... aku rasa tak besh. badan di sini. fikiran entah di mana. melayang-layang rasanya. nasib baik juga tak ada banyak benda urgent harini. bole relax-relax sambil menaip di sini. hehe.
teringat cerita pagi td. masa aku tgh siok tido, mak masuk bilik. dia buka lampu. "tak keje ke?", dia tanye. aku buka mata sebelah, tgk baru jam 6. tak cakap apa, terus pejam balik. aku da set alarm 6.15. rugi wooo 15mins tu.. hahahahaha~
so ms otw gi ofis tadi, terpikir-pikir juga kenapa mak tanye. tp sekarang aku rs aku da tau kenapa.. kalau aku kata, 'tak keje' tadi.. konfem dia ajak aku balik kg time tu jugek!! hehe.
sebenarnya... hari ni genap hari ke 7 pak lang aku kembali kerahmatullah. al-fatihah utk arwah. dia meninggal di hospital kota tinggi. so 2 hari aku EL minggu lepas, ke sana la. arwah asalnya bukan tinggal kat kota tinggi. tapi kat kg asal, sabak bernam. semenjak arwah sakit teruk beberapa bulan lepas, mak andak ambil dia tinggal sama-sama di kota tinggi. at least ada org tengok kan.
kebetulan pulak minggu lepas baru ni, majlis bertunang abg. mak andak, mak ngah dgn 2 anak dia pun datang jugak. dan baru semalam pagi-pagi gerak balik kg. arwah pak lang sebenarnya tak berkahwin. jadi dia sorang-sorang la yg menjaga rumah pusaka kat kg nun. aku masih ingat waktu kecik dulu, bila balik kg.. kami pergi rumah sedara hujung kg dulu. jadi bila melintas depan rumah mesti kepala masing-masing terteleng-teleng menengok kalau-kalau ada basikal pak lang kat bawah rumah. kalau ada, ertinya, adalah dia kat rumah. kalau tak ada, kami pusing pekan dulu, cari dia dan beritahu kami da balik. :) hm.. kenangan...
so kalau tak silap, mungkin tahlil malam ni di sana la kot. dats y makcik-makcik aku gerak awal. rombongan mengemas rumah kenalah pegi awal sikit kan :)
dari semalam lagi aku da tau mak memang nak pegi. yela.. abg dia kan. unfortunately kete makcik aku tu tak mampu nak muatkan beliau di dalam itu. hehe. memasing debak~ hoho. dan dia pun masih letih dengan kepah kenduri semalamnya. so memang tak ikut la sudahnya semalam tu. tapi dia ada gak hint kat aku. masalahnye cuti aku da tahap kritikal. so cepat-cepat aku tukar topik lain. hehe. erm.. tak sampai hati la nak kata tidak.. ;( haish.. bila la aku nak dapat cuti penuh ni..
.
.
sudah 2 hari tak kedengaran lagu 'Pianka'. selain rasa sepi yg memenuhi ruang, aku tak tahu nak describe apa lg yg aku rasa.
aku ini cuma mentimun. bergolek luka, digelek pun luka.
13 comments:
dak piyanka cik timun tu bz sgt ke hoh? hurmmmmm
1st~
yela kot..
hurm...
2nd~
al-fatihah...
ayat last tue cm sedih jerk huhu caiyork caiyork sis ;)
midgurl,
mekasih ye..
sedih? mungkin.. berserah aja :)
al-fatihah..semoga rohnya ditempankan dikalangan org yg beriman..amin
al-fatihah..
makan cokelat
la mentimun je ke? tomato agak comel la skit anne oi hehe
aku dah takdak kerja sejak rabu lepas.kalau kalau ada vacancy kat toyota tu, sila kenalkan daku pada mereka yang berkenaan.huhu
takziah ye anne.. macam sesuatu la bila baca entry neh..
U take care.. I miss u so much..
Hugs n Kisses =)
erm..a lfatihah gak..take cre gak ma fren...
Hugs n kisses kt teddy bear sebelah..:)
***Z
ena & achik,
amin. mekasih..
king,
tulah.. nk cari ni :)
eL,
tomato bulat sgt..
terasa la aii nnti. hehehe..
sukabebel,
aku da panjangkn pd yg berkenaan. ada rezeki insyaAllah tak kemana :)
bersabar ya.
iyra,
mekasih iyra.
mish u too!! hang nyorok tang mana?? tak dpt cari tau.. huhu.
kurzz,
amin.
u nk ada affair dgn tedi bear i ke??
siapakarr durian ittewww.. ahaks
salamms dr me dikejauhannns
Post a Comment