Both issue ni memang bikin hati gentar *sambil picit picit lelemak*.
Orang kata penyakit jantung diabetes apa semua ni penyakit keturunan. Oleh itu marilah jaga kesihatan.
So mula mula, nak kena betulkan balik pemakanan. Cut down all the lelemak foods T__T.
Haritu ada la tertengok satu plan diet yang macam best.
Nama dia ezdiet. Dorang kirakan calories untuk kita siap siap, pastu masakkan siap siap, pack kan siap siap untuk seminggu. Kita tinggal panaskan je dan makan!
Order hari jumaat delivery hari ahad petang. Satu box da siap label food bila (day/time). Satu hari ada lima kali makan. Tiga main (breakfast, lunch, dinner) dua snacks (fruits, yogurt).
So untuk the whole week, antara breakfast nya.. *drum roll*
Sebelum dan selepas panaskan. Breakfast-yang-kite-suka, Tuna Salad.
Sliced Chicken toast.
Chicken ciabatta. Nampak boring abis tapi rasa sedap!
Salmon Lentil salad.
For lunch and dinner biasanya chicken or fish.
Tapi my fav fish laaa.. sebab ayam semua bahagian dada. Tak berapa makan sangat.
Roasted Chicken.
Pan fried Sea bass.
Steamed Chicken
Roasted Fish
Chicken Parmesan
Ada sekali tu, lunch lamb ribs uols! Bole la makan lamb cuma tak minat sangat. Tapi hari tu makan sehingga menjilat tulanggg.. Rasa tak cukup pun ada T____T
So i posted la kat IG keterujaan memakan lamb haritu. Thank you la ezdiet sebab repost (walaupun bunyi macam membeli hati di situ) Bhahaha!
So lepas two weeks, da tak order untuk full week. Lagipun now da reti kira calories dan serving yang macamana sesuai untuk diri kita.
Plan nak masak macam ni la konon tapi tak sempat untuk minggu ni makan je ready food tapi kira calories jugak.
Kalau cakap pasal turun berat, hmm.. ada la turun sikit dalam dua kg. Takde la banyak tapi yang best perut tak rasa senak and bloated. Sebab kalau perasan portion nampak sikit sangat tapi itulah portion yang cukup untuk perut ni sebenarnya sebab lepas makan tu memang rasa kenyang tapi tak senak. Just nice orang kata.
Cuma satu je la yang belum start lagi.. exercise T__T. The only exercise adalah turun naik tangga ofis. Dan juga ronda shopping complex. So far da cover sunway pyramid dengan paradigm. Agak agak 1000+ langkah ada tu. Aci la kan.. Hehe.
Tak apa la. Next month kena plan aktiviti. Better late than never omputih kata.
Till then. Selamat makan makanan sihat!














No comments:
Post a Comment