Tuesday, January 23, 2007

Cerita tentang 5 tahun ~ Entri paling sporting dari ku... :)

Aku masih teringat akan satu footnotes kecilku dalam entri terdahulu, yang kamu, kamu dan kamu katakan ianyatelah menenggelamkan seluruh isi cerita utama. Footnotes ini ---> ".. terima kasih kerana bersabar selama 5 tahun ini.." Ingat lagi? Cerita ni bukan cerita baru. Cerita tentang 5 tahun lalu.. bertemu, berpisah kemudian bertemu kembali.. Dan inilah takdirNya, kali ini hati aku terbuka untuk menerima kehadiran seseorang dalam hidup aku.. [blushing!] :) Seperti mana yang aku dan kamu selalu tahu, aku ulangi kata-kata hikmat ini,.. Soal jodoh dan pertemuan Dia yang lebih Mengetahui. . Aku terima qada dan qadarNya. Hmm.. hari ini dengan sportingnya aku akan ceritakan kisah disebalik kisah itu ya :)

2001. Aku dan dia.. kami tidak seuniversiti. Dia di Serdang dan aku di Shah Alam. Aku berkawan dengan rakan baiknya yang menaruh rasa denganku ketika itu. Secara tak langsung, dari situ aku mengenali dia. Cuma kenal, tidak mesra. Cuma tahu nama, tidak pernah cuba mendekati. Cuma ber'engkau aku', tidak wujud cerita lain. Selepas grad, aku dan dia, masing-masing membawa haluan. Maka semua kami mula terputus hubungan. Dan cerita kami habis setakat itu. Tapi rakannya karibnya yang seorang itu masih berhubung denganku. Hanya sebagai kawan kerana hatiku masih belum terbuka untuk menerima sesiapa.

2006. Dia berjaya menjejaki aku melalui rakan karibnya itu. Itupun katanya setelah bertahun begging dari rakannya itu. Sepanjang tahun itu, dia menelefon, bertanya khabar beberapa kali. SMS tidak selalu tapi bila muncul, penuh dengan kejutan! Aku.. masih seperti biasa, tanpa sebarang rasa. Kosong. Sungguh!

2007. Pertemuan pertama selepas 5 tahun... hmm, itupun kebetulan. Ketika dia ingin berjumpa, aku berada di tempat yang sama. Aku terpaksa mengaku aku lupa rupa dia! Dan aku main terjah meja yang diduduki sekumpulan lelaki. Itupun setelah aku ternampak seorang lelaki yang ku agak dia, duduk di situ sedang menoleh ke kiri ke kanan bila ku tanyakan lokasinya. Nasib baik betul.. kalau tidak, hu~ maluuuu.. ;P

Pada pandangan mata kasar, dia nampak sedikit kurus dan gelap warna kulitnya berbanding dulu. Itu saja yang aku dapat ingat. Selebihnya, dia dulu dan dia sekarang.. pada aku adalah 2 manusia yang tak 'match dalam memori aku, langsung. Mereka seolah 2 lelaki yang berbeza!

Setelah beberapa kali berlaku pertemuan tak dirancang atau dalam erti kata lain, terserempak dan kebetulan!, dia mula menyuarakan rasa hati. Aku sekadar gelak dan berkata, "u memang pandai buat kelakar!" tapi dalam hati.. tersentuh juga sebenarnya. Tahu-tahu sajalah Aquarius woman ni tak pandai express feelings. Tapi setelah dia beria mengatakan serius, baru aku sedar ianya sungguh. Saat itu juga barulah ku tahu rupanya RASA itu sudah dia pendamkan selama 5 tahun! 5 tahun dulu, rakan karibnya sukakan aku, jadi dia hanya memerhatiku dari jauh. Dia mendekatkan diri dengan rakan-rakanku semata untuk mengetahui cerita tentang diriku. Setelah 5 tahun berlalu dan setelah pasti aku tiada sebarang ikatan dengan rakan karibnya atau sesiapa, baru dia nekad mendekatiku dan meluahkannya.. tak mahu tunggu lagi.

Orang kan selalu kata, bila kita benar-benar menyukai seseorang.. tidak perlu adakan sebab untuk kita berperasaan sebegitu. Aku pun rasa begitu. Bila rasa suka itu wujud pada pandangan pertama. . akan menyusul kemudian, rasa sayang yang mengalir perlahan namun terus.. Walau dikit, rasa itu mula menakung dan memenuhi ruang hati. Wah! Dahsyat kata-kataku ini.. kuikuikui.

