
Dumm!! Satu bunyi keras kedengaran.
Anda bisa berandaian barangkali ianya bunyi petir. Atau saja bunyi dua, tiga kenderaan bertembung! Terpulang sejauh mana imaginasi anda.
Tapi itulah yang saya dengar! .. bunyi yang menghentam kuat, tepat dari dalam dada. Terasa sakit di dalam dada!! Ya, itu yang saya rasa! O.. kedengaran seperti sangat merbahaya penyakit ni. tapi.. jangan risau, kesakitan yang seperti ini tak perlu dikejarkan ke wad kecemasan.. mahupun sekadar untuk mendapat rawatan pesakit luar! Tak perlu.... *senyum sambil goyang jari telunjuk* Ubatnya tak dijual di klinik2, apalagi di hospital swasta.
Bagaimana rasa sakit yang saya maksudkan? Baik, sedikit panduan atau petua untuk anda mencuba. Mudah-mudahan anda dapat memahami rasa yang saya maksudkan. ;)
Cuba anda bayangkan diri anda sedang memandu kenderaan untuk pulang dari tempat kerja. Ketika kenderaan berhenti di lampu isyarat.. mata anda terpandang kedai berhampiran jalan yang sedang mengadakan jualan murah! Di dalam hati anda sudah berkira-kira mahu bershopping sakan di situ. Tiba-tiba ada sesuatu yang lebih menarik perhatian anda. Kelihatan sepasang merpati dua sejoli sedang berlenggang kangkung melintas jalan di hadapan kenderaan anda. Dan ianya seseorang yang anda kenali; mungkin saja teman lelaki, wanita, isteri, suami atau seseorang yang penting dalam hidup anda sedang berjalan berpegangan tangan serta bergurau senda dengan orang lain yang bukan ahli keluarga atau sesiapa yang layak untuk memperlakukan sebegitu.
Apa yang perlu anda lakukan adalah, letakkkan tapak tangan di dada dan hmm.. apa anda rasa?
Sakit?
Di mana?
Di dalam dada?
Ya, tepat sekali. Anda memang seorang yang bijak! Beruntunglah emak anda melahirkan anak yang bijak pandai seperti anda. Syabas untuk diri anda sendiri!!
Nota kaki : cerita ini mungkin mengandungi unsur-unsur lepas geram. maka anda perlu membawa ubat-ubatan sendiri atau lebih mudah, pandai-pandailah mengelak jika terasa di'fire'. cerita ini juga tiade kena-mengena secara langsung dengan si penulis. beliau menegaskan bahawa petua dan panduan tersebut hanya sekadar hiasan semata-mata. Tak ada kena mengena hidup dan matinya punn. kerana menurut kata beliau, JIKA perkara tersebut berlaku ke atasnya,.. sudah tentulah di ketika ini beliau tidak dapat mengepos entri ni kerana sedang bercuti di sebuah pusat peranginan terkemuka kerajaan di sungai buloh.. penghargaan khas di atas aksi yang mungkin lebih dasat dari filem remp-it err.. ataupun tokyo drift!! sekian, harap maklum.
~
~~
~~~
~~~~
Nota untuk seorang kawan: ^^^ sy minta maaf kalau selepas ni sy akan semakin jauhkn diri dari awak... jgn wujudkan pemikiran yang sy tak suka berkawan dengan awak, ianya tak benar! jgn letakkan kesalahan itu di atas bahu sy. sy perlu lakukannya sb sy takut kalau rasa itu benar2 wujud dan berkembang dalam hati ini... hmm, susah lah sy nanti..! walaupun sy tak pasti hubungan awak & dia.. tp sy br tersedar ada sesuatu yg istimewa di situ. sy perlu berundur sementara masih ada waktu utk melakukannya. dilabel sbg pihak ketiga bukanlah perkara baru dlm hidup sy dan ianya bukan sesuatu yg bole sy banggakan. sy akan selalu doakan agar awak gembira bersama dia. sy pasti akan merindui semuanya.. tapi inilah cara yang terbaik, percayalah! maaf dari sy untuk segala-galanya.. moga Allah merahmati hidup kita.
