This morning aku kena lectured dengan sorang senior staf yang aku anggap macam mak aku sendiri. Atas sebab yang aku sedia maklum.. keselamatan.
Mak : anne selalu ke balik lambat2 mcmtu?
Aku : tak la selalu.. tapi dalam seminggu adala 2,3 kali mak.. kenapa ni?
Mak : takdela.. mak ni da lama kat sini. mak cuma nk bagitau, kalau boleh balik sebelum magrib. jgn berlama-lama kat ofis tu. mak bukan nak menakut2kan kamu tp building tu memang keras sikit tempatnya.. da macam2 da berlaku dulu.
Aku : saya de dengar jugak dulu tapi sy takleh nak elak lagi la mak. kerja saya banyak.. kena kejar kerja salesperson. kalau tak masa appraisal nanti seolah2 dorang tak perform, bonus cikit,.. intensive pun tak dapat. macam saya tak wat kerja pulak nanti..
Mak : mak ni kesian kat kamu.. i think u should voice out pada manager kamu. itu kerja untuk 2 orang tau..
Aku : saya da request da mak..
Mak : hhmm, kamu ni.. tp mak betul2 risau kalau kamu balik lambat. next time, kalau tak siap jugak,.. just leave it. then continue the next day.. ok??!
Aku : insyaAllah mak..
*********************************************************
Banyak orang banyak ragam kan.. Ragam aku.. .. kalau hati tengah resah, salah satu cara untuk mengahalau keresahan tu adalah dengan memasak! Esok aku ada 3,4 kek untuk disiapkan... kalau tak hilang lagi resah tu, tak taulaaa... hehe.
**************************************
Aku jumpa 'benda' ni 3 tahun dulu. Ada sorang lelaki ni duduk sebelah aku dalam bas balik ke Klang. Dia turun dekat Shah Alam dan tak sengaja (atau mungkin sengaja, aku pun tak tau..) tertinggal sehelai kertas yang tertulis,
ada suara yang memanggil
entah tidak ku kenali
menguasai hati dan deria pendengaranku
ada tangan yang menghulur
entah milik siapa
mengangkat hati dan pandanganku
ada akar yang menjalar
entah menyusur dari mana
mengikat hati dan jasad nan kerdil
ada sinar yang terang
entah datang dari mana
menembusi hati dan minda
ada cahaya yang menyuluh
entah muncul dari mana
menerangi hati dan iman..
... dan ayat yang seterusnya aku tak dapat baca sebab penuh dengan contengan. Mungkin dia da cancel. Pastu kat bawah kertas tu ada satu coretan,
'aku benar2 kebuntuan. tolongla suara, tolongla hati!'
Selepas peristiwa tu, aku tak pernah terjumpa lagi lelaki misteri tu. Aku tak pastilah samada itu coretan hati dia atau apa.. . Kekadang bila teringat, rasa kesian pun ada,.. takut pun ada..
......
Tapi aku ada pendapat aku sendiri. Aku rasa lelaki tu da ketandusan idea nak habis kan 'cerita' tu. So, tribute to d mysterious guy, apa kata korang tolong dia completekan 'cerita' dia tu?? Bole??..
6 comments:
salam anne,
Yang pastinya lelaki itu bukan aku...
hahahahahah!
waa.. best la.. rasanya tak payah di abiskan pon takpa..
sham,
sy pun suka bc benda tu.. selama 3 tahun sy simpan sampai da bole hafal da. tp tula, rs mcm tersangkut mcmtu aje, takde kesudahan...
perlukah ada kesudahan?
sham,
setiap perkara ada kesudahan kann..
Post a Comment