said...

sedapnyaaaaaaaaa ikan bakar tu.. dah la tak mkn tghari lg niii..

Sastri said...

sib baik la tengah montel, jadi lama dah tak shopping baju... huhuhu... nampak sedap ikan bakar tu tapi selera tengah takde masa nih... lagi huhuhu...

Masy said...

mak sedara akak dah arwah lama dah :D lgpon klu dia ada, rasanya beliau tak terbabit dlm industri perbelacanan ni ahaks~

achik said...

sebelum titon pun sempat posing.. hehe.. ;p

Unknown said...

alaa nak pergi melaka la jugekkk.. eh nak balik melaka laa jugek :P

arianna adrizal said...

flush,
mmg cedap! nyummmmyyyy... hehehe. kat lumut mana tmpt ikan bakar best??

arianna adrizal said...

sas,
tadek selera? alalalalaa.. rugi taw ;p montel ke.. meh tgk sket. hehehe


kak masy,
saje je try tu.. mana tau kot2 akak ni adak sedara pengusaha belacan plg terkenal kat melaka nun.. mana nak tau kan kan kan ;p


achik,
uish.. sempattt... ;p

arianna adrizal said...

dosh,
jom!!! ;D

me3n said...

sebenir mane? mane?

arianna adrizal said...

ad3ck,
adaaa.. lam kete. mau ka? mai ar amik ;D

Qaseh Bidadari said...

ooo..jenjalan melaka ya!

Ungku Nor said...

melake??
tak heran.

sbb kat melake tadek big apple!

ekekeke ;p

Tny said...

Ni pegi bercuti ngn family ke?

Waahh sedaap gak sekali skala holiday ngn family kan...

Haa.. mesti ada byk lagi gmbr2 best kan? ;)

arianna adrizal said...

mama,
sambil pergi konvo sambil jalan2 ;)


kak ungku,
amboiii eksennye diaaa... ;D


tny,
gi konvo abg sambil tu jalan2 mkn angin :)

tak banyak sgt. nnti2 anne apdet lg.

nanonano said...

buah melaka tade?
huhuhuh..

oowhh kantoi slalu trn melaka sbb datim eaa..

izzat said...

wadussss
lapolak..
naper terserempak ngan entry ini..
lapoooooo...

Anonymous said...

best yer gi jalan2 makan2 shopping2...hehe

Unknown said...

nak cerita baruuu :P

nasazfrog... said...

pegi melaka ada urusan ape yang.. ke saje jln2..

who i am? said...

aisehh,,

nape x bitau mai melaka...

kalo x bole kite jumpe kt kg ku ittewww !

rasp said...

Salam perkenalan. Loike ur blog. I pun luuv Melaka sbb ntah lah..
Yummy yummynye tgk ikan kerapu tu.

If I ke sana, I suka
1) makan seafood kat alai or umbai(ntah tul tak ejaan both places.. bedaljelah)
2) beli tshirt 'orang utan' kat melaka..nama kedai tak tau...

Luvvv Melaka!!!

*SiRibenMerah said...

owhh.. seronotnye dia pegi holidayyy..
ouhhh.. menjeles... rasa nk g jenjalan jugakkkk =P

LediAgli said...

kat tpt jual belacan tu ada kenangan tak?

arianna adrizal said...

nanonano,
tulah pelik.. tak jumpa pulak hehehe!

ish.. zaman gemilang dulu tuu ;D


mohd herizat,
tgk ikan tgl tulang pun rs lapo gak eh.. hehehe.


azis,
best jugak la.. lg2 kalau cuti lama, poket tebal, haa.. yg tu lg besh ;p


dosh,
sat gi na.. sabauuuu ')


nazasfrog,
ha, jap g org citer dlm entri br :)


fealize,
laa.. kat kg ke aritu?? alaa.. lgpun tergesa2 sgt haritu, mesti tak sempat nk jmpa. next time la eh ni ngedett! ;D

arianna adrizal said...

rasp,
salam. thank u so much ;) mgkin sbb tmpt bersejarah kot..

wahh!! best tuu.. ;D

luv melaka 2!! hehe


siribenmerah,
sila jelesss.. hehe. dia mana bole jln2. kena jd bibik to new anak sedara kan ;p hehe..


ida,
aku tak penah g beli belacan sblm ni. so blm ada kenangan. tp lps haritu mmg ada kenangan. org jual belacan tu rupanya org kg aku jugak. haha

Sue said...

nyum, sedapnya makan ikan kerapu bakar.. selama ni makan ikan bakar serata semenanjung ni (overexagerating jer sbnrnye..), kat danga bay the best la. :D

just dropping by, miss arianna. :)

*SiRibenMerah said...

anne neh.. nak kne betul.. hahaha..
x pe la.. wat le bg i menjeles.. hahaha.. nnt turun shah alam tanak jumpe anne.. muahahahahaha=P

flush said...

lumutttt.. hmmm, byk sgt2.. tp kalau nak view yg menarik dkt jln nak ke teluk batik la..

Hello, once again~

Bismillahirrahmanirrahim.. Helooo from Anne di tahun 2025!!! Subhanallah... dah bulan 9 ye. 3 bulan saja lagi sebelum kita nak menjengah ke ...