Secara fizikalnya.. hmm, he just an ordinary Malay guy. Biasa. Tidak hensem pun.. [hehe soriii u... ;p] tapi sedaplah mata memandang serta punya sifat yang membahagiakan. Sentiasa buatku ketawa dan tersenyum. Secara dikit-dikit rasa suka itu wujud tanpa paksaan. Secara perlahan-lahan, rasa itu bercambah dengan sendiri. Mungkin kerana dia pandai membaja rasa itu. Entah. Sedar-sedar, hati aku dah mula menerimanya.. Alhamdulillah, Tuhan bukakan hati aku.

Pertama kali aku beritahu perkara ini kepada rakan-rakan baik ku, bergegar restoran tepi tasik petang tu! Terlebih excited pun ada jugak mereka ni! Hehe.. Aku tahu mereka gembira. Sudah pastinya kerana mereka paling tunggukan saat pra~bahagia seperti ini. Dan lempar jauh episod duka dalam hidup aku.

Alhamdulillah, aku bahagia. Cuma hubungan jarak jauh seperti ini perlukan banyak kesabaran dan kepercayaan. Doakan untuk kami ya! :)

.

.

.

* update: 25 Jan 2007

- betul-betul kesibukan [kerja+dia]. br ada kesempatan utk post entri ni harini. maaf..

45 comments:

kakLuna said...

wow wee

you are totally on the cloud nine!
welcome to the club!

hehe..club apa ek?kelab berfeeling kot?

~inilah saya~ said...

Wo..wo..wo..

Sudah jatuh cinta...

Bestnyer.............

Amin.....

Tumpang gembira tengok anne bahagia...

Anonymous said...

so sweet...
:)
i wish you all the best, anne!:)

Masy said...

lalalallalalalalalalalalalalala nyanyi tanda caring dan happy jugek ;)

Pa'chik said...

oit oit, ni bukan yang tolong angkat bekas plastik ari tu ke?

Acaii Jawe said...

anne,entry paling best pernah org baca kat sini..hehee...berbunga2 betul ye bil aorg ngah bercinta nih...hehehee...soklan seterusnye...bila mau kawin nih...??

arianna adrizal said...

kak luna,
owh.. kelab berfeeling. ingat kelab apa tadi. thhehehe...


shah,
yea, finally.. :) thanks alot. sy harap awk pun jmpa kebahagiaan awk soon!


skidg8,
tenkiuuuu.... :)


kak masy,
alaa.. akak 'dgr' siaran ulangan je ni kan.. ;)
kelip2 mata tanda terima kasih.. hehehe!

arianna adrizal said...

pa'chik,
thehehehe...bagus tul ingatan hang. yup! :D


acai,
entri ni ikhlas campur malu2 sket.. hahaha!! soalan seterusnya tu, ditujukan pada awk jugek... ha, takleh ngelak kuikuikui.
dia belum habis stadi la awk.. ada lg 2,3 bulan. sy pulak da nk jd jobless ni kan dan nk kena start keje again fm bottom. so masing2 perlu masa. jwpan mudah sy, tak mungkin tahun ni.. :)

hayad said...

wowwwww!!!!! <-- tu je mampu ku komen,hehe

hayad said...

opss..btw, u are totally "lonely no more",ehe :D

kingbinjai said...

wah wah wah anne sudah bertukar menjadi orang baru. patutlah blog ni bersinar sinar! semoga berkekalan :D

Anonymous said...

akak...syahdu ni baca cite akak tau...inspirasi untuk diriku ini kak...semoga diberkati Allah dan mana tau tak lamo laei kito semuo makan nasi minyak kak aaaaaaannnnnnnnnnnnnneeeeeeee...bila nak perkenalkan kat kitorg ni ha? hehehe...

p/s: bestnye kak anne sudi kongsi cite2 ni...

arianna adrizal said...

dayah,
wowwwww!!!!! <----- hmmm.. i guess that was a diversion way to say congrat. so tq in adv. ye :)

hahahaha! absolutely. no more feelin lonely.. tp sbnrnya lonely gak sket2 sbb kami jauh.


king,
sy masih orang yg sama insyaAllah.. cuma status berubah sedikit dan ada hati lain yang perlu dijaga. selebihnya sy masih Anne yang dulu :) amin.


dee,
syahdu keee... alalala... nasi minyak? ha, jomlah dtg klang bulan mac ni. akak belanja nasi minyak kat kenduri kawin kawan baik akak eh!! hehehehe...
insyaAllah, nanti akak kenalkan kat semua org yg sentiasa doakan kebahagiaan akak. tungguuuu... err.. btw, dia satu kg ngn kamu dik ;P

p/s: akak kan sportingggg.. hehe

achik said...

hehe.. baca n3 ni aku pun tumpang senyum... nampak pancaran bahagia bunga2 cinta hehe ;p

arianna adrizal said...

achik,
aduhhh.. tiba2 rs malu la pulak. hehehe! semoga kamu pun bahagia selalu. amin.

