Wednesday, March 14, 2012

my awesome KBV solo trip day two

27.2.2012
Ao Nang, Krabi



good morning from krabi!  it's day two. bangun super awal harini, 630am waktu krabi. breakfast start at 7am,  715am dah turun makan :). and what i had for bfreakfast? cuma roti bakar, salads and black coffee-kaw-punye! :D untuk alas perut je. island hopping trip nanti ada provide lunch. so no worries la.



first checkpoint normally at the hotel itself.  satu van besar datang pick up to another checkpoint. here i met Aod, the guy in black tshirt who's the tour guy. dia bg satu sticker color hijau. and as usual, fav question da tentu la, "u'r alone?" sambil buat muka pelik. wat can i say more. hehe. since da sorang je kan automatically terus jadi VVIP. "dont go to far alone" "if u want anything, let us kno" itulah antara mandat-mandat yang diberikan oleh Aod.  but most of the time takyah mintak, dia sendiri akan offer :P

dalam boat tu ada few groups. one large group uncle-uncle from JB ada dalam 6 people dengan seorang tour guide name uncle Uthai who can speak malay language. great! i feel like home :D and one group lagi orang tempatan siam sefamily. dan satu lagi me, myself and i :P campur dengan Aod campur tukang bawak boat campur tukang jaga boat ada dalam 15 orang semua.

as u can see, i do my own things. jalan sorang-sorang snap pic here and there. cam-whore pun ada :)  pastu baru borak-borak sikit with the tour guy on what we gonna do, where we gonna go. at least ada gambaran sikit la pasal our tour haritu.



this is the first island during the hoppin trip.



this is Tub island. if the tide is low, u can walk along the white sandy causeway to the next island. pagi tu masa sampai sini masih bole lalu lagi. air baru naik paras peha. tapi petang masa nak balik tengok air da tinggi. tak bole lalu dah.

as a tour guide i believe u must be able to speak well kan. and yes, Aod can really speak english very well dengan slanga yang mudah difahami.  it was really great when u can talk to someone yang faham that 'i need privacy but u can talk to me only if it is necessary' kinda thing.


masa tengah duduk atas pasir sambil try camera yang gagal berfungsi, dorang panggil dan tunjuk satu tempat yang banyaaakkkk sangat ikan! dorang ajar mcamana nak bagi roti kat ikan. the funny thing was that time uncle Uthai cakap melayu with me then i need to reply and translate back in english supaya Aod pun faham conversation kitorang dan bole join sekali.  seriously at that point i felt, what on earth happened to si ulfa nadia ni tetiba teror betul skiping engrish. why la back in msia ko gagap-gagap kak oiii.. LOL..





back to the stori mori, air cuma paras betis dan beribu-ribu lemon ikan datang terjah bila suakan roti. ada yang amik kesempatan, gigit kaki gwe :P serius i've never felt serem gila bila ikan semua serbu. dan terpaksalah mengaku yang saya takut ikan bila tak sengaja terjerit dan terlompat macam kena gigit jaws.. and definitely i tell ya dua orang siam tu mesti berkata-kata dalam hati, 'which planet she's come from. ikan pun takut' demmittt T_T







thanks to photographer yang kesian kat tengok takde orang nak amik gambar den ni ha. siap cakap, "let me help take foto. later u can show to your frens back in msia" hahahaah... itu harusssss!




stop sekejap kat sini.  semua orang amik nombor nak bergambar berlatarbelakangkan Chicken island :D as usual, Aod the photographer, tq so much! awal-awal lagi dia da panggil, "nadia! come come i help u take foto!" *grinned* well... i'm the VVIP on this boat :P yooola tu... nak tips lebih la tu. no worries, i bagi 200baht extra. hahaha.


ini adalah tempat snorkling at Chicken island.  tapi saya tak turun pun. hehehe.. saya cuma jadi si tukang bagi makan kepada sekelian ikan :P alasan; kalau air dah paras betis pun menjerit, melompat bila ikan serbu... memang takdelaaa nak turun bermesra ngan ikan tu haa.. huhu.  time ni da hampir 11am. panas menyengat. tapi peaceful sgt.


