Salam.
Pagi ini aku kembali ke pejabat dengan senyuman. Sehingga ada yang menegur. "Hai, dah dapat kerjalah tu.." Aku senyum saja. Tak perlu jawapan. Biarlah rahsiaaaa... ;D
Jumaat lepas aku menghadiri majlis perkahwinan Hilda. Kami satu batch masa di UiTM. Mesra sangat tu tidaklah.. tapi agak baik juga. Lagipun aku dah lama tak ke Seremban. Sajalah jalan-jalan. Sambil jumpa kawan-kawan lama. Bertolak jam 3.30pm dari Klang. Malas nak drive sebab tak reti jalan-jalan Seremban ni. Maka cara yang paling mudah adalah naik bus. Sampai Seremban lebih kurang jam 6.30pm.
Ikut perancangan, aku nak naik cab ke rumah Jue di Senawang tapi ada orang tu beria-ia nak fetch kat stesen bus. Hm, ikutkan jelah. Unfortunately, petang tu aku kena jugak tahan cab tengah hujan. Sebab pak supir yang janji nak jemput tu kena fly next morning. Takpelah.. back to plan asal je. Bukan susah. Malam tu puas aku kena bebel dengan Kay sebab tak beritahu suruh fetch. Walaupun kena bebel, aku tetap terharuuu.. Huhu~
Kitorang bertiga ni sebenarnya ada sejarah yang unik juga. Kitorang Komander Kesatria masa di UiTM. Batch pertama Secretary course yang paling ramai berjaya menjadi Komander. Kalau dalam gambar ni nampak macam comel lote je kan [pasannnn... huhu!] tapi orang tak tau satu ketika tu kitorang ni hitam berkilat dan berlapis-lapis di dahi dan muka. Masa tu nak dapatkan pangkat, berjemur berkawad lah apa lagi. Kenangan...
Aku kenal Jue sebab kami satu dorm masa tahun pertama. Tapi tak satu kelas. Kay aku kenal hanya selepas menyertai Komander dan Minggu Wawasan Siswa bilamana aku memangku tugas Penolong Ketua Kolej dan Kay sebagai Ketua. Kemudian kami mula rapat. Sebilik, sekelas.. dan bersambung ke rumah sewa yang sama. Kadang-kadang ikut Kay pulang ke rumahnya di Seremban. Selepas tamat belajar aku kembali rapat dengan Jue. Dalam 2 bulan, mesti ada sekali aku bertandang ke rumah dia di Segamat. Masa tu dia belum bekerja dan aku jadi guru sementara. Persahabatan tu menjadikan aku turut rapat dengan ahli keluarga mereka. Aku bahagia dengan cara begitu. Seolah punya satu keluarga yang besar!
Pagi hari kejadian, pagi-pagi lagi Kay datang fetch kami untuk ke rumah pengantin di Ampangan. Kay pengapit sebab tu kena datang awal. Aku pulak berharap dapat jumpa kawan-kawan lama. Rinduuu.. Aku harap dapat jumpa Ana. Dia kawin tahun lepas tapi aku tak dapat pergi atas sebab-musabab yang tak dapat dielakkan. Dah hampir 3 tahun tak jumpa.
Jue, Kay, Anna dan Anne. Hmm.. akhirnya dapat jugak jumpa. Berpelukan tengah orang ramai. Sambil bergenang airmata. Berbeza sangat dia! Nampak matang sangat. Dah nak jadi ibu dah.. semoga berbahagia ye Anna :)
Tema rumah pengantin perempuan warna maroon. Sama pulak dengan warna baju yang aku pakai. Huhu. . Cam tau-tau je ;D Majlis bersanding agak awal. 12.30pm. Berbeza dengan kawasan kita, Selangor yang mana kebanyakkannya diadakan selepas Zohor.
Ha, sampai daaaaahh!! Kepak kepuk kepak kepummm!! Pasangan sama padan. Comel je.. sedang diarak masuk.
Jue berkebaya pink. InsyaAllah majlis dia akan menyusul pula awal tahun depan. Yang sebelah tu jangan tanya!
Kay. Mungkin tahun depan juga! InsyaAllah.. Ibu dia da mula bising-bising. Aku pun dapat ceramah percuma juga haritu. Hu~ haru jekkk ;p
Ha yang ni, majlis bertandang di rumah lelaki di Tangkak, Muar esok harinya. Aku terkejut bila tetiba je pakcik ni melompat depan pengantin. Rupanya nak bersilat daa..
So sepanjang 4 hari 3 malam di Seremban, dengan makan dan tempat tinggal yang ditaja.. memang percutian low budget giler-giler.. Tambang bus cuma RM6.40 x 2! Campur RM 1.70 balik rumah. Tu je. Best kan?!! Hehe. Tambah best bila melihat kesungguhan orang tu. Pusing satu Seremban cari rumah Kay. Padan muka ;P Semalam petang baru aku sampai rumah. Letih jugak la. Tapi bahagia... betul, bahagiaaaa sangat ;D
,.