Kemat said...

wah, tgh bercinta rupanya.. mesti syok kan..jika wak rasa dia orangnya, cepat2 bagitau dia, berikan dia peluang serta tunjukkan jalan macammana nak menyayangi awak, takut2 ada bunga lain lak yang cuba mencuri perhatiannya tika dia terkapai2 menunngu jawapan dari awak

arianna adrizal said...

kemat,
alahaii.. jgnlah kata gitu.. [malu2]!! insyaAllah, sy tak akan biarkan dia menunggu lagi.
sbnrnya sy dah pn beritahu dia baru2 ni.. setelah pasti hati sy dan menimbang semua. walau pernah satu waktu rasa doubt terutama ttg kerjaya dia nnti tp alhamdulillah.. lepas jelas kedudukan masing2, hilang da ragu. yg penting kepercayaan. betul tak?!
apa2pun sy sentiasa doakan utk awk juga. org yg baik seperti awk pasti akan ketemu bahagia yg dicari. :)

Anonymous said...

salam,

salam kenal.

saya doakan arianna bertemu jodoh dngn dia.

ni nak bagi petua, bolehkan. hari2 lepas setiap solat 5 waktu tu, doalah kalau betul jodoh arianna ngan dia, mudahkan segala urusan dan cepatkan jodoh, tp, kalau bukan jodoh arianna ngan dia, mintalah Allah tunjukkan dan pisah secara baik dan redha ngan perpisahan itu.

kalau dah jodoh, takkan kemana. InsyaALlah.

Pa'chik said...

lupe.. semoga berbahagia hendaknya.

aku ingat pasal cerita macam pernah baca. dan.. aku dah syak masa cerita bekas tu lagi.. hahaha....

Pa'chik said...

err.. aku baru terbaca part 'tidak hensem pun'
eleh.. takut orang curi la tu... kehkehkeh ;)

Anonymous said...

so hapi for u anne. love is indeed a beautiful and wonderful feeling :)
pray tat u guys make it to the end of time ya. jgn lup invite me yek for the wedding
congrats again.....

kawan mu

Anonymous said...

tak renti2 senyum nih.tumpang bahagia utk anne:)
sy pon dah agak guy yg angkat bekas plastik tu.kire,jadi ahli nujum la kejap.heheh...
i'm happy for you, anne!

Anonymous said...

terpancar cahaya ceria diwajahmu..

Anonymous said...

ha? satu kampung ke? kampun mana? muo? parit nipah? atau seremban? hehehe...ni yang buat orang nak selongkar habis2an ni...wah haahaha...dee masih wartawan kan kak? sapelah sudi nak jadikan sy wartawan selain akak ek?

p/s: tu yang dee suka sebab akak memang sporting...akak tak g blog dee ke? huahuahuah...

blackpurple @ jowopinter said...

Tahniah.

Nanti jangan lupa jemput kitaorang Geng blogger tegar ni. Nak mintak saya bersilat pulut depan pengantin pun boleh..?

Sham said...

wah..wah.. ader crita menarik rupanya kat sini... apa2 pon tahniah.. semoga hubungan awak n dia diberkati Allah

Ungku Nor said...

hahaha..pehni siap la bil tepon.
Mau cecah riban-riban laa..;p

All the best Anne.
Semoga ini 'perhentian' hang yang terakhir, Amin.

Unknown said...

so sweet.. semoga berbahagia :)

Anonymous said...

Tahniah Anne~! Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat...;)
Mcm Kak Ungku ckp, semoga ini adalah "perhentian" terakhir yang menuju ke pelamin kebahagiaan...tahun 2008 ya?
08/08/08...hari Jumaat..bleh la tu..nikah Jumaat malam..hahaha :Þ

Skang ni barulah kena dengan tema blog ni, "Lonely No More" ...hihihi

merapuman said...

:) if it's worth it, jarak jauh pun takpe. like me now. seminggu sekali aje balik.

Anonymous said...

tahniah.. tahniah..
uik? cam hang nak kawin plak..
hahha..
anyway semoga kekal hingga naik pelamin..
bp offer silat pulut, aku nak offer bancuh sirap la..

Anonymous said...

anne..congrat! i'm happy for you..

