
Entri semalam sebenarnya terhasil apabila aku memaksa diri untuk ingati semula memori yang indah-indah.. Mengenang memori seperti itu mengundang rasa syukur, rasa disayangi. Segalanya bermula bila semalam wan beritahu dia tak dapat jumpa aku kerana banyak sangat hal lain yang perlu diselesaikan. Ya aku tau urusan di Putrajaya tu penting.. lebih penting daripada aku yang kerdil ini. Aku rasa down sangat semalam. So aku memilih untuk imbas semula waktu-waktu gembira kami.
Sebagai lelaki tipikal dan manusia umumnya.. aku sedia maklum bila tertekan atau dalam keadaan di luar kawalan.. butang stres akan menyala di tahap 'danger'. Api kemarahan bole menyala tiba-tiba tanpa 'warning' jika tidak berhati-hati. Maka aku memilih berdiam diri. Memaksa dia menurut kata kita, atau lebih tepat memaksa dia menunaikan janji dia (padahal dia yang beria-ia kata nak datang jumpa aku.. aku tak suruh pun) hanya akan menjadikan keadaan semakin keruh.
Frust? Nak menangis? Pastinya. Tapi aku cuba menerima kenyataan bahawasanya dia dalam keadaan tertekan dan terdesak untuk selesaikan urusan mendapat lesennya dengan kadar sesegera yang mungkin. Atau mungkin dia akan tersadai berbulan-bulan tanpa pekerjaan. Itu lagi haru. Akhirnya aku memilih membelakangkan keinginan aku. Aku beritahu diri sendiri biar dia selesaikan segala yang penting dulu, tak perlu rushing semata kerana aku. Ada rezeki kita jumpa lain kali (walaupun aku pasti tak dapat jumpanya sehingga raya nanti).
Dan mungkin kerana ayat ambik berat aku tu atau memang segala urusan berjalan lancar dan nasib menyebelahi, tiba-tiba petang itu wan called dan beritahu dia dah otw ke Shah Alam. Suaranya ceria.. tak seperti pagi tadi, keras dan beremosi. Mudahnya dia 'tuned' balik... Tapi sesiapa pun bila dah selesai sesuatu yang penting atau terlepas dari masalah pasti rasa lega! Baru boleh senyum lebar. Tapi akulah yang terkulat-kulat.. Tadi dah 'redha'.. so nak 'tuned' balik rasa tu macam susah je. Tak rasa excited pun dia nak datang. Sehinggalah kereta dia terpacak depan ofis barulah aku dapat rasa tu semula perlahan-lahan.
Seperti yang dijanji, semalam dia jemput aku dari ofis dan awal pagi tadi hantar aku ke ofis. Aku ada juga buat 'onar' sikit semalam (balas dendam kot.. ;p) tapi dia sabar je dan pujuk aku balik. Huhu~ Gembirakah aku?!

Hmmm...
Harini rasanya akulah orang yang paling murah senyum kot. Hehe. Aku gembira. Lebih gembira sebab esok nak puasa. Hmmm... Selamat berpuasa lah kat korang semua ye :)
27 comments:
entry ni pon tak tau nak komen ape muehehehheh
saje je kan ;p komen je, org tak nangis dah
bagus2...nk wat pe marah lama2..merajuk lama ngan partner..bukan best pn. Tangglkan je topeng ego masing2..lg penting discuss how to make it better drp dok gado2
selamat pose.
ko dah tau lum, yin dh bersalin. baby boy. anak merdeka.
amoihhh.. lebarnya senyumm..
maknanya.. xde can la nak berbuka sama2 ye.. sadisnya..
slamat pose jgk..
anul,
baekkk... ;)
setuju tak if sy kata kdg2 gaduh ni sbb nk attention fm partner? apapun syukur sbb ada bf yg reti nk memujuk. kalo dia buat dek je.. nasibla. hahaha!
