Ambik hati cara aku.. cukuplah sekadar membuat orang itu merasa selesa dengan aku. Teknik yang paling mudah.. senyum. Tapi bagi bos aku pulak, ambik hati seharusnya disertakan dengan puji-pujian, bertanya itu-ini dan mengikut orang itu sehingga ke destinasinya.
Melakukan perkara yang di luar kebiasaan seperti itu bagiku umpama mandi tanpa sabun, basah tetap basah tapi tak wangi. Umpama makan tanpa minum, kenyang tetap kenyang tapi macam nak tercekik lah kan.. Apa yang di suruh, aku buat tetap buat.. tapi rasa incomplete. Macam cakap ikut skrip.
Aku nak bagi standing ovation kepada orang-orang yang terer bab ambik hati ni. Serius.. Ambik hati ni ada banyak kategori.. kalau terlampau sangat akan jadi kaki bodek! Haaa... tu yang aku takut tu.
Macam semalam, aku cuba lah jugak. Boring dah dengar orang bebel pasal benda ni. Time tu Tan Sri tengah tunggu lif. Lif kat sini memang lembap sikit. Lebih 40 saat dia berdiri kat situ. Berpusing-pusing.. Aku pun tegur, " Sihat Tan Sri?" "Ha?", buat muka macam tak dengar. Aku ulang tapi dia masih tak dengar. "Apa?" Sambil datang ke arahku. Gulp. Alamak.. "Err.. Tan Sri sihat ke?" ulang ku kesekian kali sambil tergugup gagap. "Oo.. ingat apa td. sihat" Kemudian aku diam. Kelu. Tak tau nak 'jual' apa lagi. Ting! Nasib baik lif jadi penyelamat.
Lepas tu aku terus rasa kesal. Awat aku tak tanya dah makan ka belum. Tu lebih sesuai. Yelah, kalau dia tak sihat.. takkan lah boleh ada kat situ kan! Aduhh... tah apa-apa ntah. Tapi.. takkan nak tanya saham beli berapa lot.. or soalan-soalan ilmiah kot.
Aku memanglah peramah.. tapi tengok keadaan, tempat dan dengan siapa. Macam situasi tu, range ketara sangat dari segi pangkat.. juga umur *rambut abih putih semua daaa... * so aku percaya cara nak approach orang macam tu perlu lebih formal. Setakat nak hai hoi tu.. lupakan jelah. Itu kalau hendak approach la.. kalau aku.. aku pilih untuk senyum dan bagi salam. Enuf. Melainkan orang tu memang nak bercakap or tanya something dengan kita, then it should be no problemo untuk aku bercakap lebih lanjut.
Mungkin ada orang akan kata aku jenis yang 'jual ikan'. Tak kisah la.. rather than memalukan diri sendiri baik tak payah! Tak pasal-pasal orang kata kita membodek pulak.. ha, lagi parah! Bila kita cuba jadi 'orang' lain.. 'benda' tu jadi tak realistik. Plastik. Aku nak jadi diri sendiri. Aku selesa.. semua orang juga selesa. Tapi aku tau satu orang je tak 'selesa'.. bos aku. Huhu.. ;p
*
**
18 comments:
tinta pun sama...tak reti lah nak membodek orang. Kalau jumpa org2 atasan senyum aja atau sekadar bertegur nama.
diri sendiri pun akan merasa musykil bila org lain terlampau ramah tamah tak tentu pasal...mcm nak membodek apa2 saja..haha..
saya tak pandai nak berbahasa, apatah lagi nak amik hati segala, euwwwww.. tak suka.. Tapi kalau dengan bos tu, wajib/terpaksa... hik hik hik... tapi ala2 ajer la, tak la over sangat kan...
betoi la Anne...senyum pun dah memadai....
*senyum kat Anne byk2*
ni bodek nih...hahha
sas pun tak reti bab ni... walaupun talkative, tapi bila masuk bab ni, hanya mampu tersenyum sahaja...
akak pemalu auww~ *blushing*
"Hi Tansri...naik tangga je la Tansri.."
wakakakakakakaka...
tinta,
ha'ah.. itu dah cukup menunjukkan yg kita hormat dia. kalau terlebih ckp nnti dikata tak hormat pulak kan..
ceera,
yg terpaksa dan dipaksa tu lah kadang2 mcm berlakon pun ada. mcm bc skrip. tak suka kan.. tak ikhlas.
13may,
oo.. bodek ya. maaf, bodekan anda tak laku ;p huhu
13may,
sila cuba lg ;D
hahaha!
sas,
kita sama2 tergolong dlm org2 yg tak reti bab2 mcmtu. takpe sas.. senyum lg bagus.. sedekah ;D
kak masy,
mmgla.. pakai blusher~ ;p
nd,
ohooo.. manyak berani ar incik. lps ni takmo ckp pape lg. kalau ditanya br ckp.
peramah tak pe.. ramai yang suka dari yang tidak...
pemarah.. memang takde orang suka...
saya agak tidak pandai mengambil hati.
bodek apatah lagi..
aku penah naik lif ngan sorang menteri. taktau nak kata/buat ape. last2 aku berdiri betui2 depan pintu lif, membontotkan menteri tu...haha.
jadi la diri sendiri. jangan hipokrit. pedulikan ape yg orang katekan.
sbb dis is ur life. u live it with ur own ways.
so, ignore wad ppl say. hehe..
take care ;)
sama la x reti gak nak berbasa basi ni.. huhu.. seb baik la keje x memerlukan aku buat camtu.. ;p
anne seorang yg peramah dan suke senyum!~hihiii
'Oo.. ingat apa td. sihat'
err mesti Tan Sri tuh igt ko nak ngorat dia hehe.
pa'achik,
betul le sesangatnya ;)
dia,
same as me lah.. ;) but some people they hv dat kinda attitude yg peramah tak kira dgn siapa.
orang biasa,
ekceli sblm ni aku pun pernah ternaik lif berdua dgn beliau. mmg la aku senyap dan sama seperti kau, mem'punggung'kannya. haha! kali ke-2, aku naik lif tingkat 2 n keluar tingkat 3. dr belakang beliau bersuara, "laa, 1 tingkat je.." aku dgn malu2 kucing keluar dr lif tu. sbb tu kali ke-3 aku cuba bertegur sapa tapi aku rs aku memalukan diri sendiri ada la.. hehe
zinnera,
ya lah.. dis is who i am, if u do not like d way i am.. wat to do.. ayam tak patuk itik tak sudoo! hehe ;D
take care u jugek!
achik,
hu.. nasib baik mung. dah kerja.. nk buat cmana.
acai,
bodek nmpak...
;p
ad3ck,
hahaha! pandailah ko.. aku pk dia ingat aku nk tanya pasal saham ke. ampu2 ke.. ;p
Post a Comment