Friday, October 13, 2006

Apa lagi........

Ikutkan hati malas nak bercerita tentang perkara yang satu ini. Tetapi tekanan yang dihadapi makin kuat, hati meronta-ronta, menjerit-jerit, minta dilepaskan.. 'let it out!'

Panggilan telefon itu.. Sumpah jika aku ingat lagi nombor telefonnya pasti aku biarkan saja deringan tak bersahut. Dan ketika memberikan salam, terus.. seperti electric shock aku baru teringat siapa pemilik nombor itu. Suara yang tak ingin aku dengari lagi. Terasa luruh jantung. Aku rasa marah.. hingga menggigil, aku rasa sedih.. mata mula berkaca. Kesudahannya aku relakan diriku mendengar apa yang ingin dia katakan. Sehingga ke akhir bicara, kata-kata maaf yang aku nantikan.. langsung tak kedengaran. Cuma perbualan seolah-olah lama tak berjumpa.

Malam itu aku tak dapat lelapkan mata hingga ke Subuh. Tapi aku harus berterima kasih pada seseorang yang mendengar dengan hatinya ketika aku meluahkan rasaku.

"i know u might not need this but a piece of advice, he's not worth ur tears. couple ngan u tp end up dgn orang lain, da settle dgn orang lain but still try cari alternatif by calling u. in the long run.. u do the math ;)"

Kesedihan itu bukan kerana aku rindukan dia atau aku mahukan dia kembali. Mungkin ada sedikit rindu tapi rindu pada kenangan.. cinta pertama. Aku rasa sedih dan susah hati kerana dia sesuka hati keluar masuk dalam hidup macam takde apa-apa berlaku. Muncul yang tiba-tiba, walau dengan bicara yang sopan.. tapi setiap kali dia muncul, seolah melekatkan lumpur hitam kepadaku. Untuk membersihkannya... bertahun mungkin.

Hari-hari seterusnya aku berasa sedikit lega kerana dia tidak lagi mengangguku. Tapi jangkaanku meleset sama sekali.

Aku terima sms pula semalam. Aku dah mula rasa tidak selesa. Aku tak tahu apa yang dia inginkan lagi. Segalanya dah berlalu. Untuk apa dia muncul semula dalam hidupku??! Untuk apa?? Untuk memporak-perandakan lagi hidup aku yang sedia berantakan??!! Jika dia berkeinginan untuk kembali seperti dulu, itu silap.. silap besar! 'Aku bukan perempuan yang dulu yang sentiasa meletakkan kau di tempat yang paling tinggi dalam hidupnya.'

Sememangnya aku mula hilang sabar. 'Jangan perdagangkan alasan 'kita masih boleh berkawan'! Kawan apa yang meninggalkan aku tanpa sebarang alasan kukuh malah di tambah dengan penghinaan!! Aku tak tahulah orang gila mana yang akan terima kau semula setelah kau kutuk dirinya tak bermaruah tapi akulah orang gila itu yang terima diri kau semula kerana sayang. . Aku ingatkan segalanya akan berakhir dengan baik. Tapi kau sia-siakannya.. saat kau menikahi perempuan lain sedang aku sedaya upaya memperbaiki hubungan kita, itu adalah pengkhianatan yang paling besar dan aku tak mungkin aku akan terima kau sebagai kawan setelah apa yang kau lakukan padaku. Biar bumi terbelah empat, tak mungkin.'

'Jika aku berniat jahat, aku pasti akan ambil kesempatan ini untuk rosakkan hidup kau. Sebagai balas dendam! Jelas ini peluang aku kerana kau yang tercari-cari aku.. dan engkau yang membuka peluang ini kepadaku. Aku boleh mulakan permainan ini jika aku mahu.'

'Tapi aku tak mahu semua itu. Cukuplah kau yang mensia-siakan segalanya. Walaupun aku mengalah.. tapi aku yakin aku tidak pernah kalah!! Apa yang aku mahu cukup sekadar kata maaf dari kau.. walaupun cuma kata-kata tanpa keikhlasan. Aku tetap terima.'

'Jika kau tidak ingin menyatakan maaf, sila pergi dari hidup aku. Biar tuhan saja yang memaafkan kau.'

