Thursday, May 29, 2008

Kalut..

Hujan baru je berhenti. Sejak hari mula2 aku bersemangat nak jogging aritu.. cuaca bole dikata ok la jugak. Tak panas. Tak hujan. Mendung. Redup. Tapi cuma mood yang tak menyebelahi. Mesti nak kata alasan.. Mungkin. Tapi aku bukan setakat takde mood untuk jogging malah hampir pada semua benda termasuk dia.

Setiap hari bila bangun tido, selalu aku beritahu diri sendiri everything will b ok, everything is fine. Make urself happy. Hidup dengan ceria. So pagi tu aku akan ke ofis dengan senyum. Memanglaa.. u can make ur mind tapi bole ke tipu hati?? Bila hati tak gembira.. bole ke tipu2 kata gembira? Ur face tells everything.. Itu yang aku selalu dengar. There's no other way, no short cut or even alternative except.. face it. Face it with all ur heart.~ So bertabahlah korang.. kalau2 aku down lagi.. hehe.

Oh ya,

Ingat tak pasal Team building (TB) yang sama dengan hari yang aku nak cuti tu? Postpone lg. Latest will be on July. First week of July. Harap2 sangat tak postpone lagi. Sebab tentatively me, mak abah, we all nk ke KK in mid July. Masalahnya sekarang... aku tak berani nk buat booking sebab chances TB to postpone sangatlah cerah. Nanti tersama tarikh la pulak.. Hu~ Walaupun dorang cari venue yang memang menarik... Kuching! Miaoww.. =p aku tetap rasa so so je.

So dis coming June free la. Cuma tak berapa free dari sudut cuti + financial. Haha!! So far ada kawan yang offer cuti2 Malaysia on 17 - 19, semuanya ditanggung!! Menarik tapi kena fikir camana nak cuti. Sebab tengah2 minggu. Tengokla nanti.. Ada jugak altenative plan to KK on the 14 to 16 but hurm.. i'm pretty sure sia2 je kalau nak ke sana untuk celebrate bfday dia sebab mesti dia fly haritu. So tak bole plan2. Semua kena spontan. Impromptu. Aku jugak yang kesian.. hurm..

Tuesday, May 27, 2008

Tak ada apa..

Letih.

Kecewa.

Tak gembira.

Tak ada kesudahan.

Buntu.

Sunyi.

Takut.

Kesabaran sudah berada dilapisan terakhir.

Kekuatan cuma tinggal saki baki.

Letih.

