Monday, June 30, 2008

300 suda..

khamis ni gi penang. ada team building kat jerejak resort. smpai hari ahad. ingat tak aritu aku stori pasal casting tu?? alkisahnyaa... dek kerana terpaksa attend tb, maka tak dapatla korang tengok, tonton & tatap.. ewahhh.. muka aku yang kiut-miut ni [pasannn jap~] dlm our co new tv commercial. huhu!

memula aku ingat dorang ckp main2 je.. bila one of the production guy tu bitau yang aku terpilih tapi sebab aku kena gi tb so tak leh la kan. bila tgk email baru tau mmg betul nama aku ada dlm shortlisted. shooting tu sabtu ni. time tu aku masih di penang. takkan semata sebab aku, nk postpone shooting plak kan.. ish, bajet beshh pulak =p. hahahha. inilah yang orang kata.. takde rezeki. sedih gak laa. sket.

mebi sbb kebelakangan ni takde berita menggembirakan untuk aku kot.. kalo ada, mesti aku tak rasa apa2 kan :)

tak apalah..semoga rezeki aku masih terbuka luas dalam hal2 lain.. atau peluang2 lain pulak. aminn..

Friday, June 27, 2008

entri ni yang kedua aku taip harini sebab ada tangan gatal yang mengakibatkan power trip tadi. tgh nk taip word verification suddenly terus padam. aduh.. sialan!

nasib baik aku tengah dalam proses menyahtoksid and at the same time to balance hormone. takdelah mood swings sgt. thanks to green tea. huhu. promote skett.. =D

or mebi mood aku ok after we had long conversation smlm. luahan makes me feel gud. for me luahan bukan to point at anybody's fault. most thing is two way communication. u cakap.. i digest. i cakap.. u digest. should b that way la. tapi kebanyakkannya lepas digest.. ikut keluar masa proses perkumuhan! tu yg smpai bila2 pun takkkkk paham2.. =p LOL.

ada yang kata.. if ur a true fren, let ur fren know when they do things wrongly. but do not tell how to correct. yup! kadangkala aku rasakan benda ni tersangatlah betul. wpun rs pedih bila orang kata salah or not supposed to do that ke apa ke.. masa tu je.. lps tu aku akan rs ok. at least benda tu buatkan aku berpk. cari kelemahan sendiri and improve. try to fix it. rather than, "ek eleh..ko ingat ko bestttt!" statement! hahahaha!!

macam aku kan.. tak reti nak pleased, nak amik hati orang. aku sedar tu. tapi aku memang lemah sangat bab spontaneous and impromtu ni. C-. or even worst! hahahaha. nampak plain. macam takde perasaan je. cold sgt. but deep down inside sbnrnya.. macam2 nak buat to make people happy n so. tapi tak terkeluar. stucked inside. cuma non-verbal and gesture je yang nampak. tu pun pada yang kenal rapat dan yg tau je la. me, typical aquarius. but i insist to learn for gud. hmm.. time will tell.

it takes two for tango. klise. but it's soooo true. tgk sekeliling [terpulangla korang nak tgk apa.. tp aku tak tanggungjwb eh.. ;p], banyak benda yang perlu ada dua untuk stabil and balance. kan?!

b.. i need u. to balance my world. ahh~ jiwangsss pulek.. hehehehehe..

Wednesday, June 25, 2008

salam.. aku da selamat balik ke semenanjung. sampai airport petang semalam n sampai rumah almost 9pm. rasa macam lemau sikit nak kerja harini walaupun jam 6.20am mata da celik. da terbiasa 3,4 hari ni.. di kk matahari terbit awal. so tetiap hari aku terjaga awal sebab bilik dah cerah terang-benderang wpun jam baru kul 6am.

petang jumaat aritu masa di ofis, ujan turun mencurah2. lebat sgt. aku dah resah. takut lambat. dgn takde payungnya.. aku redah je. sampai rumah basah kuyup. tiba2 kwn aku sms kata da sampai kat bwh. apalagi, menggelabah la. terus tukar baju dan berkejar2 turun.

smpai airport hampir jam 5pm. well.. dah lebih setahun aku tak ke situ. cuba mengingat apa yang perlu dibuat. berdebar2 jugak. ni first time travel sendirian. jadi semuanya sendiri. bila da lepas final checked-in semua.. baru rasa lega. penuh jugak flight petang tu. kebetulan same flight dgn zahnita.