49 comments:

Anonymous said...

waa cerpen monolog
ni kalau buat theater ni best ni
paragraph pertama dah boleh buat scene seram
hehe sorry menmain je
just trying to cheer u up
ni kesah benar ke atau tgh buat cerpen?
nak bagi komen,tak berani,saye budak baru belajar

hayad said...

wah, mcm novel..ape kata kak anne tls novel berdasarkan kisah benar kak anne.watpe layan sedih sgt, baik buat duit, ehe ;) nnt dah kayo baru terbeliak bijik mato dio,hiks!

have a nice day kak anne

Anonymous said...

err.. taktau nak komen.. cuma tumpang lalu dan baca citer ni sampai abis..

arianna adrizal said...

kurekure,
thanks. sy sdg tersenyum skrg, lihat.. (^_^)v

kisah benar. tak brani komen eyh.. hehe. takpe.

hayad,
hehe.. mcm novel pulak ye. hidup kita mmg mcmtu, mcm wayang pun ada. da masuk 5 ribu kali da kot kwn2 akak suh akak wat menda yg sama. insyaAllah satu hari kalau ada masa..

have a nice day 2 u 2 :)

orochi,
sila.. sila. :)

blackpurple @ jowopinter said...

Yang manis itu kenangan..
Yang pahit pun kenangan..



Tetiba terasa pulak..
Mungkin serupa

Malas dah nak ingat-ingat...

Alinlai said...

lepas ni jgn angkat call or layan sms dia...lama-lama ok la tu. tak pe luah je dlm blog ni...kadang2 kena lepaskan juga yang ada dlm hati tu, simpan sorang2 pun buat sakit kepala je ... selamat berbuka puasa :)

Sunan_Jati said...

hi...
just want to share it with u... that`s all... no heart feeling...

Teruskan perjuangan...........Punca kekuatan kita.


JANGAN MENGELUH ..........
Kita selalu Bertanya....................dan Al-Quran sudah
menjawabnya.................

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;
"Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan
mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg
sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan,
sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan
boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu,
Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati,
padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg
beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan
kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan
perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di
daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The
Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai
kemenangan)."

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan
mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat
kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta
mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya
kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya
tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12

byk lagi org baik cthnya 13may nampak sj jht dlm ati baik... tapi hang xbleh accept dier.. deier dah ader yang punyer kot... ntahla.,. aku bagi example... maksudnyer dunia ada baik jht... ini semua ketentuan dan ujian... bersyukurlah...

Sunan_Jati said...

mcm kak luna komen kat sy... hehehhe

just nk share,...(aik semo nk share no.. erm xperla.. for good things only... no!!!!)heheheh!
memang Allah jadikan semua perkara berpasang-pasangan ataupun saling melengkapi..penciptaan Al-Qur'an pun dah membuktikan maksud yang tersirat.

ha..sapa2 yang suka kata 'aku ni takde jodoh kot.. (merujuk pd soal kawin)' ha..tu seolah2 menidakkan sunatullah menjadikan setiap makhluk berpasangan.

Jodoh memang ada untuk setiap orang, cuma belum dipertemukan..usaha dulu baru dapat..

kakLuna said...

amoboi...komen pun main copy paste ek...ni sudah melampau...

sorry arianna..tumpang lalu..

arianna adrizal said...

BP,
sama tp tak serupa mungkin.. :)

'Malas dah nak ingat-ingat...', ya.. sy pun kata begitu pada diri sendiri.

kak lyn,
thanks ya. sbb dah sakit kepala la ni, nk kuar kasi abis :) selamat berbuka puasa jugak!

arianna adrizal said...

sunanjati,
thanks for sharing. apa yg awk attachkn tu mostly mmg sy ada simpan & sentiasa jd penawar bila da sampai jln buntu. apa pun i appreciate it :)

tak mungkin sy kembali kpd dia. sy masih tahu berfikir baik buruknya. berdosa meruntuhkan rumahtangga org. sy tak mahu.

tentang jodoh, ye setuju juga kata2 (kak?)luna tu. jodoh sy mungkin ada di luar sana. insyaAllah.. lambat atau cepat saja. papepn syukur atas segalanya.

arianna adrizal said...

luna,
ye.. takpe. sila lah.. :)

Masy said...

akak dah komen smlm kan?hihi

*lelaki mmg suke memeningkan kepala..opsss jgn marah*

arianna adrizal said...

kak masy,
dah kot?!! :)

*oppsss..*

Orang Biasa said...

ait..tumpang lalu gak kot..hehe

dah jadik laki org ke? huhu, kalau bini dia tau..mau kene campak lombong.

anne dah tau apa yg perlu buat, jadi tetapkan tekad tu. moga anne sehat bahgia slalu..

me3n said...

wut a sad past, sorry to hear that..

taknak mintak maap, tuh ego namernyer..

ala, wattaktau n cari baru jer..muehehe[jk]

kakLuna said...

betul tu kak masy..betull sgt..

apapun, walaupun kita dipeningkan oleh golongan yang memeningkan itu, pglmn mcm ini sbnrnya 'ubat pening' yg paling mujarab..