Kecewa.

~~~~~

Thursday, May 22, 2008

Bertabahlah @nne~

Tadi kan..

Tengah nak ambik pic sesuatu tiba2 ada orang masuk,

..terus tersnap muka sendiri yang obviously tengah terkejut. Hahaha.. =p

Tapi kan.. ternampak sesuatu la.. Nampak tak apa yang aku nampak???

Bukan lubang idung laaa.. =P

....

.....

Muka aku ni.. macam dah bulat je.. Owhh tidak~

Dek tak puas hati.. maka..

Belek2 pic tu.. Tengok lagi..

Sampai senget2 kepala.. 90 darjah!

360 takleh laa kan.. tu cari masalah namanya =p

Alamak.. macamana ni..

Muka susah hati dah ni.. Huk huk~~

Aku ni jenis yang kalau nak tau berat bertambah, berkurang ke.. mesti nampak kat muka dulu! Huuuu.. ;(

Semalam sepatutnya gi jogging tapi ujan pulak. Kenselll.. So today, hopefully tak hujan.. [wpun macam da gelap je ni.. ish] Pressure2.. Betul2 nak jogging ni. Bersemangat waja. Hu~

Jom sape nak join?!!.. ;D

.

.

.

.

....b, i'll make sure by d time jumpa u 2,3 bulan lg.. mesti da fit blk! pecayelaaa... nk 'celen' ka? ada berani?? hahahhahahaha~

************

.

err.. ekceli saje nk tunjuk baju tu.. from abah. all d way fm bandung ;D my one & only baju kurung kaler pink ehehehehe..

Wednesday, May 21, 2008

W0w w33~~

Pagi ni mood aku ala2 best gitu.. ;) Mlm tadi bersembang dengan ehem ehem. Gelak2 bagai.. mcm time mula2 bercinta dulu ;p Aku sukeeeeer mcmtu! Ahaks.. Harus diamalkn selalu neh.. hehe.

Malam tadi, entah pukul berapa.. tgh syok2 tido bole pulak aku terjaga sebab terdengar bunyi anjing menyalak. Mula2 menyalak biasa pastu baru yang nyaring tu.. Aiseh.. aku da seremmmm.. Selubung sampai kepala. Sib baek ada akak sorang tu teman aku tido. Huhu~ Lama dah tak dengar macam tu. Last dulu kalau tak silap masa kat Melaka. Ah orang len mesti tak perasan, aku jek.. Hu.

Tapi takpe. Pagi ni aku ok jek. Tak ngantok. Plus maybe sebab mood yang best kan.. so aku tak rasa pape pun bila ex ofismet aku bitau something yang ala2 nak menjatuhkan maruah aku la kononnyaa.. Cam kebal la. hehe. Aku selamba je jawab, "takpelah kak. org tu saje nak mensensasikan benda yang takde apa pun.. :)"

Puncanya, gambar dinner aku haritu telah diforwardkan oleh orang yang tak berhak malah tak berkaitan dalam hidup aku pun kat dorang. [Aku kenal orang tu..] Siap ubuh note kat situ, JANGAN BAGI ORANG LAIN, TAK BAIK. Motifff letak note tu?? Gambar aku tengah buat jahat ka?? Dah tu kalau tau tak baik, yang diri sendiri pi sent kat orang tu apakah ertinya?? Motifff lagi?? Aiseh.. very d confusing laa.. ;p

Akak tu siap cakap, "akak ingat gambar apa.. kot gambar tak pakai baju ke.. hihihi.. alih2 tgk, laa gambar biasa je.. gambar glam2 je la kot iye pun.." Hamboiii hamboiiii bab tak pakai baju tu lajuuu je kan! Hahaha!! Itulah.. dah kata dah.. orang tu cuma nak sensasikan benda yang takde apa. Saje nak create cerita. Or mungkin dia nak tunjuk je kot. Tak kisah la apa pun. Tapi kalau ada niat nak cari kesalahan orang.. silap orang laa... aku tak mudah melatah ok! Takat melatah, 'oo mak kau' tu biasalaaa.. blame gen melayu ku ini ;p Huhu~

Hurm lapar la.. nak g am am dulu la. Petang ni nak start jog!! JOm ;D

Friday, May 16, 2008

entri ke 281 = 2/81 = February 81 = me!!

semalam.

dah nak apdet. dah siap upload pics yang berkenan pun. but everytime nak taip something adeeeee jee benda yang menganggu. and seems menda tu keep buzzing me, terlupa teruih.. time nak balik baru perasan i tak apdet apa pun. ceh.

adalah beberapa perkara yang berlaku semalam yang aku rasa apakah? motif? ala2 suratan atau kebetulan lah ni.. hehe.

i. pagi otw g ofis, kuar iklan hotfm. "kota kinabalu 87.7.." aiseh.. bnyk2 ibu negeri pesal sebut yang itu.. motifff?? ;p

ii. dpt emel fm my manager. 'team building dates are postponed to 13 - 15 June, subject confirmation..' aduhaiii... aku plan utk cuti tarikh tu till 16 June. konon2 nk fly to kk nk celebrate bfday wan. tapi da kesudahannya mcmni pulak. mencik sungguh. sepatutnya team building tu end of dis month or early next month tp nakkkkkkkk jugak buat tengah bulan dpn. motifff??

