sori la lama tak apdet. err.. tak lama pun hehe. aku demam panas sejak hari khamis. a zillion thanks to osmet ni sebab tolong hantar aku ke klinik tengah-tengah malam tu. waaaa.. terharu! harus la tolong, karang orang kunci pintu tak bagi masuk baru tau! muahahhaha.. takdela.. memain jek ;p
so dpt 1 hari mc. dokte bg complete set ubat demam, antibiotik, ubat selsema & batuk. first time aku makan ubat dengan betul. meaning.. takde skip-skip macam selalu. huhu.
sabtu petang, mak singgah kejap. dia suruh aku balik. so malam lepas magrib, badan da rasa suam-suam kuku.. baru aku gerak pulang.
ahad, bekalan ubat da abis.. tapi demam tak surut lagi. omak den apo laie.. "gi cek darah!" so semalam mc lagi. gi kelinik kesihatan, abe kelate yg dok cek & amik darah tu asik la melawak. terkekeh-kekeh mak ketawa. amboiii suka nampak.. yg aku ni tgh demam.. mood takdok. monyok jela walaupun dalam hati rasa nak menjawab.
result cek darah,... negative daripada segala gejala-gejala yang tak diingini. syukur alhamdulillah..*buat gaya cam nenek bio-aura tu*
arini dah masuk ofis. tapi batuk ni tak baik lagi. terkokok-kokok dari tadi. br bulan july tahun ni je aku da mc 6 hari!! tahun banyak penyakit gamaknye. masa aku sampai kat tempat aku pagi tadi, entah umat mana ntah pi letak risalah-risalah pandemik influenza elok je kat meja aku. nak mendengki la tu..
kalau diikutkan... harini je aku keje. sebab esok aku cuti sampaiiiiii jumaat. isnin baru masuk ofis semula. best tak?!!
fortunately/unfortunately wan kata, baru pagi ni ofis panggil dia suruh pi training... tepat-tepat hari aku nak pegi. so dat is it. tak jadi la aku fly to kk tonite. babai airbus yang berangan aku nak naik tu. babai layanan 5stars tapi bayo murah yang aku tingin nak rasa tu. huhuks~
takpela. aku ok.... betul ok ni. hmmm...
selagi aku tak teringatkan tentang plan kitorang nak tengok transformers.. selagi tak teringatkan ayat dia, "nak survey-survey, nti bole datang sini.." bila sibuk ke sana sini. manukan la.. karambunai la bawak kezen dia. aduh.. sesungguhnya aku jeles.. sebab masa tu aku da dapat rasa yang cuti-cuti kali ni macam tak jadi. so takdo maknanyeee nk survey pun! o ye, dan pasal karambunai tu, rs macam da 2x dgr ayat yang sama. everytime pegi situ, tu jelah ayatnye.. yang pasti, aku ni... tetap tak pegi-pegi pun. wuarghhhhh~~~ tadi kata ok.. huhu.
technically, aku memang tak berapa suka bila nak pegi ke satu tempat tu bersama dengan aku, tapi dia dah pernah pegi dulu tempat tu. keterujaan pengalaman pertama takkan sama dengan kedua ketiga keempat kelima waima keseribu pun.. tak sama. ye, aku complicated. aku tau.
hu.. abaikan je la. aku pun da weng. salahkan ubat batuk tu.. huhu.
9 comments:
alo2
ape ha alasan ubuh dalam form mintak cuti tu?
hahahahhahahahahaha
ala...sedihnya. dah la tak sihat, trip postpone plak. takpe la, maybe ada hikmah...kalau tak sihat maybe kurang enjoy nanti...
part gaya nenek bio-aura yg tak tahan tu...nak gelak guling2 ...simpati la nenek tu. hahaha. tak baik tau anak dia suruh mak dia masuk tibi camtu...hahaha
siannya .. isk isk ..
bgs gak x jd, kalau x, mesti sampai kk tu diorg kuarantin sebab batuk...
anda mempunyai semua tanda² pandemik itu.
mungkin inilah hikmahnya percutian dibatalkan.
gunakan cuti untuk recover yer... jgnlak merayap ke kawasan penuh umat, risiko jangkitan sangat tinggi
alaaa..takde rezeki lg..nnt ada la tu..n bila dh ada jgn lupa belikan mug ek utk aku..ehehhee
saba tau awk...xpe ade mase lagi...nnti kita pakat ramai2 wat rombongan gi manukan island okehh! :)
***Z
terharu ke? hehehehe
btw, nanti laa kite kawtim tgk wayang bg menggantikan percutian yg x kesampaian. pura2 jelah mcm kat KK walaupun sebenarnye kat JJ je ehehe
qas,
org da kensel pun..
anne,
betul betul betul! :)
hahhahahaha.. amboii guling jgn smpai masuk longkang. tulah kesian kan.. tp tetap rs kelakar jugak. hehe.
zonaku,
alaaa... heheh.
ingat nk gi picnic kat sungai wiken ni. huhu
anul,
ko nak ke? ha nnti kalau aku pegi eh.. kalau la tapi huhu
kurzz,
wuarghhhh~ nape sebut pasal manukan tu.. tercarik hati ku owh~~~
;p
kak masy,
terharu laaa. tapi malas nak tunjuk ;p
hahhaahhaa... ader pulak. jumaat or sabtu je tau. ahad nk gi piknik.
ymn,
kot ye pun.. lap la ingus tu.. buruk tul ghupe.
huhu.
Post a Comment