Salam..
Yeahhh!!!! I am a free man. Huhu~ Minggu yang penat akhirnya berlalu. Legaaa.. Entri ni entri tertangguh sebenarnya.. aritu upload gambar tapi tak sempat nak publish. Nak cerita pun macam da basi jek ;p
Mungkin ada yang perasan aku menghilangkan diri since Khamis 2 minggu sudah. Sehari sebelum cuti merdeka. Sebenarnya... Khamis tu aku dah selamat berada di Melaka. Hehe.. Saja mencutikan diri. Aku dan wan bercadang nak pusing-pusing melaka sementelah dia tinggal seminggu je lagi kat situ. Atau dalam erti kata lain, ni trip terakhir aku ke Melaka. Lagipun wan kata sepanjang 2 tahun kat sana, tak pernah pun pegi taman buaya, taman mini dll. Kesiannnnnnnnn....
Tempat pertama yang kitorang pegi, tempat makan lah. Entah ceruk mana ntah dia bawak tapi nasib baiklah sedap nasi beriani tu. Dia kata, antara yang famous kat Melaka. Hmm..
Malam merdeka aku kat JJ. Ada midnite sale! Tapi tak best sangat pun. Dengan q panjang.. maleh ar. Kuar dari JJ sedar-sedar dah lepas jam 12. Alah.. tak dapek tgk bunga api.. Pegi minum kat kedai air buah. Dulu masa 1st time datang Melaka, dia pernah bawak aku sekali. Tapi lepas insiden aku hampir jatuh kerusi sebab terkejut tengok 'jerry' besar meluru ke arah aku.. terus dia tak bawak lagi dah.. ;p Malam tu pun, bersila aku atas kerusi. Muahaha. Kiranya, dulu pembuka dan sekarang penutup la.
Hari Sabtu petang kitorang berkesempatan ke Taman Mini. Banyak kali gak aku pegi tempat ni. Rombongan sekolah, rombongan keluarga, ha macam-macam lah. Tapi banyak dah berubah atau dalam kata lain, macam tak terjaga je tempat tu. Kepada yang belum pernah masuk, sila jangan terkejut sebab entrance fee nya RM10 ok! Wan pandang muka aku. Aku faham dia maksudkan mahal. Aku dengan tegasnya kata, "takpelah.. kita dah sampai pun." Sambil terus bayar cepat-cepat. Banyak sangat fikir nanti menyesal pulak.
Haritu tak ramai sangat orang. Elok jugak.. kalau tak, sesak. Cuaca pun sedang-sedang elok je. Ha bagus sangatlah.
Bergaya ala-ala macho depan signage Taman Mini.. ;p
Rumah apa ntah lupa dah.. hehe
My fav pic! Macam 'empat ta~on la!'
Dia suruh aku delete pic ni sebab dia kata dia nampak 'gelap' sangat.. Mmg dah gelap nk buat lagu mana.. ahahaha.
Suruh je dia buat gaya apa pun.. suka je dia!
Kandid! Sangat jahat.........
Kandid lagi! Err.. sila abaikan paha yang besar itu.. Huhu~
Tengok tangga dah tau rumah negeri mana..
Penat dah.. Hu~
Aku balik Shah Alam hari Isnin petang. Masuk kerja hari Selasa tapi terus ikut induction training for 3 days sampai Khamis. Tu pasal lah aku tak sempat apdet.. :D
Benda yang paling aku suka masa induction adalah time jawab soklan. Haha! Dan sememangnya aku macam gila kuasa sket. Tetiap hari soklan, aku yg jawab.. Dah orang lain takmo jawab. Baik aku jawab, dapat hadiah! Huhu~ Well, aku kat Public Affairs Div kalo aku tatau jawab.. malulah beb! Lagi pulak, aku selalu berurusan dengan management.. takat nama directors tu.. for sure lah aku lebih tau. Tu pun aku tolong kawan. Suruh dia angkat tangan, then aku bagi jawapan. Baik tak diriku innehhh... ;p
Jumaat, macam lipas kudung lah aku.. Banyak betul menda nak kena setelkan. Claims itu ini. Big boz pulak nak gi umrah. 3 hari ni pulak schedule penuh! Start pose ni, Hallmark, Open Lounge tutup maka aku kena naik ofis. Tatau lagi nak kena buat apa. Tapi confirm ada keje! Hu~ Not happy with dat ok :(
Argh! Baik fikir perkara menggembirakan. Yeayyyy!! Esok wan nak ambik aku kat ofis. Hmm.. skarang turn dia pulak turun sini. Muahahaha.. Esok dia ada medical check up kat Klang then gi Putrajaya untuk buat license. Sukernye! Sukernye!! Orang ofis, sila jangan mengendap ohkey ;p
21 comments:
RM10 tiket masuk?humang ai..baik tengok wayang....