Mcm tu la cara Tuhan tunjukkan kasih sayang kat kita..Dia uji sket2...nak bg kita matang berfikir..

gitulah..semua perkara bersifat sementara..cinta...manusia..

kalau tak ilang ari ni..akhirnya ilang juga....

bercinta ari ni, esok2 terpisah juga...

betui tak sunanjati?

13may said...

Hi there, just dropping by from Sunan jati's.

Nothing to say...just it's only a tragedy..yeah..Love is a tragedy!

Be strong!

edyan7 said...

hmm... hati2 dgn org yg ska 'bounce'2 nih! Gaduh sana, carik sini... ish... bertuah betul! kalau jadi bini dia... hangin satu badan tu!

but...for you... kan ke kita ni org2 yg tabah!

p/s: hari ni Friday the 13th... nasib kita org melayu... kalau org putih mesti takut nak keluar rumah! huhhuh

arianna adrizal said...

orang biasa,
lalu laaa... takde toll jgn risau ;)

kalau laki sy pun sure kena. so sbg org pmpuan sy tak mahu melukakan hati org pmpuan lain.

ayat terakhir awk tu buat sy tersenyum. ramai jugak yg pandai bab pujuk-memujuk ni rupanya ;P

ad3ck,
sokey *sambil ambik bunga tu.. ;P*

tanak mintak maaf sbb ego tp cr sy blk watpe, kata ego??! hmmm~

"ala, wattaktau n cari baru jer..muehehe[jk]" <--- insyaAllah..errr, [jk] tu per????

kak luna,
ubat pening ye. hehe.. betul2 :)
cinta sesama manusia tak kekal tp cinta itulah yg smua dok cari, dok kejar kan..

13may,
hi.. thanks ! nnti sy jengok blog awk pulak.

yeah, i am strong ;)

kak yan,
yeeea... kita org2 yg tabah & stronggg hihihi.

p/s: td sy da terpikir da ms nmpk '13may' (sori.. eh) tp bukan budaya kita pun kan ;p camane pn tetap kuar rumah jugak.

13may said...

hahaha...friday the 13th..

but not friday the 13may:)

ps: jgn takut...saya tak makan orang....hahahaha....

arianna adrizal said...

13may,
hahaha.. ya. ya.

ps: sy tau, awk mkn ikan bakar kan ;p

Sunan_Jati said...

hwehwhwhwhw,,,,wah2x..! kakluna ni... hehhehe...
sy tumpang lalu.. juga...

tabik skali.. huhuhuuhuh!....

bagi sy plak.. just my opinion sj la... hehhehhe! baik buruk .. jahat.. penipu..pening ketoyoi... muntah .. berak ka kencing ka.. ckp besar...hehehhehe..(sj jer tambah lelebih... )... xder kaitan ngan jantina.. tapi ader kaitan ngan sikap @ tingkah laku seseorang tuh sj... tai kalu kiter berkwn org mcm tuh... xyah dihinakan dier.. sebab ini nasihat dari seorang kwn syla... (just nk share jugak..nk tambah ilmu)... apa sj yang berlaku adalah ketentuan... sama ada baik ka buruk ka yang dtg kat kiter adalah dgn izin allah..
makna nya itu semua ujian... bdn sihat pun ujian... sakit pun ujian... dlm apa situasi pun kiter sepatutnya mengucapkan syukur ke hadrat allah... doalah moga2x diberi kesabaran dlm menghadapinyer...
kiter nie mahluk allah lemah... suka lupa... (mcm ayat yang slalu sebut melayu ,mudah lupa...)

disebutpun insan=pelupa(kak luna betuika)

Dan redhalah yer...

cernihkan hati dgn cara berzikrullah...
xguna berdendam.. sucikan hati dari sifat buruk...

hehhe...

P/S: sj jer menyinbuk... bukan bleh kalu ader 13mei.. aku nk join juga,,,.. tumpang lalu no 13mei...
heheheeh!

gendang gendut tali kecapi...
kenyang perut senang hati...

Huhuhuhu~!(jgn marah no... aku ni melalut byk kat sini plak.. )

arianna adrizal said...

sunanjati,
ya, tiada yg salah dlm memberi pendapat. ada kebenarannya.

sy redha. dr saat ianya berlaku sy sudah redha. jika tidak, sy tak taulah manusia mcmana yg akan sy jd harini.. :)

'gendang gendut tali kecapi...
kenyang perut senang hati...', o.. hang tak pose yeea! ;p

cipthowiryawanchannel said...

salam..habis jugak ku baca..hehe..

