Cerita pasal Lagu.
Bila cerita pasal lagu kan, apasal eh.. sinonim sangat dengan cerita zaman kanak-kanak tak pun time bercinta sakan dolu-dolukan.. atau cerita lama-lama la orang kata. Macam baru-baru ni.. tertangkap dek telinga satu lagu popular dari seberang sedikit masa dulu. Bila dengar balik lagu tu.. rasa macam berada kat waktu dulu. Waktu itu. Ye, waktu itu.. dan perasaan itu.. Terasa melayang-layang kembali ke waktu itu. Hmm,. Berangan..
Lagi satu.. belajar melalui lagu lebih cepat ingat berbanding menghafal. Teringat masa tingkatan 4 dulu. . Cikgu bahasa Inggeris kitorang ni agak obses dengan the late Princess Diana. So, dia bawak kitorang tengok video tentang Princess D ni pastu ajar kitorang nyanyi lagu Sir Elton John. Alaa.. yang tajuk lagunya 'Goodbye England Rose' err.. agaknya la kalau tak silap. Cepat je tangkap perkataan-perkataan baru! Kalau suruh baca buku, lombab cam sipoot jek! ;P
Moral of d stori mori lah kan.. moh ar kita menyanyi secara berjemaah! Menghiburkan hati yang lara... muehehehe... ;D
Cerita haritu..
Kes meletup ala-ala gunung merapi hari tu kan.. padam macam tu aje. Sebabnya mudah je, 1. Takyah fikir.. 2. Silap aku kot.. terlalu mengharap pada sesuatu. Isunya mudah je.. kap-alip-wow-ya-nun! Bukan sekarang, aku pun tak bersedia lagi.. tapi aku tak suka bebenor dengar bila ayat yang satu ni keluar dari mulut dia, " kalau ada jodoh.. adalah.." Aku lebih suka dengar yang ini, "ada jodoh tak kemana.." Memanglah sama tapi tetap tak serupa tau!
Ayat yang pertama tu seolah-olah jika ditranslate ke bahasa mudah, "tengoklah.. ada, adalah.." Macam takde kesungguhan je! Hu~ Aku beritahu dia, aku tak suka ayat tu.. Bole pulak dia counter aku balik, "come on la.. i tak nak promise itu ini end up tak kemana.. tak mau jadi macam dulu" Aduh, aku tak suka je, tak cakap pun suruh janji-janji bagai.. Pastu mulut gatai aku pulak jawab, "hmm fine. . macam tu, if anything happen.. jangan salahkan i pulak!" Dan jeng jeng jeng.. Kalau dah keluar kata-kata yang berbau seperti itu... dia taulah yang aku sedang marah. Pujuklah.., tak laku . Aku terus tertido lepas tu. Lena pulak tu. Dia called semula setengah jam lepas tu.. dalam mamai-mamai aku iyakan je. Tak ingat sangat apa pun yang dia cakap.. aku hanya ingat, "jangan la marah kat i lagi.." Tau tatott...
Tapi pagi esoknya tu ada satu ayat yang laku.. "salah i.. mungkin bagi harapan kat u. i minta maaf.. i tak pandai nk bagi kata2 tp i rasa i da cuba sehabis baik tunjukkan yang i betul-betul sayangkan u.." Sebab apa laku? 1. Sebab dr ayat tu dia ngaku gak dia pernah cakap something. Ahaa, gotcha! Pastu dia kata dia sayang aku ;p 2. Kalau nak ikutkan.. aku taklah marah sangat pun.. in fact aku faham sangat-sangat-sangat situasi kitorang.. isu tu sangat-sangat-sangat lah sensentip sampai aku sendiri pun tak mo nak tanya apa-apa.. so bila dia sendiri timbulkan isu tu pastu counter aku balik dengan ayat di atas.. hmmm, tu lah jadinya! Itu je. Takde papepun. Bak kata seorang kawan,
"..tak habis-habis masalah keluarga..."
.. "Macam budak-budak laa engkorang neh..."
Aku.. Muehehe..
Semalam.
"u la ni.. menjangkitkan kat i!" Hu! Den pulok yang kono.. Takde.. sejak dua menjak ni aku diserang gatal-gatal err.. *bukan gatal-gatal yang ittew ok..* Gatal-gatal merah bintat macam kena gigit nyamuk. Bintat besar! Kadang-kadang dekat lengan, dekat badan.. dekat leher pun pernah. Budak ofis dah pandang aku semacam, "ko gi masuk semak mana ni?!" Nak kata allergic, ntah.. tiap kali lepas makan sure kena. Tak kira lah makan apa pun, kadang makan roti pun kena. Agaknya aku allergic makan kot?!! Muhehe.. If aku pegi klinik.. for sure kena injet. Takmo! Takmo!
