Friday, September 12, 2025

Hello, once again~




Bismillahirrahmanirrahim..

Helooo from Anne di tahun 2025!!!

Subhanallah... dah bulan 9 ye. 3 bulan saja lagi sebelum kita nak menjengah ke tahun 2026. Tbh kan bila dah tak muda ni kan, sometimes rindu masa muda remaja dulu. Walaupun ada je memori yg menyampah nak ingat sebab asal lah bodoh sangat ko ni --- kind of feeling.. Haha. Apa-apa pun terima kasih Ya Allah sebab berikan I kesihatan yang terbaik tahun ni berbanding tahun-tahun sebelum ni. Syukur Alhamdulillah......

Summary sepanjang 8 bulan ni;

1. Attend my 1st outdoor stadium concert in Singapore! Kalau dihitung SG dolar ke MYR, nanges rasanya but for once in a lifetime, nak tick box jugak. Thank you for the great show SVT! kakak love semorang!

2. Supposedly i pergi IST bulan puasa aritu tapi kan sebab kena pindah ofis 3rd week puasa, i kensel lah. Lagi pun department i daripada 9 orang tinggal 4 orang je. Dah macam tangan sotong buat kerja. Mana nak packing, mana nak buat keja sendiri, keje orang lain tinggal, mencabar okeh! Tapi i nak tepuk bahu sendiri sebab i berjaya mengharungi semuanya sampai lah dah selamat masuk ofis baru dan setel unpack buku-buku library yg 100+ kotak tu. 

3. Since Apr this year, i dah pindah ofis dekat sini. 5mins from Subang airport tapi masih belum travel lagi since then hahaha. Anyway, I got my promotion! Yes finally after few times kena reject. Syukur alhamdulillah. Cuma takde la rasa macam wah new responsibility yada yada sebab kan it was actually a very long overdue. I dah lama start buat kerja extra. Apa-apa pun, syukur. Terima kasih Ya Allah. Next, waiting for bonus end of this month. Nervous!

4. My weight macama yo yo. Dah ngam turun 5kg masa raya now nak helo helo 5kg balik. Gewam lah! So since June i pun gi lah gym dekat ofis ni. Belum konsisten lagi. Kena usaha keras lagi. Alasan awal i haritu sebab i nak pergi konsert dekat Zepp pastu i beli standing tiket! My 1st standing tiket tau. Sebab i nervous takut kaki tak larat, tu yg i pi gym. Pastu i lalai balik.. Ni dah nak travel balik, barulah jengah gym semula. Huhu. Janji pergi la kan..

5. Owh yaaa.. I raya haji diperantauan tahun ni. Hahahahaha! Lupa pulak ada pergi travel. Rasa macam tak pergi memana je  lepas balik SG januari aritu. Trip raya tu tak plan pun ye. Eh bukan bukan. Plan la jugak tapi agak lewat. Dalam sebulan sebelum departure. Sebab masing2 dah gigil2 tak travel hahahah. So bila sorang suggest, yg lain onz je. Tak sedar rupanya terkena time raya haji. Dah book, bayar apa semua baru perasan. Nasib laa... memasing jadi tanggang raya haji ni! Hahaha.. Dah la trip tu i kena food posoining ke gastrik ntah teruk kaw kaw muntah dr tengah malam membawa ke subuh. Nasib baik esok tu i ok dah. Tapi kan... paling champion, lepas 2 hari balik, i rasa tak sedap badan. Ah sudah, tempat i gi tu memang dlm list Covid kes banyak. Yeee.. i kena Covid untuk kesekian kalinya. Serious i lost count. 5 ke 6 ntah.. 

6. Honestly i rasa macam a different person this year. I work really hard, sampai at a point i rasa kalau dikira-kira, eh berkat lah gaji i. Haha. Joke aside, kerja i stress sebab bukan bidang i. Result subjek law i masa kat Uni dulu lulus cukup makan. Now i kena hadap hari-hari. Eventhough i bukan counsel tapi doing paralegal tak mudah juga. Sometimes i rasa nak give up. Sometimes i tak tau nak buat apa dengan hidup ni. Begitulah sekarang ni.

Oklah cukup lah tu. I shall update bila ada masa. Take care everyone. Stay healthy.


--- Anne, 12 Sept 2025


Hello, once again~

Bismillahirrahmanirrahim.. Helooo from Anne di tahun 2025!!! Subhanallah... dah bulan 9 ye. 3 bulan saja lagi sebelum kita nak menjengah ke ...