Friday, July 18, 2008

cubalah..

1.

"Saya sudah lali dengan kata-kata. Apa yang saya perlukan lebih dari itu. Walaupun saya bukan bidadari atau ratu cantik dunia tapi saya perlukan kesungguhan. Saya mahu hidup bersama orang yang menunjukkan kesungguhan dan keinginannya bukan melalui kata-kata saja. Saya mahukan bukti! Kesungguhan yang bagaimana?, bukan mengejar saya ke sana ke mari tapi kesungguhan yang tak mampu saya jelaskan dengan kata-kata.. "

aku ambil semula petikan ayat tu dalam entri lama dulu. masa tu, aku masih belum ada sesiapa yang istimewa di hati. so taklah spesific tuju kat sesiapa.. kira macam ayat tak bertuan lah.. hehe.

ayat tu special sangat. ianya sesuatu tentang diri aku. bahagian yang tak dapat dilihat bila seseorang hanya memandang paras. jelas watak tegas.. tapi bukan gaya diktator.

selepas melalui beberapa fasa dalam hidup ni.. aku dapati ayat tu sarat pengertiannya. sebelum menemui dia, kata2 tu lah yang ku pegang hingga ketemu dia. dan kini.. ketika melalui fasa pertengahan hubungan ni, maksud ayat tu semakin jelas. mungkin dia tak pernah mendengar aku menuturnya.. tapi aku mahu dia tahu, fahamilah.. ia umpama cermin yang kalau lihat di dalamnya, terlihatlah apa yang terpendam di hati perempuan ini.

2.

pertama kali aku mendengar gosip tentang diri aku di tempat baru. aku mengaku angin gosip tu agak kuat hingga aku terhuyung-hayang tapi mujur punya akar yang kuat. terima kasih kerana sentiasa berada disisi. tanpa dia.. aku pasti terjerumus dengan gosip yang tak tersangka ini. aku perlu bertahan. sedaya upaya aku akan menepis. wpun kata2 mereka memang tak mustahil.. disogok dengan bayangan indah dan membuai.. aduhai.. tapi selagi aku mampu, aku akan pertahankan rasa cinta yang telah aku miliki ini. tiada cinta lain. semoga dia akan terus memegang ku. hold me tight!

3.

pujian itu bagi aku satu hadiah. ianya boleh jadi titik tolak tercetusnya kejayaan, tak mustahil jugak punca kejatuhan. aku akui memang tak putus2 menerima pujian dalam berbagai bentuk, sebab & keadaan. and most of the time, aku tak berapa pasti apa pun. i just b myself. tiba2 kena puji! ye lah, dah nama pun 'hadiah', takkan lah nak minta2 pulak kan.. :) so its kinda thing la. tapi so far pujian tak 'membesarkan' aku.. mungkin sebab aku selalu letak diri aku terkebawah sekali. nun di gua gelap. pujian umpama cahaya. setiap kali hadir pujian, umpama lighter, menyuluh laluan utk aku mara setapak. kemudian aku kembali bergelap.. sehinggalah datangnya cahaya lagi. maka dapatlah aku melangkah setapak lagi.. begitulah seterusnya.

tapi.. kalau pujian itu dari seseorang yang aku harapkan.. hadiah yang kita dambakan.. semestinya ia umpama torchlite yang menyuluh sepanjang jalan! dan buat aku tersenyum sepanjang hari.. =D

*

*

*

aku tak pandai bercakap terus. jadi, faham atau tidak.. sekurang2nya mencuba. itu yang paling manis :)

.

7 comments:

*SiRibenMerah said...

anne..
tayah fikir yg x best..
set je mende2 yang menceriakan hidup anne dlm fikiran tuh..
teruskan berjalan kehadapan..
setiap langkah pasti ada sinar tersendiri.. semoga anne terus tersenyum mengahdapi hari2 mendatang..

*smile always..=)
*hugs n kisses ~ mmuuahhhhhh~

Sofi. said...

ceria2 ja bah.
awet muda tuh :P
tenang apa jua.

NN said...

no 1 tuh pasal kommitmen..??
i guess..

hope u will get a happy life..
happy blogging..

Anonymous said...

hidup akan jadi lebih mudah kalau selalu fikir mudah...yang penting minda kita. apa yang kita fikir akan mempengaruhi cara dan tindakan kita...erkkk membebel lagi...tata ;)

Precious S. said...

:-)

be strong sis.
be positive.
and live life to the extreme!

;-)

Masy said...

aisey...

arianna adrizal said...

iyra,
ms taip entri tu tak terpikir pun yg tak best.. best n hepiiii je!
sbb i ni bila tgh rs tak best, hmmmm... tgk la entri baru.
huhu
*hug jugak*


chuppy,
i'm look young if do compared to org tua. hahahhaaks~
sya ok saja bah..


nikli,
kalau lah org tu 'nmpk' mcm awk nmpk.. haish.

thanks! hv a nice day.


azis,
yup. secara psikologinya mmg mcmtu. tapi manusia... unpredictable.


precious,
yes.. i am.
thanks ya :)


kak masy,
hu~

Hello, once again~

Bismillahirrahmanirrahim.. Helooo from Anne di tahun 2025!!! Subhanallah... dah bulan 9 ye. 3 bulan saja lagi sebelum kita nak menjengah ke ...