iii. read front page npaper smlm pasal mr AA. kalo sebelum ni bila nampak, baca, dengar berkaitan dengan yang satu ni.. sense & nerve aku sepantas flash menghantar signal to nerve central system. yang hasilnya aku akan rasa sesuatu. sesuatu yang tak best. rasa tu undescribe. tp semalam rs biasa je.. bukan la bermaksud nerve sel aku da rosak tu sebab aku rasa biasa.. bukan laaa...elok je tau! tapi... mebi sebab kawalan otak terhadap message yg telah di transmitkan tu kot. dats y kalau tgk fear factor dorang selalu kata, ' it's all on ur mind.. on ur brain' .. so hopefully aku betul2 bole control benda ni. enuf is enuf. ulang 40juta kali. [ fuh teoriiii tak hengat... ;p]

err... btw citer yang last tu takde motif ok. ahaks.. ;p*

harini.

mmm.. citer pasal wan?!

pagi ni dia kena jd observer. flight awal pagi kul 8am. dia nak bangun kul 5am. ingat nak tolong kejutkan laa kan.. kata gf mithaliii.. tapi kul 6 lebih baru aku jaga. muehehe~ sori la eh. tau dia da bangun tu. kk kul 6 sure da terang benderang.

hmm tu je apdet ttg dia.. :) and i'm ok today. tak la hepi sangat and at d same time taklah sedih.. macam biasa je. tunggu la esok lusa tulat time cuti takde benda nak buat kat umah tu.. ha time tulah baru nak buat pangai ;p

o, cerita pasal esok. esok aku nak ke sogo..again. aku teringat2 kat luggage yang comel dan murah tu hari. hari2 teringat tauuu.. sampai mimpi2. [kak masy, yg ngigau semalam tu mebi psl ni la kot ;p muahahahaha~] tulah.. padan muka aku. aritu wan siap nak patah balik bila aku kata nak beli. tapi dogil.. takmo. ha, padan muko.. ;p ala.. aku kesian tgk dia penuh brg kiri kanan takkan nak patah balik. gf yang berhati perut[motifff??] tau aku nii hu~

so pagi td sms mak.

ada luggage sale kat sogo. murah. less smpai 70%. rm500++ jadi rm100++ je. sponsor bole ka?? ;D

muahahahaha.. ;p

teruih omak den call. "luggage tu pekebenda??" tu dia soklan pertama dia. alahaii omak den.. "alaa beg.. beg travel yang macam kita ada kat umah tu.. yang ada roda.. bole tarik2 tu.." pastu, "ooo..." ha panjang o dia tu. hehe. dia suh je aku gi beli. sebab dia takmo gi kl. dia nak gi ikea ngan abang aku. ooo.. lagi syiok! bling2 la mata beliau tu nanti. ooits abg, ko pandai eh pancing mak. huhu~ tak kira harus aku ikuttt.. hehe.

so hepi wiken & hepi holiday ya!!

Wednesday, May 14, 2008

I'm just ordinary~

Dah hari Rabu. Sekejap je rasanya. Mebi sebab 2,3 hari ni bz kot. Isnin aku half day. Pagi tu siapkan keje apa yang urgent. Thari cabut. Kenapa tiba2 aku half day? Mmm.. Read dis,

'.. When she is in love, she will just leave her job in the day time just to come to see u but not for long she will go back to work seriously again.. '. - read my previous entri, Aquarius Woman 5 Jan 2007.

Ya, aku cuti sebab nak jumpa wan. Wan bukan selalu dapat balik. So apalah sangat cuti tu.. Dia sampai KL last Sunday to settle few things. License and so on. Aku, tanpa tunggu persetujuan dia, apply half day awal2 wpun tak sure lagi sempat ke tak jumpa.

So tengahari tu aku ingat nk gi tgk movie dulu sebab tau he got other things to do first. Mesti da petang2 baru free. Tapi wan tak bagi. Suruh aku tunggu, dia otw. Then fetch aku gi KL cari luggage. Ok, fine then since aku pun da bertahun rasanya tak masuk KL. Jalan2 kat OU, Sogo. Apatah lagi dengan kekasih hati.. Huhu~ Harus tak lepas peluang! Kesimpulannya aku habiskan the rest of the day wif him. Survey & shopping luggage cont mengemas rumah kat Elaeis tu. Aku curik bolster & bantal dia. Alaa dia yang bagi pun ;p Huhu~ Had our last dinner together kat area dekat2 situ sebelum aku balik rumah and he went back to Seremban.

