Thursday, December 13, 2007

Aku ni pesal ntah..

Harini rasa tak best. Semalam aku balik lewat. Lewat yang tersangat lewat. Hampir jam 12 tengah malam. Maka harini aku mengantok. Mengantok yang tersangat mengantok.

Tapi yang tak best nye dalam mengantok-ngantok ni, otak makin laju macam pc tengah running program. Susah nak explain tentang apa yang dok running ni.. Pointnya, aku macam dah tak ada minat dalam bidang korporat ni lagi. Kalau dulu aku ada fokus, tau hala tuju tapi sekarang aku macam rasa di planet asing! Betul. Termangu-mangu tak tahu nak ke mana.. Minat aku dalam bidang ni seolah dah terhakis. Aku nak cuba sesuatu yang aku suka tapi macam dah tak sempat je. I'm getting old ok.. no more sweet 17 ;D Leen sound aku, katanya aku sepatutnya da tau apa yang aku nak buat dari dulu. Betul, itu yang sepatutnya.. tapi mana kita nak tau yang kita berada di lorong yang betul selagi kita tak nampak 'signboard' atau 'landmark'. Kadang-kadang da sampai kat satu tahap tu baru kita tau apa yang kita nak dan apa yang tak nak.

Aku tak sedar akan kenyataan ni sampai lah semalam bila aku terpaksa pegi dengar ceramah percuma daripada seorang bekas pekerja kilang yang kini hidupnya kaya-raya. Ceritanya memang menarik dan memancing minat aku. Tapi bukan tentang cara2 menjadi kaya seperti dia. Diversion. Aku melihat sesuatu disebaliknya. Aku melihat bagaimana keinginan mendorong dia mencari jalan untuk dapat apa yang dia nak. Itu yang aku kagum tentangnya.

Dan bangun pagi ni aku tahu yang aku tidak ingin menjadi kaya-raya [maka aku takkan daftar jadi ahli. maaf kak]. Aku nak bekerja. Kerja yang beri pendapatan yang sewajarnya dan bole hidup selesa.. Yang penting ianya suatu kerja yang aku suka. Aku akan bangun dengan gembira tak kiralah waktu pagi, petang, malam untuk pergi bekerja dan aku tau orang lain juga akan gembira bila melihat aku ada di situ. Dan aku rasa aku tau kerja apa yang sesuai dengan apa yang aku nak. Cuma..

... sampai bila? Kerja yang aku inginkan ni bukan untuk selamanya. Tak berapa applicable dengan usia macam aku ni.. Atau mungkin nanti kerana faktor keinginan semata, maka setahun, 2 tahun dah puas. Kemudian bagaimana pula lepas tu? Hmm.. Terlalu berisiko keputusan ni. Nanti nak kena mula semula dari awal, dari bawah. Terlalu banyak perkara yang perlu aku ketepikan dan fikirkan semata untuk keinginan ini dan demi mencapai kepuasan yang belum tentu puas hati hasilnya! So buat masa sekarang aku masih berkira-kira, berfikir-fikir kalau ada alternatif lain. Tak mahu lama sangat dalam situasi ni. Keliru dan celaru sangat. Pulak tu sesekali agak sentap bila tengok orang lain yang dah berada dalam kelompok kerjaya yang aku inginkan tu. Aku teringin sekali... Mungkin jugak beberapa orang da perasaan yang aku acapkali ulang benda yang sama.. Dan kadang-kadang agak obses dengan sesuatu yang orang lain tak heran. Itulah sesuatu itu.. dan itulah yang aku nak jadi.. sebab aku rasa itu akan menggembirakan aku.. :)

*

*

Lepas balik dr lunch tadi, aku masih belum pasti. Atau dalam erti kata lain.. aku masih belum berjaya buang keinginan tu atau pendam dalam-dalam apa yang aku nak sangat tu. Sakit dada laa.. Hmm..

14 comments:

Qaseh Bidadari said...

buat keputusan yg rasional..

Masy said...

ermm...~

blackpurple @ jowopinter said...

Apapun pilihan, semoga berjaya.

Kehidupan ini memang penuh risiko. Dan membuat keputusan memang satu pilihan yang sukar.

[macam skema pulak komen ni]

DiaHarris said...

gud luck beb!

Anonymous said...

eerm...ape sje yg terbaik,moga menjadi milikmu.....insya'allahh

Unknown said...

kite pon ade gak rasa camtu.. isk isk

Anonymous said...

Apa yang ko nak sebenarnya ni, Anna? Katakan padaku. (macam skrip drama le pulok!)

skidg8 said...

SEMOGA BERJAYA!

Anonymous said...

Meh join kerja kat UET nih. Nanti RB dtg bawah tu...borak2 la dgn dia sket..kekekeke...

I guess it's time for you to think back on what you really wanna do in your life. It's not too late lah. Masa masih panjang lagi. Jangan risau tentang masa. Just do what you wanna do and focus.

Kita ni kalau nak berjaya, kena contohi org2 yg dah berjaya dan ikut cara diorang utk berjaya. Tu je.

flush said...

betul2.. belum terlaambat lg.. lg brp hr je.. nanti buat azam baru k

zh-ena said...

buat keputusan setelah pikir semsk2nyer..jgn menyesal dikemudian hari

Kemat said...

siapa kata dah terlambat untuk berubah.... yang penting lakukan perubahan itu....

p/s : Gathering GEJU 29/12 kat PENA pegi tak..

TedungS said...

its better late than never

arianna adrizal said...

mama,
hmm..


kak masy,
;p


bp,
tak suka memilih sbnrnya..
mmg skema pun hahaha!


naughty babe,
thanks! :)


kurzz,
aminn.. thanks :)


lin,
ada gak ke?? fuhh~ rs lega. sbb ada gak org yg faham rs tu. ;D


azzam,
aah sebijik skrip drama korea! hahahaa..


skdig8,
thanks!


nd,
RB jarang la turun bwh. kalau turun pun cam gesa2, ada meeting. tau jelah..

fyi, dlm bnyk2 keje.. keje yg satu ni, yg sy nak ni kan, bersangkut dgn umur. n dats d reason y i said it's too late.

yup, keberanian dan kesungguhan tu yg sy takde.


ena,
tulah risikonya..


kemat,
kalau semudah itu..

tak pasti lagi. mungkin. kalau jd, jumpa di sana ya!


teds,
luv dat one tp takleh praktik kan utk tujuan yg satu ni. hehe. thanks bro!

Hello, once again~

Bismillahirrahmanirrahim.. Helooo from Anne di tahun 2025!!! Subhanallah... dah bulan 9 ye. 3 bulan saja lagi sebelum kita nak menjengah ke ...