Wednesday, December 31, 2008

last chapter

31 dec 2008. time flies by and finally it comes to the end. pretty fast huh. and tomorrow will be a new chapter of life. my life. just like previous years.. no celebration. no hang out for countdown.. no stranded in traffic jam at 3 in the morning.. it's totally a copy-paste story. every year samaaa je. u shall say i'm a conservative or katak bawah tempurung ke.. technically i am not. hahaha! but emotionally.. well ya =p.

if u've got plan for countdown tonite, do take care ok. i'm pretty sure i'll be nicely in bed before countdown =) and wake up the next morning dgn bersemangat =D ehem, hopefully ada sebab yg bagus utk rasa bersemangat tu :P

wpun tak ada new resolution but i have decided on something. for my own sake. mungkin i'll be more secretive to 'secretive person' too. it's a win-win situation la kan! ;) what u gv u get back.. hahahahahahhahaahaha *gelak jahat* ok..ok, jgn ada resolusi tak baik ye.

what else ye.. ermm.. oh! i always wanted to loose more weight. ye... ye.. i kno i already kurus enuf. and i'm happy i can wear size 26! but still i need to workout and get shape.. not a ply-wood. kehkehkeh! again, it's a gurlz thingy. hence it's for career-wise. to be more self-assured. bla bla bla.. so, first thing first. should start wif gym next week. here i come... :)

b sila jgn kutuk okeh.. i'll make sure akan berjaya dis time. chaiyo'! =D

let's say gudbye to 2008, and welcome 2009!

*****

2 Jan. the day i met u. cicakman. remember??

Tuesday, December 30, 2008

::another summer day has come.. and gone::

aku kembali bekerja harini. hari pertama kerja di tahun baru hijrah. tiada resolusi tahun ini, itu resolusi aku.

cuti haritu panas punggung duduk saje kat rumah. nak keluar sorang-sorang, erm.. takmo la. nak ajak kawan, pun tak rasa nak. lgpun nanti keluar, takut tershopping! dah banyak sgt shopping lately. sekarang ni tak bole bazir-bazir sangat. kena simpan duit for holiday yg lebih kurang two months time je lagi.

so kesudahan semalam, aku cuma mengadap tv. atau lebih tepat, menatap filem abg nuar dgn kak amy yg entah keberapa puluh kali ku tonton. gilak ah! aku minat giler kat amy mastura. semua filem dia aku tgk! cakap je, semua aku tau. hehe.

oh ye, psl entri lepas tu... hehehe~ ampun harap diampun kerana telah memeranjatkan anda semua ye. sehari dua ni aku dah tak mimpi mcmtu lagi dah. hehe. tapi kan, akhirnya aku tahu sesuatu yg mungkin ada kaitan dengan mimpi tu.

realitinya, memang ada orang bertanyakan aku. baru tau sabtu haritu. bukan sorang tapi dua! berdebar-debar betul aku. sebab tak sangka. tapi aku anggap hal tu da selesai kerana kawan baik aku dah tolong jelaskan kedudukan sebenar bagi pihak aku. itu lagi aku tak sangka sebenarnya! sebab setahu aku la.. kawan aku yang sorang ni memang agak kurang berkenan dgn 'status & situasi' aku sekarang. dia lg emo daripada aku tau. hehe. one of the reasons mungkin sebab dalam dua tahun ni, sekalipun dia tak pernah nampak kelibat wan. u know.. ala, gurls thing. susah nak cerita. apa-apa pun, thanks fren. ur understanding is much appreciated. cewah.. =)

dikesempatan ni jugak nak ucapkan tahniah to my fren, julia diatas kelahiran baby sulungnya. last month aku sempat jenguk dia. dah sarat sangat dah time tu tapi sempat buatkan kawan baik dia ni breakfast. mi bandung lagi u! hehe..

satu-satunya kenduri kawin kawan yg aku pergi sama-sama dgn wan. awal febuari dulu. nun jauh di segamat tu. sampai wan kata lepas ni kena 'audit' lokasi kenduri kalau nak pergi. hehe~ insyaAllah, cuti nanti aku terjah seremban ye jue =)

khamis ni cuti tahun baru kan. tapi aku macam malas je nak balik. emak dgn cu ajak gi kenduri kawin kakak johan kat ampang. aku dgn bapak dia dua pupu. kira aku makcik johan la. hoho. mudanya makcik =p. antara dialog aku dengan cu semalam,

cu : kitorang semua pegi. jomlah sekali! nak jumpa johan sekali..

aku : ooo pandai eh, dulu xglamer wat xheran je..

cu : o*** la.. beria-ia orang tu mengusik dia, baju merah la apa la.. dia buat dek aje.

kitorang :*gelak2. kelakar betul masa tu. adeh~

adat dunia lah kan. kalau kau tak dikenali, tak glamer... siapa nak kisah. hehe.

.

.

.

tahun baru da hampir tiba. beerti sudah hampir genap usia dua tahun. pantasnya masa berlalu.

