Tatotnyee sayeee...
Ada orang kata aku nampak lembut tapi ada juga orang yang kata aku agak berani, keras & strict. Aku sendiri rasa.. bergantung keadaan jugak. Kadang-kadang aku bole jadi lembut kadang-kadang bole jadi garang, degil. Mungkin sebab ada background dan kecenderungan 'ala ketenteraan' yang agak kuat jugak dulu. Plus adik-beradik yang semuanya lelaki. Tapi dah namanya perermpuan.. keras macamana pun, bila usia menginjak.. secara semulajadinya akan jadi wanita jugak kan. Dan sebenarnya dalam keras-keras tu, dalam berani-berani tu.. deep down inside aku sebenarnya seorang yang lemah semangat. Atau bahasa mudah, penakut jugak sebenarnya..!
Dulu ada satu kejadian masa jadi fasilitator di universiti. Berlaku di kolej kediaman masa perhimpunan. Bermula dengan seorang menangis hingga berlakunya gangguan halus. Aku hampir hilang nafas bila lebih 1000 pelajar menyerbu ke arah kami dengan jerit pekik. Aku tergamam. Diam. Kaku. Semangat aku terbang. Walaupun tak diganggu tapi aku pun 'dirawat' jugak. Sejak peristiwa tu, bila ikut program itu ini selalunya kawan-kawan akan 'guide' sepenuhnya bila ada kes gangguan berlaku. Mula-mula aku tak faham. Aku pelik kenapa dorang bawak aku gi tempat lain. Sembang ramai-ramai, berkumpulan. Rupanya dorang takut aku terkena sebab aku lemah semangat. Langkah berjaga-jaga la tu kot. Alhamdulillah sejak tu takde apa-apa pun berlaku. Aku ok je sampai harini.
Lagi satu, aku akan lemah dan sengal satu badan bila jalan yang tak pernah jam tiba-tiba jammed teruk. Berdebar-debar macam nak kena heart attack pun ada. Sebab aku sangat penakut yang amat kalau ternampak accident! Lebih-lebih lagi kalau aku yang memandu. Nak tak nak aku kena lalu gak jalan tu kan. Lagi parah kalau siap mangsa still ada kat situ. Dengan darah-darah bagai. Aduhh! Memikirkannya ni pun dah pusing kepala. Apatah lagi kalau di tempat kejadian. .
Aku ni jugak antara orang-orang yang takut tinggal sorang kat umah. Kalau aku sorang aku akan make sure aku tido. Tengok tv pun bole gak tapi masalah yang timbul bila tertengok iklan or sedutan cerita hantu ke seram ke.. dah sudah.. berdebar-debar jelah lepas tu.
Baru-baru ni pulak masa aku kat rumah sorang-sorang, malam la kan.. aku terdengar orang menjerit mintak tolong. Mula-mula dengar, aku terkejut. Terus tutup muka dengan selimut. Senyap sekejap. Kemudian bersambung lagi jeritan tu. Dengar pulak bunyi hon dari seberang jalan. Dalam takut-takut tu, aku bangun jugak jengok kat tingkap. Terus ternampak sorang perempuan keluar dari semak seberang jalan memegang tudung kejar sorang lelaki ni sambil terjerit-jerit. Satu kereta dari seberang jalan berhenti dan kejar lelaki tu. Malangnya sebab jarak yang agak jauh aku tak pasti apa cerita sebenarnya. Tapi yang pastinya jantung aku berdegup kuat, berdebar woo. Tak tau nak buat apa, terus called kak masy. Ketaq-ketaq cerita. Hu~ Sampai pagi tu sakit dada.
Tulah antara cerita seorang penakut seperti aku. Hehehe.. Tapi dalam penakut-penakut ada jugak yang terlebih berani. Aku bole je travel sorang-sorang.. drive sorang-sorang. Aku berani je kalau pergi mana-mana selagi aku tak tau cerita.. Tapi once orang dah cerita, maap la nak gi lagi. Hu~ If berjalan dalam gelap, ada bunyi pelik-pelik.. aku mesti nak tertoleh-toleh nak tau apa yang berbunyi tu! Hahahaha ;p
16 comments:
hai anne.. alycia setuju dgn pendapat anne.. lebih rela tak tau cerita daripada dah tau... kalau dah tau, mesti lepas tu jadi seorg yg penakut hihi...
erk kite same la anne
eh pompuan tu kejau lelaki ke, lelaki tu kejau pompuan? aiseyyy.. telepon rosak betoilah akak ni hueheheheh
takpe.. jgn tatot sgt.. ingat, Allah kan ade (pesanan berunsur Islamik dan dakwah ini dibawakan secara percuma kepada anda). hihi~
ulfa....
bukan aku sorang aje la yang penakut nampaknya....
alycia,
hahahha! tulah pasal ;D
lindosh,
sib baek ada geng.. hehe
kak masy,
pompuan tulah kejar kak.. ish2. terlebih mkn ni kot smpai salah2 dgr.
betul2..*insap2* tp kekadang takleh elak la rs takut tu.
della,
hahahaha! yeke.. ;p
Bila aku baca kisah ko ni kan, aku dapat satu rumusan. Rumusan tu ialah...ko kena kawen. Heh!
my new address, sila la tukar sekali kat ur link, sori menyusahkan... hehe... huruf e jadi number 3, dan huru o jadi kosong... okey???
http://c33ram00n.blogspot.com
azzam,
hahahaha! yolah tu.. kalu kawin sama gak, kena duk umah sensorang gak. takut gak..
ceera,
patutlah bukak tak dapat. thanks! :)
Salam..
pekaba...jangan takut nak makan sudah la.. :D
ok la tu.. berani2 takut.. takut2 berani.. ;)
normal la tu rase takut. kalu tak takut langsung barula tak normal. aku takut mak nyah datang dekat. awww!!!
sas tak suka dengar atau tengok cerita hantu... sebab daya imaginasi sas amat kuat dan boleh bayang rupa hantu tu dengan amat detail sekali... tu yg tak sanggup tu...
akak kalo tengok citer antu, tutup muka dengan bantal dari mula sampai la abis.
pehtu bising suh dato citerkan kat akak.
pehtu siap laa..
kena bebel pulak dengan dato,
"Baik takyah tengok kalo macam tu!!"
hehehe.
deanz,
kaba baik. ish.. yg tu mana bole takutt.. hehe
achik,
err.. macamana tu ek.. hehe
orangbiasa,
euww..yg tu aku tak takut cuma tak suka jee..
sas,
yeke?!! tatotnyeee..
kak ungku,
hahahaha!! samalah tu kita... ;p
sya mmg xsukeee tgok citer2 yg seram ala2 Ju-On..or semua citer jenis seram jepun-korea..seram omputeh bleh tgok lagi....huhu
p/s:so harap2 paham le yer ;p..bukn takot..cume xsukeee jer...*kaber2 haaahahaa
takut cite antu?
hahahahahahahahaha
aku pun takut jugak.. wakaka
errr xla takut sgt.. tak suke je.. hehehe
Post a Comment