selepas puas mereka bersnokling di Chicken island, we moved on to the next island.  this island called Poda island. we had our lunch here. Aod sitting next to me sambil melayan tetamu-tetamu lain :P.. and myself seperti tokey, dapat duduk mengadap lauk :D dan buat donno to others :P  at this point serius da rasa lemau sangat. letih gak island hopping ni eh..


lepas makan, bgtau kat Aod i wanna walk around the island alone.  kena la inform, karang kena tinggal kat situ padan muka sendiri. huhu.  what i like the most bout this Poda is the view.  magnificent!


next, to the Phra Nang cave island. there's a story or kinda history bout this cave. si Aod telah bersusah payah menceritakan. alkisahnya.. nak start dengan once upon a time ke :P ok ok cerita dia macamni. zaman dulu-dulu kan memang selalu ada perkahwinan antara satu negara dengan negara lain untuk maintain kekuatan dan jajahan kan. same goes to this siam punye cerita. so what happened was kapal yang bawa puteri dari india ni yang otw nak berkahwin dengan putera siam, karam. so they believed that her spirit ada kat situ lagi.  itu la ceritanya.. sebab tu ada banyak patung-patung dalam gua tu. mungkin ada masa-masa tertentu dorang pergi menyembah, i guess.


gua ni bole tahan besar and yet u can go to the other side of gua and jalan-jalan kat situ. some more ada 'gerai bergerak' kat sini so sambil sunbathing bole minum banana shake :)



if not mistaken masa ni da lepas noon. 2pm ada kot. memang panas terik. i dont know how mat salleh ni semua enjoy gila sunbathing terik-terik macamni. fuhhh.. masa kat sini rasanya kena sunburn yang paling teruk. my back, my leg, tengkuk semua memerah T_T.  sebelum balik sepatutnya we drop by to Rai Lay beach tapi tak sure what really happened. i was like blur blurr je time tu suddenly dengar semua orang tepuk tangan and our boat left the beach. it's ok laa.. rasa penat sangat dah and at that time i already stop talking to anybody yang cuba-cuba nak berborak.


luckily the boat stop nearby our hotel. the uncles group tu pun from same hotel rupanya. to my hotel, kena pass by few hotels. Sala Talay yang cantek tuu but no free wifi huh! pastu Ao nang Buri, HAH stayed here last time. sampai bilik telek diri sendiri, memang terbaek.. berkilat, merah, menyala! baru la island hopping kannnnn.... ;D



lepas sejukkan badan, mandi serta merenung nasib diri yang sudah tukar warna kulit :P i've decided to walk to Ao Nang town. gonna get something to eat. cuci mata. cuci poket. it was around 430pm waktu sana.  jalan dalam 5mins, ada gerai-gerai local ala pasar malam style. besar-besar tulis HALAL or MUSLIM so apa lagi. terjah! ramai gak mat salleh yang beli sekali masa tu. reti ke makan benda tu abg mat salleh oiii... :P i just beli yang goreng-goreng tu sikit. 10baht sebatang. makan sambil berjalan. sambil kepala teleng tengok kiri tengok kanan. singgah few kedai. beli-beli souvenir.  beli dress, tshirts. jalaaaannnn sampai area McD -- for me tu da kira border la sb lps tu macam dah takde apa. pastu patah balik back to hotel.  otw back, tapau fried rice kat gerai tepi jalan. 60baht. sepanjang perjalanan balik tu agak aktif jugalah aktiviti membeli-belah. bag dah penuh, gemuk.

reached hotel hari hampir gelap. around 630pm. elok je masuk bilik, hujan pun turun mencurah-curah. laaaa... nasib kan. syukur alhamdulillah :)

malam tu as usual lepak bathtub baca buku. lepas tu dah letih sangat dan sampai kesiangan la nasi goreng tu. makan sesuap je kot. letih sangat sampai tak rasa nak makan. tv tak on langsung. just on laptop main bejeweled :P sampai tertido. haha.

good nite krabi.  end of day two.


1 comment:

achik said...

wah, tepi pantai je dah byk ikan cantik2.. bestnyaaaaa..

bertambah teringin nak gi krabi.. :D

Hello, once again~

Bismillahirrahmanirrahim.. Helooo from Anne di tahun 2025!!! Subhanallah... dah bulan 9 ye. 3 bulan saja lagi sebelum kita nak menjengah ke ...