Friday, December 26, 2008

owh~ laa...

semalam kenduri bertunang aku. sori tak jemput. kenduri kecil je....

lgpun.. aku sendiri tatau itu kenduri bertunang aku! serius. patutlah semua orang macam sibuk je. mak, abah masing-masing sibuk itu ini. patutlah emak pesan suruh aku pakai elok sikit. cantik-cantik sikit.

masa aku jumpa pakcik makcik kawan abah tu, patutlah dorang gembira betul. aku betul-betul tak tau. haish..

aku betul-betul tak sangka akhirnya apa yg aku pernah fikirkan jadi kenyataan. akhirnya, abah yg decided siapa jodoh aku.

aku tatau apa perasaan aku. semuanya macam pelik. tapi aku tersentuh hati sebab semua orang kelihatan gembira sangattt.. lebih gembira daripada aku yang agak konfius, dah tentu.

aku cuma kenal mak bapak lelaki tu sebagai kenalan mak bapak aku juga. tapi macam biasa, aku bukan close sangat dgn dorang pun. anak dorang siapa, aku sendiri tak kenal. kesimpulannya aku memang tak kenal lelaki yg jadi tunangan aku ni!! bole gitu.. haish..

so semalam aku dapat jumpa juga adik beradik lelaki tu. semuanya lelaki. macam family aku jugak. tapi hensem-hensem la adik beradik dia. harap-harap dia pun hensem jugak la. haha! ok.. ok.. jgn menggatal ye =p.

lepas da jumpa semua, baru lah dia datang jumpa aku.

' finally... inilah dia orgnya'. aku cakap dalam hati.

hurm~ aku tatau nak describe dia macamana. dia tinggi sikit dari aku. kurus. tidak buruk dan tidak la terlalu hensem juga. tapi mata aku kata ok la. aku tak pernah kenal dia. tak pernah jumpa dia di mana-mana pun.

masa jumpa tu berbagai soalan menyerbu fikiran. betul ke aku setuju dgn pilihan ni? betul ke aku akan kahwin dgn dia? kenapa dia setuju dgn semua ni?? dia suka kat aku ke? KENAPA? KENAPA???

mungkin kerana reaksi aku tu mudah dibaca, emak dia panggil dan ajak aku berbual-bual. hurm~ u know wat? aku suka mak dia. dan aku rasa aku disukai oleh mak dia! itu penting kalau betul-betul kitorang nak kahwin. setidak-tidaknya reaksi mak dia lebih mesra.. memang macam emak! senang sekali rasanya.. sehingga dalam diam aku tak sengaja membandingkannya dgn seseorang.. betul-betul tak sengaja..

dan selepas menyebut nama seseorang tu, aku tersentak!

dan terjaga!

owh~... aku bermimpi rupanya....

hahahahahahhaahhahaa~ kesimpulannya aku masih belum bertunang ye.. tu cuma mimpi =) merasa gak la jadi tunangan org wpun dalam mimpi kehkehkeh~ anne.. anne..

jgn marah naaa~ jom makan porridge!! =D...

...

entah kenapa entah sehari dua ni aku mimpi yg aneh-aneh. sedangkan aku tak stress.. aku tak memikirkannya langsung pun. kenapa entah..

Wednesday, December 24, 2008

aku letih hari ni..

haaa... buat apa tu???

tadi telefon mak. 3x. sekali, mintak dia bgtau abg psl motor. dua kali, return panggilan dia. mak kata abg da slow talk dgn cina tu. kali ketiga, aku saja nk bersembang sebab masa panggilan kedua tu aku terpaksa letak tiba-tiba sebab ada org mintak aku dailkan nombor supplier. tp panggilan kali last tu mak macam tak layan aku je... huhu.

biasala tu.. aku rasa mesti sebab mak ingat aku marahkan dia. tu pasal dia marahkan aku blk. kehkeh. aku tak marah pun. cuma mungkin diluar kawalan, suara aku kedengaran macam nak marah. sori la mak.. weekend kita pegi makan kfc ok! =p

.....

esok cuti. ada banyak agenda. tp tak pasti yg mana satu nak buat dulu. yg pasti aku malas nk balik rumah. hu.. but i mish my yaya. hurm~

.....

jumaat aku tak cuti. tp boz semua cuti. ya-beda-beduuu~~~ =p

Tuesday, December 23, 2008

Aku dah pasang alat pengesan dalam ini blog! Haha~

seumur hidup ni, selalu je aku dengar orang sebut-sebut, "cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.." orang yg terlebih inovatif kadang-kadang akan menukar maksudnya. tapi aku sangat straight forward ye. remember, beware of what u'r going to tell.

motifnya aku cerita pasal ni, sebab aku rasa benda tu 'sekelepuk' menghempap kepala aku la ni. aduh~ cuak jugak mulanya. aku silap perhitungan. aku yg naif ini fikir blog ni tak dapat dikesan oleh orang yg aku tak ingin dia tau walau sepicing pun hal hidup aku. patutlah hati aku rasa lain macam saja. especially lepas aku cerita sesuatu tentang dia yg dari masa lepas. finally, aku tahu juga sebabnya.

surat terbuka utk kamu,

blame me. hate me. no harm. i don't even bother. dis is all about how i feel, how i managed to live, how i thout about future n everything. dis is my teritory. my life. after all u've done, dis is a new me. i'll say wat ever i wanna say. hey, aku bukan 'si tikus' penakut seperti yg kau lihat dulu ye. aku kini punya 'suara'.

and i'm sorry i did mention a not-so-gud things about u ~ yes i am truly sorry. eventhou deep inside i believe u deserved it.. well it' s a different stori and i'm not interested to brief more on it. anyway.. if ur stil here,.. if ur reading dis, pls leave. don't read my blog. do ur own blog. and get ur own life. got it?!

i'm done wif u.

sincerely.

owh~ kawan-kawan, mari cerita bab lain.

haritu aku pergi shopping kat sunway wif kak masy. few hours lekat dalam padini je. berpinar mata. nampak itu mau, ini mau. hehe. but lucky not overspent. rm140 for a pair of jeans, bermuda khakis and 3 nice shirts. then terjebak dengan 3 hours-halfprice-sale kat giordano. orang macam nak gila dalam tu. i bought a nice blouse! and it cost me rm29 je! sangat hepi~ lama betul aku tak shopping sampai dah tak ingat bila kali terakhir shopping.

so lepas ni tak ada plan for shopping lagi dah. nak simpan duit for cuti-cuti bandung. yelah.. aku kan tak dapat adjustment yang aku harap sgt tu.. yang membuat hatiku retak beribu-ribu lemon. huhuhu.

