Friday, December 28, 2007

biarkan jemari ini memberitahu isi hati...

entri ini aku tulis dikala hati sungguh kacau. sambil ditemani 'imran ajmain' dengan lagu 'seribu tahun'nya yang tak henti2 berputar. aku berkeputusan utk luahkan di sini tanpa niat melukakan hati sesiapa. aku perlukan 'seseorang' untuk mendengar rasa hati aku yang fragile.

akhir2 ini sms dan kata2 yang dia kirimkan kurasa kosong. kalau ditimbang pun, tak berinjak jarum penimbang pastinya. ada berbaur rasa rindu dan sayang.. namun pengisiannya tak cecah ke dasar hati ini. tak berupaya menyentuh hati kecilku. puas ku pujuk hati tapi aku tak mampu menepis rasa kecewa yang bersarang. seolah kehilangan sesuatu.

tadi aku baca kembali sms2 lama yang tersimpan rapi. aku menangis lagi. kali ini bukan saja kecewa tapi rindukan saat2 itu. terlalu rindu. ucapan2nya sarat dengan pengertian. dan terpaling penting, kata2nya tepat menyentuh hatiku. terlalu istimewa. jauh berbeza dengan apa yang aku terima sekarang. kemanakah menghilangnya semua itu?? aku rindukan dia yang prihatin. lembut. dan menggembirakan. adakah cinta itu semakin pudar?? dan yang tinggal kini hanya keterpaksaan?? aku dan dia.. semakin jauh.

tak mustahil sejarah berulang. apa yang dia tunjuk harini semakin menyerupai apa yang pernah aku lalui satu masa dulu. bilamana hati aku dirobek dengan kata2 yang hanya tuhan bisa memaafkan. sekali, aku mungkin memaafkannya tapi sukar bagiku melupakan. argh! itu cerita dulu. tapi aku tak menyangka ianya berulang.

satu bentuk tuduhan halus yang mematikan bicaraku. hampir terhenti nafasku. aku diam membatu. perlahan2 aku cuba bernafas kembali dan memujuk hati supaya memaafkan kan dia. aku usir segala rajuk di hati. aku cuba senyum dan memberi reaksi yang paling manis aku cuba. tapi ucapan yang aku terima hari ini mematahkan semangatku. hancur luluh hatiku.

ya, terima kasih kerana menyedarkan di mana letak duduk aku dalam kehidupanmu. aku memang tak penting. aku bukan sesiapa dalam hidupmu. yes, u are rite. i am absolutely not permanently yours. aku mengaku aku silap. aku silap kerana aku terlalu mengambil berat tentang dirimu. sedangkan tiada sebarang ikatan yang memberikan aku hak untuk mengambil tahu hal berkaitan hidupmu. aku silap kerana bergantung harap yang kamu adalah segalanya. aku silap kerana menjadikan diri aku kecil kerana mahu melihat dirimu sebagai yang terbaik. tapi adalah tidak adil jika kamu menghukum aku kerana aku itulah cara aku meluahkan rasa sayang.. arghh.. aku pasti kau tak fahami.. kerna kau tak mahu kan?

penat aku dengar kata maaf itu tapi nampaknya itu cuma satu ucapan yang tak beerti. kita semakin tiada persefahaman. apa yang aku paling inginkan, itu yang paling dia tidak dapat lakukan. apa yang paling dia sukakan, itulah sebenarnya yang paling aku keberatan sekali. aku bukan tidak memahami keterbatasan dirinya tapi.. tanyalah seribu wanita pun.. pasti mereka bersetuju dengan aku. kerana hakikatnya begitu. biarlah jauh di mata, lakukanlah sesuatu supaya aku sentiasa merasai nya dekat di hati. seolah2 ada. sepertimana aku cuba memahami kemahuannya dan aku ikuti segalanya walau aku tak begitu sukakannya. mengapa tidak dia memahami aku pula? mengapa?

aku takut untuk memikirkan kehidupan aku jika semua ini gagal. aku mungkin akan jadi manusia yang takut menghadapi masa depan. aku takut aku tak kuat melangkah melepasi halangan. aku takut aku bakal punya persepsi tidak enak pada kamu, lelaki. aku takut aku tidak akan percaya akan cinta lagi selepas ini. jika aku berjaya melalui ini semua pun, aku masih takut. aku takut jika ianya berulang kembali. aku takut. aku ingin pergi jauh dari tempat yang menyakitkan ini. kalau ada. aku cuma mahu disayangi..

