Rabu. Hari yang sangat memenatkan tapi worth it.
Pagi.
Join csr charity program for volunteery. Kitorang kena bawak budak budak from rumah Charis shopping @Mid V n lunch @TGI F The Gardens. Selepas sesi pembahagian 'anak-anak', budak yang aku dapat tu umur 12 & 11 tahun. Eng Wei n Bin Kit. Dua dua lelaki. Sorang pandai n faham bahasa melayu n english. Sorang lagi tu tak faham sangat. So aku memang dok harap kat budak yang tua sikit tu je la jd translator.
Awal awal lagi their guardian pesan suruh beli something yang berguna such as school bag, shoes & less toy please. Unfortunately 'anak-anak' aku awal awal da kata nak beli mp3. Tunjuk baju, tak nak. Banyak katanya. Kasut pun geleng, siap tunjuk kasut sendiri. Brand Nike. Baru beli katanya. Adoii! Ni anak yatim kaya ni. Hehe.
Apa-apa pun aku suruh dorang cari school bag dulu then baru benda lain. Nak halang pun tak bole. it's their money, their day, sukati dia la nak beli apa pun kan. Aku cuma tak nak guardian dia kata aku tak membantu. Tu aje yang aku risau.
Sblum tengahari kitorang da settle shopping. Everything went well cos apparently one of their tuition teacher join me so we walked around Mid V in group sebab nak cari mp3 yang murah dan menepati bajet n balance. So with rm250 each person got 4 things. School bag, pingpong set, mp4 & earphone set. Sorang lagi sama jugak cuma dia tak minat pingpong but he got a mini scooter. Janji hepi..
Enjoy la jugak program tu. Dapat buat charity.. dapat makan free.. dapat shopping untuk diri sendiri jugak.. kekeke.
One of d boys yang aku bawak shopping tu pulak rajin mengekor aku. Dekat TGIF, ajak duduk sebelah tapi aku tak duduk situ pun.. priority untuk budak budak. Aku duduk hujung hujung je. Sebelum sebelum tu dia da suruh aku duduk sebelah tempat dia. n yet amik kan belon untuk aku. Hehe. Mebi sebab dia nampak aku kuar duit from my purse nak top up bayar earphone set dia tu kot. Tu cam terlebeh sayang kat aku tu kot. kekekke :)
 |
ms reindeer yg dah nk zzz.. ~ |
Lepas hantar budak budak balik, kitorang terus balik ofis. Around 4pm kot baru sampai. Letih, sakit badan semua ada.
Petang.
45mins je untuk update segala kerja + return calls yang berderet deret. Hehe. Sebab petang tu pulak ada Xmas giveaway. A box of choc n candy cane for everyone! So tugas aku n kawan kawan adalah bagi kat staff yang nak balik.. Dorang kuar je pintu depan tu, nah! huhu. 6.30pm lepas kemas barang n update keje sket baru lah aku balik. Leeetiiiihhhh~
Malam.
Kak ila call. Bgtau yang Din launch kedai dia mlm tu. Makanya, mandi gajah bersiap n terus keluar. Otw balik dari sana, aku betul betul flat. Suara kak ila aku dgr macam lagu dodoi je.. Memang dah ngantuk abis! Hehe. Sowi..
Sekian cerita satu hari yang macam macam.