.

.

qas, sekarang akak berdepan dgn kenyataan. no escapism dis time :)

Monday, December 22, 2008

Tagged!!!!

Jawab tag from Ezrazlin.

1. Put your recently photo first.

2. Tagged 8 people who you want to tagged.

3. Answer the questions.

8 people I'm Tagging : Nobody..

1. How are you? I’m not feelin well.. hum..

2. Who was the last person you hugged? My fren, Ida on her wedding..

3. Look to your left, what do you see? Reflection of me – on glass wall

4. Where do you like to be the most? Anywhere I can relax my mind, my body..

5. Whats your fav. film? Cinta, Puteri Impian, Spiderman.. Just to name a few..

6. What does the last person you commented on FS mean to you? Hurm~ Can't remember.. sori

7. What did you last laugh about? Erm.. the way he say "abistu.." similarly to iklan u mobile.. yg dekat kedai mamak tu. "kenapa.." hehe..

8. Where was your default took? Can’t tell ya.

9. Whats the first thing you look for in a girl/guy? Genuineness.

10. If your still in school, whats your fav. lesson? Art! Definitely.

11. What do you work as/want to work as? Architect!

12. Do you play video games? if so, which is your fav. game? No, I don’t play any

13. Who never fails to make you laugh? To be honest, aznil kot.. haha! =p

14. What are you listening to right now? Anuar zain's song.. =p

15. Who did you last have a sleepover with? Hahahaha~ My Yaya!

16. I bet you miss someone, who? Wan mostly..

17. Are you happy with your life right now? Well.. at the very moment, i am not.. but yet i am so grateful to be who i am today

18. Why did you last get upset? I received a letter fm Hr stated that no adjustment for my grade. It's really makes me upset. and hurt me so much~ I feel neglected. I feel unappreciated.

19. Who was the last person you texted? Nobody. My hp kan spoil..

20. Who do you live with? Both, with my family on weekends & frens on weekdays.

21. Do you like living with them? So far ok je..

22. Who did you last shout at and why? Takde kot..

23. Are you normally a happy person? Hurm~ Not really.. because i always alone.

24. What was the last thing you went to see in the movies and with who? Erm.. a Hong Kong-Thai movie, The Coffin with Kak Masy.

25. Whats your fave food? Laksa kot..

26. Are you in love? Yes.. I am.

27. Do you remember how you was 3 years ago? Owh~ I don’t want to remember.

28. If so, does it make you cringe? A lil~

29. If you could be with someone right now, who would it be? My teddy bear~ Wan

30. Whats your fave thing in your room? My giant-size mirror. Well… gurl thing huhu

31. If you had one wish, what would you wish for? Good health.

32. Any last words? I’m happy i’m done. Huhu~.

sekian sesi jawap tag. ok ke? tak ok pun kira ok la tu. hehe.

sebenarnya aku rasa tak sihat harini. sangat tak sihat. plus i'm so unlucky today. macam-macam hal. but at least aku senyum jugak td bila tengok gambar aku terpampang dalam the star, 20th Dec. boz aku yg perasan. huhu.

cari jgn tak cari =p

Friday, December 19, 2008

sesuatu & bonus!

something yg 'sesuatu' happened to me today. mcm flashback, mcm dejavu, mcm2 rasa!!.. i went for interview dis morning. tnb. d interview was ok.. hey, berapa kali aku pegi interview tahun ni kan, at least konfiden lebih sikit la kali ni. tp my preparation mmg zero. main belasah je =p. dapat tak dapat, belakang kira.

shall i get dis job, my working environment will totally changed! balik macam kerja pertama aku dulu-dulu. tau jela, operational division.. ramai technicians & engineers. here & there technical-man. susah nk cari technical-woman ni. rs mcm dunia ni tiba-tiba dipenuhi lelaki la mcmtu. huhu. macam tu la masa kat celcom dulu. exactly the same. kisah zaman remaja aku. nakal. hehe. but i believe, i'm a different person now. campaklah ke mana pun, i know where i'm standing and what i'm holding on. yg penting, ada kerjaya yg baik dan gaji yg best. dats enuf for me. lain-lain tolak tepi.

harini sana sini orang bercerita pasal bonus kat ofis ni. my colleague tegur, "eh u nmpk relax je.. hepi la dgn ur bonus ye.." hahaha. sebenarnya i don't bother pun. yg penting for me now, increament and adjustment je. bonus tu kekal as a 'bonus'! lebih atau kurang, tetap bonus kan. err.. tp kalau aku tiba-tiba dapat 10 bulan bonus mcm sorang staff dept aku tu, hurm.. konfem buat aksi cheer leader! hahahahahaha~

udah ler tu. hepi wiken fwens =)

Thursday, December 18, 2008

my 384

i'm back.

sepanjang MIA ni macam-macam benda terjadi. blended wif gud and also not so gud things la. truly colorful life! mcm my company's logo je. haha. so nak cerita yg not so gud thing first la,

i've plan for my bonus~es. believe me, i've a very looonnnggg listttt... but most of it bayar hutang hehe. unfortunately, blm sempat merasa bonus lagi ni.. something happened to my long-service hp. finally is now rosak. i can't read sms, can't adjust the timing, even worst can't open phonebook! really toutoring.. yg nasib baik part, at least i can make or receive calls. but only if i know the no.s. so.. mohon jasa baik anda, pls leave ur hp no at my email box or ym pun muleh. thank you =)

tapi kan, dalam masa yg sama aku masih lucky!