41 comments:
ermmm...selalunya bila sy dah break dgn gf lama..putus cinta dan sebagainya...lepas tu mmg dah tak jumpa dah...dan tak penah pula jumpa ex-gf berjalan2 dgn lelaki lain berpegangan tangan...kalau jumpa pun, mungkin sy ok je sbb benda yg dah berlaku, sy let it go 100%...cuma kenangan2 yg terindah sahaja sy simpan...
Perasaan mcm ada satu bom kat dada tu...selalu berlaku kalau terserempak dgn org yg kita suka...dan kalau baru break, terjumpa plak ex-gf...mmg ada bom di dada....Kabooommm!!!...pastu rasa tak tentu hala...mind elsewhere...
Anyway, refering to "Nota utk seorang kawan"....I'm confident that u're doing the right thing. You gotta do what you gotta do. For your own good ;)
langgar je dia tu!
p/s : tak apalah, ingat satu perkara sahaja. dia bukan yang terbaik untuk anda, bukan anda yang tidak terbaik untuk dia.
:(
Orang yang cantik macam awak pun dicurangi juga! rugi besar la orang macam tu!.
Patutnya, sapa yang dapat orang macam awak nie, dia kena jaga awak baik-baik!
Tapi tak per! Lesson learned and life must go on! Patah tumbuh, hilang pasti berganti :)
kes curang ek ni?hmm saket ati mmg aa saket ati,tapi ape bleh buat,nak langgar kang,kes polis plak,hmm cara paling mudak pi makan aiskrim kot,dah tenang baru pi sekeh pale die huhu
morning wak..keje tak ari ni..awk ni mcm2 tau..ingat awk tadi dlm entry nih..hehehe
nd,
hahaha! mcm tulah rasanya! kaboomm.. :D
hmm.. psl nota utk kwn tu.. ya, sy pun konfiden gaks ;) dats y i decided to do it.
btw, bila dgr 'kenangan terindah', dat song agak ngam ngan awak laa!!
king,
langgar?!.. haha, a'ah ya. untung2 boleh dapat percutian di hotel terkemuka kat Sg buloh tu. ;p
p/s: yg terbaik is out derrr.. kot! ;p donno laa..
cham,
awat hang wat muka lagu tu??...
azmi,
hahaha! org cantik ramai kat dunia ni. dan cantik bukan penentu segala-galanya..
ya,pernah dicurangi satu ketika dulu. tp life goes on selagi tuhan belum kata berhenti!
kure2,
hahahahaha!! mmg pun sy wat mcmtu. balik umah mkn aiskerim. kasi hepi2.. tp pastu tak ar pi sekeh pale dia.. hehehe! lantak pi la dia. tak rugi apa puunnn.... :D
moning acai.
arini br masuk keje. pg td lmbt sket sbb mlm td ada kenduri so kelam kabut sket pg ni.
tu bukan cerita sy. tp perasaan sy samalah mcm cerita tu.. :)
eh, korang nmpk tak link bawah tu ternaik kat entri???! pesal eh tetiba jek camtu.........
link awk tu sejak bulan lepas pun camtu...tu yg saya pelik gak tu...
Lagu Kenangan Terindah tu mmg feveret tu..sbb tu asyik dlm kepala je pastu di apply kan dlm komen tu..hahahah
link tu mmg dah lame aa gitu dek non.. akak ingat akk je yg tgk gitu..huhuhu..
org ketiga??huhuhuhu mmg x best aa jadik org ketiga..huhuhu
nd,
laaaa..yeke! sy baru pg ni nmpak mcmtu.. sblum ni takde pulak,ok je. merajuk lagi lah blog nih nmpaknyaa.......
haa, akak pun sama!!!! lerrrr... lama da merajuk blog ni upenyeee.
sbb tu la, lari jauh2 lau bley. takmo terlibat. tak sker..
haa...dah ok dah tu...baru sedap sket mata memandang...
nd,
ok ker?? cam sama jek
haaa ni baru ok..lalalallala
yup..dah ok...saya guna mozilla firefox...
laaaa... slama ni rasanya sy guna ie je. tak penah lak guna gorilla2 ni.. cane dia leh tukau sendiri ni eh. hehe!!