Yesterday dia sibuk dengan urusan lain kat Putrajaya plus meeting wif frens. Aku pun agak sibuk dengan kerja yang tiba2 bertimbun pagi tu.

And today, wan dah kena balik KK. By now dia da kat airport rasanya. Flight kul 2.30pm.

Well, I'm fine.. Actually there's few things yang keep bothering my mind so aku luahkanlah kat dia.. tu pun tak abis. Just half of it. But at least aku rasa ok. Yang penting, aku dah luah. Dan aku akan cuba yang terbaik. Mungkin aku agak fobia tapi tak paranoid kot. Aku cuma nak dia faham apa yang aku rasa. That's gud enuf.

O, btw.. aku dapat present fm wan!

Cuba teka ada apa kat dalam tu??!!!! ;D

.

.

.

.

.

.

.

Tadaaa!! Gelang... ;D Walaupun bukan macam benda2 yang aku nak dalam tag aritu.. muahahahaha~ aku tetap suka! Appreciate it. I don't care even it's expensive ke murah ke.. or how it looks. A gift from someone special sentiasa special bagi aku ;) Wpun mula2 fikiran nakal aku kata aku orang last yang dapat [so mebi yang cantik2 org lain da ambik kan.. muahahhaaha ;p] A fren of mine said, wan pandai pilih. Lagilah aku suka. Huhu~

Thanks sayang.. Nanti bagi lagi ok ;p

Hmm.. haruslah tido dgn gelang malam ni. Hehehehe..

Wow~ aku sangat positive harini. Chaiyo2 anne!!!!! ;D

Friday, May 09, 2008

Epi Wikennn Ebibadi!! :)

Todaykan i'm purposely pakai dress n eye shadow yang sama color. Hijau. Selalunya i pilih natural color je. Tak kiralah baju tu color apa. Mesti natural color or even worst tak tenyeh apapun kat mata ni ;p. Well... since kejadian yg diceritakan dlm entri yang terpaksa 'dilenyapkan' tu.. everyday aku melawa je ke ofis. Wpun hakikatnya takde la rasa lawa pun but thanks to them yang noticed. Puji2 bagai. Siap tanye brand lagi tuu ;D So peristiwa tu letak tepi. Look at the bright side jela.. :)

Malam tadi ok je. Around 7 something dapat sms wan, 'i baru sampai. flight delayed'. Lor.. kesian. Around 9 i called him. Tengah dinner wif Hafiz, his cousin [aku pernah mentioned bout dis guy masa aku gi KK dulu, read : Sabah again! dated Jan 31 2007] so wan promised to call me once reached hotel.

Kebetulan sejak 2 hari lepas kat umah cuma ada aku & sorang lg housemate. Kak masy outstation. So kul 9 lagi aku da tutup lampu sambil tengok tv. Housemate aku awal2 lagi dah siap berbungkus atas katil dia. Ngantuk sangat la tu. Boring tinggal sorang2 ni. Tengok tv jap pastu tertido jap. Then jaga sebab tingat wan nak call. So cont tengok tv lagi.. then tertido balik. Macam tulah sampai kul 11 lebih. Bangun tido bangun tido. Sampai sakit kepala dan kesudahannya tak boleh tido. Huhu~

Almost midnite wan tak call pun. So biar aku je yang call. Tapi xjwb. Hati sudah panas ni. Mesti dia da tertido. Huh~ Sia2 je aku tunggu.. So aku paksa2 diri untuk tido. Dan aku tido lena sampai pagi.....

Tipuuuuuuu!!! Aku takleh tido la. Aku nanges2 sikit sebab geram. Hahahha~ Pastu tetiba dia call! Argh~ mencik tauuuuu... Selalu macam tu. Dah puas aku sedih2, marah2, nangis2... baru nak muncul. Dia pergi bilik kawan dia tadi bla bla bla.. well satu perangai dia ni kalau dengan kawan2 memang tak akan jwb sms or call aku. Unless kalau benda urgent. Sangat tak suka tau! Buat aku fikir bukan2 je. Macam tatau aku ni negative thinker.

Sebab tengah geram kan,.. [geram tp syg mcmtulah ;p..] so aku banyak.. ah, uh, em aje. Kalau orang dengar perbualan kitorang tu, mesti dorang rasa wan yang tulis entri2 lepas kat blog ni. Bukan aku!!. Sebab tak kuar pun kata2 rindu2an.. aku buat dek je. Sebaliknya dia pulak yang cakap macamtu kat aku. Tau aku marah la tuu.. Hu~ Alaa.. marah rajuk aku ni aperla sangat.. Arini da ok da. Poyo je~ ;p

Eh panjang pulak cerita aku niiii... Huhu~ Niat asal nak jawab tag cik riben merah :) Hehe.. Ok2. Nak jawab ni.

LIST OUT TOP 5 PRESENTS U WISH FOR [.... presents from sesapa pun tak kisahh.. tapi kalau dia rasa diri dia tu yang terkena.. jangan wat tatau pulek ;p]