smpai airport kk agak awal. 8.40 pm. tak sampai 2jam setengah. cuaca kat sana tak baik. hujan. landed agak terok. terhuyung-hayang dibuatnya. aku cuma bawa hand luggage so senang sket. tak payah tunggu. dan oleh sebab masih awal lagi sebelum 10.30pm [dia keje. so hanya bole jemput aku lps balik keje..] so lebih baik melunaskan hajat nak makan kat tempat yang aku penah pegi dulu. tapi da tutup pulak. alaa.. tukar plan ke kfc la pulak. telan je apa yg ada. janji tak lapar. makan perlahan2.. sambil tgk jam. penat & beku tunggu kat situ, aku turun ke bawah. jengok2 apa yang ada. tapi semua kedai & booth da tutup. hm.. tunggu kat luar jelah. tak sejuk sangat.

oh ya! waktu aku sampai, masa aku masuk tandas mmg takde orang.. bila keluar.. terkejut aku bila tiba2 sorang budak perempuan beruniform tegur, "kitak mau ke mana?". dek kaget tu..agak lambat baru aku jawab, "baru sampai dari kl..". "balik kg?". eeh.. banyak tanya pulak.. =p "taklah. orang kl. macam orang sini ya?" dia mengangguk. aku senyum. sebenarnya tu kali keempat dalam masa kurang dari 30 mins orang ingat aku orang local. kk.

frankly.. aku agak takut jugaklah. sebab sebelum ni aku banyak dimomokkan tentang keadaan kk waktu malam. berhati2. ramai org jahat kata dorang. setiap org yg tanya, aku beri jwpn standard. "tunggu husband". terus dorang tak ganggu aku lagi. jadi bila banyak mata2 memandang.. bertanya itu ini.. tipulah kalau kata aku kewl. dalam hati berdoa sangat2 dia cepat sampai. dan bila dia called beritau da nak gerak jemput aku.. rasa cam nk nangis pun ada. hahhahaha! penakottt.. =p tapi elokla berhati2 kan.

hmm.. lbh kurang jam 10.30pm baru dia sampai dengan kete ikannya tu. leganyaa.. bila dia kuar dari kete, mata aku bling2 jap tgk dia dengan uniformnya. huuu~ ai loikeee ..

to frenz.. sori tau. trip kali ni..aku tak amik gambar pun. satu pun takde. ala2 private vacation gitu. tak banyak benda nak cerita pun. tambah lagi aku tak sempat nak singgah ke tempat2 yang sesuai nak amik gambar. yelah.. macam pegi shopping complex, tgk movie, takdenye nak amik gambar. then tak shopping.. so xde souvenir. hehe. next time ok =) cuma.. ni pengalaman pertama aku travel sendirian. gud for me. aku gembira aku masih bole berdikari.

Friday, June 20, 2008

situasi macam tengah perang.

ko suka tak kalau buat kerja yang hari2 terpaksa menjawab dengan jawapan yg berlapik2.. sebab kalau ko berterus terang maka akan membodohkan orang tu.. tapi ko terpaksa sebab orang tu besar pangkatnya... besar pengaruhnya. ada yang tak terlibat dalam ini filem tapi bukan main.. sebab kalau dia tak mahu, ko lah kena buat sendiri. kadang2 sampai terpaksa bertekak.. kemudian angin satu badan sampai naik ke kepala.. ko suka??

jadi orang tengah memang cari nahas. penyek terhimpit. lagi nahas bila sebelah pihak tak berpuas hati. sepanjang hari tu masing2 muka ketat. dan paling susah aku lah.. dorang balas balik. banyak cara. aku jugak yang kena..

fedap sangat. aku suka keje aku.. tapi aku tertekan dengan keadaan sekeliling..

sbb tu aku rasa malas nak pegi keje tetiap pagi..

tabik spring la kat sesapa yang keje bahagian customer service. yang tahan bertahun2. anda memang hebat!!

.

.

hu.. takpela.. aku nak gi bercuti dah ni. tak nak ingat dah hal keje. ptg ni flight jam 6pm. i'll b back on wednesday. c ya..

kk, here i come!

