Friday, October 27, 2017

2015 Recap

Ya Allah.. Dah nak dekat penghujung 2017 rupanya.
Tau tak, dalam draft ni dok pusing pusing lagi kat recap stori 2015.
Hahahaha.. Dah kenapa pemalas nau.. T_T

Disebabkan lama sangat terperap dalam draft box tu  so sis lupa reason sis nk recap dari 2015.  Fikir punya fikir, baru sis perasan.. Ye 2015 tu tahun sis mula pakai tudung. Itu momen yang indah la. Yang tak indah pun mula dari tahun yang sama. Haha. Hidup memang la.. takde nak indah sepanjang masa kan. #sisredha.  Ok lets recap!!

9.4.2015. Tudung pertama.


Sebab uniform sis kaler purple so shawl purple, black dgn grey ni ada berhelai-helai. Dalam sebulan dua tu dok ulang pakai kaler ni je la. 


April 2015. Trip cuti-cuti Malaysia pertama.


Langkawi. Kejadian berlaku minggu yg sama tudung pertama. Agak keje gila jugak la. Khamis malam ajak. Jumaat siang beli flight ticket. Sabtu pagi terbang. Tapi demi kesejahteraan sejagat, #sisredha. Ada hati yang gundah perlu diredakan. Dan terima kasih untuk memori sunrise. 


May 2015. Trip cuti-cuti oversea pertama.



Bali ni konon-konon nk saved for honeymoon (ye dalam hati sis ada taman) tapi memandangkan time tu terjumpa flight ticket murah - beli six month awal tak silap, so rembat jela. Again, tudung kerja tuuuu jugak sis belasah. Masih dalam process adjustment lg ni. 


July 2015.  Trip cuti-cuti dengan BFF ex-convent pertama.



Dalam ramai-ramai tu, tiga orang ni je yang flexi. Sorang dah kawin tp takde anak lagi. Dua lagi single. Cuti-cuti dekat PD je pun. Kebetulan, company ada buat holiday resort scheme kat PD so hotel actually da book awal.  Cuma date je baru confirm. Yang funny nya, countless time datang PD, ni first time masuk muzium tentera. Haha.. Lain-lain aktiviti biasa lah. Makan, tengok sunset and makan lagi. 


Sept 2015. Mak buat dialysis yang pertama.



Tahun tu, tahun mak keluar masuk hospital selang dua bulan. Yang mana kemuncaknya, mak kena buat dialysis. Sebab kidney dia almost cannot function dah. Masa yang sama, ujian bertimpa-timpa. But i've learned the best part; Do not lose hope in the mercy of Allah. I saw enough to understand the important of niat, doa and repent. I truly feel for His mercy during that tough time. Kalau cerita, mau sebaldi ayaq mata.  Allah dah janji setiap kesusahan akan datang seribu kebaikan. Sabar. That's the key point. Alhamdulillah.. mak is better now. Regularly buat dialysis as scheduled. Dan dah gemok sikit now. 


Oct 2015. Trip cuti-cuti post-depression yang pertama.


Mak diagnosed with kidney failure, jadi seumur hidup perlu bergantung dengan mesin dialysis. Orang yang hati kita pilih untuk settle down, chose to leave without goodbye. Superior tak bole accept cuti anak pmpuan sorang yang kena teman mak dia dekat hospital. All this three issues come at the same time. One after another. How could i be cool, am still human tho. So a bunch of fren decided, jom gi Penang. Kebetulan time tu birthday dorang. Walaupun cuaca time tu tgh jerebu, just nice masa hari nk fly tu cuaca better. Alhamdulillah.  And.. Thanks uols!!


Ok done recap stori-stori penting 2015.





No comments:

Hello, once again~

Bismillahirrahmanirrahim.. Helooo from Anne di tahun 2025!!! Subhanallah... dah bulan 9 ye. 3 bulan saja lagi sebelum kita nak menjengah ke ...