Tuesday, August 06, 2013
Raya is coming!
Ramadhan dah hampir tiba penghujung. Cepat la pulak rasanya.. Macam nak tambah seminggu lagi ke, bole? Hehe.
Raya dijangka Khamis kan, so arini last keja. Tapi semalam pun da start rasa last keja. Hari hari rasa last keja la. Takde mood woii.. Hehe.
Omak den semalam da pesan balik awal isi beras dalam ketupat. Aku reply, insyaAllah je. Yela kang berjanji sakan tetiba aku bangun matahari da tegak. Pukul berapa lak nak sampai tu kan.. walaupun sekangkang kera tapi tau jela bila nak balik bercuti tu macam-macam benda nak angkut. Nasib baik kak masy dah balik melaka so parking tempat dia dekat sikit. Bole ngankut memacam. Kang ada je yang tinggalnya.
Kali ni cuti raya sampai raya ke-4 je. Isnin da masuk keja. Perasaan aku macam nak terus puasa lepas masuk keja. InsyaAllah... Kalau tak, perasan jela.. :)
Duit raya, da siap tukau. Kang sampai umah masuk sampul handover to omak. Nanti mak yg bagi-bagikan. So far tak penah lagi aku bagi sendiri. Mesti orang ingat aku tak penah bagi duit raya kan. Ye memang tak bagi tapi duitnya tu aku le yang keluarkan dari akaun sendiri ye. Haha. Siap explain. Motiff sgt..
Kuih raya pun da beli 3 jenis. Abah da beli 6 jenis mak kata. Kenmain abah beli kuih raya sakan. Hehe. Baju raya, hmm originally takmo beli. Konon tabah nak pakai baju lama yang baru pakai sekali. Tapi memandangkan raya nanti ada event so nak kena ada baju yang up to date sket orang kata so beli la selai tu pun online. Pastu ntah cemana gatal tangan terbeli satu baju ni. Memang dah lama aim sekali tengok ada last pair maka wajib beliiii! Hahahhaa.. Bukan baju kurung pun. Baju jalan-jalan sekerak lutut :P tapi bole diubahgaya pakai ngan kain jadi la baju kurung moden gitu.
Lain-lain persiapan takde sangat pun. Janji balik raya. Roadtax raya? Alhamdulillah da dapat.. Tu panjang lebar nak stori. Next time la.
Cuma kot kot dapat duit raya ke hadiah raya ke ehem ehem raya ke.. hmmm agak-agak ada dak eh?.. Hmm..
Oklah sebelum berpanjangan update ni, nak amik kesempatan memohon maaf atas sebarang kekhilafan. Terasa terkasar atau ter apa apa saja, mohon maaf lahir batin.
Oh ya, berhati-hati dijalanraya please!
Selamat Hari Raya Aidilfitri..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hello, once again~
Bismillahirrahmanirrahim.. Helooo from Anne di tahun 2025!!! Subhanallah... dah bulan 9 ye. 3 bulan saja lagi sebelum kita nak menjengah ke ...

-
Bismillahirrahmannirrahim. I guest it's about time to update. It's been ages since my last post. I feel like doing nothing. But wh...
-
Nov 2018, London - France - Netherlands - Belgium - France - London. Sort of last mins plan yang betul betul tak sangka. Walaupun...
-
Salam 2023. It's January again. The past 12 months was a reminder for me to take care of health more seriously. Well of course i'm o...
2 comments:
selamat hari raya anne..
selamat hari raya bluecherry! :)
Post a Comment