Wednesday, June 18, 2008

Aku terima lagi sms tu.

"Hi.. lama tak dengar citer. sihat?"

Aku tak balas. Macam sebelum2 ni jugak. Aku delete terus. Bukan dari ex bf aku atau sesiapa yang pernah hadir untuk hidup dalam hati aku. Bukan. He used to be a gud fren of mine. A very gud one. He's like a brother to me. Ke hulu ke hilir dengan dia dan seorang lagi. 3 sekawan. Aku kenal baik family dia sama macam dia kenal baik family aku. Aku suka kawan dengan orang yang menunjukkan rasa 'tulus' berkawan. Datang ke rumah aku. Tak kira kenduri atau apa, bila dijemput.. pasti muncul. Sebab tu bila ada orang kata, lelaki dan perempuan adalah mustahil untuk berkawan saja.. hmm terpulang! aku sendiri rasa tak semestinya. Aku boleh.. Dia kawan lelaki terbaik yang aku pernah ada la so far.

Pernah dulu kitorang masak sama2.. Macam adik -beradik. Gotong royong tumbuk bawang.. potong cili.. dia boleh tahan pandai memasak! Kalau difikir balik.. tak sangka aku berani betul. Percaya betul dengan dia. Dan memang tak salah aku percaya dia. Protective. Marked my words. there was nothing happened between us walaupun ke hulu ke hilir sama2. Mungkin ada yang nak kata dia golongan yang tak straight tu sebab laa.. naaa, he's married, last year. Dah ada anak sorang pun. So kalau nak cari sebab pun.. mebi aku la yang tak attractive kot.. muahahhaha~ Kalau dah dasar buaya, apa pun di'ngap'..

Again, dia dah selamat kawin. Aku je yang stil single mingle.. hehe. Aku ingat lagi.. aku orang pertama yang dia bwak jumpa perempuan tu. Nak aku tengok and komen. Hahahaha. Terasa penting pulak aku.. =p Lepas da kawin, dia contact aku, cari aku lagi, tapi... aku takleh la nak kawan ngan dia lagi dah. Sebab aku cuba memahami. Beritahu aku, isteri mana yang suka kalau kawan baik suaminya adalah sorang pompuan?? Mungkin ada yang ok je.. tapi kalau boleh, tak nak.. kan. Wpun wife dia tak cakap apa2.. tapi aku pun pmpuan macam dia. So kalau dah begitu keadaannya.. biar aku pilih jalan hidup aku. Masing2 pun dah ada kehidupan sendiri.

Err.. rasa dulu macam pernah bitau kat dia pasal blog ni. Hmm, kalau terbaca ni.. aku nk minta maaf. At least tunggu sampai aku da kawin ke.. mungkin lepas tu kita bole kumpul sesama macam dulu. Bawak family masing2. Sekarang ni.. banyak hati yang perlu dijaga. Dorang mungkin tak faham.. tapi bukan salah dorang pun. Harap berbahagia selalu =)

**

**

Dulu, aku tak faham & tak boleh terima bila orang selalu cakap, "tak ada persefahaman.." Hanya sebab itu orang boleh putus tunang dan bercerai berai?? Susah aku nak terima. Mungkin sebab selama perhubungan aku dulu aku sentiasa cuba memahami segalanya.. esp tentang perkara yang aku tak biasa, aku cuba untuk memahami.. Kalau tak boleh jugak, telan je semua. Akhirnya jadilah aku orang yang hanya tau mengangguk. Ok, biar aku tak faham asal kau faham. Sebab hidup ini untuk kita 2 orang. Titik. Tapi orang kata kalau kita berbudi, mesti orang akan berbahasa jugak kan.. dah puas anggukkan kepala, iakan aja tapi kalau orang lain masih tak nak berbahasa.. Kesalahan kita je yang dia nampak! Sia2 lah..

So sekarang ni kalau orang cakap tentang itu, aku dah faham. Kita memang tak sefahaman..

Monday, June 16, 2008

to whom it may concern..

******

i miss talkin with u

i miss laughing with u

& just having u nearby.

but i am thankful

for each moments

we have shared.

wherever u go

wherever u are

ur always close

in my heart.