1. A handphone plssss.... wif 3G kalau bole ;D

2. A new car. I loike black color. Elegant.

3. Flight ticket. Destination, let me decide bole ;D

4. Dress macamni.. color ni!

5. A ring.. yang simple je. Tak payah batu berlian gedabak. Err.. kalau rasa macam ada maksud disebaliknya tuu.. pun muleh jugek ;p

LIST OUT THE REASONS FOR YOUR CHOICES

1. Kali terakhir beli hp adalah pada tahun ke-2 kat u bersamaa tahun 2001. Lepas tu aku tak penah beli hp sampai laaa ni. Tapi first year keje, tahun 2004 aku dapat hp free. Lucky draw. Nokia model apa dah tak ingat. Next year pastu dapat lagi hp. Lucky draw jugak. Samsung SGH E638. Dan hp tu masih hidup bersama aku dari tahun 2005 sampai la ni. So rasa2nya korang sedia maklum laa bahawasanya ia perlu diupgrade~ wpun orang selalu ingat ni hp baru sebab jarang2 tengok orang pakai ;p

2. Aku dah ada kereta yang asalnya adalah kepunyaan abang aku. So senang cerita, aku nak kereta yang aku pilih sendiri laa.

3. Sebab aku suka!

4. Aku suka jalan2. Aku harap aku dapat jejak jaki kat Korea, Jpn, Rome, Egypt, Paris dan macam2 lagi. Oleh yang demikian alangkah bahagianya jikalau dapat present flight ticket! ... berserta duit poket sekali. muahahaha~ mekasih yang!!! ;p

5. Aku suka cincin. Tapi aku tak pakai barang emas. Kalau ada pun aku cuma pakai suasa. Aku lebih suka emas putih. Tapi kalau nak bagi platinum pun takpe.. lagi suka! ;D

THE PERSON WHO TAGGED YOU IS

Cik Iyra siriben merah :)

5 IMPRESSIONS OF HER/HIM

1. Apa eh? emememme.. pompuan neh memang suka bergaya! ;p

2. Ada lesung pipit. Jelesss aiii... hahaha!!

3. Anak manja neh! I can tell..

4. Dalam banyak hal.. dia neh dalam kategori reasonable la jugak.

5. Konfiden which is gud for her..

MOST MEMORABLE THING SHE/HE HAS DONE FOR U

Errr.. she's one of them yang selalu comfort me.. ayat kasi cheer up la. ceewah~ *cepat kasik pesen org da up dia dah ni ;p*

MOST LOVED INVENTION [aik.. pesal soklan cam tak kena mengena je..]

Friendship cards.. books.. Ntah. Macam2 lagi. I'm kinda creative jugak laa.. dulu! kata arkitek-tak-jadi kan.. ;p

WHAT DO U DESPISE THE MOST

I just hate it when i hate it.

6 PEOPLE U WANNA TAG. If u all da buat, then ignore jelah..

1. tny

2. flush

3. anul

4. ad3ck

5. aleeya

6. anne

Oklah tu. Selamat berhujung minggu sumer :)

Thursday, May 08, 2008

2 for today!!

Ni pic ni aku cilok dari web mahb. Tapi rasanya macam zaman pak kaduk dulu punya je..

Pagi tadi aku bitau aku nanes kan.. rupanya skett jek! Ceh~ Degil tul lah mata ni tauuu.. ;p

Flight wan kul 3pm tadi. I texted him around noon tapi tak reply. Texted again, 'B!!'.. barulah jwb. 'sorilah.. tgh bz. baru nak gerak ni..'

Then i called tengahari, tak picked up phone. Around 2.25pm dia called. Baru sampai airport katanya. Ok fine. 'Skrg tgh lepak kat cafe?? [i forgot what he mentioned.. tp mcm tmpt lepak for business class la kot].. tgh tunggu nak naik flight.' Aku, ok.. ok. Tau la naik business class.. Eksen memasing tunggu kat situ. Alaa.. awk keje ngn mas bole la naik A-bus freeeeeeeeee lagi.. <--- statement jelesss ;p

Talked for only few mins then he promised to call me later when reached KK. Aku ok kan jelah. Nothing to complain. Kalau tak call ha, nanti baru complain ;D

How do i feel? Mmm.. suprisingly i'm ok je. Rasa macam dia pegi keje.. [well.. memang a part of keje pun ;p] or when he busy wif classes and all that.

So malam ni tatau la macamana lagi. Hopefully aku maintain kewl camni sampai laa ketemu lagik :)

.

.

i know u wont hv mch time to read this but thanks for viewing, at least.

Melawan Kesepian

I need a place where i can xpress my feelings yang dah tak terbendung dah ni.

So semalam aku jumpa dia sekejap. Aku peluk dia kuat2. Aku takut aku lupa macamana rasanya peluk my teddy bear ni. And aku nyaris2 nangis time tu. Had our last dinner. Dekat2 rumah je. Nothing special. But meaningfull.