hari jumaat ptg, aku ke ole-ole shah alam. i've bn selected top 5 to receive lucky draws. grand price mmg grand tau.. a flat screen tv plasma, 32 inch toshiba regza brand. gila ha.. masa org tu kol bagitau psl top 5 tu.. i've no idea ms bila la pulak aku masuk peraduan tu... hehe. recall punya recall br teringat ada satu hari tu, aku beli baju kat 1 of the shop lot dalam shopping mall tu then dpt 1 kupon for lucky draw. saje isi dan alhamdulillah.. berjaya terpilih antara ribuan tu.

wpun tak dapat tv, dapat hadiah ke-3 pun da rezeki. alhamdulillah..

malam tu pulak final bowling tournament for this yr. awal-awal reza da kata nak bersaing dgn aku. kebetulan lane sebelah-menyebelah. memang kitorg betul-betul fight la. 3 frame, 2 aku menang. tapi sebab 1st tu score aku tak banyak macam dia so dia berjaya potong aku, sipi.

individual score, aku 2nd runner up. no satu as usual abg lan, followed by reza.

group dapat no 2! huhu~ dapat kalahkan reza finally. =p

for group, dapat hamper lg.. hehe. tapi si reza tu telah mengoyakkan hamper aku. dah macam kedai runcit dah kete aku tu. penuhhhhh dgn makanan. alhamdulillah.. kenyang selalu =)

sekian cerita bab gud & not so gud things.

****

hujung minggu pulak sibuk dgn kenduri ida. kawin sudah kawan aku sorang ni. hehe. teringat-ingat pulak aku sama-sama nangis dgn dia masa dia frust dulu. kenangan, org kata mendewasakan. :)

kesempatan ni dapatlah jumpa kawan-kawan baik yg payah nk dikumpulkan. maklumlaa.. bila da kawin dan beranak pinak, mmg payah sikit nak berkumpul macam dulu. rugi la aku yg lambat kawin ni... sbb konfem takde kawan yg nak tolong aku itu ini. huhu.

walaupun ida beria kata dia akan tolong dan akan sama-sama masa aku kawin nanti, aku tak ambil serius sangat. org kata, tak mengharap la. dunia kita dah tak sama lagi.

bila sorang-sorang kawan sampai, lupa pengantin sekejap. borak-borak sambil makan lagi seronok. aku baru perasan haritu aku je yg datang single. masing-masing dgn partner. nampak sangat. hahaha. hey aku ok la. sambil lap hingus.. =p

oh, hari tu aku dipaksa jadi pengapit. ada org kata jgn jadi pengapit nanti lambat kawin. nak buat macamana, aku dipaksa dan terpaksa. again, inilah padahnya kalau kawan-kawan lain da kawin tinggal kau sorang saja. no choice! haha.

kenduri kawan yg sorang lagi tu insyaallah june next yr. awal-awal da booking khidmat aku. "ramai vip, kerabat-kerabat.. mana tau jumpa jodoh! tolong laaaaaaaaa jd pengapit aku..."

ada pulak.. mana aci mintak tolong gaya gini.. lain macam! suka aku pinjam kata-kata kawan aku, "kita ni bukan desperate sgt nak berlaki.." ha dengar tu. aku rasa aku tak kecoh sgt nak kawin. cuma yelah, kalau kau jadi aku.. org asik tanye, ada ke? bila? kau memang tak boleh jawab. nak kata ada, mana dia? nak kata tak ada, nanti jd doa. plus ramai je nk jadi match maker nanti. sudahnya senyum saja la. sambil mintak doa yg baik-baik.

ah cerita apa ni. tukar.. tukar!

ha ni kawan-kawan baik aku. kiri tu mak org yg kawin tahun lepas. ada cerita kenduri dia dlm blog ni. sebelah dia tu, nak je jadi mak org tapi apakan daya tak kawin lagi. hehehe~ sebelah dia baju kuning tu yg nak kawin kerabat tahun depan. yg last sekali melintang macam mermaid tu, erm~ succesful career woman. lecturer uitm. tahun depan kalau dia konfem buat phd, tinggal aku sorang jelah. hurm.

esok ada hal. terpaksa mencutikan diri. so jumpa minggu depan insyaAllah. tatatititutu~

Wednesday, December 10, 2008

tak mengapa kalau tak faham..

i luv myself more than u do. i care about myself more than u ever tot. but i do hate myself... for sharing my valueable life wif someone who are not appreciate it. not even worth it. damn it.

***********************

baca entri lama-lama buat aku rasa kagum sedikit. ayat-ayat lebih tersusun. terjemahan pure dari hati. sedikit poyo, tapi aku suka! nampak macam bayang dalam kabus. antara nampak dgn tidak. kesimpulannya, tafsir sendiri.

itu kisah sebelum "taken". entri selepas-selepas itu, agak terhad. sekadar fakta dan banyak physical evidence. juga momen-momen tertentu. kebanyakkan kisah selepas taken, memang aku tak berani nk baca semula. rasa ngilu bila mengenangkan wan baca semuanya. bukan tak jujur cuma.. bicara yg ku tulis di sini adalah luahan dari sisi lain aku yg dia tak pernah lihat.. dan tak pernah sangka.

aku mungkin manusia yg membosankan untuk dilawan cakap mulut tapi bukan dgn jari-jari ini. aku yakin jumlah perkataan yg jari-jemari ini terjemahkan adalah lebih banyak dan lebih bermakna berbanding perkataan yg ditutur.

tak apalah. apa-apa pun, dulu dan sekarang.. mmg banyak beza. dari banyak segi dan sudut. org kata maturity. aku pun tak pasti. tak perlu lah cari perincian. biar hanya aku yg tau.