Anonymous said...

Anne,
Buat dono je...be cool..jgn melatah...kenangan tu biarkan ia menjadi kenangan...cinta pertama mmg susah dilupakan tapi kalau ia sampai menyusahkan awk, just forget it.

Being in love and to be loved is something that u wanna cherish as long as you live. Semua tu diiringi dgn tanggungjawab, attitude, trust dan lain2 yang tidak menyusahkan. If menyusahkan, that's not fully love.

I know you're big enough to think about this. You had many experience and I know you can control it by yourself. Be strong girl! ;)

P/S : Saya dah dpt offer letter from UMW..dah confirmed! Effective from 20th Nov..saya start keje sana..yeaaahhhooo!..hehe..Thanks sbb doa..:)

me3n said...

jap..series tak paham nih "sambil ambik bunga tu.." bunga maner plak nih?

jk is just kidding..;p

kingbinjai said...

cinta untukmu sentiasa ada. life goes on babe!

MDM FARAH FAIZURA said...

bunuh dia,
jika tidak bisa mencincang dagingnya di dunia reaiti

cukup
sekadar kamu
korek jantungnya di dalam hatimu


...

untuk hal-hal seprti itu,
apa kamu bisa?

...

hehehe

BigData@Bluesify said...

hamba kecewa dengan lelaki seperti itu. Haruslah dia ditikam dan dibunuh...

tindakan anda untuk tidak mahu mengambil kesempatan adalah satu tindakan yang hebat. Satu kebanggaan kerana anda masih boleh mengawal emosi dikala badai melanda diri...

p/s: tak perlulah tunggu kata2 maaf dari lelaki mcm tuh. baik move on.

keep ur chin up and dont stressed out!!!

booGie said...

Marah betul ya?
Marah tu boleh disimpan lagi.
Dengan akal yang berbudi.
Tapi maafkan je la ya.
Kan lebih manis?

BooK said...

uuuuuuuuu.

anne, blog ni belum ada yang mahu memujuk ke?

arianna adrizal said...

ais putih,
salam. entri ini tak terlalu panjang. ada lg entri lain yg lebih panjang yang kamu pasti tak bisa habis baca. ;)


nd,
1st of all, congratulation!!! wah, lps ni awk sure akan semakin bz ya ;)

i am strong!! insyaAllah sy takkan biarkan diri sy tunduk dengan keadaan yg begitu menduga begini. thank u for ya support. appreciate it.


ad3ck,
"sambil ambik bunga tu.." <--- tu dkt avatar awk kan ada bunga?!! ;D


kingbinjai,
ya, insyaAllah :)


dingin,
bagiku dia sudah lama mati dlm hidupku. perasaan itu sudah lama ku hancur lumatkan.

yg muncul skrg umpama kenangan yg lalu menyapa ditiup angin. menyapa tatkala hatiku benar2 inginkan perasaan dicintai sperti dulu.

tp keadaan akan kembali sperti sediakala. cuma masa yg menentukan. :)




jalaklenteng,
jika itu hukuman yg harus diterima utk setiap lelaki yg melakukan sesuatu sprti itu, mungkin tak akan ada antara perasaan yg akan terguris seperti ini. bukan begitu?!!

sikap prikemanusiaan membawaku utk tidak mengambil kesempatan ke atasnya. :)
p/s: sy tak tunggu tp cuma berharap.. jika ada.


boogie,
marah hanya pada waktu itu. :)selebihnya hanya meluahkan rasa yg terpendam. kekecewaan yg lama.

kata maaf?.. ya, pernah dulu memaafkannya. selebihnya biar dia sendiri pohon dariNya.


book,
beluuuuuuuummmmmmmmmm.. waaaa!!

Sunan_Jati said...

hehheheheh...
wah2x!

update! 200x!

13may said...

woi sunan...mai sini tak ajak aku...eksen naaa...

arianna adrizal said...

sunanjati,

jap..jap!

hehehehe...

13may,
lenkali letak cip kat sunanjati. mana dia pi sure hang tau :p

13may said...

hahha...dia mana boleh lari dari aku....aku boleh bau dia pi mana...hahha...

tapi kadang2 cari tak jumpa gak...ilmu dah makin tinggi nih...

arianna adrizal said...

hehehe.. macam2!

ilmu ghaib tu kot :)

Acaii Jawe said...

slm sahabatku anne yg comot,hihi

wak, for ur own good,jgnla ngengada sbb sian kat dia pastu angkat hp tu...buat sakit ati je wak..kekadang ada benda yg kita kena keraskan hati skit...

dan ada juga yg kena lembutkan hatinya seperti membelanja saya dibulan puasa dan dihari raya nanti..~ahaks..

anne, raya nnti nak raya umah awk tau..ngan umah sarah ngan farrah skali...jom..

arianna adrizal said...

salam acaiku yang tak comei ;p

huh~ awk ckp sy ngengada?! ceit! haha. yelah, sy da tak jwb lg kol or sms dia. sbb no point pun. sy bkn nk blk kat dia pun.. so watpe toleh balik. we live forward kan.

belanja eh.. hehe. meh ar, petang ni jugak sy melanja!

sila laa.. datang bwk duit raya skali eh huhu!