zet,
samat pose kat ko jugak. oyeke?! dia pregnant pon aku tatau.. heheh. so sepasang la skrg dia eh. ko bile lg? :D
flush,
hehehehe... nk buat camane, if nk jugak berbuka sama.. sy kenalah sacrifice sket.. kena gi tmpt dia pulak.
pose jgn tak pose. esok jgn buat2 lupa pulak! ;p
selamat berpuasa Anne...
kalau sudi pos la kad raya kat aku :)
aku plak suka dipujuk. kadang2 buat pasangan merajuk tapi aku menunggul gak sampai dia yang pujuk aku...muahaha beshnye.
bergaduh selisih buat korang sempurna haha.
selamat berpuasa :)
wrong,
big girls do cry, horribly
;)
selamat berpuasa anne, dan selamat hari raya. cuba cuba penuhkan 30 hari ya. ahaks
13may,
selamat berpuasa kat hang jugak
bak meh alamat!
orang biasa,
untung jd org yg selalu dipujuk. hehe..
ad3ck,
eceh.. cam jiwangs lak ko neh hehe. insyaAllah.. :) selamat berpuasa kat hang jugak!
king,
hahahahahaha! precisely..
selamat berpuasa.. dan raya juge ;p hahaha.. mcm tak boleh je hehe
Salam Ramadhan.
selamat menunaikan ibadah puasa Anne... :D senang laa kalau dapat yang pandai pujuk... :p
selamat berpuasa anne..
lepas raya baru leh jumpa ek.. takpe la, buleh rindu2an.. hehehe ;p
ah kim,
salam kembali.
sas,
tq.. semoga ibadah kita diterima. amin. alhamdulillah.. tp tatau la nnti2 tiba2 tak reti pujuk lagi ;p
achik,
selamat utk achik jugak..
hu.. penat tau nk berindu-rinduan ni hehhehhe
selamat berpuasa...
Yup..stuju le jugak. Kdg tu..sbnry kome2 tu slg rindu..tp kdg takleh jumpa..ada reason la si bf ke gf..ha..mula la benda kecik wat gado2.
Tp yg pasti..lepas settle gado2..rasa lg syg..btul x?btul x?at least wat masa ni la
citer la bab puasa/bukak puasa plak..
:) selamat berpuasa Anne
senyum sampai ke tinge tu.. ehehe selamat berpuasa ya!
bestnya kena pujuk ngan bf, wuwuwu.. saya kena mintak pujuk baru di pujuk, chaitttttt...
waa, bertuahnye anne nih,hihii...:) majuk je cepat je kena pujuk..sampai sini nampak senyum lebat tu,hehehe...:) slmt pose anne..
:) tengah senyum kat awak ni.hehehehe
walau pun letih puase,jangan lupa sedekah senyuman tau :D
ujian kecik je baru anne..ALhamdulillah Anne dpt petunjuk camna cara yg betul menghadapi tekanan...ya mmg tepat cara anne melihat yg positif dlm hubungan korang dan bertolak ansur dgn keperluan dia dan keperluan Anne..akhirnya anne dpt balik kebahagiaan yg anne cari..
ni suatu proses pembelajaran yg tak diajar di mana2...bersyukur lah ttg itu ok? :)
aduh.. lama tak menjengok hehe :D
orochi,
selamat berpuasa utk awk juga!
anul,
hahaha.. betul2!
flush,
sabar bang sabar.. ;p sy ni pun br la ni dpt reply komen. sat2 na :)
kak lyn,
samat berpuasa utk akak jugek :D
lin,
amboiii.. sampai ke tinge?? takot pulak org nengok nnti. ahahaha..
ceera,
sket2 lg tu dia pandai la tu.. hehe
acai,
tunggu acai pujuk lambat. muahahaha! samat puasa ye awak..:)
butaseni,
terima kasih.. sy pun tengah senyum kat awk jugak ni.ehehe...
kak luna,
insyaallah.. nk mempertahankan tu yg plg sukar. harapan sy supaya dpt terus bersabar dan bersyukur dan seterusnya berbahagia. aminnn :)
Post a Comment