***********************

cerita lain, dari sisi lain.

kejang pipi aku. ketawa. aku tak dapat tahan diri daripada ketawa melihat kegelabahan org td. kesian org tu malu tersipu. tapi itu reaksi spontan aku. betul-betul tak dapat tahan diri. geli hati sangat. terserempak kat lif pun sedaya upaya aku tahan daripada ketawa. ni masih rasa geli-geli perut. hahhahaha! hey, gud theraphy for me kan since aku tak rasa gembira langsung dari semalam.

***********************

realiti tentang aku.

terlalu banyak escapism dlm hidup.

aku mungkin dah jadi mangsa escapism melampau.

Tuesday, December 09, 2008

salam aidiladha. aku da masuk keje. macamana cuti raya korang? cuti raya aku biasa-biasa aje. hujan sepanjang hari dan malam. aku dah lama tak tgk org buat keje korban. err.. rasanya seumur hidup mungkin sekali je kot. itu pun sbb buat korban kat umah arwah atok. aku tak ingat masa tu umur berapa.. tp aku tau org kaya pak ngah tajudin ramli yg bg lembu-lembu tu. berapa ekor ntah lupa dah. tp yg aku ingat aku tak makan daging korban tu sbb org kata kalau kita rasa kesian, kita takleh makan daging tu kan..

so tu sekali jelah pengalaman korban yg aku tgk dgn mata telinga sendiri. lgpun, nak buat katne dah.. tanah umah atok dah diambik orang sejak atok da takde ni. org kaya tu pun da tak sponsor lg. tunggu dia menang kes saman kerajaan kot baru sponsor balik =p. kot la.. aku pun dah lama tak dengar cerita dia since blah celcom. tak mcm ms aku kecik dulu. sikit-sikit pak ngah din. giler jakun ar ada sedara kaya! hahaha. tp da tua-tua ni, tak rasa apa da. tu cerita budak-budak. biar la dia dgn hidup dia, kita dgn hidup kita. titik.

aku sebenarnya teringat banyak kisah kanak-kanak aku sekarang ni. semuanya refresh balik. makcik aku lah ni bukak stori. semalam aku beraya dgn sepupu-sepupu. mak bapak diorang balik kedah. tinggal depa 2 orang. tu yg kami pegi beraya umah makndak kami tu. ntah macamana bole pulak keluar cerita zaman kanak-kanak. berdekah-dekah ketawa. memang kelakar gila bila teringat balik!!

cerita mandi ramai-ramai.. main nyorok-nyorok.. main jual-jual guna daun jambu jadi duit.. panjat pokok rambutan la.. hehehe.. paling hebat, main pondok-pondok dgn kerusi rotan lps tu punggah selimut buat khemah! bila mak abah datang, kami pun ikut balik. tinggal lah sepah tu macamtu je. tu yg mengamuk makcik kami sorang tu. sbb dia kena kemas! terngiang-ngiang jeritan dia marahkan kami. tak leh lupa. hahaha~

kami lebih kurang sebaya. abg cucu pertama & d only lelaki besar. dia takde geng sbb kami sepupu-sepupu semua pompuan. tp bila dia join esp time cuti sekolah mmg da ada aktiviti wajib. kami suka main bola sepak dlm rumah! aku, abg dgn pak anjang. syiok giler ah... selalunya sepupu-sepupu pompuan tak join. dorang tipikal budak pompuan yg tak suka lasak-lasak. bila kami main pondok-pondok baru dorang join. hehe.

kalau main nyorok-nyorok, syaratnya tak bole kuar dari rumah. abg selalu yg last ditangkap. sebab dia ngelat. kadang dia nyorok atas alang! kadang dia bergayut kat tiang tingkap! jgn kata dia, aku pun penah bergayut kat tiang tu =p tiru perangai abg la ni.. haish.. tp yg tak bole blah sepupu aku lah. bole dia nyorok dalam mesin basuh! kalau ringan tak pe gak.. ni yg paling domok antara kami. abis rosak terus lepas tu tau.. tak pasal-pasal mak dia kena ganti baru. kehkehkehkehekeh~

lg satu kami suka main cikgu-cikgu. maklumlaa.. bapak-bapak kami semuanya cikgu belaka =) berkat main cikgu-cikgu tulah, 2 sepupu aku bakal jadi cikgu. aku, bekas che'gu =p hehehe.. tak lekat ar. dasar hati memberontak gitu la. kehkeh~

kelakar betul mengingatkan masa dulu. walaupun tak semuanya indah.. tp aku gembira!

Friday, December 05, 2008

selamat menyambut hari raya aidiladha & happy holiday.

i'll be back soon. insyaAllah.

Thursday, December 04, 2008

How do u feel today?

bn raised in malaysian culture, melayu jatilah kan.. i was always taught to bite ur tongue, do not hurting the other person feelings. bla bla bla.. but how about my feelings??? do u ever really take time to stop and consider how u are feeling? or does it really only come to ur attention when u are really angry or really frustrated???....

feelings are often overlooked by most of us - guys la selalu. huhu. sometimes because we have learned that listening to them is interpreted as a sign of weakness. but for myself, in a communication, in a relation and everything related to life.. feelings are a powerful sensor. it's proven.

urgh.. wanna know how do i feel today?

a combination of all...

.

.

i'm just emotionally drained, physically tired and mentally flat.

but i'm gud +)

Sunday, November 30, 2008

tag again

julung-julung kali aku berblog di hari minggu. hebat deh~ aritu janji dengan chuppy nak jawab tag hari isnin. tapi nampaknya sebelum isnin da siap ni. sgt adv gtu.. huhu. ok here u go

1. List these rules on your blog.

2. Share 7 facts about yourself on your blog.

3. Tell 6 unspectacular quirks on yours.

4. Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.