*mungkin sudah tertulis inilah takdirnya. betul-betul di depan mata. terima kasih kerana bersabar selama 5 tahun ini..
23 comments:
mungkin sudah tertulis inilah takdirnya. betul-betul di depan mata. terima kasih kerana bersabar selama 5 tahun ini..
waaaa ni kene eleborate dgn akak pasni neh hehehhe *muke gusip banget²*
kak masy,
wah.. wah..wah.. bley lak dia hi-lite citer lain tuuu. kenmain lagi dia bergusip eyh ;P
nanti ar citer..
alaaaa nak tumpang gusip bleh??? hehehehe... semoga bahagia ke akhirnya anne ;p
"mungkin sudah tertulis inilah takdirnya. betul-betul di depan mata. terima kasih kerana bersabar selama 5 tahun ini"
betul ni masy..yg nie kne wat entri khas citer disebalik pernyataan itu
ayat akhir tu tenggelamkan cerita sume.. sebab ada unsus saspens.. hahaha :D
achik,
alaa.. lebih muatan dah, takleh tumpang.. kehkeh!
insyaAllah.. mekasih.
kemat,
wah, awk pun bersekongkol ngn kak masy eyh?!!
aminbakish,
haha! tak sangka pulak ayat terakhir sy tu buat semua org saspen!! insyaAllah.. nnti berkesempatan sy stori eyh ;D
ke ke ke dapat keja kat opis depan opis sekarang ke? nanti nak mai KK hints la bleh pi cari kat hotel :)
akak! pe cite sekarang ni? dah dapek kojo ko? tahniah la den ucapkan...*terharu ke???*... comey2 ah kawan2 akak tu...bila nak smses lagi ni? seremban kat ne? rumah dee kat sane, taman paroi jaya... apa yang betul2 depan mata tu? hehehe...nak korek ni sampai jumpa...tak kira nak gak...
p/s: hish! lama nya update? hari2 org tunggu nak baca entry akak tau...u re so adorable sis yang penah sy kenal tau...hikhikhik...
best, best..tp tak penat ker g 2 tempat tuh dalam 2 hari jer? ku sehari pon da nak pengsan hehe..tp klu makan jer tak tolong lain ar haha.
dah dpt keja baru ke an? hopefully its way better tan the one before. sori yek lama menyepi...bz ngan studi n operasi pindah umah.
rasa2nye u maybe kan naik pelamin soon gak le...ntah jz my rase hati je + d last sentence tu...ade powerful meaning disebaliknye
kawan mu
Tuan empunya blog bila lagi..? ha ha ha....
kak alin,
kekeke.. sy masih kat ofis lama. kena ikut procedure, 1 month noticd. so my last day will b on 2nd Feb.
orait, nnti sy hint akak ;D
dee,
den koba baik yo. laa.. taman paroi tu dokek dongan stadium ko? hehe. ha, tang nk korek tu.. nnti arr. nnti akak buat press conference ha. kihkih!
p/s: halamak, terharuuu.... huhuk
5 tahun bersabar??? Teringin nak mengundi ker??? hahha...
ad3ck,
penat la jugak.. mlm tu blk sban dlm keadaan ting-tong. kul 9lbh da tido. hang memang.. lemah tenaga kukukui!
kawan mu,
owh u still studying ye.. pindah rumah lagi.. hmm, mmg penat tu.
hahahaha!! i wish n hope ur rasa hati tu betul :D
BP,
amboi..amboii soalannn. tuan punya blog ni tunggu tuan punya blog tu langsung dulu!
hahaha!! gotcha
13may,
hahahaha!! ada2 je hang nih.
wwah wah, masuk kesatria lagi tu...terer lagi tak skarang..hehehe...amboi sakan dia cuti ek..!! even tak bagi tanya nak tanya gak...yg kat sebelah yg pakai baju merah tu bila nak kawin?hihiii
acai,
hehe.. ingat2 lupa la. tp bole lagi kot kalau suh turun padang.
almaklumlah.. lepas tension2, apalagi cutiiiiii la! ;)
owh yg bj merah tu eyh?! emm, mak awk ckp tawon depan. muahahahaha!!
kan org da kate jgn tanyeeee kan.. hu~ dengki ;P
wah..cantikkkkkkknyaaaaaa....rambut hehe...
kak luna,
hu~ sempat dia pekena kita.... ;p
:)kita kesatria gak dulu.komander gak;0
sokong en kemat!
anne.kene elaborate penyataan terakhir tu.
abeh tenggelam cite2 anne tu..
;)
skidg8,
wah yeke?!! shah alam ke? kompeni ape eh? intake bile??
insyaAllah.. sy akan buat entri psl tu. sabar ye... :)
GEDEMPOLnyerrr pengantin... hahaha pengapit perasan giler.. BUNTAL sihhhhh
hye sis ;). 1st tyme view ur blog n tibe2 nmpak kak Kay. Ingat salah org tp baca balik, btul la kak Kay sbb dok SEREMBAN ;). knl k.kay masa keja hOtel dulu ~ hoho
Post a Comment