tapi takpe la..datang dengan yang tersayang, yang penting kebahagiaannya yg priceless,kan? :)
kak luna,
tu ar pasai. lupa nk cerita.. rumah ASEAN tutup for renovation. kalo mcmtu bayaq half jelah kan. kami nk mintak duit balik tp ofis dia da tutup.
betullll!! :D gi mana jelah asal dgn yg tersayang. mcm akak & family la hihi
lama giler x masuk taman mini tu.. last masa f3 kot.. padahal rumah kakakku dekat ngan taman mini tuh.. ;p
aku ingat lagi masa sekolah rendah ada rombongan pegi melaka. tapi tak ingat kita darjah berapa. yang aku ingat aku bawak nuget time tu. pastu main buaian ngan benda alah pusing2 tu. tempat tu pun aku tak ingat. pastu gi taman buaya masuk umah hantu. ntah apa2 ntah kan. dalam taman buaya ada umah hantu. fa, ko gi tmn buaya ada lagi ke umah hantu dalam tu?
x pasan pulak entry ni minggu lps? huhu
patut lama tak hapdet...aku 2 kali gi taman mini..plg best umah sarawak gak la..unik..nk wat satu la sok dh pencen..wahahaha
dah balik pun dia.. RM10!! pastu saling pandang2.. sama je mcm kes sy kat cameron dulu.. jwpn pun sama je.. alang2 dah smpi.. pmpuan ni pandai je nak lembutkan hati lelaki kan..
bfren nak amik lesen bwk heli ke?
tak pernah sampai taman mini tu....macam best je untuk posing2 memenuhkan album :)
amboi..sakannya bergambar...hehe
achik,
selalunya yg dekat tu lah yg terplg last skali kita pegi. biasa dah lagu tu. :)
zet,
ada eh? tak pasan la.. hehe. ko ingat lagi eh :) tak tau la ada ke tak..taman buaya tak sempat singgah.
kak masy,
mmg takde pon minggu lepas.. br je post ni. ha, saje la tuuu ;p
anul,
ha sila2. da siap nnti boleh la ajak kami mai. :) tp umah sarawak kat tmn mini tu sakit kaki la.. buluh dia kasar2. kalau yg kat sarawak tu halus sket buatannya.
flush,
pandai tu taklah pandai sgt.. ;p dia rs serba salah tu sbb sy yg kena kuar duit. hahaha..
kat cameron mmg dr dulu lg mahal.
tak. pesawat komersial. mcm otter, airbus. da abis course, lps dpt lesen then br bole keje ngn airlines.
kak lyn,
hahahhahah.. betul2 :D
chot,
ni dipanggil gambar 'aksi & petik'.. taklah sehebat gambar kandid awk tu :)
uishhh. kena byk bersabar ye.. selalu kena tinggal tu..
per souvenir yang hang belikan untuk ku? haa? tak sabarnye nak claim.
err gambo ke-4 tuh bukan ur bf yang gelap, tp ko yg pakai bedak bagi nampak putih ahaha. jk.
flush,
hurm.. tulah psl. skrg pun biar dok jauh2. biasa2kan. tp malas nk pk sangat.
ad3ck,
souvenir?? mau mai la umah ;p
berbatu jln kaki, berpeluh2 laa hilang bedak mekap semua..
patut la ilang sampai 2minggu, rupenya jalan2 ye.. bestnyaaaaaaaa...
entry paling banyak gambar, best...
ceera,
sila jeles. hehehheehe..
alaa.. bnyk gmbr pun, pusing2 muka kitorang je. hehehe
Penah p taman mini tu tahun 2004 kalau tak silap, dengan famili... :D
waaa... bertambah bahagia laa Anne skrg ek, buah hati dah dekat... best best... :D
waaaa, sakan sungguh anne bergambar ngan husb...eh lum lagi,hihii...:) penat org tunggu nak mkn nasik minyak tau kat simpang telok tu,ekekeke..
ps:cik abg, cepatla skit, anne tak sabaq tu,hihiii*lariiiiii
sas,
anne da lama sgt tak p sana. last dulu ms form 4. dulu tu nmpk cantik jugaklah tp la ni bnyk yg da reput2 da.
amboi2.. dia pulak yg seronok! hehe. dekat sikit je sas. dulu melaka, skrg seremban. bahagia? entah.. bahagia la kot. :)
acai,
kat kedai simpang telok tu rasanya ada je kedai jual nasi minyak. sila2.. ;p
mmg tak sabaq! huh~ argh.. malas2. tamau pk!
Post a Comment