5. Link the person who tagged you.

6. Leave a comment for each blogger.

Ok, 7 facts about myself; which is yg biasa-biasa aje.. takmo ubuh yg extreme sgt.. hehe.

  1. i owez want to be an architec but tercampak jadi seketari. how do i changed is miracle beb! i am gud in art but consequently loosing my magic fingers sbb lama tak praktis.. huhu.
  2. i owez mistaken by people as a chinese.. even worst, as japanese.. sabau jela aku.
  3. aku 'hero' kat jalan raya tp org pertama yg ketaq bila terserempak eksiden.. ;p aku kan takut darah. pernah pengsan bila di ambil darah. senang cerita aku penakot laaa.. huahua.
  4. lg simple foods tu lg bukak selera aku! contoh mcm ns panas dgn telor goreng letak kicap.. tak pun, kentang dgn ikan bilis goreng kicap..perghhh~ tak lyn ar kari, gulai semua da. errr.. lg satu aku tak mkn sayur. kecuali kangkung, kobis & carrot. so to my housemate-kekal to be, hehehe.. harap2 selera kita sama =)
  5. i can't sing.. serius~ first n last time nyanyi ms persembahan sekolah. tu pun grouppy. tp klu dancing... ewah, laju je =p
  6. as some people know.. yea i'm easily touched by anything. bc kejayaan org pun bergenang ayaq mata, apatah lg kesedihan & kekurangn org. hati tisu. kekekeke.
  7. i've a very loving & supportive man in my life now.. & forever hopefully =) eventhou we're like two kittens who owez fight, but still love each other.. ceewah ~ foyos...

6 unspectacular behavior hurm..

  1. i seldom eat. skip lunch or dinner is a natural habit. but once rs nk makan tu dtg.. ha, big appetite u.. =p camane nk menten kurus niiii... haish..
  2. aku ni sbnrnya pemalu. but i keep forcing myself utk beranikan diri.. tp kadang2 bila da berani, jd mcm yg no 3 ni pulak...
  3. for god sake i do not know y la i ni owez gelabah. bila da gelabah n panik, mula cakap nonsense. it is humiliating. satu yg xleh lupa, it happened ms first time jmpa mama wan. malu nyeee.. tuhan sajalah yg tau. hu~
  4. humoursome.. sometimes la..
  5. when i was a kid i loved to do strange things like talking to myself.. serius ni! then ada satu habit if tangan kanan garu pipi la contoh, i make sure tangan kiri pun mesti buat d same way. i want it equally done. nasib baik habit pelik tu tak bwak smpai sekarang. huhu. scary huh~ nnti og kata ku ada mental illnes pulek..
  6. ok last but not least, believe it or not.. dulu aku bergaya ala tomboy. rambut pendek, bj & suar besar. pernah ada org ckp kat mak, "senang awk ye, anak semua lelaki.." me, bangga ar time tu. huhu. darjah 6 kalau tak silap tu. then bila secondary school pun tak berubah jugak. my cousins selalu komplen kalau jalan ngn dia. katanya aku jalan mcm jantan! ingat lg ms tu kat airport. hahaha~ time tu tak heran kat stewardess.. la ni br heran and hegeh-hegeh nk jd stewardess pulak.. kehkehkeh. takpa,la ni da jadi perempuan sejati da.. jln sopan okeh! eheheehe.

fuh... ha tu jela kot. karang detail-detail smpai esok pn tak abis..hehe

so i want to tag:

iyra

qasieh

nonie aziz

nurmala

nd

achik

anne

sila jawab jika anda belum pernah menjawab okeh~~ ok, dis is the person who sengaja mengtagged aku, chuppy. kau mmg teda keja kan bah.. =p jeles aku sama kau.

well dats all for today. till we meet again. da~ daa~

Friday, November 28, 2008

secret activity @ office.. shhuuu~ don't tell boz =p

ada satu hari tu..

aku lalu kat cubicle dak syam ni. tgh tunggu abg lan cari form apa ntah masa tu. lupa da =p

pusing belakang sekali ternampak gambar sendiri.

e`eh~ aku kan pantang sket bab amik gambar ni.. bkn pantang apa... tp pantang nmpk! kehkehkeh...

maklumlaa.. aku mana de webcam. pc ni cikai aje. so cam jakun sket ar. tanye itu ini. lelebih lg sbb dia guna mac. huhu.

bila da e`eh tu... mula la melekat kat situ. hehe. dak syam pulak melayan je.. macam2 aku suruh dia try itu ini.

i've twin!!! kehkekhe..

siap eksperimen bagai.. hehe.

pastu lalu pulak si em. terjebak jugak! hehe.

ha, dis time ramai-ramai dah terjebak.. =p sopan cam gambar sekolah. kehkeh.

aah, mula-mula je sopan.. tgk ni da turned wild! hahaha. excited la tuuu... =p

time ni dah lunch hour. ofis da gelap. kat sini lunch time lampu padam secara automatic. si reza tiba-tiba lalu...

dan haruslaaa terjebak dah... kekekekeke~

aku suka gambar last ni! kelakar..

drpd awal smpaiiiii abis mesti ada selit muka aku ni. kekekeke.

ala... take a break jap. boring duk sorang kat bwh tu. =)

.

