aku mc 2 hari. sehari ke hospital klang, sehari lagi ke hospital banting. sebelum tu aku ke panel dulu. nak mintak mc untuk uruskan hal medical appointment aku. malangnya doc panel tu sangat menyampah. dia kata last dia bg mc. helllooo.. kalau sebab tak sakit, aku pun tak hingin nak datang oi. ah, malas nak cerita.
aku cuba dapatkan appointment untuk jumpa pakar di klang tapi tarikh paling dekat yg aku dapat adalah bulan depan! 16hb. owh~ so lepas minta pendapat daripada makcik aku yg juga nurse di hospital banting, dia suruh aku rujuk kes ke banting. dia kata nak selitkan kes aku esok juga (jumaat).
malam jumaat tu aku dengan makcik yg sorang lagi pulak, kitorang berikhtiar cara lain. jumpa tukang urut patah. 2 sepupu, sorang pakcik & sorang makcik aku dah baik dari kepatahan teruk lepas berubat dengan tukang urut ni. kalau kain kuning, asap kemenyam, memang aku kureng sikit. sebaliknya guna ayat Quran jadi aku beranilah nak cuba. sebenarnya dia tak urut sangat pun. cuma cara dia cari kedudukan tulang tu mungkin aku rasa di tekan kot. aku ni boleh dikira berapa kali je berurut, jadi... tekan sikit pun aku dah sakit ya amat! hehe.
then pagi-pagi jumaat aku ke hospital banting. berjaya selit-selit, setelah diselitkan oleh makcik aku. hehe. jumpa doc, kemudian x-ray, dapat result balik semula jumpa doc. barulah doc kata, "ye.. dia memang sakit". finally....
mungkin sebab usia aku muda (pada dia la kot..) so dia kata nk refer aku pada fisio je dulu. tengok perkembangan macamana. next week, 21hb first appointment dgn fisio.
tp tak habis kat situ je. makcik aku berjaya selitkan aku dalam appointment utk jumpa pakar. tapi tu pun kena tunggu lepas habis semua orang punya appointmentla. doc pakar ni kata mungkin ligamen, mungkin juga cecair tulang aku. so kesimpulannya semua mungkin.
dibaginya aku ubat sebondot. dalam masa sebulan kalau masih sakit, baru datang semula. itu saja.
aku ingat nak cari supplement. kalsium. makcik aku kata dalam x-ray, tulang aku membengkok lepas tu tajam-tajam. katanya aku banyak potasium. kalsium yang tak elok. huhu.
semalam lepas balik dari hospital, aku tertido sebelum asar. terjaga jam 12am! lama giler aku tido.. hehe. tambah lama lagi sebab aku cont tido lepas tu sampai pagi =p
pagi ni masuk ofis jap. buat stock count. dan apdet blog ni. hehe.
oklah nak balik sudah. jumpa isnin insyaAllah =)
18 comments:
kalau sakit belakang kerana penyakit... tak yah jumpa bomoh la kot... kang makin parah la pulak, lain la kalau tulang tu patah ke, tegeliat eksiden ke... tak pe la jumpa bomoh
pergh...aku rasa sakit je tgok pil2 tu weh...
akak aku sakit tulang blkg tp sbb dr kecik
gila byk ubat!
wah.
akak kesatria ruppenye dlu.
xsangka u~!
uhuk.
laaaaa.
ingt ke dh btul2 btunang~
suspen tau!
:-P
get well soon sis.
;-)
mintak ciket ubat!
ena tgk pil tu ena yg jatuh skt plak..tak lalu nak mkn ubat yg banyak itu
jangan buat-buat lupa makan ubat plak nanti...Semoga anne cepat sembuh...
shifu,
mslhnya doc cuma kata sy mmg sakit. tp dia sendiri tatau sakit apa. sy pulak, tak tahan nk tunggu je. 24-7 sakit.
anul,
aku yg kena telan ni lagi laa. huhu.
oyeke.. kesian ye.
dayah,
2 jenis je tp banyak. huhu
precious,
haa tula, kena tgk kaki hehe.
oo yg bertunang tu dlm mimpi aja =p
ok, thanks =)
kak masy,
amik ler..
ena,
mmg xlalu.. tp fikir nk baek.. nk gi jalan2.. telan gak la hehe.
sis nonie,
hehehe~ mcm tau2 je org ada terlupa aritu. baik2.. sy xlupa pas ni. huhu. mekasih =)
hang dah ok ke?
seelok² jangan jupe bomoh. takut dia salah urut. try jupe doc lain pula duk dapatkan 2nd opinion.
ad3ck,
dah kurang sikit. alhamdulillah. bole senyum =)
encik penyu,
fyi sy dah jmpa 3 doc. 2 doc biasa, sorang doc pakar. dorg kata sy sakit tp tatau sakit yg bagaimana.
mmg ramai yg ckp mcmtu. mula2 sy pun xnak. tapi bila ubat xjalan, badan stil sakit. kenala cuba cr lain. nk berubat cr ni, mmg kena tgk org jugak. rs kalau xberapa betul, malasla. sy lps tgk org tu ok tambah lg spupu2 sy dah baik so rs xsalah cuba. apa yg sy buat, sy bwk xray & pegi jmpa tukang urut patah ni. dia tgk & dia beritahu apa masalahnya.
.
o btw,
mekasih atas keprihatinan korang. appreciate it =)
ooo..ingatkan baru jupe 1 doc. sori,tak tau citer sebener. btw, semoga cepat sembuh.
hehe.. xpe. sy pun xcerita terang2..
thanks =)
elok gak cari supplement tu...
i doakan u cepat sembuh sis..
take care tau!
rasp,
tq =)
banyaknyeee obatt
yea... terseksa nk habiskannya
Post a Comment