Showing posts with label berangan. Show all posts
Showing posts with label berangan. Show all posts

Thursday, August 02, 2007

Romantik ke korang?

Harini malas nak intro-intro. Main terjah jelah. Huhu. Semalam otw balik TPG aku dengar je karutan deejay radio ni. Pasal nak selesai2kan kes ntah camane ntah.. aku pun tak paham motif sebenarnya tu. Ah, pedulikkan! Dipendekkan cerita, adalah sorang caller ni.. masalah dia adalah nak propose gf dia. Aku memula dengar, 'bior benor mamat neh'.. Tapi misi tu berjaya bila stesen radio ni tepon gf mamat tu dan secara on air, ulang taip.. ON AIR ohkey mamat tu kata,

"sudikah u terima i sebagai teman hidup u yang kekal..." Ceeeewaaahh!

"will u marry me..." Ceeeeewahhhh lagik!

Stendet la bila pompuan tu jwb,

"u jgn memain. serius ke ni.." Takkan nak jawab YES terus kan.. malu lah i.. Eh, aku pulak.. Hehehe.. ;p

Pastu berkumandanglah lagu Jac yang aku tak tau tajuknya tu tapi lau tak silap aku, Gelora Asmara. Ceewaah!! I must say, dat guy romantic type la.. Sbb lepas tu kan ada lagi ni.. tak abih lagi cerita. Mamat tu siap kata.. nanti da kawin dapat anak, dia nak namakan anak nya sempena nama deejay tu. Huhu..

Memula aku gelak gaklah.. 'Ek eleh.. kawin pun belum'. Tapi lepas tu aku benti gelak dan mula berfikir secara serius dan waras. Selalunya angan romantik2 ni dikaitkan dengan pompuan je kan. Wedding dalam taman la.. ala fairy tale laa.. Lelaki buat dont-no je. Ada tak ada pun, propose kat kedai mamak.. ataupun ajak gi dinner kat hotel, ubuh cincin dalam kek la.. tiru idea dalam tivi la tuu. Jarang-jarang la ada lelaki yang sensitif pada benda remeh macamtu. Bagi dorang yang penting, kawin. Duh~.

Respek gak lah kat mamat tu. Mungkin la.. dis type of men yang pompuan nak kot. Romantik gitu. Tahniah la pada pasangannya.. Semoga berbahagia.

Korang, apa idea romantik korang.. meh la share :D

Hello, once again~

Bismillahirrahmanirrahim.. Helooo from Anne di tahun 2025!!! Subhanallah... dah bulan 9 ye. 3 bulan saja lagi sebelum kita nak menjengah ke ...