******

to mr khairol azwan fahmi,

time & distance have no meaning

in matter of the heart..

eventhou

we've far apart

i always hve u in my heart

happy birthday dear..

Friday, June 13, 2008

cuaca sejuk 2,3 hari kebelakangan ni. tambah lagi dengan aircond yang buat aku rasa macam hidup di zaman ais je. bertambah laa sakit kepala. hu~ nasib baik ada tingkap kaca sebelah ni, boleh la dapat haba sikit. malangnya.. bila aku jengah je, cuaca terus jadi mendung. aik, perli nampakkkk.... bila aku da duduk tempat aku balik, terus cerah. ewah2.. motifffff..... ~

mak bg sms pg ni. 'angah datang. ahad ada kenduri. balek' angah tu makcik aku. tinggal kat johor. selaku anak mithali, kenalah balik. huhu. kerahan tenaga lagi. nak kata apa.. kalau bukan aku yang buat, sape lagi. adik beradik aku yang lelaki 'sibuk'.

last weekend seharian aku mengemas bilik.. angkat keluar almari lama sebab bilik aku pasang almari dinding. so aku nyahkan almari2 tu ke bilik orang lain pulak. huhu. ahad pulak kena kerah angkat barang2 nak disimpan dalam kitchen cabinet pulak. dengan habuknya.. tau2 jela. angkat barang2 berat, set pinggan gelas bagai.. turun naik tangga.. sakit pinggang. aduh.. agaknya sebab tengok aku cam orang tua, gerak sket sakit.. tunduk sket sakit.. omak den bagi upah. takdela banyak.. cukupla nak isi minyak. first taim tau aku dapat upah wat keje umah. serius. malam pulak dia ajak g makan sate. hmm.. dah mcmtu ceritanya so memang sah2 lah.. nak tak nak aku kena balik jugak minggu ni kan kan.. =)

aku tau kawan2 cuba buat aku hepi. malam ni pun satu grup nak fetch aku kat umah untuk menghepi2kan diri. aku tau orang berniat baik tapi kalau ikut hati.. aku lebih selesa berbalut dalam kepompong di rumah. berhibernasi dan tanpa perlu fikirkan apa2. kalau berjaga, dalam keadaan apa pun pasti otak aku ligat berfikir walaupun aku memang tak nak fikirkannya. aku cuba menghargai apa yang ada disekeliling. sekali mereka ikhlas, 10 kali aku membalas dengan ikhlas juga.

.

.

.

i'm tired. rasa itu sudah menghampiri detik kematiannya..

..

.. aku mungkin akan membatalkan cuti2 ke KK. masih dalam pertimbangan.

Thursday, June 12, 2008

it's a neverending story.

3 hari 3 malam pun tak habis cerita.

aku sedang bertahan.

thank u frens.

****

first time ever in my life..

aku tertanya.. dan terasa untuk 'terbang' dari tingkat 4.

aku bukan jenis yang ambitious, jadi aku agak pelik kenapa aku boleh ada rasa yang macam tu.

****

teringat masa study dulu. sorang junior lelaki. sebab badan dia besar macam bouncer so sangat 'alien' bila tercampak kat secretary course. one day, dia datang dan minta tolong pinjamkan duit. untuk tambang balik kampung. aku tak kenal sangat dengan dia. nama pun aku tak tau. tapi aku tau dia wujud. aku tak tau kenapa dia mintak daripada aku. sampai sekarang tak tau. aku bagi tanpa banyak cerita. bukan sebab aku kaya ke, banyak duit ke tapi atas rasa tanggungjawab. cuba letakkan diri kau di tempat dia. mungkin kau akan faham.

nak dijadikan cerita, dia tak balik2. berhenti study macam tu saja. dan dah tentu duit tu aku tak dapat balik kan. nak kata aku maki ke kutuk ke tak ada la pulak.. cuma rasa kesal. tapi sebelum hujung sem, aku terima sepucuk surat beserta sampul berisi duit. dan aku akui aku sangat terkejut membaca surat tu. mungkin aku masih simpan tapi tak ingat di mana. katanya aku ni sumber inspirasi! .. terima kasih kerana menyanjungi aku. walaupun sebenarnya aku tak layak untuk disanjung. orang seperti aku bersepah2 di tepi jalan.

walaupun aku tak kenal kau.. aku harap kau berjaya dalam hidup kau.