.

got bowling mini tournament tonite. wif the same people yg dlm pic di atas tu. berkarat da skil ni. abisla. sgt tipis peluang tuk menang. hehe.

hv a gud weekend ya =)

Thursday, November 27, 2008

semalam masa kat rumah teringat ada keje yg aku kena selesaikan before our next meeting on tuesday. punya la risau it will takes time nk buat.. takut tak sempat. sekali buat-buat, half an hour je da siap! efisien gak aku eh.. =p

so now br bole berblog dgn selesa wpun my mood so-so today.. hurm~

tadi aku terbaca benda-benda yg tak perlu aku baca. haish.. wrong turn la. so i feel a bit down. but i'm fine. biasa la, it's me.. si perempuan berhati tisu! haahahha~ ofismet aku yg kata. =p

i've something interesting to share.

Commitment-phobic guys always have an excuse about why they can't be with you on Saturday night, why they didn't call, and why they aren't ready for a relationship right now. A commitment-ready guy doesn't need excuses, he just needs you. <-- how sweet..

A guy who is thinking long-term wants to truly get to know you. Seeing you interact with your family and friends helps him learn where you come from and more about who you are. The flip side of it is that he will also want you to get to know him! He'll want to see if you fit in with his family and friends. A guy who keeps you separate from the important people in his life is just playing around. <--- ur bad guy!

Some men like being in a monogamous relationship and some don't. The sooner you realize and accept this the better. If he complains all the time about needing space, treats you like a giant burden instead of a gift, and keeps talking about taking things slow, he's telling you he's not ready for a commitment.

artikel ni panjang.. tp aku cuma pilih mana yg aku suka. er.. btw, dis is not 'the hint' ok, dis is the fact! i can do nothing bout dis even myself pun blm tau untung nasib..

just an info for sharing. nobody want to waste time and effort into men who are commitment phobics kan..

Wednesday, November 26, 2008

same as 'u'.. i guess

.

.

tiba-tiba 'dia' muncul kembali. untuk kali yg keberapa, entah. tak terkira!! kalau boleh... aku tak nak ada sebarang connection lg between us. what past is past..

but dis time 'dia' bertanyakan sesuatu yg 'macam tau-tau aje..' since aku nak pegi ke satu tempat yg mana 'dia' pernah bekerja dulu so.. aku gunakan peluang tu utk dapatkan maklumat keadaan tempat di sana. u know, weather.. tempat murah.. makan and everything. i promise once da dapat dat info, then bye-bye.. sebarang email susulan daripada beliau memang takkan ku layan.

sounds keji kan.. macam mempergunakan dia? yea.. yea i admit that.. but u know.. when liasing with keji person harus dgn cara keji juga. well.. what goes around will comes around rite. lagipun apala sangat yg aku buat tu.. jauh panggang dari api! secoett je kejinya kalau nk wat comparison.. err, tak payah la aku compare kat sini. u know, i know, all d saksi know, enuf. huhu.

i want him to know there's no place for him in my heart. i am not the same person anymore. just go away.. and have ur own life. take care of ur family. we're done.

Tuesday, November 25, 2008

yea.. i'm thinking of my blog. huhu~~

fuh~ baru dapat mengadap blog. hehe. td masing-masing dok tegur muka aku yg dah macam udang bakar masa aku sampai ofis. bukan apa.. lebih 2 jam duduk menunggu. aircond kuat pulak tu. menggigil-gigil kesejukan.. grrgrr.. bila kuar kat parking, matahari tgh elok terpacak. abis pori-pori kulit terbuka sampai memerah kulit. tu yg macam kena bakar tu. nasib tak rentung. hehe.

o, btw tadi aku kuar nak uruskan something yg super penting! hehe.. lepas abis meeting jam 10am td, aku terus pegi sini..

jabatan imigresen.. finally!! haa.. atenye nk jalan-jalan naik belon. br hegeh-hegeh setelkan hal paspot ni. huhu. tak sabar la nk gi jenjalan. dis time for real okeh. ehem, org tu kalau bnyk hal.. itu ini tak bole, tinggallah awk ye.. kehkehkeh~ balas balik ni. mentang-mentang paspot da ok! =p

so ingat nanti nak jengok adik kat singapore tu jugak. jumpa sepupu-sepupu.. sedara-mara.. kawan-kawan.. wah! tengok.. panjang list ni! kekekeke. abis la..konfem panjang langkah aku ni nanti.. =D

aku tatau apa masalah gambar paspot yg aku guna tu. pelik kot. sebab 2 kaunter yg aku pegi, dua-dua dok cerita psl gambar tu. kaunter yg first tu komplen gambar aku tu senyum terpaksa. hehe. 2nd kaunter pulak tanye bila aku amik gambar tu. aku cakap jela semalam padahal da sebulan lbh but still baru la kan.. hurm. aku andaikan dorang tu practise customer service je la kan..

.

.

malam tadi aku betul-betul susah hati. lebih-lebih lagi bila dia buat keputusan tanpa berbincang. aku tau dia nak mudahkan aku.. tp berbincanglah dulu.. abg aku ni satu perangai dia *yg aku tau menurun daripada sape.. haha!* mmg selalu buat suprise yg in the end yg resultnya akan suprisekan dia blk! haish.. mls aku nk fikir.. pusinggg kapala la!

luckily i've someone who always know how to make me smile again =) thankss..

