Thursday, June 07, 2007

Sembang petang-petang

Memetik kata-kata kak Masy dalam entrinya, " rajin apdet blog bukan maksudnya takde keje.." Ha.. setuju sangat la tu! Sebabnya aku sekarang ni takde keje sangat.. agak free n easy la kata orang putih.. dek kerana terlalu free sampai tatau nak apdet apa! Hari ni saja.. 3x ku cuba nak post entri tapi blank! Tadak cerita..

Terbalik pulak bila time busy. Time tu lah rasa nak apdet tu, nak apdet ni.. Betul! Senang cerita, compare kan je isen-isen ku sekarang dan dahulu. On d spot dah bole nampak kan! :) Padahal kerja dulu tak hengat punya busy kalau nak banding dengan kerja sekarang yang banyak duduk, senyum dan makan! Awat ntah.. otak tak aktif so idea pun berkurang gak kot.. Tapi semalam ku buat test, ku dalam kategori very active brain. Ntah la.. sukati la.. Hu.

Bercerita tentang apdet ni.. banyak yang dah ketinggalan untuk diapdet di sini. Lantaran ketiadaan alat penghubung untuk ku mengapdet. Antaranya perkahwinan kawan lelaki yang paling rapat denganku. Saudara Mohd Faried Abd Rashid bersama pasangan. Majlis berlangsung pada 1 April malangnya tak dapat ku hadiri. Lepas sebulan baru ku call Faried dan beritahu ku tak sihat hari tu. Aku tau ada suara-suara sumbang yang kata aku frust... Sudahlah tu, suka je buat sensasi kan! Aku berada di Melaka time tu. Aku boleh bagi 1000 alasan ketidakhadiranku yang pastinya tiada kena mengena dengan alasan frust pun... tapi tak payah lah kot nak gebang-gebang lagi. Titik.

Cerita yang yang satu ini mesti orang kata ala-ala nak mempromosi Melaka. Ala.. nak buat camane dah orang Melaka sendiri pun tak heran dengan tempat depa kan.. *kelip mata kat orang tu! Dan orang tu jugak!* Huhu..

Tak.. sebenarnya ku nak apdet korang tentang harga makanan di sana. Bulan April lalu aku kerja dengan satu syarikat barangan sukan ni kat Subang la bukan Melaka.. Tau-tau jelah kan bila buat sales, kuar pergi sana-sini.. Makan itu-ini ... dan claim begitu-begini jugalah.. Hehe. Dek selalu sangat keluar makan sampai dah boring asik makan kat tempat sama. So satu hari tu kitorang explore kedai ikan bakar kat Sunway. Dengan belagaks nye ku ambik seketui besaq ikan pari bakar! Hu.. meleleh ayaq liuq.... Dalam hati dah bajet-bajet, mau dekat RM15 gak kena ni. Tapi alangkah tergezutnya bila bil cuma RM6.60 termasuk air! Korang tau kalau kat Melaka, confirm aku kena RM12 ke RM15 kalau ambik macamtu!! Tu belum lagi kalau kat town. Kedai buruk tepi jalan je .. tapi asam pedas semangkuk kecik dengan ikan sepotong RM5! Kalau makan 2 orang lebih kurang RM15 gak.. Tapi sebab ku penggemar asam pedas, telan jelah... Janji sodap!! Huhu.. Tapi pelik kan kenapa kawasan kampung tapi harga makanan lebih mahal dari bandar.. hmm. Ku rasa sebab kedai tu penah masuk 'Jalan-jalan cari Makan' kut... *Woo.. kedai masuk tibi.. kena up sket rege ni!* ;p

Semalam ada 1 insiden yang bole jadi kelakar juga bole jadi sakit hati. Pilih la mana-mana secukup rasa. Aku bagi 1 situasi. Kalau korang ternampak sesuatu benda yang bole mengaibkan kawan korang.. contoh macam kain terselak, tak zip seluar.. dan kawan korang tu tak perasan, tak sedar. Adakah korang akan biarkan je? Atau tumpang tengok sampai puas??? Aku terkena dan masa tu jugak aku tau siapa kawan siapa tidak. Malu? Ya, sedikit tapi aku masih mampu tergelak. Tergelak mengenangkan perangai manusia seperti itu. Setakat nampak selapis kain dah heboh satu dunia.. Ternampak sikit dah kecoh! Aku yang nampak banyak tak pernah kecoh pun! Erk!...

Wuarghh.. Aku ngantuk ni.. Esok-esok la cerita lagi. O ya, entri sblum ni terpaksa di'pling'kan dari pandangan atas nasihat-nasihat pakar. Harap maklum.

11 comments:

Sham said...

cedapnyerrr ikan bakarrr.....
eh.. da' first one komen laaaa

arianna adrizal said...

sham,
mmg cedapp!! hanya akan jadi tak cedap bila tgk rege yg mahai gilo!
fuyoo 1st komentar! *tepuk2!!*

;p

Masy said...

ade entry lain ke seblom yg ni? aiseyy x pasan ah.

oooo x pasan lak rege makanan kat melaka mahal. sbb biasa makan free je heheheh. lgpon akak jarang mkn kat restoran klu kuar jln2 kat melaka nun, stakat kat fudkot MP tu ade le. kat situ rege ok kot. try le mee wantan - my feberet fud since old skul hihi.

arianna adrizal said...

kak,
ada tapi tepaksa di 'tooott'kan. ;p tulah sape suh tak tgk.. ish, rugi2.

org pasan selalu mkn kat luar kan. tak penah lg mkn kat fudkot tu. esok ar org try!
ala kak.. org melaka tak heran ngn asam pedas bagaii.. kami ja dok heran. kukuku..

p/s: sori eh smlm x sempat bertegur sapa dgn tuan rumah.. pas gaduh2 tu teruih tetido. huhu

Anonymous said...

anne~!~!~!~!aku nak baca entry yg telah di"plingkan" oleh kau....msti best kan sbab tu ianye di"plingkan"...khehkehkeheheh..ko kat melaka ke?

arianna adrizal said...

rob|n,
weiii pengantin!!! amacam majlis?? aku terlewat bc sms ko tu la. aduh.. kirim la gmbr sekeping dua. dpt tgk pun jdla...
aku kat s.alam ni. ptg karang br g melaka.

hayad said...

aha, kalo kita takde keje, tak aktif mmg takde idea. nmpk sgt mengaktifkan diri itu baik utk otak kan? hehe

arianna adrizal said...

dayah,
yup. betul tu..
tak baek melawan ckp cekguu... ;)

Anonymous said...

Assalamu'alaikum. Salam perkenalan buat empunya blog. Suka benar saya menjelajah ke sini. Teratur susunan entrinya. Tak menyakitkan mata. Orangnya pun comel. Hehehe. Saya paling tertarik dengan entri kat bawah tu - tentang kunjungan ke Sabah, negeri kelahiranku. Lain kali kalau datang, hubungilah akak :-)

Acaii Jawe said...

haaaa anne, ape yg nampak byk tu..awk penah nampak zip sy tak tutup ker? ahahaaa

arianna adrizal said...

kak puteri,
Waalaikumsalam. Salam perkenalan kembali :) Alahai.. jgn dipuji melambung.. tak jejak tanah nanti! haha!! insyaAllah sy nk ke sana lagi nnti. nnti sy hubungi akak ya :D


acai,
heppp!!! cubit karang..

Hello, once again~

Bismillahirrahmanirrahim.. Helooo from Anne di tahun 2025!!! Subhanallah... dah bulan 9 ye. 3 bulan saja lagi sebelum kita nak menjengah ke ...