Masa nak keluar dari apartment aku terpandang la swimming pool.. "bila lagi kita nak swimming..", aku saja tanye. Dia gelak2. Aku pun gelak2 bila teringatkan waktu2 meneman 'anak itik' ni berenang. Hurm.. macam manalah aku nak hadapi semua ni. Every single things ada je memories. Dan bila teringat sesuatu yang berkaitan, aku memang tak dapat tahan. Ya, aku memang rasa sedih.

Otw nak jumpa dia semalam, aku ingat mesti aku akan nangis beria2 nanti. Bila dia dah ada depan mata lain pulak... Langsung tak nangis! Maybe sebab aku tak sampai hati... Tak nak serabutkan fikiran dia sangat. Dah la baru abis test, suddenly dapat arahan kena pegi. Barang2 semua tak kemas lg. Dalam terkejar2 buat semua benda tu, nyaris accident pulak. Terkejut aku! Nasib baik tak apa2 cuma kereta cedera sket je. So semalam memang hari yang full of suprises!

At the same time aku agak kagum dengan diri aku sebab tak nangis depan dia.. Mungkin sebab aku sangat pasti aku akan jumpa dia lagi dalam masa terdekat ni kot. Tapi adalah sikit hampir nak nangis sebelum aku nak balik tuu... Sikit je sebab bila dia tengok aku cam nak nangis je, apa lagi... shuhhh2~ kena halau balik ngan dia ;p Terus aku tak jadi nak nangis..

Sepanjang jalan balik aku just rasa sebak tapi tak nangis. Dan malam tadi aku tidur macam biasa. Tak nangis pun sebelum tidur. Just sms tanya dia kat mana.. Kemudian aku cont tidur. Terjaga lagi, sms lagi, tanye dah balik ke belum.. bila dia replied, dah sampai rumah makanya aku pun tidur la dengan lenanya sampai ke pagi.

Dan sampai ke saat aku mula menaip entri ni pun aku masih tak nangis. Kalau boleh aku memang nak nangis. Biar keluar semuanya. Tak tahan nak simpan lagi. Tapi tak ada airmata yang menitik dari mata aku. Stakat bergenang je! Hurm.. cane eh..

Tengah aku cuba nak sibuk2kan diri terdengarlah pulak radio ni macam sengaja je kuar lagu2 yang tacing gilerrr!! Pastu bila terdengar lagu yang wan selalu dok improvise lirik, macam terngiang2 je suara dia. Dia memang suka nyanyi macamtu.. Haha~ Teruk dah aku neh ;p

Then aku saje bukak blog 3,4 orang.. minimisekan dulu. Aku cont menaip. Tiba2 terdengar la satu lagu kat blog tu yang liriknya macam ni,

'semoga kepergianmu tak akan merubah apapun.. semoga mampu ku lawan.. kesepianku...'

First time aku dengar lagu ni. Dan aku nangis juga akhirnya...

Wednesday, May 07, 2008

Don't Let The Sun Catch U Cryin

Tengah bz2 dengan claims and reports tadi suddenly received his called. Aik, cepatnye abis test! Ok la tu kot. Mentioned bout the endorsement and so on. Bla bla bla. Kalau ada cermin, rasanya jelas ketara muka aku berubah. So.. here i am. Dok ketuk2 papan kekunci ni.. sambil buat luahan sikit2 just to pleaseeee myself yang tiba2 kemurungan.

Rasa2nya macam ni la keadaan rupa aku rite now, muka sedih.. [cuma mebi mata aku tak biru macam baby ni jelah. ;p]

Tapi dalam hati sebenarnya nak macam ni..

Huarghhhhhhhhhhh!!!... Jerit kuat2. Best jadik baby.. Melalak kuat2 pastu ada orang pujuk ;p.

It seems that wan will b leaving soon.. er soon ke.. or should i say immediate??? Less than 24 hours fm now he'll b in KK. So mestilah aku sedih. No more 'hepi-hour' kat s.alam lg dah. I knew dis gonna b happened and i just kept it to myself all this time. Tak nak fikirkan sangat. Tapi takk sangka, it so sudden. And it's hurt. so can i cry now??

Tuesday, May 06, 2008

Tragedi itu, oh~~

Aku dah apdet semalam. Tapi atas sebab2 yang aku musykilkan.. maka aku simpan balik entri tu. Kemungkinan besar aku akan kuarkan balik. Tengoklah macamana.. Benda tu agak peribadi. Close mindedkah aku?? Ntah la.. Tapi aku agak terasa malu bila teringat statement tu. Mememememme ;( Takpelah.. Pada yang da komen tu.. mekasih eh ;)