Monday, November 24, 2008

Kalaulah Kau Dapat Lihat Sepertimana Aku Melihatnya.. Mungkin Kau Akan Mengerti

masa kat umah makcik semalam, sepupu aku menegur. "eh.. bukan rambut o*** lurus ke?" aku gelak-gelak smbil pegang rambut kembang yg berliuk lentuk sana sini. tak sangka org perasan. malu malu. "oo, ni sebab tak sikat rambut.. haha!!" gile dasat aku kuar umah tak sikat rambut. muahahhaha.. aku bila balik rumah mak aku, itulah.. jangan kata berbedak.. sikat rambut pun idak =p aku pun tak tau nape. kusut.

cerita pasal kusut.. mmg hujung minggu yg kusut la. sabtu petang shah alam hujan lebat. sebab da janji dgn mak harus sampai ke tpg jam 5pm so nak tak nak, aku redah je hujan. setapak dua ok lagi.. masuk tapak seterusnya hujan menderu selebat-lebatnya! payung aku dah terhuyung-hayang. parking pulak jauh nun. aduhai.. habis kuyup dari hujung rambut hingga hujung kaki. bedak kat muka pun dah disapu dek air hujan. rambut penyek macam baru lepas mandi. hehe.

sampai tpg, panas terik. 5 mins duduk kat luar, baju kering. rambut pun kering, kembang. nyaris jadi afro =p.

bersama mak & geng2nya bergerak ke destinasi. anak kawan mak, err merangkap kwn sekolah rendah aku dulu.. baru pindah rumah so buat kenduri sket. ikutkan hati aku, malas nak bawak mak pergi. sebabnya.... aku pasti akan dibandingkan secara sengaja atau tidak sengaja. aku diam je bila hampir tak berhenti mulut makcik-makcik tu mengkagumi kemewahan kehidupan tuan rumah. punya itu, punya ini.

aku.. memang rasa terlalu terlalu terlalu kecil. hey, aku manusia biasa kan.. punya perasaan malu dan sedih bila itu berlaku. tapi alhamdulillah aku berjaya yakinkan diri, aku bukan malang. tak mengapalah.. rezeki Tuhan yg beri. itu bahagian dia. aku cuma risaukan apa agaknya yg emak fikir tentang aku. hurm~ maaf kerana org tak mampu jadi macamtu..

lately aku ada sedikit konflik dgn abg. sesuatu yg aku dah jangka. jadi hari cuti haritu aku mengelak-mengelak daripada dia. jika dia di ruang tv, pasti aku di dapur. begitu sebaliknya. aku seboleh-bolehnya mahu jadi anak, juga adik yg saling membantu waktu susah senang. siapa tak mahu jadi begitu kan? tapi aku mengaku aku trauma dgn benda yg susah sampai menyakitkan kepala. jadi aku mengelak daripada terbeban olehnya. masalahnya bila org disekeliling aku suka mencabar diri untuk berhadapan dgn benda yg susah-susah ini sekaligus aku terheret sama. aku jadi tertekan!

akhirnya semalam tiba-tiba dia bertanyakan pada aku tentang itu. s**t! aku pandang mak. dia sengih. rupanya mak da cerita kat abg luahan hati amaroh aku haritu. aku telan air liur je. "nanti la org cek berapa.." itu kata putus aku. wgr akan ku pulangkan.

susah jadi manusia yg terlalu berhati manusia. marah-marah aku.. tetap tak sampai hati. air mata aku pun dah bergenang ni. haish.. hati..

abg, kalo ko baca blog ni.. aku minta maaf tau. aku bukan jahat.. aku bukan berkira cuma kita masing-masing ada masa depan, ada komitmen. ah kita sama-sama da dewasa. ko faham la. ok i'm done.

.

.

aku nak pegi cari pisang. this is because bananas contain tryptophan, a type of protein that the body converts into serotonin, known to make you relax, improve your mood and generally make you feel happier! =) dat must be the reason monkeys are so happy all the time! muahahahha~

have a great day people.. & thanks for viewing. appreciate it.

Friday, November 21, 2008

terkejut aku post dua entri harini?

sila jangan.. =p

ada sesuatu menyebabkan aku rasa tekanan dan macam nak marah. mungkin sebab harini aku tak makan pisang so enzim gembira aku di level kritikal. barangkali la..

aku tekanan bukan sebab bergaduh dgn bf. harap maklum tu. sebab org selalu point bila aku tekanan je mesti sebab gaduh dgn dia. bila aku wat statement emo je org kata dia yg jadi punca. kesian dia tak pasal-pasal terbabit. nanti dia kecil hati ha br aku tau!!.. huhu. psstt, biasa la org badan besar memang selalu hati kecil.. tak macam aii yg badan kecil tapi berhati besarrrr.. kekekekekeke =p jangan maraaaa ye yang.. ahaks~

so aku nk mengembalikan emosi di level yg sepatutnya adalah dgn buat benda yg aku suka. ko tau apa yg aku suka? banyak!

antaranya aku suka bergambar.

gambar perasan.. tu dah tentu =p. lepas tu selamba badak paste kat blog. dgn cr tu bole build gud self esteem.

it's fine if some people say nk cari glamer.. tadok hal. but do remember dis is my teritory anyway.. hehe. biaq pi la letak apa janji hati tuan punya gembira kan.. =p

kalau tak pun, aku pilih utk log off fikiran jap.

errr.. dlm bahasa mudah, tido la tu. hehe.

mebi sebab 2 kaedah yg aku amalkan ni la reza kata aku tak bercampur masyarakat. alaa bila emosi aku da stabil aku kuar la berjumpa rakyat jelata.. bukan la setahun 365 hari aku emo. dia pun... haish. =p

okla.. aku da rs ok da ni. ada sikit suam-suam kuku kaki. huhu~

i wanna go home la. o, before dat... i nak dedicate dis to my luvly one,

"Boy I hear you in my dreams.. I feel your whisper across the sea..I keep you with me in my heart..You make it easier when life gets hard.. I’m lucky I’m in love with my best friend.. Lucky to have been where I have been..Lucky to be coming home again.."

:: i luv ya ~ =)

.

.

hehe. tata~

. .

Hello, once again~

Bismillahirrahmanirrahim.. Helooo from Anne di tahun 2025!!! Subhanallah... dah bulan 9 ye. 3 bulan saja lagi sebelum kita nak menjengah ke ...