Sangka Buana Palapes said...

wahh..sayunye dengar..ermm..
jgn mudah mengalah pada hati yg memberontak k..
kuatkan semangat jati diri tuh..
kata org klu takut dilambung ombak jgn la berumah
di pantai.maksudnya di sini..anne yg "comot" refer kat faisal..hehe

once dah terlibat dlm couple ni kene la trima n akan hadapi saat2 perpisahan,kesedihan,gembira
kecewa..bla.bla....tidak smua yg kita impikan akan jadi kenyataan..mesti da hikmah disebalik
apa yg terjadi..

u hv to face dat prob..buknnye sembunyikan diri..ni la mainan hidup tidak semestinya kita akan slalu menang..
skg pe yg perlu u uat..berterus terang ngan die..pe yg wak rasa..really works

me3n said...

"tu dkt avatar awk kan ada bunga?!!"
awk nak amek bunga neh? klu awk amek sayer nak pegang per? (sajer jer ngader2 tanyer soklan neh..;p)

arianna adrizal said...

sangka buana palapes,
anne yg comot?!! hahaha.. ni faisal la ni yg mula. cet acai! ;p btw, thanks singgah.

waktu tu mungkin sy tak tahu rasa kecewa, rasa perpisahan tu bagaimana. cinta pertama. yg sy nmpak cuma kebahagiaan. dek pengalaman itulah sy memahami hampir segalanya tentang permainan hidup. itu kadang-kala yg menjadikan sy manusia yg takut2 utk melangkah dlm relation baru.. mungkin masih trauma.

bukan sy tak mahu berterus-terang. tp seingat sy kali terakhir sy berterus terang dgnnya, waktu tu sy ingin tahu apa yg berlaku hingga dia mendiamkan diri tapi.. bukan jwpn yg sy terima sebaliknya alasan demi alasan hingga tercetus kepada tuduhan yg berunsur penghinaan. seolah2 maruah sy dipijak2. perkara sprti itu yg sy tak sanggup lalui lg. dan sy tak mahu peduli tentangnya lagi. selebihnya biarlah dia yg selesaikan sendiri.. antara dia dan Tuhan.

ad3ck,
mmg ngengade pun~ blewwwk ;p
alaa,lgpun bkn awk pegang pun.. tu sy tgk mcm kepit kat ketiak jek!! muahahhhaa..

Sangka Buana Palapes said...

Erm...rasanye jalak lenteng dapat kembalikan semgt awak tuk build new relation..ask him:)

me3n said...

"blewwwk"
naper muntah? ;p

sy pegang la bunge tuh..kununkununnyer nak sorok, tp ternampak plaks..hihi..jap, tp klu awk nak gak, member2 RM10 kup ar..muahaha! [jk]

arianna adrizal said...

sangka buana palapes,
o, jalak lenteng.. dia motivator ke?? :)


ad3ck,
bukan muntahlah... ;p

makaihhhh.. cekik darah namanya tu! tape ar.. sy petik bunga taik ayam kat tepi jln tu jela... ;p

Sangka Buana Palapes said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Sangka Buana Palapes said...

nak kata motivator langsung tidak..tapi klu bab2 laki&pompuan nih..hehe..oh ya back to ur-Ex.he's loser la..jatuhkan maruah laki2 penyayang seperti kami:)..nak dekat raya dah nih..mesti die call n wish sorry for everthing!!..correct me if i'm wrong..

arianna adrizal said...

sangka buana palapes,
o, ingat dia motivator mcm hm tuah tu ke. hehe. sy da jengok blog dia, yup i aggree wif ya. bole tahan jugak ilmu dia tu. insyaAllah nnti sy akan refer pd dia jika ada mslh.

psl called to say sori tu, maybe.. maybe not! sy pun tatau. lelaki penyayang ya, hahaha!! kasihan..

Hello, once again~

Bismillahirrahmanirrahim.. Helooo from Anne di tahun 2025!!! Subhanallah... dah bulan 9 ye. 3 bulan saja lagi sebelum kita nak menjengah ke ...