owww, sy da tau nape!! sy guna pword kakak yg da pindah ofis len tu.. kira mcm share la. dia nyerr yg tukau kott, da upgrade to firefox..
entri yg cantik.
dah entri sedih lain mcm jer..... takan saya nak gelak kot
zizie ali,
entri awk pun cantik juga! baru saja pulang dari lawatan rasmi ke blog awk :)
cham,
sedih ker?? entri lepas geram laa. mebi yg nota utk kawan tu kott yg sdih ckett.. pe salahnya ketawa.. moral sapot org kate!! :P
Bila yg tertulis untukku adalah yang terbaik untukmu... ;)
..kan ku jadikan kau kenangan yang terindah dalam hidupku..
ceewah!! ;p
...namun takkan mudah bagiku, meninggalkan jejak hidupmu, yg telah terukir abadi sebagai kenangan yg terindah...
azuurraaaa...ohh azuurraa...
ehh..silap kaset daaa...
Tuhan memberi isyarat yg dia bukan yg sesuai untuk kau....
Selayaknya bersyukur.. :)
nd,
alalalaa..len kali bli yg original.. takmo dubbing2...
:P
BP,
ya.. sememangnya satu petunjuk.
syukur alhamdulillah.. :D
morninig anne..
lupe nak tanye smlm...emm, kawan tu sape wak...?hehee...:)
faisal,
morninig! *tiru ejaan acai* sampai silap eja... taulah mlm td tido concorde.. tilam empuk.. simut tebal.. khkih!
err.. :D org yg sy maksudkn tu mungkin tahu yg sy maksudkn dia tp.. mungkin juga dia tak tahu yang itu adalah dia. haha! berbelit dan terbelit. biarlaa..
seorg kawan yg telah menyentuh hati sy mungkin.)
Morning Anne...
ohhh..kawan yg menjadi "kawan" di hati awk la eh...dia taktau ke yg dia menyentuh hati awk?..musykil..;)
nd,
morning.... :)
maksud awk, dia tau dan sememangnya ingin menyentuh hati sy??!! hahaha!! ntah la nd. kalau benar begitu, biar dia cari sy. buktikan..
hati batu mcm sy ni (kata org la..)pun kalau kena dgn caranya, lembut jugak..
pstt, smbil taip komen smbil dgr kenangan terindah :P
Maksud sy...dia tau ke yg awk ada satu perasaan terhadap dia?...sama ada awk pernah ckp kat dia ke...ataupun korang hanya berkawan mcm biasa, tapi mungkin dia tak rasa pape..dan hanya awk yg ada rasa tu...dan mungkin juga dia ada rasa tu tapi dia tak ckp...dan awk pun rasa camtu dan awk tak ckp gak...
gitu ke?...hehehe
psstt, pc opis ni takde speaker..takleh dgr lagu...ahahahahh
ekceli kan nd, it started when i 'saw' him wif dis gurl.. then suddenly je i get jeles!! nape i nk jeles kalau kita kawan kan??! sy ada ramai kawan lain tp tak penah rs mcmtu. funny huh~
dia tak tau sb sy tak bagitau. dan tak rasa pun nk bagitau... samada dia pun ada rs yg sama, tak tau lah. harap2 tak.. we're frens.. once sy da decide nk lupakan rs tu.. ya, sy akan buat.
Ohh..begitu ceritanya...i tot so...
now u have decided to forget those feelings...so, carry on and just do it..Good Luck! ;)
tenkiu ;)
ur welkam-bing.. :D
busan sungguh ini hari
nd,
a'ah.. mmg buhsannnn..
hmmm...............
buhsan tahap gaban...
malasnyeee nak gi cheras ptg2 nih..where r u working anne?
nd,
cheras sure jam ptg2 ni.. so jgn lupa bwk roti tp jgn bwk roti hi-5 tau. huahuahua!!
near klang..
ermm ha'ah roti hi-5 jgn ler mkn...gardine pun jgn...roti canai okk..! heheh
pandailah kurzzzz!!!!!!
x tau la sbb sy blum penah bercinta
Post a Comment