****

sekali, nasib. dua kali, apa ya?

Wednesday, June 11, 2008

Akhirnya aku temui jawapan... Terima Kasih.

Terima kasih kerana menunjukkan aku jalan

walaupun dengan kata2 yang umpama senjata tajam membunuh..

kiranya kau rasa aku ini terlalu menginginkan..

itu adalah hak ku jua.

hak untuk berkeputusan.

tentang hidup dan tentang segalanya.

kalau la aku boleh beritahu seluruh dunia betapa kejamnya keadaan ini..

mungkin akan ada yang membodohkan aku.

ya aku memang bodoh.

dan aku akan terus jadi bodoh kalau terus diam & menerima segalanya..

aku dah agak dari mula... ini kesudahannya

bila memulakan sesuatu yang tak pasti seperti ini..

tak salah kalau aku mengharap keadaan berubah kan..

berharap & berusaha.

tapi..

inilah takdirnya..

aku kalah.

aku tahu tak mudah untuk lepaskan

setulusnya.. aku sangat takut kehilangan

tapi..

apa yang lagi menakutkan selain memperbodohkan diri sendiri

mengecewakan..

aku teramat sedih.

hingga pilunya memakan diri..

kalau lah mereka mengerti..

aku mengalah.

aku ingin berhenti berjuang sebelum kalah teruk..

aku terima hakikat ini.

dan aku akui kesilapan.

walaupun berat utk menyatakannya..

aku mohon...

sila pergi dari hidup aku.

bila aku buka mata keesokannya..

semoga tiada lagi bayangannya dalam hidup aku.

Bangun pagi ni dengan sedikit rasa susah hati. Tatau nak pakai baju apa. Kan bagus kalau ada manager yang tentukan harini nak pakai apa, esok apa.. then kalau tak cantik ke, kena kutuk ke.. blame my manager! ahahahhaahaks~ joking..

Kadang2 kan.. erm, most of the time la.. aku selalu tatau nape aku rasa unhappy. And most of the time jugak.. there's always reasons turned up. Pop! Just like dat. Like yesterday, i was down like mati kucing or mati laki or watever. LOL. And woke up today with dis unpleasant feelin.. urghh~ hate it.. And yet, kena komplen lagi pagi2.. suwey betul. And now.. i've received a not- so- gud news from him. Wahh.. Pakej nampak!!~~~ wat a day...

I need to relax. And release tense. Kung Fu Panda jom!!

Tuesday, June 10, 2008

it's time..

cuba nk percaya. cuba nak faham. tapi tak boleh. sangat2 tak boleh.

sangat sakit hati bila memaksa diri sendiri.

dah lama rasanya tak menangis.

i'll let it out anytime from now.

terbanglah resah..

kecewa sangat.

Wow~

Rajinnyeeee apdet blog!! Huhu~

Schedule padat tapi.. rasa macam nak jugak apdet. Hoho.

Today da Selasa. I'm counting.. 10 more days to go. Can't wait!

Dari semalam bila jengok blog ezra mesti cam nak joget2 dengar lagu 'Dancing in the Moonlight'.. Lagu tu cam sesuai je untuk melapangkan diri dari segala yang menyempit. Kalau tutup mata.. bayang la kita kat tepi pantai ke... atau kat puncak gunung ke... sambil dengar & nyanyi lagu ni, bole rasa tau!! Mebi nanti kalau aku dengar time kat airport, mesti rasa cam nak lompat2 lalilalalala je.. Kanak2 riang gitu =D sambil heret baggage ijau tu. Huuuuu~ indahnyaaaa....

I received photo atas tu from him. View frm hotel balcony kat Miri. Nice view hu~ *jelessssssssss ni* Kalau la umah aku ngadap laut cam ni.. Huhu~

**Need to find something. His bfday is coming up, just around the corner.

Monday, June 09, 2008

Gwe emo tengok filem horror~

Last friday sepatutnya kitorang, warga2 'Public Affairs' yang muda belia dan bujang trang tang tang pastinya.. huhu.. nak main bowling kat Sunway Pyramid. Tapi rupa2nya si organizer ni tak buat booking apa pun. Kira walk-in la ni. Tapi tau2 jelah.. malam Sabtu, konfem ramai! Alahaiii... melepas lah nak tengok bekas footballer & jugak anak bekas footballer fames sorang ni jadi 'bowler' pulak. Huhu~

Pssstt.. tgh menaip ni kan tetiba ada la pulak boz jepun ni tanye macam2. Sangat seksa nak memahamkan apa yang dimaksudkan. Huh~ Ok2 bak to d stori. Hehe..