Korang tau lah.. bila dah namanya gatal, ubat yang paling sedap dan mujarab adalah garuk! Dia paling marah kalau nampak aku dok menggaru. So nak garu pun kena sorok-sorok. Hari tu terkantoi.. dia kata, "jangan la garu.. i panggil u monyet nak?!" Ceit!! Tak romantik betoii boipren ku ini.. Dah la haritu panggil ku si Tenang aka dugong sebab muka aku menten releks je.. Dia tatau nikmatnya menggaruk time gatal tu.. huh. Last-last semalam dia tunjuk lengan dia. Berbintat dua, cinonit. Gatal katanya sambil menggaru. Aku gelak giler2! "Ha, sekarang sape monyet?! Nah rasakan monyet. Muahaha..." Jahat sungguh diriku ini gelakkan dia. Dia senyum-senyum comel. Malu.
Moral of the stori.. korang rasa itu allergic ke apa eh? Ada ubat lain tak selain gi klinik? ... *err, tu moral ke?* heh ;p
***
** maap lah ye kalau-kalau tajuk entri ni cam dah mengelirukan korang.. mesti korang ingat aku nak cerita pasal kompilasi album lagu kan?! muehehehe... 1-0!!
11 comments:
monyet boleh digunakan untuk mencari kutu.. muehhehe...
orochi,
oyeke. mana tau.. macam biasa je. penah jadi monyet ke dulu?!
;p jk
saya pilih utk komen track ke-2, album kompilasi ini;
isunya kaf-alif-wau-ya-nun kan?
kalau dh berkawan lebih setahun tu, eloklah mula ke peringkat seterusnya..kene ada tegasan jugak dlm hal ni,sbb masa terus berjalan bukan mengundur, tp buat secara berperingkat, tak terburu2...kenalkan pd family dulu ker...
pasal itu je? ha ha ha kawin nanti jangan lupa ajak ya
kak luna,
thanks sbb sudi komen album kompilasi sy ni..hehe!
sy kenal dia dah lebih 6 tahun kak tapi.. rapat baru2 ni..blm setahun. sy mengaku ada sedikit risau psl age tp isunya.. dia stadi lg. sy nak bertegas pun serba salah. end up.. duduk diam2 jela org kata.
takpe kak.. sy kewl lg nih! hihi :)
king,
ha ha ha! kelakar kan..
saya pilih utk komen track ke-3, album kompilasi ini;
isunya gatal2..
kata kat bf tu.. tu la ejek lagi.. kan dah kena 'tulah'.. ada 'daulat' rupanya anne ni.. hehe ;p
Pada setiap lagu yg kita dengar, mesti kita akan teringatkan sesuatu. Mcm sy, lagu Pelangi Petang..teringat ex-gf lama..lagu Hanging By A Moment..teringat ex-gf lagi satu...lagu KRU - Dua..teringat awek1..lagu Belaian Jiwa..teringat awek2...errr..cukup2..byk sgt..hahahahhh..
Whatever it is, setiap lagu tu akan membawa kita ke memori yg lama..kita rasa mcm berada di waktu tersebut..kadang2 best..kadang2 nak menyumpah pun ada..wahahahahahh...tapi mmg syok la dgr lagu2 yg mengembalikan nostalgia lama... ;)
Anne tgh gatal?...patut la hari tu terbukak pintu lif sy nampak awk tgh main garuk2...wakakakkakakakkaakakkaak...
salam,
tumpang lalu ya..
selain dari gi kelinik rasanya cuba pergi spital plak..
hehehehe
(",)
amboi2 romantiknye dia garu2,hehehee...wak, rindu tak kat loga,kekekeee
nyanyi secara jemaah???
ni nak ajak aku pi karaoke ker nih???
hahha :p
achik,
haa.. tau takpe! mak org panggil ketulah :)
nd,
hmm, mcmtulah kalau org bnyk awek.. ;p
ish, mana deeeeee! teeeepoooo!!
bang gugar,
aduhhh!
acai,
ha, romantik ke?? kelakar la tuuu...
loga? ish.. ada2 je dia ni. ;p
13may,
ha, tau takpe!! hang tamau, ajak org len..
Post a Comment