O, btw milion thanks to everybody yang amik tau pasal kecederaan aku tempohari. Alhamdulillah aku da sihat. Tangan aku dah bole bergerak2 tanpa rasa sakit cam aritu lg. Cuma kadang2 rasa kebas dan ngilu. Yang masih sakit sikit, tepi buku lali aku. Tapi no harm, aku masih boleh berlari :D Lebam2 yang kaler macam rainbow tu pun dah hampir pupus. Hehe..

Gambar ni seminggu lepas kejadian. Besar kan lebam tu.. tapi da beransur hilang dah lebam. Tu baru sket.. ader lagi kat part lain2.. Unfortunately ni je bole amik gambar.. yang lain2 tu takleh share.. P&C ;p

Haritu kak masy cedera kena air panas. Abis 'rusak' perut beliau ;p Kelmarin aku pulak kena minyak panas. Satu kat pergelangan tangan, kecit je. Satu lagi kat leher. Leher?? Rupa bentuknya memang meragukan ok. So dah 2 hari aku g keje tak ikat rambut ;p Hape2 je aku ni kan... yang jatuh aritu pun belum betul2 baek dah kena lain pulak.

Psstt.. aku tak bitau wan pun aku kena minyak panas ni. Hu~ Biasala.. selalu aku ni suka je ngadu domba ngan dia. Manja2 la kununnnnn ;p Ntah la.. mebi sebab aku takmo kaco dia stadi kot. It's a hard time for him now. Really really tough! Kalau cerita panjang pasal ni, aku pasti aku yang akan stress & nanges lebih2. Macam aku pulak yang stadi. Huhu. So buat masa sekarang we both cuma cakap kat phone jelah. Itupun cuma 5 mins max. Nantilah.. dah selesai semuanya aku apdet dia semua sekali. Aci kan B ;)

Hmmm.. i mish him la. Apa2pun jom kita doakan dia dapat buat yg paling best test nanti & semoga berjaya capai cita2 dia eh. Amin..

Friday, May 02, 2008

Himpunan Hikayat 3 Malam ;p

Salam hari jumaat. At last.. berjaya jugak. Puas aku edit sumer pics aku. Berat sangat agaknye.

Okla.. Lets do the stori mori.

JAWAB TAG

Nak start dengan jawab tag dari Aleeya. My fav magazine. Actually nowadays aku tak banyak membeli mag. Sekali dalam 3 bulan ader la kot. Budget ;p So terpaksalaaa balik ke rumah parent untuk amik pic mags lama..

Antara koleksi Rapi. Sila abaikan tikar buruk yang koyak ittew ya ;p

Aku suka baca Rapi. Kat tempat aku susah nak cari tambahan pulak dia keluar 2x sebulan. Lagi la cepat sold out. Tapi nasib la aku ada kawan yang keje kat MPH so aku mintak dia simpakan setiap keluaran. Sekali collect sampai 3,4 mags sekali. Ha, baca sampai lebam ;p Kenapa aku suka Rapi? Haa yang ni menarik nak habaq :) Untuk korang yang tak pernah baca mag ni, suka aku maklumkan Rapi ni mag kesihatan. Daripada cerita diet, pemakanan, pemakaian, gaya, senaman.. almost everthing cerita yang sihat-sihat je la. Konon2kan aku ni nak jaga kesihatan. Nak diet bagai. Hihi...

Masa stadi dulu pulak, aku suka baca mag ni. CLEO. Biasalaa... remaja :) Penuh bilik aku ngan mag ni. Dah la tebal gler. Itu pun separuh abang aku dah buang. Dia tu memang pantang sket bab mengemas, laju je membuang barang orang. Huh~

Ada jugak sekali sekala aku beli mag DARA. Sekali dua je kot. Latest mag yang aku beli, INTREND.

Sekarang ni aku tengah dok baca mag MALAYSIA TATLER. Tapi tak beli laa... ofis ni punya. Tu yang bagusnya tempat aku ni. Tetiap bulan mesti beli mag yang memacam jenis. Aku ler yang tukang baca nye.. :)

Ok, dah jawab dah! Hope u loike it :) Or u want any petua psl kesihatan... nanti i bukak mag tu balik la carik ;p

GATHERING ~ MID VALLEY

Aku hampir tak pergi atas faktor kesihatan. Accident. Jatuh tangga. * Gelak laaa.. aku tak kisah..* Kepala aku sakit. Tinga kiri aku berdarah sikit.. pipi kiri aku lebam sikit.. tangan kiri aku takleh gerak, bole gerak sikit-sikit je.. ibu jari kiri aku lebam.. lutut & paha kiri konpom la tukar kaler favourite, biru kepepelan! ;p Tapi aku manage untuk pergi jugak sampai wan pun kata, "ish2.. sakit2 pun sempat pergi jugak.." Entah laa... nak kata sakit, memang sakit.. tapi masih under control. Mungkin sebab aku penah rasa yang sakit lagi daripada ini kot..