7 of us. Me, M, Mel, Ema, Reza & Sham [wif gf]. Ni first time kuar dengan dorang. 3 of them new staff so nilah masa nak mengeratkan silaturahim.. cewahhh! So bila bowling da fully booked so proceed dgn acara makan2 la pulak. KFC je. Sembang2.. gelak2.. Wlaupun kitorang ni satu department tapi most of the time aku kat 1st floor dorang kat 3rd floor. Terpisah jauh. So definitely jarang jumpa. Huhu.

Lepas makan da tatau nak watpe. Pastu si paling kecik, M dok merengek2 nak tengok movie. Time tu da jam 9lbh so terpaksa proceed dgn citer yang paling cpt. Ulang, terpaksa! Sebab dorang nak tengok Orphanage! Tau2 jelah... aku ni mana tgk citer horror ke saspen ke.. Kalau aku tertengok tu maknanya aku terpaksa la tuu.. Huh~ So, as usual.. chop! Nak duk tengah!! Hahahahha... O, btw Reza tak join. So tinggal yang perempuan jelah. Dia balik terus. Rindu kat mak. Konon... =p

My review bout dis film, hmmm... orphanage.. atau El Orfanato dalam bahasa Spain.. mmm, mula2 agak saspen ar.. sebab banyak nau bunyi2 yang buat aku terkejut2. 10 jari ni memang dok kat muka jeee all the time. Muahahahhaha~ Tapi kan... 10 mins sebelum berakhir cerita tu aku dah tak rasa takut langsung! infact aku terus emo.. Sampai arini stil emo bila teringat. Hu, tatau nak xplain cane.. korang gi lah tengok. DVD pun mesti da ada lama kot sebab citer ni tahun lepas dorang kuarkan. Apa2pun yang penting, tonton. Tak rugi. Atau kalau nak lagi mudah... try dis.. memang complete! http://en.wikipedia.org/wiki/The_Orphanage_(film)

Okla.. nak cont emo sat.. Huhu~

Friday, June 06, 2008

3 in 1

Sebenarnya dr pagi tadi da upload pics. Ni da petang2 baru sempat nak stori. Hehe. Disebabkan Iyra a.k.a cik Riben Merah dah tanye mana pics kitorang waktu berdetingans malam aritu.. terpaksalah tempel kat sini. Hehe..

Alkisahnya.. betapalah dak Iyra ni kena bersabar semata-mata nak deting ngan aii ni la. Hehe. 2,3 menjak ni kan aku bz tahap max. Bz event, bz pindah umah, bz renovate umah, pendek kata memang minggu super bz la kan.. Serba salah jugak mula2 tu. Tapi nasib baek memahami.. ke buat2 memahami je iyra.. =p hehe..

Plan nak jumpa lepas Magrib. Tiba2 hujan turun mencurah2. Lebat. Aiseh... Tapi demi dah berjanji, redah jelah. Fetch iyra kat S9. Alaaa2.. kecik je orangnye tau =D. Then terus ke Hainan. Nasib baik laaaa iyra ni type yang ramah.. terus je aku pun jadi ramah gak. Hehehe.. Iyelaaa... den kan pomalu orangnye... Hahahahah~

Dalam dok stori2 tu tetiba tergerak hati nak tanya pasal seseorang yang aku kenal satu masa dulu. Stori punya stori.. rupa2nya kitorang ni 150% memang pernah bertembung, berkumpul, berjumpa sebelum ni. What a small world.. =D Cuma mungkin situasi sewaktu pertemuan tu yang menidakkan kita mengingati satu sama lain kan. Sembang punya sembang sedar2 da pukul 11pm! Mak aih... lupa daratan betul kita bersembang! Hahaha~

Nilah dia Iyra.. [konfem ramai yg kenal dia ni.. hehe...] Seperti yang aku pernah bitau.. dia ni memang sukaaaaa la sangat bergaya. Halakan saja kamera, automatic je dia pose! Hehehehe..

