2009 dah lama melabuhkan tirai. 2010 pun dah hampir separuh bulan menjengah. baru ni aku mengapdet. tak ada apa yang penting. cuma cerita tentang aku.
tahun ni aku lalui dengan hati yang terbuka.. berhadapan dengan kedewasaan dan semakin menikmati kematangan.. walaupun ramai yang kata aku matang sebelum usia, aku percaya masih ada seorang ini yang tak pernah mengakuinya. terpulang.. harapan aku, semua yang positif. semoga perbezaan pendapat dapat merapatkan jurang. hopefully.
itu adalah harapan. dah namanya pun harapan.. belum tentu kita dapat. apa yang aku inginkan.. sangat berbeza dengan apa yang aku rasai. tahun ni permulaan tahun yang paling teruk pernah aku lalui. cakap saja mengenai apa. kerjaya, kewangan, family, relation semuanya yang paling corot aku pernah lalui. cuma satu yang aku bole rely on. persahabatan. itu satu-satunya perkara yang buat aku gembira.
persahabatan itu konsisten. bukan hanya masa bila kau perlu aku, kau ada. bila aku perlu kau, kau hilang. persahabatan itu 'bermuka tebal'. walaupun aku bad mood sepanjang hari, dia tak pernah pergi. sentiasa ada di sebelah. kerana sahabat tau.. aku bukan manusia pemarah tapi yang berselindung disebalik amarah adalah rasa kecewa dan kesedihan yang mendalam. persahabatan itu mendengar, merasai, memahami.. menyokong.
hmmm... jangan tanya berapa kali aku menangis tahun ini.. haha! terlalu murah harga airmata. mungkin kebahagian masih belum berpihak kepada aku. masa masih panjang.. 2010 pun baru bermula. sabar. sabar. sabar. itu yang aku terus pegang supaya tak tergelincir.
..
"people may doubt what u say, but they will believe what u do"
8 comments:
hmmmmmmmmm.......... terkesima lantas hilang kata2.
hhhmmmm.. mungkin permulaan x seindah mana
siapa tahu bakal berakhir dengan kegembiraan?
friendship is something to be cherished
2010 masih panjang.. harapnya pasni akan jadi lebih baik.. :)
so sad to read you had a bad start.
apapun, hope you pick up and move forward..
take care sis!
dear arianna...
my prayer goes out to you...
.....may God bless you always...
Be faithful in small things... because it is in them that your strength lies...
jgn selalu sedih naaa :-)
selamat tahun baru. semoga tahun ini lebih baik dari yg lepas2 Insyaallah.
be strong..
selamat tahun baru jugek =)
semoga 2010 lebih memberi makna
Post a Comment