Selamat hari raya! I'm back to office. Ramai cuti so kena take over. Biasala tu ujung2 tahun.. Huhu~
Raya Haji tahun ni dipenuhi acara masak2, dan begitu juga acara makan2. Rabu aritu aku stil keje tapi mak sms suruh balik awal, tolong masak sebab dia tak sihat. So pukul 3pm aku da balik. Sampai around 4pm, tengok mak baru je lepas anyam ketupat. Sebab aku tak reti menganyam, maka aku isi beras dalam kelonsong ketupat je pastu rebus. Sementara tu, tengok tv jap. Tengok macam-macam Aznil. Ketawa bagai nak rak then cont potong cili. Bawang besar pulak.., bawang merah lagi.. Lepas magrib baru masak rendang Palembang peberet ku. Huhu~
Ekceli kan.. dalam banyak2 raya, sambutan tahun ni aku agak 'sincere' sket. Yelah, adik beradik aku semua lelaki. So bila tang persiapan nak memasak tu dorang selalu ngelat. Alaa takat gunting cili apalah susahnya kan.. takat basuh periuk, apalah salahnya kan. Last2 semua aku kena wat sorang. Disebabkan rasa tak adil tu yang menjadikan aku kurang 'sincere' tu. Hihi.. Tapi semalam, berlainan sekali. Semuanya smooth.. semua aku buat tanpa rasa 'berat', rasa 'bebal hati'. Mak suruh adik angkat tungku tapi dia tak muncul2, aku bangun dan angkat sendiri walaupun berat yang amat. Mak suruh gunting cili, aku gunting sampai abis sebungkus plastik besar tu! Sampai dia pulak terkejut sebab dia nak sikit je. Hahahaha..
Masa tengah wat keje tu ada something yang mak cakap buat aku rasa 'sesuatu'. Pasal nak pegi haji. Dia kata mungkin turn dia dalam 3 tahun lagi, insyaAllah kalau umur panjang. Kalau tak sempat, umur tak panjang,.. dia pesan suruh aku pergi dengan abah. Jangan bagi kat orang lain. Aku diam bila dengar tu. Perasaan aku rojak! Kenapa aku? Kenapa bukan abang? Adik ke? Bukan bermaksud aku tak nak. Tapi macam lain. Sebab dari kecik aku selalu rasa 'tersisih' dalam senarai kepentingan mak aku. So bila tiba2 macam ni.. of couse there was lot of [?] la kan. Dan aku tak suka perasaan macam ni. Sebab lately aku ada slightly vision kalau mak takde and dat was one of the reasons ke'sincere'an aku aritu. Aku nak senangkan ati dia. Tu je. Macamana pun, aku bersyukur dapat bayangan macamtu sebab beri aku lebih kesedaran untuk memenuhi kehendak dan menunaikan tanggujawab. Dan kalau tak diizin Tuhan, aku akan kena ganti tempat mak maka aku nak bersedia dari sekarang. Dari segala segi. Itu sesuatu yang harus aku mulakan. Apapun aku tetap harap dan sentiasa berdoa agar mak sihat dan dapat pergi menunaikan haji. Amin.. Sebab itu impian dia.