Ok, back to d stori.. aku terjebak ngan program yang kenkononnya dipanggil 'make over' by satu produk shampoo ni. Padahal ku memang da siap make up da.. dorang 'touch up' je. Hasilnya.. aku hanya suka tang mata je. Tang rambut memang hampeh. Cam nyonya. Elok lagi rambut asal ku [macam dalam gambar atas]. Aku siap gi basuh rambut pastu. Sebab tak tahan bau spray rambut yang kuat. Loya aku. Hu~

Disebabkan aku sibuk membasuh rambut so aku dah ketinggalan sessi awal dengan bloggers lain. Terus2 je menerjah wayang. Ceritanya memang tak bole blah. Aku takut2 je aku akan nanges tengok citer tu. Err.. bukan citer sedih pun.... tapi citer horror! Aku kan penakut. *Fine.. gelak la lagi...* Dorang dah beli tiket awal2.. baru Kurzz nak gi tengok citer lain, dorang da sampai ngan tiket Tatooist yang berjela-jela. Maklumla.. 10 orang. Aduh laa...

Cite tu okla.. tapi bila part2 yang aku tak nak tengok tu.. aku tengok kak Masy. Ahahahahaha~

Lepas abis movie, ader la orang tu mem'para-para-sakura'kan diri beliau. Hebattt!!

Then, dorang menurut je kehendak tekak aku yang dambakan laksa kat dalam Jusco tu. Huhu~ Credit to Anul for d great pics.. :)

Sebelum balik, singgah Big Apple. Hajat hati nak berposing dengan buah naga giant tu [cam dalam blog kak masy tu..] tapi tak jumpa kamera. Puas geledah beg gumuk ku. Time tu da cuak gak sket. Sebab memang ingat sangat aku dah masukkan kamera dlm beg. Bila sampai lam kete, upenye... ader elok je kamera tu kat tempat alas kaki. Sib baek laaa...

So terpaksa la mem'posing'kan diri gak. Nak wat camane kan.. ehehe!

ACARA MAKAN-MAKAN SEMPENA MOM'S BUFDAY

Sampai Shah Alam pun dah hampir Magrib. Belasah Duren2 dulu baru blah. Masa kat Mid V omak den dah membebel suh balik dah. Sampai2 je terus letak barang kat bilik. Tengok adik aku tergolek tengah2 bilik. Penuh dengan keter mainan yang besar gedabak. Aiii.. ni bilik aku ke tempat pameran keter????! Ni yang aku malas niii..

Argh.. malas nak kecoh2. Terus gi dapor. Makcik2 aku semua [mak ijah + mak andak] da ada. Anak dorang tengah mengipas ayam bakar. Bagus! Aritu aku.. la ni korang punye turn la. So bole la aku duduk dengan tenang sambil makan laksam. Memememe.. Cedapnye. Tapi tau jelah.. umah aku kan, makanya semua benda itu ini semuanya tanye aku. Aiseh.. Last2 aku pun kena turun bakar ayam gak. Mentor la katakan ;p

Tengokla tu.. spupu aku jadi mangsa suruhan potong buah mangga. Dia potong kulit je pastu suh aku sambung. Ceh! Nyesal aku lalu kat situ ;p Aku try gak.. tapi tangan aku kan sakit.. makanya memang cam aper je aku memotong.. terkial2. Last2 makcik ku yang potongkan.. Hehe!

Gambar : Ni baru 1st round. Lepas tu abah kuarkan sumer. Ha amik ko~

Lepastu, masing2 dah mengadap tv. Nak tunggu konsert. Tiba2 abah balik dengan penuh plastik tangan kiri kanan. Rupa2nya dia beli butter prawn dengan ikan masak sweet sour!! Banyakkk giler.. Kitorang ni dah ala2 full gitu. So hanya udang tu jelah yang berjaya di'ngap'.. Yelah.. ayam kepak bakar ku dah ngap 3 ketol! Dengan laksam lagi. Sirap laici je dah bergelas2. Huuu~ Itupun aku dah jadi ular sawa lepas tu. Baring2 kat tengah bilik sambil tengok AF. Memang penat + full gler2!! Terus tertido dengan baju bau asap bagai tu. Aku hanya terjaga bila dengar dorang riuh menjerit hepi {?} bila Rina(AF) kuar. Tapi pastu tido balik. Jam 2am baru aku jaga betul2. Baru la gi mandi ;p . Lepas mandi & borak ngan wan baru cont tido proper sikit. Tdo kat katil la. Sakit badan aku baring kat lantai.

This Sunday, emak nak buat kenduri lagi. Itulah mak aku. Memang suka wat makan2. Pastu panggil askar2 [sepupu aku la] suh bergotong royong wat itu ini. Sib baek dorang sporting. Aku je yang tak sporting ;p.. Alaa.. aku sorang je pompuan kan.. tak syiok ar. Konpom aku je yang kena wat sume. Huhu~

Sabau jelaa...

Hello, once again~

Bismillahirrahmanirrahim.. Helooo from Anne di tahun 2025!!! Subhanallah... dah bulan 9 ye. 3 bulan saja lagi sebelum kita nak menjengah ke ...