Kesian kita kan.. terpaksa amik gambar sendiri. Dah la gulap gulita kan..Hihi.. Takpe.. yang penting ada! bukti ni tauuuu... =D

Next time datang sini kita plan leklok, baek2 punya ok ;)

********************

Ok, yang ini pulak untuk memenuhi permintaan mama Fealize kita tu.. i tak sempat nak edit bagai so i amik gambar jelah eh.. aci kan?!! ahaks..=p

Gambar biasa je.. Tadek make up2.. tu pun office attire je.. kan i model bidan terjun!! hehehe..

Ha.. cukupla2 tu sesi menayang muka.. =p Yang lain2 tu nanti2la eh..

**********************

TB dah confirmed. Pulau Jerejak Resort & Spa. 3rd to 5th July. Gud news sebab tak clash dengan tarikh aku gi KK. Nasib baik aku tak pilih plan B, yang maknanya aku balik sini on 30th, Isnin. Konfem letih nanti. Minggu yang sama kena travel. Yang not so gud news.. venue tu laa... aku berat ati nak naik bus time2 skrang ni. Hu~ Time2 camni bole tak aku harap aku kena demam campak ka.... Kekekekkeekke~

Tuesday, June 03, 2008

Spacious

Harini baru boleh tarik nafas panjang. Tapi tak rasa lega lagi.. Macam ada yang tersangkut. Camane tu eh?!!

Semalam betul2 hari yang sibuk. Dari pagi betul2 sibuk & menyibuk =p. Mental aku tepu. Padat. Dari kira2 sampai ke daya penakulan semua digunakan. Kira fully utilised la. Huh~ Lunch pun bole tak ada ruang. Dah balik rumah baru aku teringat aku tak makan lagi. Letih. As usual walaupun da pindah rumah baru tapi aku tetap suka tido masa tengok tv. Jam 11 lbh aku terjaga. Mimpi. Tapi aku rasa tak ngigau kan kak Masy..?? Dengan mata kelat, terus call dia. Cakap sekejap. Ulang,.. sekejap & hambar. Tak pasti sebab tu atau lain tapi malam tadi agak lambat untuk aku lelap mata semula. Hurm...

Pagi ni masa aku tengah nak setelkan hal2 invoice kat meja secretary, terdengarlah pasal TB. Latest news, no more Kuching. Huhuhu tak syiok laa.. ;( Dari cakap2 yang aku dengar tadi between bos & her secretary.. venue pilihan sekarang ni adalah Pulau Jerejak! Aiseh... rasa cam banduan plak.. =p Tapi yang terpaling tak best, most probably tarikh tu will back to previous proposed date. Iaitu bulan June, bulan ni!!!

Aiseh.. ni yang menambah kefeningan ni. Aku da booked flight ticket. cuti2 Malaysia. Kalau la dibuatnya TB jatuh tarikh yang sama dgn cuti aku or the same week.. mmg adoiii laa.. Kalo dorang tak bagi aku cuti, ganti balik duit aku!! Huh~

My colleague called just now.

"Eh u da tgk emel belum?? Pasal casting tu??". Berbisik.

"Tadek pun. Schedule tu i ada la.. y?"

Dia gelak2. "Aiyooo u feymess laaa.. nanti i forward!".

Aku pun tak faham apa hal sebenarnya sampai la aku buka emel. Gelak besar aku! Kat emel tu ada attached casting steps & yang 'kelakarnya' semua muka aku. Aku ingat lagi aritu memang aku kena panggil suruh jadi model jap. Masa tu ada 3 orang jadi model terpaksa. Dorang kata just draft je, mcm sketch up utk mintak approval bos. Ni semua untuk UMW tv commercial.

"muka u muka cari makan la.. hahahaha.."

Aku, "yela tu.." Aku tamau makan. Aku nak duit =p Muehehehehehehe~ <--- keji je statement neh ;p

Hello, once again~

Bismillahirrahmanirrahim.. Helooo from Anne di tahun 2025!!! Subhanallah... dah bulan 9 ye. 3 bulan saja lagi sebelum kita nak menjengah ke ...