Seperti semalam dan hari2 sebelumnya, hujan turun lagi harini.. Sejuknya bukan main. Sampai ke tulang keting! Kadang2 aku rasa macam di Alaska aje. Suhu di bawah paras beku. Gegegege.. Sudah lah sebelum ini pun aku dah cukup terasa asing di tempat sendiri. Arghh aku malas berbicara tentang itu. Yang penting, bersyukur & live forward. Itu dah memadai dengan status aku. Kalau ada pun.. aku cuma kasihankan abah. Lewat baru aku tahu semuanya. Kisah sandiwara manusia alpa. Dan mungkin kerana perasaan kasihan itu, aku mimpi abah dah 'tiada' malam tadi. Ini entah kali keberapa ntah. Dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini memang aku selalu mimpi tentang itu. Orang kata, perkara sebaliknya akan berlaku & insyaAllah panjang umur. Aku harap begitu juga. Semoga abah sentiasa dalam lindunganNya. Ok, enuf. Lagi panjang cerita makin dalam pula emo aku nanti.. sekaligus membenarkan catatan di bawah ni pulak. Malu.. malu ;p
U
Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.
N
Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.
Aku sendiri senyum bila baca tentang ni; Initial aku UN. Tentang kelemahan tu, well agak jelas juga. Selalu je aku jadi gagap dan berkata entah apa2 bila pertama kali bersua atau berasa gugup dan tak selesa. Mudah bersedih hati? Hmm.. sebenarnya kalau aku duduk diam2 sambil berfikir2 atau buat kerja sendiri, air muka aku mesti nampak macam orang kesedihan. Macam nak menangis, orang kata. Haha!
Ha, yang ni ehem ehem punya! ;D
K
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.
A
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.
Intro nya saja dah tepat!! Mungkin kebetulan.. tapi tak mengapa sebab aku suka apa yang aku suka!! Ahaks.
37 comments:
wahh..
x faham..
camne dpt initial tuh??
hehe..salam ziarah kembali..
meh kita tukar link yek =)
sbg org kawin, hujan2 ni mmg best utk... tido
perenggan pertama - ermm. takpelah hehe
klu MA plak ape katanya? sila paste kat sini okeh geggegegege
semoga sehat
siribenmerah,
mekasih membalas kunjung :)
owh.. senang aje. initial tu huruf pertama nama. contoh; siti aminah so initial nya SA.
jap lg sy link ;D
teds,
aiseh... org x kawin pun syiok gak tdo apeee. huhu~
kak masy,
nak jugekkk tu.. ;p ha, sat2.
M Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.
king,
mekasih.. semoga king & family sihat jugak :)
Aaii.. Arianna..
Pastu klo gabung UN + KA = matching x? Haaa.. cmner tuh?! ;)
tny,
hiii ;)
kalau gabung jadi la UNKA!! nsib baik tak jadi UNGKA kan.. heheheheh. kurang pasti la sy.. tp kalau gabungan gemini + aquarius = ok! ;D
pecaya atau tidak.. mana yg positif kita percaya, mana yg negatif mesti kita kata.. alaa, bukan bleh caye sgt benda2 camni.. kan,kankan...
flush,
pecaya atau tidak.. yg negatif itulah yg benar tentang diri sy..
sy ni begini.. kelebihan diri sendiri selalu tak perasan tp kelebihan org lain, walau sekecil mana pun sy nmpk aje!
anne ..tak pahammmm camne tu..tulung le terangkan..(adoii bengap sungguh ke aku nehhh ...:((
ujan2 ni bikin cek malas ya amat nak update blog.... nguap jer ha,...
mana link nye kak anne? nk tau gak ne h :D
U N K A?
Hmmm....
waktu hujan memang waktu yang sedap untuk bergulung dalam comforter sambil layan tv atau layan poohbear atas katil (baca: titun)... :p
aleeya,
hehhehe.. ok, mcmni. contohlah kan, full name aleeya ni nur aleeya. so initial tu diambil dr huruf pertama nama. so jadi la NA.
nasazfrog,
ha begitulah rasanya kan.. alangkah indahnya jika dapat 'berselimutan'! ahaha..
dayah,
ha ni lg sorang. aduhhh... salah fhm ni. akak nk link cik ribenmerah tu je senornya. tu yg dok 'sebut' link-link tu tadi.. ;p
bp,
haa.. pikir apa tu???
sas,
wahhh!! enak sungguh.. ;D
kalau NB?? sibuk je.. hehe.. ;p
achick,
N tu sama ngn anne kan. ok, yg ni B - Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.
Kalau Z apa plak ek, mana nak carik nie???
Owh?! Suka baca horoskop gak ke? Hehehe.. same here.. antara nk pecaya ngn tidak :)
ceera,
Z - Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri. hmmm.. ada kena tak??? ;D
yg lain2 tu nnti anne send emel.
tny,
kdg2 bole je.. layan.. suka2 je. bkn nk obses sgt pun :)
UNKA tu ape anne?
lindosh,
hahahahahah!! mana ada pape dosh.. UN tu initial anne.. KA initial si dia tu. dorang ni saje je tau
jalan2 jumpa nama...dalam entri dinner..sedapnye name...Ulfa Nadia. baru faham initial UN... :)
inna hayati,
wah! jln2 pun bole terjumpa hehe. ;) haa.. begitula kejadiannya. mmg itu nama sy. tahniah2! mekasih.. nama awk pun sedap disebut apatah lagi didengar.. :D
makasih.. ;D
oh2, daku mudah tersinggung.. hahaha.. errr kdg2 betul kot.. ;p
achik,
no sweat ;)
yup. mungkin ya, mungkin tidak. biasala tu kan.. ;D
KA stands for? ;p. eh hang refer mana ar, ku nak check gak initial ku. ;p.
jap2. ku pong nak tiru achik ar. kalau MM? ;p.
ad3ck,
cehhh! sebok nk taw.. ;p okla.. KA stands for Khairol Azwan.
M - Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.
kalu mau yg lain2, bak emel!
ada persamaan, ada persamaan. tapi...yang bab kelemahan tuh, *whistling* ntah2 hang yang letak. ehehe tak2 jk. ;p.
hang nak bagi? y not. email: mmmisa83@yahoo.com
trimas eh.
eh..aku ada post komen sblum ni..mana dia?? mana dia?? mana dia???
anul,
ko mimpi je kot.. ish2.. ;p
anne, camne plak org yg bertitle F diawalnye,hehehe..:)
:) tgh senyum ni
hehhe....senyum ajer baca :)
acai,
F - Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.
butaseni,
ha, senyum apaa tuuu???
13may,
ha ni lg sorang ni.. takpelahhh senyum la bnyk2. sedekah kan. :)
ujan dah abes....heheh update le yg
aleeya,
ye2.. sy br je apdet.. hehe
Post a Comment