Monday, March 18, 2013
Wanita yang menggoncang dunia
Selama aku membesar dan mendewasa ni *tetaplah takmo la cakap tua kan*, abah secara fizikalnya lebih kuat berbanding mak. Yelaaa, dah kejadiannya orang pompuan lemah gemalai gitu kan. Tp under certain circumtances, pompuan yang lemah gemalai tu mampu menggoncang dunia!~
Tapi tu cite lain la. Ni cite pasal mak. Kalau nak diikutkan, mak aku memang bukan sihat sangat. Orang diabetik ni tau tau jelah. Ubat berkotak-kotak tu biasak ahh. Jari kaki tu dok bertampal je dari tahun lepas. Pastu sikit sikit demam. Sawan pengantin la. Badi mayat la. Macam macam mak aku ni tau. Tapi sejak abah sakit awal tahun haritu, aku cuma baru dengar sekali je dia mengadu, "rasa macam nak demam tapi tak jadi.." Tu je.
Sepanjang abah sakit ni, bila abah gi ofis dia ikut. Abah gi hantar surat dia folo. Sebab dia tak reti bawak keta maka dia jadi bodigad aje. Abah sakit tengah malam dia jadi nurse. Tido ntah kemana, entah makan entah tidak. Memang superwoman abes *tinggal tak pakai sependa di luar saja heheh*..
Serious aku kagum. Tapi aku faham. Jiwa pompuan macam aku cepat faham kenapa dia jadi camtu. Selalu aku tengok dalam tv je. Sandiwara malam ini la, cerekarama la.. Ini kali depan mata, real punya.
Hmm.. Kita ni, akan jadi kuat bila orang yang kita sayang dalam keadaan susah, sakit.
Tetiba lak aku rasa serabut. Haishh..
Oh btw, abah dah beransur sihat dan bekerja seperti biasa. Makan pun macam dah ok jugak. Dari jauh dah bole dengar slurpp slurpp menghirup mee sup haritu. Hehe.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hello, once again~
Bismillahirrahmanirrahim.. Helooo from Anne di tahun 2025!!! Subhanallah... dah bulan 9 ye. 3 bulan saja lagi sebelum kita nak menjengah ke ...
-
Salam. Dalam proses meluahkan perasaan dalam entri lepas, ada satu nama yang aku terlupa untuk berterima kasih. Maaf ya! Sms dia haritu, ...
-
currently i'm listening to i'm lucky one. . "..ku persembahkan satu citaku.. setulus hati hanyalah untukmu.. dan ku laku...

3 comments:
moga pakcik sihat2 selalu....
n makcik sentiasa jd superwoman...
Mak aku pun diabetik, dah setahun x blh drive sebab kebas2 kaki... sekarang jadik mem ja... kami pulak jadik supir....
syukur alhamdulillah dah makin sihat. mmg mak2 gitulah.. pompan la senang ckp. gagah perkasaaaa gituuu
zona,
tq n amin.. oyeke.. mak aku lama da kaki kebas tu. xrs dia kata.
kak masy,
haa kann..
Post a Comment