Ok, balik pada cerita hari raya.. tengahari, eda dengan adik datang ke rumah. Baby pun ada. Dorang ni kawan aku sejak dari tingkatan 1 lagi. Aku rapat dengan eda sampai family dia da macam family aku, begitu juga sebaliknya. Pompuan tu sejak semalam lagi da kata nak datang. Rindu dengan mak aku.. alaah, alasan je tu padahal rindu nak makan puding custard! Hehehe.. Special tau aku buatkan untuk dia. Karang kempunan payah pulek. Plus aku buat fruits jelly. Hidang kat dorang je, licin semua. Ganasssss! Pastu acara berpeluk2 dengan mak aku. Hu~ aku dah lama tak macamtu. Peluk giraf jelaa.. ;p
Then eda ada bukak topik yang tak tau nak kata apa. Mak kan tak sihat so eda saje2 kata, "makcik tak sihat nape? risau si anne ni bila nak kawen eh..", sambil gelak2. Ni dia jawapan mak aku, "takdelah.. kita tak heran sangat. sebab family kita adik beradik kita pun ada yang tak kawen.." Nah kau! Muka masing-masing berubah. Eda yang becok tu terus terdiam. Dat's my mum. Teringat dulu2, masa baru lepas grad, bila orang tanye, jawapan standard,, "lama lagi.. keje pun baru lagi bla bla" .. "lambat lagi...". Nah.. sekarang memang betul lambat kan?! Jujurnya aku agak terguris mendengar kata2 tu sebab ianya keluar dari mulut seorang mak, maka biji butirnya bole jadi satu doa. Tapi aku tak sampai hati nak letak kesalahan tu pada mak. Sebab sebagai seorang mak, aku pasti dia pun nak tengok anak dia kawen dan bahagia kan.. Lagipun kalau dari sudut lain, ok apa.. sekurang2nya mak bagi kebebasan, kelonggaran. Taklah aku rasa tension dan terbeban sgt. Bayangkan kalau dia terlalu mengharap?
Hmm.. no worries laa, i'm kewl :)
Petang raya tu jugak aku ke rumah mak andak di Banting. Tumpang kereta sepupu. Pergi ramai2 lagi seronok, meriah! Kitorang pekena nasi Sunquick resepi mak andak. Selera gakla. Rumah makcik aku yang sorang ni da macam pusat kesihatan. Aku guna kerusi urut dia, sampai la ni sakit belakang aku. Tak sesuai la kerusi urut tu untuk orang 'bertulang' seperti aku. Sakit woo~ Adik dan spupu aku pulak try alat bergetar yang untuk kuruskan pinggang tu.. Elok la tu.. dua2 boroi ;p. Pastu mak guna alat urut kaki dan last skali aku jugak yang terpaksa jadi volunteer untuk tilam 'kesihatan' ntah ada elektromagnet kot, brand Zhulian. Hu~ 'Sihat' aku arini! kekekekeke...
Sepanjang malam tu puas la dijolok dengan isu2 yang aku da jangka. Mak andak aku ni nurse tapi ada bisnes ala2 wedding planner gitu. Abisla semua benda dipromot kat aku.. ha, abang aku pun kena! ahahahah.. padan muka! Beria2 makcik aku tu.. kaler ini lah, design ini laa.. "kalau ko nak biar mak andak buatkan semua. cakap je bila!" Haa.. tengok sampai macam tu sekali! Aku, "esok bole?" Muahahahahaha... Ha, kan da kena.. kikikiki.
Balik rumah da agak lewat. Letih.. letih sebab mengenangkan kena kerja esok pagi. Hu~
Sepanjang hari semalam jugak aku cuba nak hubungi orang tu tapi tak berjawab. Bz macamana pun aku try jugak called tapi masih sama. So aku nak ambik kesempatan kat sini [memandang aku pasti dia akan baca entri ni..],
"Selamat hari raya!! Hati2 drive masa musim raya ni. Jaga makan & kesihatan.."
.. macam nak pergi jauh je 'bunyi' pesanan ni. em, biarlah.
Isnin aku cuti so entri bersaiz XL ni akan terus bertepek kat sini sampai next week tatau hari pe. Daa everyone ~~
*
* nk tgk movie on monday, korang nk join? jom.. calling2 ohkey :)
4 comments:
kekadang bebanan perasaan tu akan sentiasa ada dlm diri kita..dulu sblm kawen org sibuk tanyer "bila nak kawen"..bila dah kawen sibuk org tanyer "bila nak ada anak"..bila dah ade anak, sbuk org tanyer "bila nak tambah anak"..
jd.. selagi kita hidup persoalan2 nie takkan padam..hanya kita kena bijak menepis setiap soalan yg mendatg..
salam..
samat bercuti.
err.. betui ckp zh-ena tu.. smpai bila pun x abes org tanya2. ahaha
kalo ko dpt g aji masa muda2, mmg best kan..
take care k!
salam aidiladha :)
Post a Comment