16 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Imran Ajmain itu orang mana ek?

[Isk! Tak relevan sungguh komen ini]

No longer valid said...

Maafkan saya ya Arriana, seharus nya comment ini tertulis disini.

[Salam, selamat tahun baru 2008 juga buat semua teman Arriana. Pics yang sungguh chantik menyenangkan hati. Sayang ada 2 atau 3 yang delete. Pics apakah gerangan? Biarkanlah saya menerkainya.]

hayad said...

jiwa dayah pun tgh kaco ni..huhu

Ungku Nor said...

tuh laa..akak ajak awak juin gath, awk tanak.
tengok! tak pepasal jer dah terkacau-kacau jiwa raga tu..hehehe

Anonymous said...

sabarlah dengan permainan hidup.

moga2 Allah mahu menggantikan dengan yang lebih baik untukmu selain darinya.

terus dekatkan diri dengan Allah, menangislah dan mengadu padaNYA.

jangan kau jauhkan diri dari Allah sama ada kau senang atau susah.

bluecherry @ fai said...
This comment has been removed by the author.
bluecherry @ fai said...

let it go but dont forget, life have to go on.. and today, you got all black color, but who know that one day your life will full of colors like a rainbow.

ceria ya, what ever it takes.. time will heal, mean time.. it hurt, find a frend.. really gud one.. and share and have fun & forget everything that hurt.. that what i do..

LediAgli said...

Erm...kenapa tak nampak entry ni? Tak ada ayat luahan?

skidg8 said...

sama cam legiagli...

me3n said...

eh awat pasal apa plak neh? haa?

arianna adrizal said...

bp,
hehe.. orang Singapura. awalnya sy ingatkan orang Arab. hahaha!!


emanrais,
salam. ada bnyk pics menarik. bole tgk di sini.. freshpics.blogspot :)


dayah,
laaa.. nape pulak nii?? mai habaq..


kak ungku,
alaaa.. karang kalau pegi lagi kacau prog tu jadinyeee!! hehehe

arianna adrizal said...

cikgu jawe,
terima kasih atas ingatan itu. insyaAllah sy tak lupanya. :)


kak blue cherry,
yup. i do d same too :) thanks kak!


lediagli,
kau simpan kanta kau buat apa??? keluarkan...

arianna adrizal said...

skidg8,
think outside d box. u'll find it!! :)


ad3ck,
hu~~ biasa arr.. ;p

Anonymous said...

td cube try psg lagu tuh smbil bace n3 neh.
tibe2 dgr bunyik org selsema.
rupe2nye xsedar, da kene 'selsema' ;p
harap arianna tabah.

who i am? said...

anne,

pjj ni mmg susah nak di maintainkan.

n'way,cube tny hati u adakah ini yg u mahukan...if it is Yes,then u shud be patient+calm & wait for d precious moment to come again.but if it is No,then this shit is jez wasting ur time,plus it's breaking ur heart into pieces time by time.i didnt to be so mean,but this is facts.no hurt feelings okeh?

p/s->pjj=percintaan jarak jauh

arianna adrizal said...

fealize,
so u found d stori behind a blank entri kan. tq 4 being understandin.. :)

Hello, once again~

Bismillahirrahmanirrahim.. Helooo from Anne di tahun 2025!!! Subhanallah... dah bulan 9 ye. 3 bulan saja lagi sebelum kita nak menjengah ke ...