13may said...

wow weeeee!!!!!

pheewwwittt!!! pheewwwittt!!! pheewwwittt!!!

me3n said...

jiwang nampak. ;p

arianna adrizal said...

kaklong,
salam.. :)
thanks kak bg petua tu. sy sendri pun selalu minta perkara yg sama lepas solat.
terima kasih jugak atas doa akak. sy pun doakan akak bahagia selalu. amin :)


pa'chik,
hahahaha!! kau mmg kelakarla pa'chik. taklaa.. bukanla sbb takut org curi [tp kalau betul, takut jugak la..hehe] tp rasanya rupa yg hensem bukan tiket tuk bahagia kan?! :)


kawan mu,
wedding??!! hehehe.. lama lagi la u ;) do keep in touch, n when d time has come.. surely i will jemput. no worries :D


skidg8,
thanks!! :)
wondering jugak, nape u agak di eh?? lepas ni pls register kelab ahlil nujum dgn pa'chik ok! hehe..


cikgu gitar,
:)

arianna adrizal said...

dee,
aduiii, wartawan sorang nih! hehe.. org soromban dek. kat ampangan jo.
P/s: akak pun suka akak jugak.. eh! huhu. akak sporting bila org lain pun sporting.. tak sempat pegi dek. last entri psl rokok tu akak ada gak baca.

Ayu Mohamad said...

semoga bahagia selalu dan semoga kebahagiaan ini kekal hingga ke akhir hayat

Titicaca said...

auuwww...bestnya bercinta..hehehehe...
semoga berbahagia...
many conratulations!!!

Anonymous said...

kan ke ahli nujum,musti aa dpt menghidunya.hehe...
btw,baru je buat blog.sudi2 la jengah:)
jaga diri yer,org bercinta:)

arianna adrizal said...

bp,
thanks :)
wah, awal lagi utk bercerita ttg itu.. tp kalau mahu bersilat, silakan. dan jgn lupa pakai pakaian jawa tu ye ;)


sham,
taklah menarik sgt.. neway thanks! ;)


kak ungku,
hahahaha!! tulah pasal.. nk terkeluaq biji mata nengok no.2 ajaib dlm bil tu. kekekeke..

insyaAllah kak.. sy pun harap benda yg sama. amin.


lindosh,
mekasihhh.. :)


nd,
amboiii.. sesuka je dia ehh. taklah, sy lambat lagi la. tawon lagi satu kot. apakata, awak je yg amik tarikh tu?!!! hehe.


merapuman,
woo~ kesiannya.. i pun kena get used to it sbb kerjaya dia nnti pun for sure i akan selalu ditinggal2kan. hu~

arianna adrizal said...

orochi,
a'ah laaa.. i blum nk kawin lagi. hehe. takpe.. dorang tu supportive tau. thanks.

bancuh sirap? hehehe.. orait, my pleasure..


anonymous,
whoever u r, i appreciate it. tq very much.


13may,
amboiii~ phewit2 kat gf orang...


ad3ck,
ku tak jiwangs~ ku sporting! huhu~

arianna adrizal said...

kak ayu,
mekasihhhh!! :) semoga akak pun sentiasa bahagia.


kak titicaca,
besttt... hahaha! thanks ya. :)
ps: rasa mcm bg ucapan kawin pulak daa.. hehe


skidg8,
apa url blog awk ni?

Anonymous said...

wow!!..sungguh mengejutkn..but i'm hepi for u...neway TAHNIAH awak!!..hehe..lama xsingah sini alih2 singah arini terus ader kejutan hehe....dh dapat 'tarikh seswai' jgn lupa kita yer..=)

p/S:kenkawan lepas nih klo anne 'bz'dri biase ker...jgn kaco dia..paham2 jer yerk kenkawan..berikan dia 'ruang' hihi ;p

Anonymous said...

huh?..tarikh tu sy amik?...InsyaAllah..hohoho...kalau tak 8/8/8...sy amik 9/9/9...hahahah

Nanti jadi penganggur sementara ya?...Selamat mencutikan diri :D

arianna adrizal said...

kurzz,
mekasihh.. :) insyaAllah.. akan dimaklumkan jika ada.

heshh.. sy bz sbb tinggal 2 hari je nk last day keje! bukan sebab lain la.. hehe. nk kemas2 pun tak sempat ni. kesian sy tauu.. ;P


nd,
a'ah. tinggal 2 hari je lagi. teruk sy kena pulun keje ni.. hari2 blk nanges, sib baik ada org tulun pujuk. hahahaha!!! tp abis ke tak ke, tak pedulik da. 2hb terus cabut pi cuti2 mesia!!! huhu~

Hello, once again~

Bismillahirrahmanirrahim.. Helooo from Anne di tahun 2025!!! Subhanallah... dah bulan 9 ye. 3 bulan saja lagi sebelum kita nak menjengah ke ...