Monday, February 25, 2013

Maafkan saya...

Antara benda yang paling susah nak buat adalah meminta maaf.  Sila angkat tangan jika setuju. Sapa yang tak angkat tangan tu, dah.. gi main jauh-jauh. Tapi ok kalu, meh kita continue.

Aku ni manusia biasa biasa aja.  Maka kejadiannya, akulah antara orang yang berat nak minta maaf jugak. Tapi.. itu dulu.  Perasaan nak menang membuak-buak sampai pusing-pusing cari jalan nak menang jugak jugak, memang aku lah tu. Tapi.. itu cerita dulu.  Sekarang ni sejajar dengan usia (which is aku tak pasti ada kaitan ke idak sebab ada je aku rasa orang yang lagi berumur lagi ketegaq!) aku dah mula faham konsep minta maaf ni.

Contohnya, berapa ramai antara kita yang lepas naik hangen dan membebel-bebel macam peluru sesat tp lepas cool down, datang jumpa orang yang tak pasal-pasal kena tempias tadi dan minta maaf dan explain elok-elok? Seriously aku tak jumpa ramai orang macamni.  Seorang aje. Selalu yang aku jumpa, pung pang pung pang marah sana sini kemudian minta maaf dalam keadaan marah jugak lepas tu esok esok jumpa, dia buat macam takde apa-apa berlaku. Orang macamni ramai.  Alasannya, malas nak panjang panjang gaduh. Tapi tahukah anda, itu orang putih kata unfinished business. Macam lepas berak cuci vontot tapi tak sabun. Macam lepas semayang tak lipat telekung. Bole tu memang bole.. tapi benda tu sebenarnya tak setel.

Seorang yang aku kenal ni, aku letak dia as a role model dalam bab maaf dan memaafkan ni.  Aku bersyukur sangat dapat kenal dan tau orang yang macam ni sebab tak sangka sangat bole absorb something yang aku tak akan dapat walau kat universiti paling hebat di dunia ni. Seburuk-buruk dia, (dia yang kata dia buruk la) aku bole nampak cahaya-cahaya positif dalam diri dia.  Lepas puas observe dan mengamalkannya.. bagi aku la, meminta maaf takkan menjadikan kita lemah atau kalah atau bodoh atau apa saja yang buruk buruk. Pernah tak kau minta maaf walaupun tak salah? Pernah tak kau rasa lepas minta maaf tu, orang tu akan cool down slow slow dan pastu sikit sikit kau 'menang' balik? Pernah tak rasa macam tu??? Ke aku aje?? Hahahahahha... kira macam 'reverse psychology' ni. Sebab tu orang kata, mengalah tak beerti kalah. Macam hero laa.. mesti kalah dulu :)

Kuasa meminta maaf ni pun ajar kita jadi penyabar.  Kau ingat senang ke lepas kena maki pastu ko pulak nak minta maaf tetiba aje?!! So sobar itu perlu.  Memula tarik nafas lepas tu gi minta maaf.  Sepanjang aku mengamalkan konsep ni, paling koman aku dapat pastu adalah makan free.. tak pun dapat di bawa jalan-jalan free.. Silap haribulan tetiba je dia offer bulan dan bintang.. Hahaha!

Satu orang ni memang aneh.  Tapi buat aku kagum dengan ciptaanNya.  Jangan pernah sekali kita sangka manusia yang buruk perangai, suka marah-marah,.. kita tak bole belajar apa-apa daripadanya.  Yakin je.. mesti ada sebab Tuhan jadikan dia macamtu kan.

Amboi, positif benau aku ni.... hahahahahahaha!

Ok, Have a great day people :)

No comments:

Hello, once again~

Bismillahirrahmanirrahim.. Helooo from Anne di tahun 2025!!! Subhanallah... dah bulan 9 ye. 3 bulan saja lagi sebelum kita nak menjengah ke ...